TUMPANG

Assalamualaikum pembaca semua.

Ingat lagi kisah makmal sebelum ni? Sini aku nak sambung cerita aku.,,

Lembaga berkain putih yang aku nampak masa aku tidur di makmal tu sebenarnya dia ikut aku, duduk dalam kereta kat bahagian belakang. Macam mana aku tahu? Haaa ni aku cite..

Hujung minggu tu aku balik kampung mak ayah aku di selatan tanah air, mersing. Jarak perjalanan lebih kurang 4 jam setengah dari rumah sewa aku di daerah selangor. Tepat jam 5.00pm aku punch card, terus gerak balik kampung. Aku sorang je. Aku bawak kereta kecil, perodua yang dah tiada keluaran. Beli pun secondhand je, hehe.

Dalam perjalanan lalu lebuh raya utara selatan dari Nilai. Aku berhenti Perhentian Pagoh lebih kurang pukul 8.00pm untuk isi minyak kereta, beli air kopi dan juga roti untuk hilang ngantuk dan alas perut. Sambil tu pergi surau untuk solat jamak siap-siap. Sepanjang perjalanan tu aku banyak kali jugak toleh belakang sebab macam ada benda bergerak. Tapi takde ape pun tempat duduk belakang tu, beg2 semua aku letak dalam bonet. Mungkin la ada beg aku tergolek ke kat situ. Entah perasaan aku je kot.

Aku teruskan pemanduan sambil dengar lagu di radio. Sampai keluar tol Ayer Hitam, aku singgah tepi jap nak pergi toilet lepaskan hajat apa yang patut. Sebab aku tau perjalanan dari Kluang nak ke Mersing takde perhentian dah, memang hutan je. Dengan lafaz bismillah aku teruskan pemanduan, laju takyah cakap la.

Kalau korang pernah lalu jalan tu, tau la macam mana seram tak seram jalan tu. Hihihiiii…. bila lalu jalan ni je automatik aku akan tukar dari radio ke pendrive aku, sebab jalan tu memang takde signal radio. Sampai kat Kahang, boleh pulak radio tak kuar bunyi langsung. Aku ketuk-ketuk radio tu tak bunyi jugak. Ok takpe aku perlahankan kereta, capai handphone pastu mainkan surah Yasin. Tu la peneman aku sampai ke Nitar. Tak banyak kenderaan pun yang berselisih dengan aku sepanjang jalan tu tapi yang peliknya semua bagi lampu tinggi kat aku. Untuk sedapkan hati aku, diorang mungkin nak bagitau ada roadblock kot. Tapi sampai ke mersing takde roadblock pun.

Alhamdulillah memang takde apa gangguan. Sampai je rumah mak ayah aku, aku duduk luar kejap, kemas kereta buang sampah semua. Ayah aku selalu pesan kalau balik dari jalan jauh, jangan terus masuk rumah. Sejukkan badan dulu kat luar dalam 10 minit, masuk rumah bagi salam baca ayat Kursi. Kebetulan aku sampai tu ayah aku ada kat luar rumah, tunggu aku sampai. Tapi aku sampai tu, mata dia tak lepas pandang kereta aku. Masa tu aku cuak dah mesti ada apa apa ni.

Untuk pengetahuan korang, ayah aku ada kebolehan untuk nampak makhluk ni tapi secara kasar la dalam bentuk bayangan besar ke kecil ke tinggi ke rendah ke. Tapi ayah aku takde la ilmu untuk halau atau berubat.

Aku pun biasa je la salam ayah aku, salam mak aku. Masuk rumah bersihkan diri dulu. Esoknya pagi- pagi tu ayah aku tanya “Semalam on the way balik ada singgah mana mana ke? Kat Kahang ke?” Aku cakap aku singgah Pagoh dengan Tol Ayer Hitam je. Ayah aku cakap ada benda kat tempat duduk belakang kereta aku semalam, masa aku sampai rumah tu. Tapi benda tu tak keluar dari kereta, mungkin sebab ayah aku ada masa tu. Benda tu stay je dalam kereta, masa tengah malam ayah aku nak kunci pagar luar, benda tu masih ada lagi dalam kereta. Ayah aku cakap “Dah bagi tumpang ni dah sampai pun, pergi jauh jauh jangan kacau lagi anak aku”. Pagi ni ayah aku tengok dalam kereta, benda tu dah takde. Aku syak benda tu mungkin ikut aku dari makmal. Aku cerita la kisah kat makmal tu, ayah aku diam je.

Jadi korang beringatlah kalau perjalanan jauh, jangan terus masuk rumah, duduk kat luar dulu sebab kita tak tau ada benda menumpang ke tidak. Lagi-lagi kalau dalam rumah tu ada anak kecil. Memang ada orang muda zaman sekarang tak percaya semua tu, mengarut. Apa salahnya kita dengar nasihat orang yang lebih tua selagi tak bercanggah dengan ajaran agama Islam kita. Wallahualam.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Atiqah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.