Anugerah Adik

Hai. Hari nie aku nak share tentang adik aku, Ieza (bukan nama sebenar). Beza umur kami 2 tahun ja dan adik boleh dikatakan agak rapat dengan ayah berbanding ibu. Kejadian nie berlaku masa adik berumur 9 atau 10 tahun macam tu. Masa tu ada orang cuba nak sihirkan ayah tapi tak berapa teruk, jadi orang tu tukar arah dan buat kat adik. Ramai yang cakap adik adalah kelemahan ayah, jadi orang akan jatuhkan ayah melalui adik, lebih kurang macam tu la. (Wallahu’alam).

Orang tu memang betul-betul buat adik sakit. Setiap hari, lepas Isyak sampai ke subuh adik akan meraung, menangis. Perut dia seakan-akan membusung dan dia akan menarik-narik rambut sendiri. Adik juga selalu cakap sorang-sorang, tiba-tiba menangis, tiba-tiba ketawa, tiba-tiba cakap sakit. Dengan keadaan adik macam tu, memang memberi kesan kepada diri ayah. Ayah juga kerap mengambil cuti sebab keadaan adik, nasib la majikan ayah sangat memahami. Bermacam-macam cara ayah dan ibu buat untuk sembuhkan adik dan alhamdulillah keadaan adik semakin baik walaupun tak sepenuhnya.

Kami sangka panas hingga ke petang tapi sebenarnya tak.. Orang tu masih tak berputus asa, dia serang adik dengan cara lain pula. Setiap kali adik ke sekolah dia akan diganggu. Adik mula nampak makhluk-makhluk yang tak sepatutnya. Setiap kali tu la adik akan menangis,meraung ketakutan dan setiap kali tu la cikgu akan selalu telefon ayah dan ayah akan bawa adik pulang ke rumah.

Dari cerita adik, mula-mula dia nampak cikgu dia bertanduk. Keesokkannya, dia nampak ada perempuan sebelah cikgu, dekat kantin dan dalam kelas. adik juga nampak ada binatang hodoh tengah duduk atas bahu kawan dia dan paling teruk masa nak ke makmal sains, dia tak jumpa makmal tu. Yang ada hanyalah kawasan perkuburan dan kawan-kawan dia berubah menjadi makhluk yang menakutkan. Adik meraung menangis ketakutan dan adik hanya tersedar bila ayah peluk dia di dalam pejabat guru.

Perkara nie berlarutan hingga ke dalam rumah, adik pernah cakap ada perempuan baju putih tengah gayut kat kipas angin la, belakang ibu ada monyet la, atas kepala aku ada tanduk la (masa nie aku yang menangis ketakutan sebab tiba-tiba adik teriak kat ibu cakap atas kepala aku ada tanduk) dan macam-macam lagi. Mula-mula adik memang akan menangis ketakutan termasuk la ibu yang cuba untuk kuatkan diri menghadap benda-benda tu tapi bila dah lama-lama, kami semua dah terbiasa. Jika dia ternampak apa-apa yang kami tak nampak, dia akan bagitau terus kat kami, tanpa perasaan takut dah.

Ayah dan ibu memang risau dengan keadaan adik, dekat sekolah semua orang dah pulaukan adik sebab orang kata adik gila dan sampai 1 tahap adik dah taknak ke sekolah. Ayah dan ibu juga memang ada bawa adik jumpa pakar psikiatri sebab nak buktikan pada semua orang yang adik tak gila. Macam-macam hinaan dan kata-kata sindiran kami terima masa tu bukan setakat di sekolah tapi dari jiran-jiran sekeliling jugak!

Satu hari tu Pakcik Azman, kawan ayah datang ke rumah kami, dia bawa ayah mertua dia, kami panggil tokwan ja. Tokwan ada bacakan ayat-ayat suci Al-Quran, dia bagi adik minum dan minta ibu mandikan adik dengan daun-daun yang dia bawa. Tokwan cakap adik anak yang istimewa, apa yang dia lalui masa tu adalah anugerah untuk dia yang tak semua orang dapat. Adik memang kelemahan ayah tapi adik juga akan jadi pelindung untuk keluarga kami. Masa tu ayah dan ibu memang tak faham apa maksud tokwan sebenarnya.

Pernah sekali tu kami sekeluarga keluar berjalan, masa tengah dalam perjalanan balik tu tiba-tiba adik kata ada hantu tengah tunggu kami kat rumah tapi kami tak percaya. Bila sampai dalam kawasan rumah, kami terkejut bila ada 4,5 ekor anjing seakan-akan berkumpul depan pagar. Tiba-tiba adik minta kami semua baca Ayat Kursi. Ibu dan ayah terkejut bila adik dapat baca ayat Kursi dengan lancar sedangkan aku sendiri pun tak pernah hafal ayat tu (masa umur aku time tu ja la, ahah…) Dan yang paling mengejutkan, anjing-anjing tadi dah hilang sekelip mata. Keesokkan pagi tu, ayah cuba korek kawasan depan pagar dan ya!! Ayah jumpa bungkusan kuning,tapi aku tak ingat bungkusan apa. Yang aku tau, ayah bagi bungkusan tu kat tokwan.

Ayah memang akan maklumkan setiap perkara yang berlaku dan perkembangan adik pada tokwan dan tokwan cakap itulah salah 1 keistimewaan adik yang tokwan maksudkan. Menurut tokwan, jika ayah atau adik terlangkah tempat bungkusan tu ditanam, sihir tersebut akan terus terkena pada mereka.

Bila ditanya pada adik tentang macam mana adik tahu ada benda tu dan macam mana adik boleh hafal ayat Kursi, dengan jujurnya adik cakap ‘ Puteri yang bagitahu adik dan Puteri yang ajar adik baca’. Hampa rasa macam mana perasaan ibu dan ayah aku masa tu? Siapa pula ‘Puteri’ nie? Masa tu baru ayah dan ibu teringat yang tokwan pernah cakap adik tak keseorangan.

Ada sekali tu adik tengah tidur, tiba-tiba ibu perasan mulut adik seperti terkumat-kamit seperti membaca sesuatu. Ibu ingat adik mengigau dan ibu cuba kejutkan adik, tapi adik tak bangun. Dalam 10 minit juga la ibu cuba kejut, ibu dukung, ibu tampar-tampar perlahan pipi adik, ibu sapu air yang tokwan bagi kat adik sebelum nie untuk sedarkan adik sampai la tiba-tiba adik terjaga. Dia siap boleh tanya ibu lagi kenapa ibu menangis. Lepas keadaan dah tenang, adik cerita yang dia jumpa ‘Puteri’, ‘Puteri’ dan kawan-kawan ‘Puteri’ ajar adik hafal surah-surah penting sebab nanti nak kena lindung ayah.(lebih kurang macam tu la ayat adik).

Beberapa hari lepas tu masa ayah nak keluar bekerja, adik tiba-tiba pesan kat ayah, “Ayah, hari nie kalau ada kawan ayah belanja makan, ayah jangan ikut tau, nanti ayah sakit”. Dan benda tu memang betul-betul terjadi, lepas ayah balik kerja ayah cerita kat ibu yang ada seorang kawan ayah nak belanja semua staff makan tengahari tu tapi ayah tolak dengan alasan nak siapkan kerja. Ayah juga perasan yang riak wajah kawan ayah tu seolah-olah tak puas hati. Ayah memang dah lama syak nie semua angkara kawan ayah tu tapi ayah taknak menuduh takut jatuh fitnah. Biasa la bila ayah selalu dapat ‘job’ besar, client suka, majikan sayang, komisen lebih,mesti la akan ada yang tak puas hati.

Tentang macam mana adik boleh tau tentang perkara tu, aku rasa hampa tau dah kot sapa yang bagitau dia. Ya, Puteri!! Dan tak lama lepas tu, dengar cerita kawan ayah tu jatuh sakit. Sebelum kawan ayah tu meninggal, kami sempat melawat. Dia betul-betul minta maaf dengan ayah dan kami semua, tapi bila dia tengok adik dia seakan-akan takut. Dia menyesal dengan apa yang dia dah buat, dia minta adik jangan seksa dia lagi, dia janji dia takkan ganggu adik lagi. Masa tu terfikir juga, apalah yang adik, budak sebesar dia boleh buat?

Lepas kematian kawan ayah tu, alhamdulillah ayah pun dah okey cuma badan ja tak berapa kuat dah sebab kesan-kesan sihir nie masih ada (tapi ayah kata sebab faktor usia,hahaha). Adik? Adik pun takda sakit-sakit dah cuma apa yang masih sama, adik masih boleh nampak benda-benda yang kita tak boleh nampak. Kesan daripada kejadian nie, adik terpaksa berhenti sekolah dan dia takut untuk bergaul dengan orang sekeliling. ‘Puteri’? Masih ada bersama adik….


Dalam tempoh hampir 3 tahun tu, keluarga kami memang menderita teruk, menderita dari segi mental dan fizikal, luaran dan dalaman. Banyak lagi perkara yang berlaku sebenarnya, tapi aku cuma ambil bahagian yang penting-penting ja. Banyak yang aku tak berapa ingat dan aku refer balik dengan ibu dan ayah untuk tulis cerita nie.

Soalan yang sama selalu akan ditanya kenapa ayah tak kena teruk walaupun sihir tu memang ditujukan untuk ayah?
– sebenarnya diri ayah juga bukan kosong, ada pendinding ada ilmu cuma ayah tak berapa nak amalkan.

Kenapa orang tu pilih adik dan bukan aku?
– mungkin sebab orang nampak adik memang rapat dan manja dengan ayah jadi orang tu memang gunakan adik habis-habisan la.. Dan macam tokwan cakap, adik anak yang istimewa, ada anugerah yang Allah nak bagi kat adik.


Banyak lagi perkara yang terjadi pada adik dan keluarga aku lepas pada kejadian tu. Anugerah yang adik dapat, siapa sebenarnya ‘Puteri’ dan rahsia disebalik kejadian nie. Kalau ada kelapangan aku akan sambung. In shaa Allah..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

#missIB

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 thoughts on “Anugerah Adik”

  1. Puteri tu tokwan yg turunkan kot. Tapi korang tak tau. Janganlah bergantung pada sesiapa selain Allah. Allah sebaik2 pelindung, yang memberi penawar apatahlagi menghidupkan dan mematikan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.