Zaman Study UiTM

Assalamualaikum warga FS,

Da lama maklang menyepi dari menulis citer seram. Kalini maklang nak share story pendek2 jek untuk lepas gian menulis. Semue citer jadi yang maklang share kalini terjadi di zaman maklang study kat UiTM satu ketika dulu. By the way, Maklang hidup zaman Myspace & Friendster serta YM! ASL Plz..

Kalini maklang xtambah citer, cuma nama mereka-mereka yang terlibat je maklang ubah. Okay letz~

Anto1: Sape ketok pintu aku?

Minggu ni majoriti budak2 level aku balik kampung termasuk roomate aku sendiri. Satu level ada 14 bilik and satu bilik ada 2 orang penghuni. Kebetulan jiran depan aku, Lina pun tinggal sorang minggu tu. Tapi masing-masing selamba tido bilik sendiri.

So, malam tu aku lepak layan novel Ombak Rindu dalam bilik sorang-sorang. Tengah melayan sedih tetibe hp aku berbunyik tanda msg masuk. Aku bukak and msg datang dari sorang classmate aku. Dunno kalau korang pernah terima msg camni. “Sila forward lepas baca kalau tak hidup anda akan dirundung malang” Zaman tu memang popular la msg2 mengarut camni.

Aku baca sekilas je, aku sempat ngutuk classmate yang forward msg tu dalam ati. Budak ex SMA pun percaya benda2 mengarut nih, ape da. Elok aku tekan ‘DELETE’ tetibe ayat2 Quran yang aku tampal blakang pintu bilik aku jatuh serentak. Terkujat aku, sempat melatah 2, 3 baris.

Aku pun bangun dari katil and repair balik tampalan ayat tu. Mahal kot aku beli kongsi dengan roomate. Nak menang bilik tercantik punye pasal. Mood nak sambung baca novel da kelaut time tu. Lagipun aku baru perasan jam da dekat pukul 3pagi. Punyalah leka aku membaca.
Aku pun siap-siap nak tido. Aku tutup lampu dan biar bilik bergelap. Berani kan aku? Sebab aku memang tak leh tido kalau ada cahaya. Elok aku nak tutup mata dengar pintu bilik aku diketuk orang. Aku duduk and nak turun katil untuk bukak pintu. Tapi entah nape tetibe aku rasa taknak bukak terus. Aku biar je..

Tok!Tok!Tok!Tok!..4 kali, stop sekejap..Then sambung balik 4 kali..

Aku intai bawah pintu, dari cahaya pintu tak nampak pun bayang2 yang biasa kita nampak kalau ada orang berdiri depan pintu. Aku tunggu kalau ada yang bagi salam. Sampai 5 set benda tu dok ketuk bilik aku. Tetibe sunyi.. Aku pun sambung tido.

Esok tu aku jumpe jiran2 aku kat level tu. Aku Tanya ada tak sapa2 yang ketuk bilik aku malam tadi pukul 3pagi. Takde sape mengaku. Mustahil labudak-budak dari level lain yang ketuk sebab aku bukan insan penting pun untuk dicari pukul 3pagi.

Jiran bilik depan aku Lina cakap malam tadi dia tak boleh tido. Setiap kali dia nak call aku ajak teman dia mesti masuk voicemail sedangkan aku tak bergayut dengan sesape pun malam tu.
So, sape ketok pintu bilik aku???

Anto2: Photoboom

Zaman tu hp berkamera depan belum wujud. So, insan2 yang nak berselfie ni kena pandai2 la bajet tangan tu untuk pastikan selfie korang spot on gitew. Malangnya aku tak bape reti nak bajet. Kalau amik gambar selfie mesti muka aku tinggal separuh.

So, the best way untuk aku pastikan muke aku ngam2 masuk dalam gambar adalah dengan cara selfie depan cermin. Aku pun berposing sakan depan cermin sambil ambil gambar 3-4 click. Okay tipu, aku amik 6-7 click je.. Okay tipu gak, aku pun da lost count bape kali aku dok selfie depan cermin tu. Sedar-sedar budak level aku ketuk pintu bilik ajak turun surau untuk maghrib. Malam Jumaat best berjemaah kat surau kolej sebab lepas solat akan ada tazkirah dari abang senior yang ku kira perfect 10 untuk dijadikan calon menantu mak aku. Nampak tak niat da terpesong.

Sambil dengar tazkirah, aku dok belek balik gambar-gambar yang aku ambil dalam bilik tadi. Gambar aku tengah menghadap cermin, belakang aku dalam 5 tapak ada kerusi and meja study. Aku slide gambar kedua, tengok kat meja aku macam ada benda hitam, maybe efek cahaya. Aku slide gambar ketiga, benda hitam tu da gerak ke kerusi, aku slide lagi, benda hitam tu kedepan lagi, makin aku slide next gambar, benda hitam tu semakin rapat dengan aku.

Aku tunjuk gambar aku kat member sebelah. Spontan member aku terjerit and campak phone aku. Abang yang bagi tazkirah terhenti kejap. One of kakak senior datang kat kami tanya kenapa tetibe menjerit. Member aku tunjuk gambar dalam hp aku. Mengucap panjang kakak senior tu.

Rupanya benda hitam yang aku nampak tu adalah rambut panjang mahluk tersebut. Aku mula-mula nampak macam kepulan hitam je. Tapi bila member aku tunjuk betul-betul baru perasan ianya ibarat seorang wanita berambut panjang yang tertutup wajah dia. Pakaian dia putih kusam panjang so kaki tak nampak.

Kakak senior suruh aku delete terus gambar-gambar tu. Aku pun jujur plus takut masa tu dengan cepat delete semua gambar dalam hp aku. Even gambar aku amik seminggu sebelum tu masa Erra Fazira dengan Yusri datang kolej pun aku delete skali.

Balik dari surau, aku takut nak masuk bilik dah. Maka, seminggu aku menumpang bilik member. Balik kampong, mak aku bawak jumpe ustaz. Ustaz bgtau benda tu tak menganggu pun cuma kebetulan time dorang active (senja) tu aku dok bergambar. Kiranya photoboom la tu. So, kesimpulannya, jgn gedik berselifie time senja. Kang ada yang menumpang posing sekali. Ahaks!

Anto 3: Cak-Cak

Life as teenager bajet hot salah satu perkara wajib adalah bergayut dengan ‘kekasihss’ lepas pukul 12tgh malam. Nape lepas pukul 12? Sebab time tu Maxis, Hotlink dengan berbesar hati bagi free call untuk semua pemegang prepaid. Tapi ko kena daftar dulu kalau tak silap. Lupe plak. Zaman AF tengah hot, majority student pakai Hotlink! Termasuk aku and ‘kekasihss’

Jam pukul 1pagi. Roomate aku tengah study untuk kuiz esoknya. So, sebagai roommate prihatin aku pun amik bantal nemo aku sambil bergayut dekat hall. Macam aku tulis awal-awal tadi, satu level ni ada 14 pintu. So level aku ni memanjang la. Bahagian barat ada tangga, bahagian timur ada ampaian kecik untuk jemur baju. Ampaian tu mengadap toilet and dobi.

So, aku duduk dekat tangga sambil memandang ke arah ampaian tu. Mula-mula okay je, aku pun focus borak tentang masa depan aku dengan insan dihujung talian. Tetiba ‘kekasihsss’ aku tegur “Awak, awk tak takot ke duduk luar time2 cam gini?”

“Nape nak takut plak? Awak kan ada..hikhik” jawabku gedik

“Yeke awak x takut? Bangunan awk tu dah la hot spot skang ni”

“Awkkk, saya ni bukan jenis penakut. Sy kalau tdo sorang2 pun tutup lampu tau. Penat je benda tu nk kaco sy.” Jawabku berlagak. Sebabkan aku jawab berlagak, tak smpai seminit lepas tu aku diganggu.

Mula-mula, aku nampak ada orang keluar dari toilet. Aku perhati dari jauh tp macam tak pernah nampak budak ni. Maybe kawan-kawan budak level aku tumpang tido. Standard la musim2 peksa ni. Tapi pelik, budak tu berdiri depan toilet tak gerak-gerak. Statik je!

Aku plak macam mata ni macam ada magnet dok tenung je budak tu. Suddenly, budak tu jalan kearah tempat ampai membelakangi aku. Again dia statik kat situ. Pehal budak ni? Aku da mula tak focus pada perbualan aku dengan si dia. Tapi aku jugak masih tak berganjak dari tangga tu. Masih dok tenung budak dekat ampaian tu.

Tetibe budak tu cankung then berdiri disebalik baju2 kat ampaian tu. Kejap2 dia duduk mencangkung, kejap2 dia berdiri. Macam main cak-cak tu. Tapi dia nak main cak2 dengan sape? Depan tu bukan ada bangunan ape pun. Just hutan dan tanah lapang je.

Tengah aku pandang je budak tu main cak-cak tetibe roommate aku kuar bilik. Jalan kearah toilet. Aik? Takkan roommate aku tak nampak budak tu kat situ? Kalau nampak takkan roommate aku tak tegur. Masa tu aku da rasa lain, okay aku da terkena ni.

Slowly aku jalan kedepan kearah bilik aku. Guest what? Benda tu da berhenti cak-cak tu tapi dia masih membelakangi aku. Bila aku melangkah kedepan, dia melangkah kebelakang. Kalau aku langkah 3x, dia pun langkah 3x. Bilik aku kat tengah2, aku pun laju jalan kebilik sambil dia pun laju ‘mengejar’ aku dengan cara jalan kebelakang.

Cepat-cepat aku masuk bilik, tutup pintu and kunci. Macam2 doa aku baca sampai berpeluh2. 10minit camtu dengar suara roommate aku bg salam. Aku lupa roommate aku pergi toilet tadi. Nak bukak pintu tu ibarat macam nak cabut nyawa sendiri masa tu. Aku tawakal je sambil baca2 ape yang patot. Nasib baik hanya roommate aku yang masuk bilik sambil wat muke pelik.

By the way, ‘kekasihss’ aku tu letak phone lepas dia rasa aku da tak focus dengan perbualan kami. So, aku pun tak tau dengan sape aku ‘gayut’ masa dalam proses aku dok tenung benda tu and berjalan ke bilik aku. Honestly, aku lupe lansung sebab leka tengok benda tu main cak cak.
Kesimpulannya, jangan berlagak berani kalau sebenenarnya engkau penakot

Cukupla 3 citer untuk kali ni. Kalau maklang teringat lagi citer baru maklang tambah ek. Kalau korang boring-boring nak baca story yang pernah maklang hantar kat FS bolehla cari tajuk bawah nih:

#MakLang – Dah Masak Ranum Ni
#MakLang – Kakak Pun Takut Juga
Wanita Tua di Stesen Minyak
“SEJUK TAK? NAK PELUK??”
#MakLang – Bye Aimy…

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Zaman Study UiTM”

  1. Tak pasal² abis baca cerita MakLang yg dolu²…
    Nak tanya MakLang pernah layan tak slide…yg kita letak gambar² kita pastu letak kat myspace ke frienster ke…kiki asl pls tu common sgt..hahah

    Reply

Leave a Comment