20 Tahun dulu

Salam admin.Sya mimi. Ingin berkongsi cerita dgn FS.
Kisah terjadi 20 thn yg lalu. Ketika itu sya berusia 17 tahun. Tahun sibuk persediaan spm 1996. Pertengahan tahun cuti 2 minggu saya merehatkan minda dgn melepak bersama kakak angkat saya. Masa itu saya duduk rumah kampung yg mane jaraknya terlalu jauh dgn rumah lain. Rumah kakak angkat saya berdekatan dgn jalan raya besar. Mana kala rumah saya jauh kedalam sikit.
Ketika sya melepak dgn kakak angkat saya di rumahnya, pada masa melepak tu terdgr suara sejenis burung. Selalu org tua kata bunyi burung tu ada petanda x baik dan x lma lepas tu terdgr bunyi ambulan dekat dgn umah kakak angkat sya tu.Tapi kami berdua wat x endah je sbb ingatkan ada org sakit.
Beberpa jam kemudian dtg seorg kawan kakak angkat sya menceritakan bahawa ambulan yg dtg tu rupanya ambil org yg terbakar, dan mangsa tersebut merupakan dua beradik perempuan dan saya mengenali kedua beradik tersebut. Alkisahnya dua beradik tersebut dr keluarga yg susah ibarat makan pagi kais pagi, dan pagi tersebut sekeluarga nak ke bandar utk membeli lauk tetapi ibubapanya tak bawak mereka sbb duit tak cukup utk tambang bas dan beli lauk. Maka beralah lah dua beradik tersebut cuma adik lelaki bongsu je yg ikut. Tgh hari jiran mereka memberi sayur dan ikan utk mereka berdua masak dan masa tu mereka guna 2 dapur minyak tanah dan dapur tu di isi penuh dgn mintak tanah tersebut. Oh ye rumah yg mereka duduk merupakan rumah setinggan dan rumah mereka di buat mengunakan kayu yg di tebang dr pkok yg ada sekitar tersebut. Dapur mereka runtuh mungkin kayu dah reput, ketika itu mereka berdua tgh memasak dan kerana runtuhnya dapur mereka maka terbakar la dapur mereka dan 90% badan mereka terbakar. Seminggu mereka di terpaksa duduk di ICU. Penduduk kampung yang datang membaca yasin terpaksa buang baju yg di pakai kerana berbau kuat. Namun doktor kata takde harapan maka mereka berdua terpaksa di offkan mesin hayat. Pertama adiknya dulu, masa tu waktu malam dalam pukul10 lebih, bilal surau umumkan kematian mereka dan tak lama lepas tu depan rumah saya yg mane dulu mereka pernah sewa, tetiba dengar seperti anjing menangis dgn sayunyer. Ada dlm 2 ke 3 ekor..amat pelik mane dtgnyer anjing tersebut…dan depan umah saya bunyi org berlari2.
Rumah kampung kan rumah papan. Dengar depan pintu di ketuk bagai, memang riuh bunyi depan rumah. Saya dan ibu saya membatukan diri ketakutan sbb bilik tido takde pintu cuma langsir je. Bila keesokan harinyer kecoh satu kmpg kena kacau. Selama 6 bulan jgk la kpg kena ganggu…ptg selalu budak bujang lepak tp kul 6 ptg semua dah dok dlm umah sbb x nak kena kacau…mane yg balik keja malam tawakal je la kekadang setiap malam jumpa dua beradik tu merayau….umah yg mereka duduk dah di tglkan kerana ibu bapanya x sanggup setiap hari kena ganggu. 20 tahun berlalu, tapi saya masih ingat lagi…..alfatihan kepada kedua arwah….alfatihah

 

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 13 Average: 5]
Admin2

6 thoughts on “20 Tahun dulu”

    • huhu… entah la kan,betul juga.
      tak pasal budak2 yang kena.

      biasalah jin/iblis semua seangkatannya nak kacau manusia,padahal budak2 tu tak ada apa pun,roh dah ke alam sana. Itu yg iblis jelmakan diri serupa dgn arwah semua. nak menakutkan kita…

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.