Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.
Cerita yang aku karang kali ni, bukan untuk mengagung-agungkan seseorang atau sesuatu, cuma hanya berkongsi cerita, cerita yang satu masa nanti bila aku dah pelupa, dah tak mampu nak mengingati, moga dikenang sebagai sebuah cerita.
Yang paling penting!! Tauhid kita pada tuhan, jangan dibolak balikkan…
Terima sebagai sebuah bacaan fiksyen kalau korang taknak percaya..
Cerita ni tentang brother seperguruan aku masa menuntut dulu, bila aku berkalih 3 warna belt dia dah pun khatam mengaji, dia ni asalnya budak sunting 12, tapi disebabkan cintanya dia pada seni beladiri, dia lanjut pada perguruan silat yang aku belajar… Bukanlah satu benda yang pelik, kalau ada orang yang berlatar belakang kan 3-4 jenis seni bela diri.
Seni bela diri ni bagus, bagus dari segi fizikal dan spiritual, dan sebaik-baik seni bela diri, seni yang datang dari kepulauan melayu lah yang paling bagus, kenapa? sebab seni beladiri yang lain, hanya mengajar fizikal, kekuatan badan, pinggang, teknik-teknik membunuh hanya dengan tulang empat kerat, walhal seni bela diri melayu selepas tamat, di selitkan pulak binaan jati diri dalaman, rohaniah, spiritual. Pergi bukan kosong, pergi dengan berisi.. Berjalan bukan kosong, jalan bawak lidah dengan gusi (zik’rullah)
jadi cerita dia, malam di tauliahkan dan diijazahkan khatam, dia mintak izin bukak gelanggang sendiri, kirakan dia nak jadi guru latih cawangan lain, kat tempat dia sendiri.
Melatih anak watan dan anak orang ni, bukan macam melatih burung kakak tua bercakap, silap hari bulan, kalau ada orang yang dengki datang nak uji ko kat gelanggang ko sendiri, malu besar kalo sifu sendiri kalah dalam gelanggang. Dan of course, disebabkan ko berhajat nak jadi guru, ujian yang diterima jugak adalah ujian untuk guru.. Contoh mudah begini, nak ajar budak sekolah rendah pun paling pekak ko dah kena ada sarjana muda, takkan nak ajar mahasiswa sarjana muda ko hanya berbekalkan sarjana muda jugak? Sekurang-kurangnya kenalah ada phD.
Jadi berbalik pada cerita brother seguru tadi, dia dapat green light, tapi dia diperintahkan untuk ‘bersuluk’ 10 hari dalam hutan kat indonesia… Bersuluk ni amalan yang lebih kepada kebatinan, semangat dan kerohanian, pagi berpuasa, malam duduk berzikir, dan kalau perintah pada ko duduk dalam hutan macam brother aku ni, makan lah pucuk-pucuk hutan selama 10 hari!
Kalau kita sangka mudah, sangka jelah mudah! Hari ke-5, bila badan dah letih dengan puasa, bertapa sepanjang malam, makan pun cuma pucuk2 kayu. Mental tak kuat, memang out!!! Agaknya kalau aku, hari kedua aku dah lari balik, aku takleh jauh 2 kilometer radius dengan mekdi…bahahaha
Terbanglah brother aku tadi naik pesawat tambang murah ke Medan di Indonesia, dengan beg galas, dan persalinan hanya untuk dua malam! Dia ni memang hati betul-betul kering, kalau dah kata dia jadik! Memang jadiklah! Cuma dia gila2 sikit, sebab tu dia boleh ngam dengan aku..
Malam pertama suluk, dia cerita lepas dapat port nak bertapa, 10 kilometer ke dalam hutan belantara Medan, ditemani bunyi sungai mengalir di waktu malam, dengan hanya berbekalkan cahaya bulan dan bintang, bunyi unggas berpesta sahut menyahut, ujian dia datang, ujian ni lain pengamal, lain ujian nya, bukan mesti kena sama je… Dan yang pasti, ujian yang datang, memang supaya ko ‘lari’ balik rumah, takyah sambung bersuluk, tujuannya supaya ko takut dan tak habiskan ujian!
Kata dia, mula-mula dia dengar bunyik….
GEDEBABBBB!!!!!
Bunyi benda jatuh…
Dari cuma sekadar bunyi, pokok besar belakang batu tempat dia duduk bertapa, bergoncang!
Dan lepas goncangan tu berhenti, dia bukak mata….
Berdiri betul-betul depan mata dia ada pocong! Berdiri dalam jarak satu rantai
Pocong yang diikat kemas sebelum dikebumikan, dengan kesan tanah di kafan yang dah kusam! Mata merah, kulit muka bertanah, bau bangkai. Dan yes!
Pocong tu mukanya seperti muka brother aku sendiri!!
Serun ada, tapi brother aku kata, sebelum duduk dan bertapa, dia dah pagar dulu batu tempat dia nak bertapa tu, jadi ‘benda’ tak boleh mara lebih dekat lagi, sampai situ jelah dia boleh pergi!
Bagus jugak, sebab ada peneman sampai ke pagi! Sepanjang malam pocong yang mukanya sama seperti muka brother aku tu berdiri depan mata…. Sampai fajar pertama naik dari kaki gunung, baru pocong tu blah! Agaknya dia bosan orang tak nak layan dia bermain..
Malam kedua, lepas isyak brother aku ni sambung bertafakur, lewat tengah malam sampai menjelang awal dinihari, dari jauh dia dengar bunyi binatang liar…
Rupanya datang sekawan gajah…
Gajah tu bila tengok kawasan laluan dia ada ‘penghuni baru’, gajah pun naik minyak lah! Habis terang kawasan sekitar tu di tebas dek gajah! Memang nak suruh ko lari!
Gila ko! gajah naik minyak tu… Bukan ‘ladybird’ naik minyak! Lipas terbang pun korang dah mencecet lari… Lagi2 jenis yang cakap besar kat komen, cakap aku kaki dvd! Sembang boleh lah…
Sampai lah gajah mara dekat pada dia, dan menghidu dengan belalai kat muka brother aku ni tadi, brother aku ‘berenti’ sekejap….
Diam…
Dan tengok gajah tu dengan pandangan dalam2…
Dia tarik nafas dalam-dalam dan tahan….
“antara kita, siapa yang lagi tua? Aku kah atau engkau? Kalau Aku lebih tua, pergilah… Jangan ganggu pertapaanku!” kata dia pada gajah dengan nafas yang tertahan-tahan…
Gajah bagaikan mengerti… Beza antara insan dengan khalifah… Gajah tu pun berlalu..
Malam ketiga cerita dia lagi, tengah dia duduk tersengguk-sengguk berzikir, di seberang sungai ada yang memanggil!
Dan bila diamati, suara yang dia kenal… Eh? Mak aku???
Mak aku dalam hutan tebal kat Medan?
Mak dia datang melambaikan tangan, mengamit dia supaya tinggalkan kawasan yang dipagar…
“Sudahlah… Pergilah engkau!!!! Jangan ganggu aku, mak aku dah 6 tahun arwah!! Ko tak dapat tipu pandangan mata aku!” laung dia menghalau benda tu!
Eh, gigih betul brother aku ni, naik seram sejuk pulak menaip cerita dia tengah malam ni… Kalau aku, takyah tunggu gajah lah, unta lah, kambing gurun lah, masuk hutan tebal pun aku belum tentu… Hahaha
Sambung balik, hari ke empat, lima, enam, sampai ke sembilan, aku terpaksa rahsiakan, sebab aku dah janji takkan bercerita pada sesiapa masa dia ceritakan pada aku, lagipun ia berkaitan perguruan silat yang aku belajar…
Malam kesepuluh..
Malam selepas hujan, malam terakhir…
Malam ijazah…
Kalau lepas, lepas lah usaha dia selama ni, kalau sangkut, sia-sia lah apa yang dia dah buat dari mula… Kena patah balik, repeat dari mula sekiranya gagal!
Tengah malam tu jatuh pada malam jumaat, dari langit kata dia….
Asalnya berupa cahaya merah…
Bila dah semakin dekat… Rupanya..
datang pontianak berbaju merah! Benda paling jelas yang dia nampak dan ingat, taring nya panjang sampai ke tanah!
Pontianak ni ada dua setahu aku, baju putih yang ‘common’ orang kita jumpa, baju merah ni, dari apa yang aku dengar, dah naik pangkat! Satu stages higher! Kira macam ‘chief’ la.. (boleh tanya yang lebih arif tentang perkara ni!)
Datang dari langit, berdiri mencabar beradu tenaga!
Brother aku kata, dia dapat ilham dan bisikan suruh dia bangun dan lawan! Gerak hati ni, benda yang tak boleh diajar…
Maka bangunlah dia menghadap atau pun pilih untuk lari dari ujian nya ni…
Turun dari batu lagak panglima melangkah dengan berhati-hati, dengan baju t-shirt hapak tak sempat kering yang dibasuh dengan air sungai, seluar slack dah kusam kena tanah..
Berdiri lah dia dengan kuda-kuda diatur, langkah ‘guru tua’ katanya… 50-50 kedudukannya…. nafas naik ditahan penuh satu dada!
LA HAWLA WALA QUATTA ILLA BILLAH!!!
Tangan kiri tersisip dipinggang, dan tangan kanan diangkat lurus kedepan sambil mengenggam penumbuk
Serius! disebabkan kita orang satu perguruan, segala bunga, langkah, kiasan tangan, gerak semua dia tunjuk depan mata aku..
Tangan yang lurus tadi, dikuis ketepi, dan dia dah betul2 bersedia!
Pontianak tu mara menyerang! Sambil berbunyi
ARGHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!
Brother aku lepaskan satu sepak layang kaki kanan, terpempan mahluk tu dipokok!
Tak bertangguh, satu lagi sepak kaki kiri menyusul, dengan tangan kanan dicedok ke depan, sambung sembat rendah tangan kiri…
Seketika kemudian dengar mahluk tu menjerit!!!!!!!
EEEEKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!
Satu hutan jadi sunyi!
Temasya perang luar gelanggang bersaksikan unggas rimba!
Gegak gempita suara dua mahluk Allah beradu tenaga!
Satu hutan kembali bersorak sorai, seolah memberi semangat pada dua pelawan, lepas senyap babak pertama tadi!!
Kali ni, bila pontianak tu dapat bangun, satu terjahan keras sampai kat rusuk kiri brother aku!
Berguling dia atas tanah menahan sakit..
Bila dia pulak dapat bangun dan bersedia, sekali lagi dia di terkam!
Sekali lagi dia buat pukulan curi, sembat tangan kanan brother aku lepaskan!
Masuk kena, menunggu pun kena… Itu prinsip yang dipakai!!
Dalam kalut bersedia, mahluk baju merah tu dah kembali nak menerkam! tangannya dibuka, menampak kan kuku-kuku yang panjang, cuba nak mencakar muka
Brother aku dah berdiri, kaki kiri dipasak kebumi, kaki kanan separuh terjingkit,
tangan kiri memayung kepala laksana ‘Demang Mangkubumi lebar daun’! Tangan kanan masih lurus dengan penumbuk ke depan!
Terkaman masuk dari kiri!
Langkah dipanjangkan dengan kaki kanan, brother aku kuwi dengan kaki kiri, jarak betul2 rapat! Berlaga pipi bertentang mata!
Dia sauk dengan kipas nandong pakai tangan kanan…
POM!!
Terpelanting mahluk tu Terbang ke langit!
Mahluk tu berpecah tiga!!!!
Mungkin amarah, dek kerana brother aku main ilmu dalam, dia pun pakai ilmu magis pulak! Berpecah jadi tiga!
Alamak… Panjang sangat pulak… Nak kena bersambung…
Ada ‘orang’ dah main ketuk-ketuk tingkap bilik kat rumah aku dari luar…. dah marah agaknya… Seram sejuk pulak rasa…
Oklah.. Nanti aku sambung lagi..
Jangan lupa ingatkan aku, aku ni pelupa… Bahahaha
Hantar kisah andaa : fiksyenshasha.com/submit
Perghh tgh syok baca part lawan2..dia bleh bla cmtu jek….cepat sambunggg….
dahsyat cerita Arif …sebelum jadik pelupa eeerk …
sambung- sambung Bro Arif ..
best..sambung cepat..
Nk belajar jgk silattttt
Alamk.. Xde kesenimbungan ke
hey sambunglah nanti lupa pulak ko.
hahaha ade ketuk2 tingkap lak.. cpt sambung rep. citer tgh best nih…jgn biar kami tnggu lama2 weh
Besttt ,nak baca part2 plak.
Mcm will power dalam one piece lak..the law of D..sampai gajah pun boleh tunduk..
Kalo taring dah sampai ke tanah, tu bukan pontianak. Jelmaan jenglot agaknya tu.
Wallahuaklam