Budak Hitam

Hi, assalamualaikum semua. Terima kasih pada admin kalau cerita aku disiarkan. Aku bahasakan diri “aku” la ye senang sikit nak cerita. Kisah yang aku nak cerita ni terjadi pada tahun 2012, waktu tu aku masih pelajar di sebuah politeknik di Perak.

Semester kedua aku dan Diana (bukan nama sebenar) decide untuk menyewa di sebuah rumah di pekan razaki, Ipoh. Sewanya biasa je sama macam rumah sewa lain, bezanya rumah sewa ni agak luas. Memiliki 4 buah bilik tidur, 2 bilik air. Masa aku mula-mula masuk rumah sewa ni memang ade 3 org senior yang menyewa di rumah tersebut. Aku namakan dia kak fiza, yana dan kak ani. Kak ani ni orangnye pendiam. Sejenis yang suka buat hal dia sendiri dan suka berkurung dalam bilik. Kak ani ni dia dah berkerja manakala kak fiza dan kak yana ni pulak student semester akhir kolej kptm di ipoh. So 5 org la penyewa termasuk aku dan Diana ni. Aku dan Diana stay di bilik master bersama kak fiza dan kak yana. Kak ani pulak duduk di bilik bawah . senang katanya.

Hari pertama duduk di situ takde benda yg pelik berlaku. Start hari ke 2 waktu tu Diana tengah syok baca novel ape entah, aku pulak tengah guling2 atas katil sambil mencuba nk lelapkan mata. Kak fiza dan kak yana takde waktu tu. Mereka berdua tu memang suka keluar petang then balik tengah malam, kadang tu smpai ke pagi. Entah ke mana diaorg merayau kiteorang memang tak ambil port. So sebelum tido tu aku pesan dekat si Diana ni.

“Ok,” Diana balas.

Tiba2 tengah pagi tu dalam pukul 2 pagi tu aku terbangun. Dengar bunyi air dekat bilik air dlam bilik tidur aku. Dengan lampu terbukak tapi kipas tertutup. Aku toleh kearah Diana, dia tengah syok tido aku kejut pon dia tak gerak langsung. Aku toleh kearah katil kak fiza dan kak yana, hmm… kosong. Dalam hati aku berdebar jugak la. Aku bangun dari katil aku,aku berjalan ke arah pintu toilet tu. Niat nak cek, kot2 si Diana ni terlupa tutup air ke ape kan. Baru je nak bukak pintu toilet tu tiba-tiba kak fiza bukak pintu bilik.

“aik, zoey (bukan nama sebenar) tak tidur lagi?”

“eh, kak fiza… baru balik ke?”

“haah… kiteorg baru turun Cameron tadi. Nak masuk toilet ke?” aku geleng. Kak fiza terus ambil tuala mandi dia dan kak yana pulak baru muncul di depan muka pintu. Nampak penat.

Soalan kak fiza buatkan aku teringat bunyi yg aku dgr tadi dalam bilik air. Tapi yang peliknya bunyi tu dah hilang. Kipas siling pon berputar macam biasa. Macam aku pulak yang tengah bermimpi. So aku patah balik kearah katil aku sambung tido.

Selepas dari kejadian tu, hari-hari benda tu ulang main air, main kipas, main lampu dan semua tu terjadi pada aku je. Dekat si Diana ni dia takde pulak kacau. So aku pon dah lali. Biasanya aku buat tak tahu je. Kadang tu aku tegur jugak. Tapi dalam hati cuak beb kot2 dia mucul keluar dari bilik air tu kan. Sebulan kemudian kak fiza dan kak yana dah tamat sem, tuan rumah pulak kata akan ada 5 orang pelajar dari UniKL nak masuk. So 2 orang satu bilik,dan seorang lagi akan pindah ke bilik master dengan aku dan Diana. Aku takde hal pon nak share bilik. Dan kejadian yang lagi menakutkan start dari dorang ni pindah masuk.

Aku namakan dorang ni bella, min, syah, mia, zimah (bukan nama sebenar). So bella stay dengan aku dan Diana dalam bilik master, min dengan syah duduk dalam bilik yang berdepan dgn bilik aku, mia dengan zimah pulak stay dekat bilik hujung antara bilik aku dengan bilik min tadi tu. Kak ani pulak still duduk dekat bilik bawah. Si bella ni pulak merupakan member aku dari satu negeri. Aku kenal dengan dia lepas spm dulu. So takdelah segan sangat. Diana ni pulak memang bestfriend aku dari sem 1 lagi.

Kejadian pertama berlaku time tu hari sabtu, student unikl tu semua keluar beli barang. So tinggal lah aku dengan Diana. Kiteorg turun bawah tengok tv. Tiba2 si Diana ni kate dia nak keluar kejap lagi,dia tanye aku nak ikut tak? Aku pon tengah lapar so aku on je. Si Diana naik atas nak siap,aku lepak kat bawah lagi. Tinggal nak sarung tudung je pon. Tiba2 aku Nampak kak ani ni tengah berlegar2 dekat dapur pastu dia masuk bilik air mandi tak sampai seminit dia keluar masuk dalam bilik dia. Aku baru nak tegur tapi kak ani Nampak semacam so aku tak jadi nak tegur dia. Si Diana ni pon da siap, aku pakai tudung, sarung kardigen then moto kawan aku pon sampai depan rumah. Si nad dengan aili. Kiteorg kunci rumah sarung helmet then berdesup cari makan.

Sampai dekat restoran, si Diana suruh aku mesej kak ani tanye dia nak order makan ke tak. so aku pon mesej la kak ani. Tengah2 lepak makan tiba2 bunyi mesej masuk.aku tengok nama kak ani so aku pon bukak la mesej tu.

“akak dekat kampong ni..korang makan lah… akak lupa nak pesan semalam akak balik kampong.”

Aku tunjuk mesej tu dekat Diana. Pucat terus muka si Diana ni. Dia cakap dekat aku dia Nampak kak ani pagi tadi tengah sidai baju sebab tu dia ingat kak ani ni ade dekat rumah, aku pulak mmg Nampak dia berlegar dekat dapur then mandi then masuk bilik. So kiteorg decide nak balik rumah time budak2 unikl tu balik je nanti.

Sampai dekat rumah,aku Nampak moto kak ani memang takde pon parking dekat garaj, baju yang Diana kata pon takde. Puas la aku dengan Diana ni dok jengah2 kot2 kak ani ni bergurau ke ape kan. Then si bella ni tegur aku.

“woi, kau jengah ape?”

“kau ade Nampak kak ani tak?”

“tak. Dia balik kampong kan?”

“mana kau tau?”

“semalam aku Nampak dia bawak beg, aku tanye akak nak pergi mana then dia jawab nak balik kg. kenapa kau tanye?”

“oh..tak lah..aku ingat dia ade kat rumah.”

Aku malas nak beritahu bella. So aku pesan dekat Diana jangan ckp pape dekat dorang.. Takut diorang pulak yang takut nanti. Sebulan berlalu. Kejadian dekat bilik air dalam bilik aku tu masih lagi berlanjutan dan macam biasa, Cuma aku je yang diganggu. Diana dengan bella relax je macam takde ape. Sampai la satu malam ni aku, Diana, bella pergi makan dekat area kedai2 jauh sikit dari rumah sewa aku tu. Waktu tu lepas maghrib kiteorg jalan kaki je. Biasalah, student. xde kenderaan pulak tu. Kaki je yang ade. So masa tengah rancak2 berborak tu si bella ni bukak cerita dekat aku dengan Diana.

“eh zoey kau tau tak ape2 pasal rumah sewa kita tu?”

“pasal ape?” aku soal balik.

“pasal hal2 mistik ke?” bella dah cakap separuh berbisik.

“kenapa?korg kene ganggu ke?” soal aku lagi. Saja nak tengok reaksi dia.

“bukan aku..tapi dorg yang kene.” Bella sambung. Dorang tu refer pada min,syah,zimah dan mia.

“dorg kene macam mane?”

“min dengan syah kate dia selalu dengar ade org ketuk pintu bilik dia,bila bukak takde org pon. Mia dengan zimah pulak kene hempap masa tidur. Then diorang selalu dengar org cakar2 tingkap bilik dorang. So dorang plan nak baca yasin ramai2 then jirus dekat setiap penjuru rumah.”

“bila?” soal Diana.

“weekend ni. Korang nak join tak?”

“hmm..zoey,macam mane?” soal Diana pulak dekat aku.

“weekend ni kiteorg ade hal dekat poli. Maybe balik petang lepastu kebetulan pulak kiteorg period.”

“tapi korang buat jela. Takde kiteorg pon takpe..lagipon dulu kite semua masuk takde buat bacaan ape2” Diana sambung lagi.

Bella mengangguk je. Kiteorg habiskan sisa makanan then berjalan balik. Waktu tu dah hampir pukul 10 malam. Dari jauh aku boleh Nampak balkoni rumah sewa kami di lorong jalan, bulat mata aku Nampak cik pon duduk bertenggek dekat atas balkoni tu. Aku toleh bella,bella toleh ke arah aku. Dia tunjuk isyarat diam sambil mata mengerling si Diana di sebelah kiri aku. Aku paham dia taknak Diana tau apa yg kami Nampak malam tu. Aku dan bella jalan pimpin tangan tunduk bawah,sementara si Diana ni tengah syok balas mesej dekat handphone dia. Sampai depan rumah kiteorg masuk then kunci pintu.

“korang kenapa wey?” mia tegur.

“kenapa ape?” soal aku.

“pucat muka. Berlari ke?”

“taklah..penat sikit jalan kaki.” Bella pulak balas. Si Diana dah naik atas dulu.

Untuk pengetahuan korang bilik yang aku duduk tu adalah bilik master yang ade toilet sendiri dan balkoni. Ye balkoni tu dpn bilik kiteorg,setiap petang aku dengan Diana akan duduk dekat balkoni tu hirup udara petang. Korang bayangkan la bnde tu betul2 dekat bilik kiteorg. Nak taknak kene jugak naik bilik, aku dengan bella masuk bilik aku tengok si Diana ni relax je buat hal dia. Malam tu si bella tidur berhimpit dengan aku sebab katil dia betul2 dekat dengan pintu balkoni tu..dia punya takut tu sanggup tidur berhimpit.hahaha

So hari yang dorg plan pon tiba, pagi tu aku dengan Diana awal2 dah bersiap nak keluar..si bella pulak baru bangun tido,aku Cuma pesan dekat bella nanti jangan lupa jirus sikit dekat bilik kiteorg ni,dia Cuma mengangguk je.

Petang tu aku balik dengan Diana aku Nampak dorang tengah jirus2 dekat area garaj tu. So aku dengan Diana masuk rumah dan naik ke bilik. Baru je nak masuk bilik si syah ni tegur aku smbil bawak sebungkus plastic dekat tangan dia.

“zoey,ni barang kau ke?” dia hulur plastic tadi.

Aku bukak plastic tu. Rambut. Kasar dan bergumpal2 penuh satu beg plastic tu.

“ni bukan aku punya ni. Mana kau dapat?” soal aku lagi. Diana pulak dok membelek bende tu.

“aku jumpa bawah almari aku. Sebelum kiteorg masuk ade tak kau kenal orang yang duduk dalam bilik ni?”

“mana kiteorg kenal,sebab bilik kau dengan bilik mia memang kosong. Kiteorg kenal kak fiza dengan kak yana je sebelum ni.” Diana balas.

“kau rase2 ni rambut siapa?”soal syah lagi.

“hmm..macam rambut bende tu je”aku balas semula. Kalau dari segi rupa dia tu aku rase aku tau.

Syah diam.

“macam nilah, bende ni tak boleh buang. Kau kene bakar bende ni.” Bella pulak bagi cadangan. Entah bila dia datang pon aku tak tau.

Aku dengan syah setuju untuk bakar bende tu. Bella dengan syah turun bawah nak bakar rambut tu, aku dengan Diana pulak masuk dalam bilik nak bersihkan diri setelah seharian join aktiviti.

Malam tu macam biasa aku,Diana,bella pergi makan dekat tempat biasa. Bella buka cerita lagi,katanye waktu lepas bakar rambut tu dia orang terakhir masuk ke rumah,dan tiba2 dia rasa ade angin bertiup masuk dalam rumah. Sedangkan dia tengok kawan dia yang lain macam tak rase ape2 pon.

Cerita bella habis di situ. Beberapa minggu kemudiannya aku keluar study dengan aili dekat McD, final exam da dekat. Aku tengok jam dah pkul 12.30 malam. Aku ajak si aili ni balik,so aku sampai rumah pukul 12.45 macamtu. Rumah sewa aku dari luar nampak suram sangat.gelap. mungkin sebab dorg dah tidur agaknye aku bisik dalam hati. Aku bukak pintu rumah, alamak gelapnya. Cuma cahaya dari lampu dapur je yang samar2 bantu aku melihat dalam gelap. aku tutup pintu. Entah kenapa tergerak hati nak toleh ke arah tangga.

Oh shit! Aku menyumpah diri aku sendiri. Kaku aku depan pintu. Adelah dalam beberapa minit macam tu. Aku tengok dia, dia tengok aku. Otak aku dah tak berfungsi time tu. Segala ayat semua aku lupa. Aku tarik nafas, aku jalan perlahan naik tangga melintasi dia. Dia bersaiz budak, hitam legam cuma biji mata dia yang aku nampak agak kemerahan. Kulit dia seakan2 mengelupas dan terlihat sedikit isi2 badan dia. Mencangkung duduk di penjuru tangga memerhatikan aku tanpa kelip. Gigil lutut aku menaiki tangga satu persatu..seakan terlalu lama aku terperangkap disitu. Aku dapat rasa seolah olah dia cuba sentuh kaki aku. Sampai di tiga anak tangga terakhir aku lari masuk dalam bilik.

“bam!” aku hempas pintu. Terduduk aku kejap depan pintu. Jantung rasa nak gugur.

“oi..apehal kau ni?” sergah bella yang masih berjaga.

Aku geleng. Mulut aku seakan terkunci.

“lambat balik?” tegur bella lagi.

“ade banyak subjek yang aku study.” Aku balas pendek.

Aku Nampak Diana lena tido even lampu masih terang.

“kau buat ape tu?” soal aku pada bella. Pelik juga sebab dia masih berjaga.

“ni haa.” Bella tunjuk gambaran anatomy yang dia tengah lukis. Ulangkaji mungkin.

“aku tak sedap badan la. Aku tido dulu la.” Aku terus baring di katil aku. Memang aku rasa tak sedap badan lepas terserempak bende tu.

Esoknya aku bangun nak mandi aku Nampak badan aku dah mula keluar chicken pox. Aku mandi then aku siap2 nak ke klinik. Kelas terpaksa aku ponteng sebab aku rasa kepala aku sakit sgt.kebetulan aku Nampak Diana masih atas katil.

“wei,kau takde kelas ke harini?” aku soal.

“takde.kelas cancel.”

“jom teman aku ke klinik.”

“kau tak sehat ke?”

“aku rase aku kene chicken pox la wei.”

“haa jomlah.”

Balik dari klinik cepat2 aku cari tiket balik ke johor. Cun, malam ni ade tiket bas. Aku terus grab. Aku dapat cuti 10 hari since aku kene chicken pox. Biji2 air pulak makin cepat merebak. Tentang malam tu pulak aku tak ceritakan pada sesiapa pon. Aku taknak diorang takut pulak nanti. Balik kampong,aku ceritalah dekat ayah aku ape yang aku Nampak then gangguan yang aku selalu kene. Ayah aku cume suruh aku cari rumah sewa lain untuk next sem. Dia risau nanti bende tu nak menempel pulak dekat aku karang.

Lepas aku dah sihat aku balik semula ke ipoh. Jalani hari2 biasa aku. Lagi dua bulan aku dah start final exam. Rumah sewa untuk next sem pon aku dah dapat. Aku decide untuk duduk di rumah lain sbb aku masih terbayang bende yang aku Nampak dekat tangga tempoh hari. Waktu hari2 terakhir aku dekat situ kami semua duduk melepak dekat ruang tamu. Borak2 petang. Tiba2 bella cerita yang dia pernah Nampak bende hitam dekat tangga. Sama yang macam aku Nampak jugak haritu. Yang lain pon pernah rase seoalah2 diperhatikan dari tangga. Akhirnya aku cerita ape yang jadi pada aku malam sebelum aku kene chicken pox tu. Rupanya dorang jugak kene ganggu tiap malam. Bende tu seolah2 nak kiteorg keluar dari rumah tu.

Tapi yang aku tau dorg stay dekat rumah tu sampai sem akhir dorg. Aku dengan Diana pulak stay dekat rumah sewa lain sejak naik sem 3. Satu sem je aku stay kat situ.

Rumah sewa next sem pon aku kene ganggu jugak..cume tak extreme sangat la.. next time kalau rajin aku cerita lagi..sorry la ye kalau cerita aku tak best.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

hana himawari

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

22 thoughts on “Budak Hitam”

  1. PERMAINAN AGEN DOMINO 99 TERBESAR DI INDONESIA

    Terbaik dan Terpercaya Di Indonesia.
    Minimal Deposit Rp 20.000,-
    Memiliki 8 game dalam 1 user id
    Bonus Cashback 0.3%
    Bonus Referral 15%
    Bonus Extrak Refferal 5%

    Contact Us

    Fanspage FB : Sahabat QQ
    Pin BB : 2BCD6D81
    Pin BB : 2BD6A2E3
    WA : +855-81734021
    LINE : SAHABATQQ
    WECHAT : SAHABATQQ
    YM : [email protected]

    Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop

    #domino99 #pokeronline #gamesonline #pokeronlineindonesia #pokeronlineterpercaya #pokeroblineterbesar #pokeronlineterbaik #gamesonlineterpercaya #agendomino #agenpokeronlineterpercaya #agenpoker #7gamesdalam1id #sahabathoki #sahabat9988 #sahabatqq

    Reply
  2. Fuh.. Aku ada benda hempap bumbung kereta pun aku call bapak aku suh keluar rumah…hihi… Inikan lalu sebelah benda tu… Mmg xla nak oi

    Reply
  3. Klu aku ternampak jek,.. gelap dunia kot rasanya. jerit terus. tu pn klu suara keluar. klu x,…hmmmmmmmm… mintak dijauhkan la.

    Reply
  4. PUO lah ni. masa saya duduk TC pun sama. sem 2 duduk dengan classmate. saya ni pula jenis sibuk berpesatuan jadi memanjang takda kat rumah. alhamdulillah setakat satu sem duduk rumah tu, benda tu sekadar bagi teguran kat saya yg di wujud dalam rumah tu. cuma teruknya kawan-kawan saya sampai murung jadinya. teruk dorg kena kacau. satu hari masa duduk ramai-ramai kat bawah, dorg cerita kat saya yg dorang kena kacau sampai kawan saya ni boleh nangis tiba-tiba. saya pesan kat dorg buat bacaan yaasin dan renjis keliling rumah. sama macam kes awak, tak dapat join dorg baca yaasin sebab ada aktiviti kat puo. balik je dorg kata rumah dah tak ‘panas’ tapi bilik kawan saya panas. saya husnudzhon je cakap maybe sebab tingkap tertutup plus bilik tengah, pengudaraan tak cantik. saya pernah kena 2 kali. katil saya double decker, tidur kat atas. entah macam mana masa nak turun tu rasa macam kain batik kena tarik. terus jatuh terduduk then kepala terhentak kat almari baju. terus blurr. kali kedua, saya tidur dah. tetiba kawan saya kejutkan saya. saya tanya kenapa, dia cakap saya menangis mendayu macam minta maaf sambil nangis. terus saya pegang mata dgn pipi, eh kering. tak basah pun. sebelum terjaga tu tak mimpi apa pun. hmm musykil. tapi most of the time, housemate yg kena kacau paling teruk. sem tiga saya keluar sebab tak seronok duduk serumah dgn geng puak puak ni. dah lah kat kelas jumpa, kat rumah pun jumpa. kes kat rumah cerita kat class. kalau bercerita tu org tak kenal takpe. sampai sem 5 dorg menyewa kat situ, memang gangguan tu tak berhenti pun.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.