Bas Ekspress

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada mereka yang membaca dan meninggalkan komen pada cerita-ceritaku yang terdahulu. Terima kasih juga kepada admin FS kerana masih sudi up kan perkongsianku.

Cerita-cerita yang bakal aku kongsikan pada kali ini adalah tambahan pengalaman yang ku alami sepanjang ku berada di Selangor untuk melanjutkan pelajaranku. Jika sebelum ini kisah yang ku kongsikan berkenaan dengan hobi ku meluangkan masa di perpustakaan dan kegilaanku pada rebana ubi, kali ini ku akan kongsikan pengalamanku sepanjang berulang alik menaiki bas ekspress.

Pada zamanku, syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bas ekspress ini tak banyak sangat, jadi kami kurang pilihan dan senang cerita terpaksa terima akan jadual perjalanan bas yang terhad dan kondisi bas yang disediakan. Bas rosak dan terpaksa tumpang bas lain ,berdiri dalam bas dari Seremban hingga ke Pudu, itu sudah biasa, tapi itulah pengalaman hidup.

Cerita 1 –
Rumah ku terletak di antara tempat yang paling hujung di Johor. Senang cerita, dari tempat lepakku di tepi laut, boleh sahaja berenang ke Singapura. Pada ketika itu cuma 1 perkhidmatan bas ekspress sahaja yang ada masuk ke kawasan kami, Zuco Ekspress, bas yang lain akan berhenti di Larkin sahaja. Itupun tempat naik dan turunnya adalah di kawasan medan selera. Tapi ku jarang naik dari situ, kerana aku akan naik dan turun di simpang berdekatan dengan rumahku.
Aku sering naik bas yang terakhir dari Pudu (sebab ku tunggu habis kelas dan kemudian naik bas dari Shah Alam ke Kuala Lumpur) dan selalunya bila sampai ke tempat ku turun adalah dalam pukul 3 atau 4 pagi. Dari simpang yang ku turun, aku perlu berjalan kaki dalam 3 km sebelum sampai ke kawasan perumahanku. Di sepanjang perjalanan itu, hanya ada sebuah surau sahaja, selain dari itu hanyalah lalang dan pokok-pokok kecil sepanjang jalan.

Abang ku pernah cerita yang dia beberapa kali pernah ternampak dengan makhluk yang menjaga kawasan kami itu, tapi ku buat tak tahu sahaja, kerana aku tak pernah nampak. Rupanya awal pagi itu giliranku pula untuk bersua muka dengan mereka. Bila sahaja turun dari bas, aku mengorak langkah ke rumah seperti biasa. Suasana pukul 4 pagi yang sunyi itu sudah biasa bagiku, dan seperti biasa aku akan tundukkan kepala sahaja hinggalah ke pintu pagar yang perlu ku tolak.
Kawasan perumahanku adalah jenis gate and guarded. Tapi bab gate sahajalah yang tepati istilah tu, bab guarded tak pun, pak guard selalunya akan ada sehingga pukul 12 malam sahaja, selepas itu post guard akan ditinggalkan, entah ke mana dia pergi. Pintu pagarnya pula jenis manual, tolak dan tutup sendiri, besar dan boleh tahan berat. Bila tiba di pagar, ku angkat kepalaku untuk membuka selak pagar, ketika itulah pergerakkanku terhenti. Ada tiga makhluk yang sedang bertenggek di atas pagar itu memerhatikan gerak geriku.

Aku hanya mampu mengeluh dan ku turunkan pandanganku. Wajah yang sempat bertentang mata denganku agak mengerikan. Gigi menyeringai tanpa bibir dengan anak mata merah tanpa putih mata, hitam sahaja bahagian putihnya. Dalam otak terfikir, kenapa aku tak pengsan bila nampak benda ni? Kan senang kalau pengsan. Aku berdiri kaku dengan tangan masih memegang selak pagar. Nak lari ke nak teruskan? Akhirnya ku pilih untuk teruskan. Pagar ku tolak perlahan-lahan, dalam hati tak henti-henti berzikir, meminta agar urusan aku untuk sampai ke rumah dipermudahkan.

Kemudian sambil berpeluk tubuh, aku meneruskan perjalananku, selang 5 buah rumah barulah rumah keluargaku. Sepanjang perjalanan ke rumah, kuat kedengaran bunyi seperti sayap dikepak-kepakkan mengikuti perjalananku dari atas. Ku biarkan sahaja, tak berani untuk mengangkat mukaku untuk melihat benda yang terbang di atas kepalaku.

Sesampai di rumah, aku tak terus masuk, ku rehat sebentar di ruang rehat di halaman rumah. Tenangkan hati dan fikiran. Pada masa itu terfikir, patutlah pak guard tiada selepas tengah malam, dia bertukar syif dengan makhluk-makhluk ini rupanya. Tapi aku masih tak serik, masih juga ambil bas ekspress lewat malam untuk balik ke kampung. Beberapa kali juga terserempak dengan geng lepak atas pagar ni, tapi ku akan tundukkan pandanganku dan memohon agar Allah lindungi perjalanan ku sampai ke rumah.

Cerita 2-
Kejadian kedua yang ku nak kongsikan ini berlaku apabila emak memintaku untuk balik Johor ketika hujung minggu. Ada family gathering di Desaru katanya. Dia pesan untuk naik bas yang kalau boleh sehabis cepat sampai ke Johor. Jadi bila habis kelas, ku bergegas ke Pudu untuk membeli tiket bas. Tak pernah-pernah aku berlari-lari di area Petaling Street, kali ini aku berlari, hinggakan apek yang jual air mata kucing di tepi jalan itu menegurku, lari macam nampak hantu, katanya.
Setelah beberapa kali berulang alik di kaunter bas, ku pilih satu bas yang tak pernah lagi ku naiki memandangkan itulah masa perjalanan yang paling awal ketika itu, bertolak pukul 7.45 pm, ku tak fikir panjang, terus beli. Turun di Larkin nanti abang iparku akan datang ambil.

Apabila bas yang di tunggu tiba, terasa tak sedap hati sedikit, tapi ku buat tak endah sahaja. Bila tiba giliran ku naik ke dalam bas, serta merta ada bau yang kurang menyenangkan menyengat deria bauku. Segera ku tutup hidung. Hanyir. Ketika itu juga emak menghubungiku. Jadi sebelah tangan ku tutup hidung, sebelah lagi memegang hp. Sempat ku kerling budak yang duduk di seat belakang pemandu. Dia duduk melutut, menggetap bibir sambil menjegil-jegilkan matanya pada penumpang yang naik. Agak tak terurus rupanya. Aku beranggapan mungkin dia adalah anak pemandu bas ini yang kurang sempurna.

Bau hanyir itu tetap ada setelah aku duduk di kerusiku. Nasiblah aku memang suka bawa minyak angin, ku sapukan sedikit di hidungku. Pandanganku tetap curi-curi pada budak di seat depan itu. Aksinya tetap sama pada setiap penumpang yang naik.

Tak lama kemudian ada seorang ibu dan anaknya yang masih kecil naik ke dalam bas. Apabila terpandang sahaja budak di seat depan itu, anak kecil yang dalam dukungan ibunya ini terus meraung kuat. Terkejut kami semua di dalam bas. Kali ini, budak di seat itu sudah mula tersenyum lebar. Sedaya upaya ibunya cuba memujuk anaknya itu sambil berjalan menuju ke tempat duduk mereka. Bila sahaja ibunya duduk dan memusingkan badan anaknya menghadap depan, dia kembali meraung kuat.

Aku yang melihat keadaan itu terkebil-kebil sambil menahan bau hanyir yang kembali menusuk hidung. Pandanganku berselang seli dari budak di seat depan ke budak yang tak henti-henti menangis. Semakin menyeringai budak di seat depan bila ibu tersebut semakin tak tentu arah cuba memujuk anaknya. Ketika ini, budak seat depan itu sudah pun duduk menghadap belakang sambil memeluk seatnya. Terangkat-angkat bahunya mengagah budak itu. Pada pandanganku, matanya semakin bulat dan besar, sengihannya juga seperti hampir ke telinga, semakin lebar.

Ekspresi wajah budak di seat depan itu berubah apabila ada penumpang yang duduk di barisan kedua, menghalang pandangannya dari mengagah budak yang menangis itu. Kali ini diketap-ketap giginya, dan memang sah, mulutnya semakin lebar. Sah juga, itu bukan manusia kerana penumpang yang betul-betul duduk di belakangnya itu tak sedar akan kewujudannya. Tekak aku semakin mual, seberapa banyak minyak ku sapu di hidung tak dapat nak hilangkan bau hanyir itu.
Akhirnya ku ambil keputusan, dari terus terseksa menahan bau dan melihat keletah makhluk itu, lebih baik aku turun dan cari bas ekspress yang lain. Tak kisahlah terpaksa beli tiket yang baru dan sampai lewat ke Johor.

Cerita 3-
Selalunya, aku akan menjadi penumpang yang terakhir turun dari bas. Ketika kejadian berlaku, aku dalam perjalanan balik cuti semester. Seperti biasa, bas ekspress yang aku naiki ini akan menurunkan penumpang di Skudai kemudian Larkin dan sekiranya ada penumpang dari Masai dan Johor Jaya, bas akan masuk ke kawasan itu juga. Destinasi ku adalah yang terakhir, Pasir Gudang. Ketika itu, perkhidmatan bas ekspress masih lagi beroperasi di kawasan medan selera, bukan di kompleks seperti yang sekarang ini.
Penumpang tak ramai malam itu, bila penumpang turun di Larkin, aku turut bangun dan memerhatikan penumpang berkemas untuk turun. Dalam pada itu aku tengok juga, ada atau tidak penumpang yang akan turun lambat sepertiku. Bila bas mula bergerak semula ku bangun lagi untuk memerhatikan keadaan dalam bas. Ok, ada seorang penumpang yang masih ada bersamaku di dalam bas. Kurang sikit rasa takut berduaan dengan pakcik bas walaupun sudah banyak kali naik bas yang dipandunya.

Tempatku adalah seat ke empat dari belakang, jadi ku angkat semua barangku untuk beralih ke depan, agar pakcik bas nampak aku dan mudah untukku memberitahunya bila aku mahu turun nanti (di simpang jalan), takut dia terlupa.

Ketika bangun untuk ke depan, ku toleh ke belakang untuk melihat penumpang yang ada bersamaku itu. Dia masih lagi seperti tadi, berselubung satu badan dan duduk mengiring menghadap tingkap. Ku dekati penumpang itu bila nampak badannya terhinjut-hinjut seperti sedang batuk.

“Cik.. sejuk ke, jomlah duduk depan, senang driver nampak kita nanti,” ku tepuk perlahan badannya yang berselubung sehingga tertutup bahagian kepala.

“Hmm” balasnya tanpa membuka selubung.

Ku tunggu untuk beberapa ketika. Dia kemudiannya seperti mengerang kesakitan. Aku jadi tak sedap hati, terus ke depan dan memberitahu pakcik bas.

“Takde orang lain nak.. Anak sorang aje yang nak balik Pasir Gudang,” jawabnya, fokus masih di jalan raya.

“Ada pakcik, tu.. yg duduk kat belakang sekali, kan berselubung tu. Sejuk sangat kot. Dia sampai mengerang-ngerang tadi,” jawabku.

“Takde..” jawab pakcik bas sambil menghidupkan lampu kecil di dalam bas. Di kerlingnya cermin pandang belakang.

“Eh.. sepatutnya takde,” jawabnya.
Lega hatiku bila pakcik bas juga nampak penumpang di belakang. Bila bas berhenti di lampu merah, pakcik bas segera bangun untuk menegur penumpang terbabit. Tak lama selepas itu dia berlari ke hadapan, pucat mukanya.

“Nak.. takde oranglah,” terkebil-kebil dia memandangku.

“Cuba buka semula lampu tadi pakcik,” aku juga mula berdebar.

Lampu dibuka, aku toleh ke belakang dan pakcik bas pandang ke cermin pandang belakang.

“Ada kan?” soalku.

Dia mengangguk perlahan.

“Tadi kat belakang takde..” katanya sambil menoleh ke belakang.

“Subhanallah.. nak.. takde orang..” bergetar bibir pakcik bas. Dikerlingnya kembali ke cermin pandang belakang, “Eh.. bila tengok kat cermin ni ada..” katanya.

“Jalan pakcik.. hijau dah..” ku terus duduk di tangga bas bersebelahan dengannya.

“Apa tu..” soalnya. Lampu ditutup semula, tak mahu melihat makhluk berselubung itu. Ku geleng kepala.

“Kau nak turun juga ke kat simpang macam selalu?” soalnya.

Lama ku berfikir sebelum menggelengkan kepala.

“Sampai sana nanti saya call abah saya suruh ambil kat medan,” bateri hp ku sudah habis ketika itu. Kesian pula nak tinggalkan pakcik bas ni berdua dengan entah siapa yang menumpang hari itu.

45 minit perjalanan ke medan selera itu terasa sangat lama.

Cerita 4-
Bila ku sambung pembelajaranku di Bangi, aku lebih selesa ke Seremban untuk menaiki bas balik ke Johor. Lebih cepat dan lebih jimat padaku. Ketika ini aku tak kisah sama ada turun di tempatku atau di Larkin, kerana ada yang sanggup untuk ambil dan hantar pulang ke rumah jika aku sampai lewat malam atau awal pagi. Sebelum ada komen-komen nakal, biar ku nyatakan di sini, jika dia datang untuk mengambilku pada lewat malam/awal pagi, bukan bersendirian, akan ada adik perempuannya (muda setahun dariku) yang menemaninya.

Seminggu selepas masuknya bulan Ramadhan, aku masih tak dapat lagi balik untuk berbuka dan sahur bersama keluarga. Mana taknya, sehari selepas 1 Ramadhan kami perlu menduduki ujian, jadi tumpuan aku berikan pada pelajaran dahulu. Bila pada hari Rabu pensyarah memberitahu yang dia terpaksa batalkan kelas kami, ku ambil kesempatan itu untuk terus ke Seremban, tak peduli, nak juga balik ke Johor untuk berpuasa bersama keluarga. Kelas hari Khamis aku skip. Huhu.

Sesampai di Stesen Komuter Seremban ku segera ke gerai yang dibuka semasa Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa (nasi kerabunya sedap..) tapi ku hanya beli karipap seringgit, sekadar mengalas perut bila masuk waktu berbuka yang tak sampai sejam lagi.

Semasa membayar kuih yang ku beli, ku terpandang pada seorang lelaki tua yang menggunakan telapak tangannya untuk memayungi seorang gadis yang sedang duduk di tepi jalan sambil memicit-micit bahunya. Berat mungkin beg yang disandangnya itu. Kasih sayang seorang ayah, tak sanggup anak berpanasan, telapak tangan pun boleh digunakan untuk menghindarkan panas dari terkena wajah anaknya.

Aku tak risau untuk mendapatkan tiket bas ekspress sebab ketika itu bukan hujung minggu. Selesai sahaja membeli tiket bas, aku segera naik ke dalam bas. Seperti biasa, ku akan perhatikan sekitar dalam bas dahulu sebelum duduk. Tak ramai penumpang pada hari itu.

Aku tersenyum bila rupanya aku satu bas dengan pakcik dan anaknya itu. Ku senyum dan anggukkan kepala ke keduanya apabila mata kami bertentangan. Pakcik itu menundukkan pandangannya dan anaknya tidak membalas senyumanku, dia segera menoleh keluar tingkap.

Bila bas mula meluncur laju, aku dah tak kisah lagi dengan mereka, sedap sendiri melayan mata. Bas kemudiannya berhenti di Machap. Ku turun dan tunaikan tuntutan pada yang Esa, kemudian naik semula ke dalam bas. Bila bas mula mengundur untuk meneruskan perjalanan, aku seperti biasa menjadi kelendan tak bergaji, bangun dan memeriksa semua penumpang.

“Eh.. bang..bang.. kejap.. ada sorang lagi ni belum naik!!” teriakku.
Bas berhenti mengejut. Pemandu kedua bangun dan kembali mengira penumpang di dalam bas.

“Cukuplah dik.. jangan macam-macam..” aku direnung tajam.

“Pakcik yang duduk sebelah akak ni takde,” aku tunjuk ke arah perempuan yang sekarang ini duduk sendirian.

“Dia memang sorang dari tadi. Kau jangan macam-macam.. bulan puasa ni semua hantu kena ikat,” kuat suaranya memberi amaran padaku.

“Akak..mana pakcik?” aku tak puas hati. Kali ini aku pula yang merenungnya tajam.

Dia menggeleng kepala. Mukanya kelihatan keliru.

“Akak sorang je dik..” jawabnya.

“Kau ni.. taulah bulan puasa.. oksigen kurang sampai ke otak ni,” pemandu bas itu menepuk belakangku.
“Duduk!” arahnya.

Aku kembali duduk di tempatku. Beberapa penumpang tersenyum sinis memandangku.

Tak lama selepas bas bergerak, perempuan tadi mencuit lenganku.
“Sini dik..” katanya perlahan.
Aku bangun dan duduk di sebelahnya. “Adik nampak pakcik dengan akak?” soalnya.

Aku angguk.

“Sebenarnya saya nampak dari tadi masa beli kuih kat stesen komuter,” jawabku. “Tak sangka pula kita satu bas,” sambungku.

“Macam mana rupa pakcik tu?” soalnya lagi.

“Ada tahi lalat bawah mata kiri. Botak. Janggut sikit. Pakai baju kemeja hijau,” balasku.

Dia tertunduk kemudian menangis.
Terkejut aku dibuatnya.

“Ayah akak tu..” katanya perlahan.
“Dia meninggal tiga hari yang lepas,” terangnya lagi.

Aku telan air liur.

“Dia call.. tanya tak balik sambut puasa ke.. dia kata rindu nak jemput dan hantar akak kat stesen bas. Lama juga akak tak balik, butik tempat akak kerja dapat banyak sangat tempahan. Akak janji nak balik dua hari lepas, rupanya dia pergi sehari sebelum tu.. tak sempat pula akak tatap wajah arwah buat kali terakhir sebab akak sampai lambat,” dia menangis lagi.

Dikeluarkan sekeping gambar dari dalam pursenya. Betul. Itulah pakcik yang aku nampak. Baju yang dipakainya pun sama.

“Baju tu.. kemeja pertama yang akak buat untuk dia. Dah jadi baju kesayangan dia. Setiap kali pakai akan cakap baju ni anak aku buat… tak sangkanya.. ayah datang juga hantar akak balik Johor hari ni.. ayah tunaikan juga janji ayah..” aku bila dengar ayat macam ni, hati yang kering ni terus jadi senipis tisu.

Perlahan-lahan aku bangun dan kembali ke tempatku. Tak kisahlah apa yang ku nampak itu hantu atau roh atau apapun. Ku tutup mukaku dengan tuala muka yang ku bawa dan menangis sepuas-puasnya. Rasa macam nak cepat sampai ke rumah. Nak jumpa emak dan abah.

Pengajaran yang sangat hebat untukku. Sebelum ni aku malu bila emak akan ikut naik ke dalam bas, peluk cium dan beri segala macam pesanan kepadaku, sampai satu bas boleh dengar, sampai ada yang bertanya anak bongsu ke? Padahal aku anak ke empat dari enam beradik. Malu bila abah jadi tukang jaga parking secara sukarela, memberi arahan kepada pemandu bas bila dia mula undur bas, sampai ada yang bertanya, itu ayah awak ye? Sambil tersenyum-senyum memandangku. Sejak dari itu, ku biarkan apa sahaja yang emak dan abah nak buat setiap kali aku mula bergerak jauh dari mereka, asalkan mereka puas hati dan meringankan kerisauan mereka padaku. Setiap kali ada yang bertanya dan memandang sinis, aku hanya senyum dan jawab, selagi punya masa, manfaatkan

Nami

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

72 thoughts on “Bas Ekspress”

  1. Bergenang air mata baca cerita last tu.. Al Fatihah.

    Thanks sebab tulis cerita ni.. peringatan supaya sentiasa berzikir..baca doa minta perlindungan Allah swt.

    Btw..
    Nami memang cool lah boleh hadap benda gini. Kuat semangat berteman natang 3ekor escort balik rumah.

    Yg dalam bas ekspres tu mmg scary sebab selalu ambil bas ulang alik SG-Msia ni. Mmg time2 bas lopong tak ramai org terasa lah keseramannya. Walaupun tak nampak apa2..tetap rasa spooky.

    Reply
    • Peringatan bersama.. Bagiku.. Kalau kita recite doa sepanjang mana sekalipun, tapi x yakin dgn kuasa Allah yg akan bantu kita, x guna juga.. Lebih baik fokus pada zikrullah yg pendek dan keyakinan kita pada kuasa Allah.

      Reply
  2. Pengalaman berharga..sy pon org johor jgk..so mmg familiar dgn tmpt2 yg di sebut td..ape2 pon, kekuasaan Allah mengatasi segalanya..hargai ibu bapa, selagi masih ada..Doa ibu bapa menjadi pelindung..Subhanallah

    Reply
  3. Dari cerita yang pertama pun da best.. tengkuk aku ikut panas sejuk nak bayangkan situasi..
    Macam mana kau bole berani mcm ni aku pun x tau.. Kalau aku mungkin da bedesup lari kot..
    Cerita last tu sedih.. 10/10 aku bagi.. kalau ada cerita best lagi share la..

    Reply
    • Sebab dulu masa awal2 perasan boleh nampak benda2 ni.. Bila lari, lagi seronok diorg menyakat.. Jadi latih diri utk x cepat menggelabah.. Zikir utk tenangkan hati.. Then hadap n redha.. Huhuhu..

      Reply
        • Berani sebab takde pilihan lain.. Kalau pitam then sedar, tgk2 dia tgh dok perati kita.. Lagi ngeri dibuatnya.. Jadi nak xnk, kena hadap.. By the way, thanks for reading n commenting ya.

          Reply
    • kong..klu aku lagi seram yang dia nmpk budak dlm bas tu…meremangtrus aku tbayang budah tu tsengih2..ni tgh naip ni pun tgh meremang..ada yg tgh tsengih2 kt blkg aku la ni kot..

      Reply
      • mambang.. aku seram part yg 1st tu.. sbb dah sah2 ada sayap.. x cukup tanah kot aku nak lari masa tu.. yg 2nd tu seram juga.. cuma penulis ckp mula2 nampak macam budak mcm budak kurang upaya.. so compare dgn yg 1st tu aku rasa aku boleh hadap yg 2nd tu ..

        Reply
  4. mula2 seram yang last tue sedeh..mak abah aku bila aku naik bas selagi drg nmpk bas selagi tue drg tak gerak..kalo aku balik kmpg naik motor berpuluh2 kali cll..sehari seblom balik mak aku akan pesan rehat n tido bg cukop sbb nak bawak moto jauh..

    Reply
  5. bagus 3 ekor yg mejaga tu..lagi bagus dari mana2 pak guard…siap ikut smpi ke umah nk tgk betul owner umah ke x..klu guard manusia, hampeh..angkat kepala skit tegur senyum pastu xde nye nk tanya ke apa…padahal yg tegur tu org yg dtg nk pecauh umah..

    Reply
    • Ini aku setuju sgt.. Sebab dari otak aku terfikir nak selinap masuk rumah kelab kilat (pusat komuniti kat perumahan tu) main snooker.. Aku terus balik rumah x jadi nak jadi budak nakal.. Huhuhuhu

      Reply
  6. Penceritaan yang mudah difahami. Olahan ayat yang baik dan susunan ayat yang tidak keterlaluan. Jarak baris antara perenggan memudahkan pembacaan. Tahniah. Cerita yang bagus untuk dibaca.

    Reply
  7. sedihnya mcm tu la aruah abah dan mak melayan saya, sayang mereka dunia akhirat.sesibuk mana pun luangkanlah masa dengan ayah dan ibu kita.jangan pernah rasa malu dengan adanya mereka disisi kita.

    Reply
  8. Aku ada sedikit cerita hantu. Cerita ini berlaku pada bulan Apr 2010.

    Pada waktu Maghrib pukul 6:44, aku berjalan-jalan sesorang di tepi parit — parit ini terletak di Parit Sulong, Batu Pahat Johor.

    Ketika aku berjalan sesorang aku terlihat di rimbunan semak yang tebal bergoyang-goyang.

    Ketika aku melihat rimbunan semak ini bergoyang-goyang aku terus berhenti melangkah — aku perhatikan sahaja semak yang bergoyang-goyang ini.

    Makin lama semak ini makin kuat bergoyang-goyang — semakin semak ini kuat bergoyang-goyang — aku semakin cuak.

    Dalam keadaan aku sedang cuak ini — dari celah semak yang bergoyang-goyang ini terpancur suara yang garau lagi parus mengherdik aku: “Woiiiiii!!!!!!!”

    Membuntang mata aku apabila terdengar suara herdikan “Woi!” ini datang dari celah-celah semak.

    Serta-merta dari celah-celah semak muncullah sesosok makhluk yang bermuka bengis memandang tajam ke arah aku.

    Makhluk bermuka bengis ini yang muncul dari celah-celah semak terus menengking aku: “Woi! Kenapa kau mengintai aku berak?”

    Apabila melihat makhluk bermuka bengis ini marah sambil mengamceng zip seluarnya — mencecet aku berlari sambil berdekah-dekah ketawa.

    Cis! Aku ingatkan di waktu Maghirb — hantu nak menyergah aku dari celah semak — rupa-rupanya Pak Sood berak di tepi parti.

    Mungkin Pak Sood dalam kecemasan tak sempat nak sampai ke rumahnya — tinja di buntutnya tertahan-tahan di hujung dubur — dalam keadaan kecemasan ini, Pak Sood terpaksalah berak di tepi parti yang dilindungi rimbunan semak yang tebal.

    Reply
  9. pun baru start follow cik nami.
    first dulu baca jangan leka yg disangkakan penceritanya lelaki.

    tak sangka pulak org pasir gudang. pernah merasa naik bas express kat medan selera dulu.
    tak silap bas 1 kali je satu hari ke KL. itu dulu tahun 95.

    perenggan terakhir betul – betul menyentuh perasaan.
    dulu sama la nami kalau naik bas rasa segan mak ayah ikut naik sekali hantar sampai atas.
    sekarang dah jadi mak/ayah ni baru tau camana rasa kita sayang kat anak kalau boleh nak bagi yg terbaik utk anak tapi biasa la anak mana nak faham semua tu.

    Reply
  10. Bab cerita bas express ni best n sedap di baca… Cik nami duduk pasir gudang kat mane… Dr cerita mcm kg pasir gudang baru tp xtau betul ke x..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.