“Ulat Gonggok” Atas Bumbung

Salam FS readers. Kalau cerita ni tersiar, ni kira cerita kedua di publish admin. Cerita pertama tajuk “Qarin ke tu??”. Lepas FS publish cerita tu. Banyak knowledge pasal Qarin ni yang readers kongsi ilmu kat ruang komen, ternyata yang kacau tu bukan Qarin aku. Hahaha. Tq readers yg berkongsi info mengenai Qarin.

Oklah, kali ni nak cerita pengalaman jadi waktu kecik pulak. Waktu kecik2 masa tadika aku duduk kat Ampang, Taman Mega. Kisah ni 20 tahun lebih yang lalu. Umur aku baru dalam 5 tahun kot macam tu. Masa kecik2, aku dengan abang & kak cik aku suka lah main bola dalam bilik. Suatu hari tu kiteorang terpecah kan tingkap bilik. Tingkap style tingkap nako tu. Yang sekeping sekeping tu.

So bila tingkap tu pecah dalam sekeping macam tu. Ayah aku taklah terus ganti kan cermin tingkap baru. Makan masa jugak sebab ayah busy waktu tu ayah keje sebagai pengurus. Rumah tu dua tingkat, so tingkat atas ada 3 bilik. Satu bilik mak ayah, satu bilik abang aku dan satu lagi bilik all the girls. Maklumlah dalam keluarga aku ni perempuan lebih ramai.

So tido lah kami adik beradik perempuan ni dalam bilik yang tingkap belobang pasal dah kene pecah sbb main bola dalam bilik. Hahaha. Dalam bilik ni ada mak aku letakkan tv yang extra tak pakai. Jadi bila time sekolah cuti, bila tadika cuti aku akan tengok tv sampai ke malam. Dulu tv 3 best wei, malam2 siaran dia kadang2 ade citer kung fu la, telenovela la, maria mercedes la. Dulu la dulu tv3 best. Sekarang dah jadi tv3 suku. Hahaha.

So satu malam ni, dengan tingkap pecah masih berlubang aku layan tv. Layan punya layan lepas tu siaran tamat. Keluar jalur 3 warna warni tu dengan bunyi bingit. Aku tutup tv. Nak tidur dah. Katil betul2 tepi tingkap. Waktu nak tidur tu aku mengiring ke kanan. Mengiring ke kanan akan terus nampak tingkap yang lopong tu. Waktu tu belakang rumah aku dalam pembinaan lagi naik rumah baru. Perumahan baru tu separuh dah ada yang dah siap. Tengah mamai2 baru nak tido, aku perasan macam ada “ulat gongok besar” atas bumbung rumah tu.

Sebab cermin tingkap pecah, aku baring mengiring akan terus nampak bumbung rumah yang dalam pembinaan tu. Kenapa aku pangil ulat gongok? Sebab benda tu berbungkus lepas tu gerak mcm ulat gongok gerak atas bumbung rumah. Bukan melompat. Dia macam mengesot. Sebab time tu kecik lagi, aku pun tak tau tu hantu bungkus ke pocong, aku kejut kak ngah aku. Aku tanya dia, “kak ngah tu apa benda atas bumbung tu?”. Kak ngah aku jawab takde apa2. Kak ngah suruh amek kain batik pegi tutup tempat tingkap pecah tu. Sebab kan aku adik yang baik lagi lurus bendul. Aku amek kain batik siap pijak atas katil supaya cukup ketinggian untuk tutup bahagian tingkap pecah tu supaya tak nampak luar. Waktu aku nak pegi tutup tingkap tu dengan kain, benda bungkus menggesot atas bumbung tu toleh ke aku. Muka hitam legam yang aku ingat. Tapi time tu memang tak takut sebab budak sangat tak paham hantu tu apa. Hahaha.

Dah tutup tu kak ngah aku cepat2 panggil aku terus tidur. Aku pun tido dengan lena nya. Hahaha. Esok nya kak ngah aku bagitau kat mak aku, nasib baik kak ngah rabun so kak ngah tak nampak pun apa benda yang adik tunjuk. Hahaha. Sabor je la aku time tu. Tapi baru aku tahu, yang “berbungkus” bukan sentiasa nye melompat ye dak, kadang2 penat dia mengesot pula.

~LadyRed~

.

Miss Diba
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

17 comments

  1. Ulat gonggok ke ulat beluncas??
    Gonggok melingkar merayap…
    Yg nguit2 tu beluncas…
    Ehhh…tetbe belajor Alam dan Manusia plak dh haaa…
    Hahahahaah…

    Tgkp tu mmg x psg langsir ekk…???
    Sempoinye…
    Blk anak dara koottt…
    Hehehehehehe…

    1. Nk sebut pacat gak memule td tp terbyg2 plak dlu sllu hiking pacat dok nguit2 cmtu kejor punyelah laju…
      Aaarrrgghhhh jijiiiiikkk…

  2. penat je hantu ngesot2, siap toleh kat kamu jeng jeng jeng…tapi kamu tak faham dia siapa…hhhmmmm hahahahaha.

    1. Mcm baru2 ni anak akk yg kecik umur 4tahun TERBERTEMBUNG ngan hantu raya kt umah mak…
      Die cume jerit2 mcm memain kejor2 jer…
      Lepas dh citer tu trs smbg main smle…
      Penat member tu sergah maghrib2 nk soh die dok diam gamaknye…

      1. Tu ar pasaaaiiii…
        Die gelabah sekejap jer…
        Pastu tak makan saman smle…
        Si kecik ni pon tahap berani die mmg lebih dr ummi yg dh tua ni…
        Huhuhuhuuu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.