Assalamualaikum,
Admin, terima kasih jika menyiarkan kisah saya ni. Saya Bob. Maafla jika intro pendek, sebab saya tak pandai sangat bercerita, tapi di sini saya ingin bercerita tentang pengalaman seram saya yang paling seram sejak akhir2 ni. Dan, boleh tak saya membahasakan diri saya sebagai aku, senang dan lebih biasa sikit, hehe.
Ceritanya bermula sejak tahun lepas
Januari 2016
Aku iaitu Bob, baru sahaja putus cinta. Jika dahulunya aku minat cerita2 cinta ni (jiwang la dulu2 time ade awek), tapi lepas frust menonggeng aku da tak layan da benda2 cintan2 ni, serabut, stress, sedih mcm takleh move on (mcm budak2 la plak tapi umur da 26 tahun, adeh).
Lalu, kawanku bernama Zubair menegurku, “Move on la Bob, smpai bila ko nak jadi mcm ni, sian aku tengok, makan tak lalu je, tidur tak lena, mandi je yang basah…”
Aku tau Zubair nak melegakan perasaanku yang kecewa tu. Zubair ni kawan baik aku sejak hampir 7-8 tahun lepas, sama2 belajar di UIA, kawan sebilik. Sekarang kitorang sudah bekerja. Ok la, mampu hidup bujang cukup makan minum semua.
Dan pada masa itu juga seorang lagi kawan baikku, Saiful. Juga turut bersimpati dengan diriku ni.
“aku rasa jomla kita main game, release ko punya stress ni..” Ujar Saiful.
Zubair mengangguk setuju sampai sedang bermain game di phone di kedai mamak tu.
Aku malas melayan dorang, baik aku habiskan air teh ni pastu bla g jalan2 ronda naik moto. Hari tu hari Ahad (sorry tak ingat, sabtu ke atau ahad, tapi kira weekend la boleh lepak sekali ngn member2)
Dan ketika itu, aku usha phone Saiful (Aku malas nak usha phone Zubair, dia sedang leka main game kat phone, entah la game ape, COC kot, atau sumwar, entah la).
“Ko baca cite ape tu,” aku bertanya Saiful
“ohh, ni cerita hantu ni, kat blog, dengan facebook sekali, layan cerita seram dekat page ni,” Saiful membalas. Zubair pula still leka dgn gamenya
Aku pun membuka phoneku, dan terus ke page facebook cerita seram tersebut. Kat situ aku dapati banyak kisah2 seram yang ditulis. Saiful yang perasan aku buka page tu tersebut terus menegurku.
“Ko tu lemah semangat, kat U dulu pun, nak pergi tandas sorang2 malam2 pun ajak aku ikut sekali..”
Aku terus memarahi Saiful dan berkata yang aku cuma takut ade beruk je kat area ampaian tepi tandas tu. Memang sebab masa petang tu dulu, aku memang ternampak beruk curi roti aku dalam bilik dan lompat dan lompat ke ampaian, garang bai muka dia. tu yang aku takut nak lalu situ. Zubair tergelak teringat peristiwa tersebut, habis bersepah hanger baju dan cawan aku lempar untuk halau beruk tu. Haha, kelakar pun ade, tapi aku takut sebenarnya.
Dipendekkan cerita, aku pun layan la cerita2 seram tu di page facebook berkenaan.
Seminggu selepas kejadian, masih lagi di bulan Januari 2016
Jam masih menunjukkan jam 5.20 petang. Okay cun, lagi 10 min nak balik. Memandangkan kerja da siap. Aku terus off PC aku dan alang2 tu, aku bukak la page facebook cerita seram tu kat phone. “Ofisku yang seram” atau lebih kurang camtu la tajuknya. Aku pun baca dan baca. Dan tiba2, aku disapa oleh seseorang.
Kawan officeku, Mail menepuk bahuku. “Weh malam ni ko free tak, ade kerja sikit la, teman aku boleh, ko boleh claim OT, xdehal.” Mail bertanyakanku.
Aku pun memandangkan masih bujang dan tiada komitmen, layankan je la, leh claim OT, simpan sikit duit untuk masa depan. hehe. Lepas bos aku bersetuju, aku pun memberitahu Mail, ok cun boleh kerja malam ni. Mail pun happy kerana ade orang boleh teman dia sekali malam ni untuk kerja di office.
Pada malam tu, jam 8 malam. Aku pergi ke meja Mail untuk membantu sedikit. Ade la urusan sikit untuk menyusun baju dan beg2 cenderahati di atas meja. Maklumlah, esok lusa tu ada family day, jadi kena buat cepat2. Malam tu, hanya ada 3 orang je di Office iaitu aku, Mail dan seorang lagi brader dikenali sbg abg Mil.
Dan ketika itu juga, aku printkan senarai nama staff2, tapi yang peliknya aku print, tapi tak keluar. Jem kot mesin fotostet ni. lalu aku memanggil abg Mil utk membantuku checkkan mesin fotostet tu. Tak semena-mena, ade bunyi di bahagian dalam almari di hujung office sana, di bahagian meja Mail. (senang cerita, meja aku belah paling kiri, abg Mil pula dua meja sebelah kanan aku, mesin fotostet sebelah meja abg Mil, dan tempat Mail paling kanan sekali di hujung office, kira2 dalam 40-50 meter dari meja aku.)
Aku terus melihat ke arah punca bunyi tu. tapi tiada apa2, Mail ada di situ tapi macam rilek atau tak tahu pun ada bunyi bising2 dalam almari tu. Bunyi macam ade benda berlari dalam almari. Tikus agaknya? entahla
Aku melihat abg Mil. Abg Mil melihatku balik tapi dia terus buat don’t know. Aku pun apa lagi, terus buat don’t know la. Namun, aku macam teringat kisah seram yang aku baca petang tadi di page facebook, kisah seram di office. Dan entah kenapa tiba2 aku terasa ada angin dan bulu romaku meremang.
Skrip dalam cerita seram tu, hampir sebijik macam apa yang aku lalui ketika itu. Dan ape lagi, aku terus membaca ayat kursi, lantas aku teringat balik, memang sebijik. Mesin fotostet. Almari. bunyi bising. 3 orang. ada angin. dan seterusnya orang yang merasai benda2 tersebut membaca ayat kursi. Aku pun macam… Ya Allah, lindungilah hambamu ini. Aku pun malas berfikir lanjut, aku terus menyapa abg Mil dan Mail lalu aku memberitahu yang mesin fotostet rosak. Esok je la sambung kerja. Abg Mil faham maksudku itu, cuma Mail yang masih ingin membuat kerja2nya itu, cakapnya lagi 10 minit siap. Sebenarnya aku teringat skrip cerita seram tu. Akan ade jelmaan yang akan muncul lepas lampu malap tiba2.
Aku terus memegang tangan Mail. Jom kita balik. Mail yang masih berdegil tu tetap dengan pendiriannya mahu menyiapkan kerjanya juga. Aku dan abg Mil terus mengugut cakap akan tinggalkan dia sorang2. Dan akhirnya Mail mengalah dan kitorang pun keluar dari office tu. Ketika sedang mengunci pintu, bunyi still kedengaran (Sebenarnya aku aneh sebab hanya aku dan abg Mil yang dengar, kali ini bunyi cakar2 dan ITU ADALAH SEBIJIK MACAM DALAM CERITA SERAM YANG AKU BACA TU, 2 orang je yang perasan!!!!). dan sedang saja aku melangkah keluar dari pintu utama office, tiba2 lampu jadi malap sedikit di koridor. Guard yang ada disitu terus bangun dan melihat di sekeliling. Aku apa lagi, cabut la rempit dengan motor ku.
Februari 2016
Aku sudah stop seminggu membaca cerita-cerita seram yang mengarut. Ye, aku akui aku takut, tapi bila difikirkan balik, aku tak tahu nak buat apa dah waktu tu. Zubair dan Saiful balik ke kampung, tinggal aku sorang2 di rumah. awek plak takde. nak buat OT da tak berani da malam2 tu. Ade je Mail ajak lepak, tapi aku malas nak lepak jauh2 malam2.
Last2, aku buka balik page facebook cerita seram tu. Kali ni cerita baru yang diupload, cerita seram di rumah sewa. Ceritanya mengisahkan seorang pemuda yang duduk seorang di rumah tu dan 2 orang rakannya pulang ke kampung. Time baca tu aku tak terfikir apa2 lagi, namun bila part aku baca pemuda tu kena kacau, pintu diketuk dengan kuat dan bila dibuka tiada orang, dan adegan seterusnya akan ade lembaga menyerupai membernye di sofa tengok TV etc. Dengan tidak semena-mena, pintu rumahku diketuk dengan kuat. Aku apa lagi, aku bangun la untuk buka pintu, namun.. Namun, entah macam mana dalam kepala otak aku, firasat aku mengatakan jangan bukak. kalau boleh jangan sebijik dengan apa yang telah aku baca. Jika apa yang aku baca tu, watak dalam cerita tu buat tu, aku pulak buat mende lain.
Aku segera whatapps Zubair dan Saiful. Okay, diorang memang confirm balik kampung. Bunyi pintu diketuk still masih ada. Aku buat tak tahu dan terus tidur je malam tu.(awal betul tidur, jam 9.30 malam) (dan aku taktau la ape jadi malam tu, selimut kene tarik ke ape ke, sebab aku tak sempat baca habis cerita tu dan aku tidur mati)
Julai 2016
Dah beberapa bulan aku tak membaca kisah seram di mana2 blog/page. Hidup aku aman macam biasa. memang tak seram tapi jika korang berada di tempat aku ketika itu, dengan apa yang korang baru baca tetiba terjadi sikit2, cuak jugak la kan.
namun begitu. Ia belum habis di situ, kali ni Saiful pulak beriya cerita hantu time tengah lepak2. Zubair pulak masa tu tengah main pokemon go rasenye. nasib baik aku tak terjebak.
Kata Saiful, “Weh cuba tengok cerita hantu ni, ni kan kat kampung ko kan Bob,”. sambil ditunjuknya phone dan page cerita hantu tu. Aku menolak dengan baik dan berkata aku tak minat cerita2 tu. saiful berdegil dan ditunjukkan jugak la. (Ok, time ni sebab member punya pasal, aku terlupa yang aku tak nak baca da cerita2 tu, kang jadi betul2 balik, aku jugak yang susah)
Aku terbaca la sikit yang kat kampung aku tu, ada kisah rumah buruk yang sudah ditinggalkan. Adalah diceritakan leh penulis, untuk melalui kawasan kampung, perlu melintasi rumah buruk tu dulu dan disitu la gangguan bermula seperti kereta jadi berat, radio tiba2 off. dan last sekali. Ok aku tak baca part tu, aku tau part last tu memang ade something akan keluar menjelma depan penulis cerita tu, cak cak cak macam tu. Aku pun segera mengalih pandangan. Saiful yang mungkin berfikir aku sudah tamat membaca cerita tu, terus memegang phonenya lagi sambil layan balik cerita seram di page tersebut.
Ogos 2016
Aku dalam perjalanan pulang ke kampungku. Ibuku tak sihat katanya, jadi aku tanpa lengahkan mase, terus berangkat pada malam tu juga setelah habis kerja.
Mail seperti biasa ada mengajakku untuk buat OT, namun sebab hal kecemasan, aku tidak dapat untuk join dia buat OT.
Dalam perjalanan, radioku sedang mendendangkan lagu jiwang2. Sambil2 layan, akhirnya hampir juga sampai di kampung halaman tercintaku ini. Tapi, seperti biasa, sudah lewat malam tu, hanya berselisih 2-3 buah kereta je di kampungku itu, mungkin orang sudah tidur.
Tak semena-mena, aku terlihat rumah buruk di kampungku itu. Ketika itu aku malas nak berfikir apa, layankan lagu, kalini lagu nasyid pulak. Dan tiba-tiba, kereta menjadi slow, seolah-olah macam tidak larat untuk bergerak. Aku pun pelik, apahal ni. 20 km sejam je.
Dan lantas aku teringatkan kisah yang aku baca sebelum ni, (Salah ko la ni Saiful ni, eh eh, okay fine, salah aku juga baca). Aku cuba mengingatkan balik,
(lalu kawasan rumah buruk, kereta jadi berat, radio off sendiri, lepas tu?)
Kali ni, aku bertekad, cukup2 la permainan ni, aku hanya nak balik ke kampung untuk lawat Ibu aku je. Dan ya, radio pula ter-off sendiri. Haisshh.. aku taktau apa akan jadi lepas tu. sebab seingat aku aku skip terus lepas part sekarang ni. Adakah jelmaan akan keluar? ape lagi eh yang biasa keluar? cik ponti? ngilaiann? benda terbang, entah la.. aku malas nak fikir.
Dengan sedikit ayat al-quran yang aku hafal, aku bacakan. Kereta still rasa macam berat. Dan ketika itu juga, aku terpandang cermin belakang kereta, aku terlihat satu makhluk putih menumpang di belakang kereta aku. Aku apa lagi, terus brek. tukar gear P, off kereta. keluar dari kereta dan lari langkah seribu.
Ketika itu, dalam 1km lagi nak sampai ke rumah aku, dengan berpandukan lampu jalan yang alhamdulillah masih terang, aku ternampak seorang pak cik naik motor. ketika aku cuba menahan motor tersebut, aku terlihat muka pakcik tu tiada muka, macam putih camtu, macam mana nak cakap ye, putih kosong macam tu la, korang bayangkan sendiri, sambil motor tersebut hilang dalam pandangan dalam kegelapan.
Aku punya perasaan masa tu, Ya Allah, hanya Allah yang tahu, aku cuba mengucap, baca apa yang patut, dan entah la tiba2, keberanian aku datang tiba2, aku terus ke kereta aku balik, ape nak jadi, jadi la, aku terus membawa keretaku pulang ke rumah.
Sampai je ke rumah, aku keluar dan ludah ke tepi, aku cakap, cukup la, aku tak ganggu kau.
Aku menekan loceng, dan tak berapa lama tu, ayahku muncul dan aku pun masuk ke dalam rumah. Aku menceritakan peristiwa tu kepada ayahku. Dan ayahku juga bercerita yang perkara sama berlaku kepada anak jiran kami di rumah hujung sana. katanya, kene sampuk dengan hantu yang tumpang di belakang kereta dan hantu tiada muka naik moto di hadapan rumah buruk tersebut.
Apapun terjadi, ada hikmah di sebalik pengalamanku ini. kadang2 kesemuanya berlaku disebabkan aku terlalu melayan sangat perasaan kecewa, sedih dan stress, sampaikan apa yang bermain difikiranku, tiba2 boleh jadi kenyataan, apapun. aku berserah kepada Allah. Itulah pengalamanku. apapun terjadi, ingatlah, Allah, semoga diri kita semua dilindungi di dunia dan di akhirat. Amin
Dan, itulah salah satu pengalaman seramku, mungkin ada lagi seram, tapi sorry guys, aku tak berapa tau seram macam mane, tapi itu sahaja sudah cukup seram bagi aku. mungkin aku akan bercerita lagi jika ade yang berminat. Aku tulis ni pun, sebab Saiful yang suruh tuliskan kat sini, katanya cerita kat sini best2, tak sama ngn page yg dia baca sebelum ni. Aku? aku malas da nak melayan mende2 ni. Maaf la jika ada salah mengeja ape, aku tak double check dan tak baca ape yang aku tulis ni, takut terjadi lagi. huhu
Assalamualaikum.
Bob.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Admin FS, aku perati je….panjang sngt ke citer si Kawan Aku Psiko tu…da seminggu dok tggu.x juge muncul2..citer lain lak yg dah update nih…jap ae Bob. jap lagi aku baca citer ko…
aah btl la… dok tgu ni crta tu.. hurmmmm
Admin ni nak tunggu den melahir kan ank kot baru nk publish.. jangan den duk dalam wad tetibe ade story #FazAhmad tuh.. haru biru hakak dok dalam ward tu kang..
Baca citer seram dalam ward bersalin..kijo gilo..
Jap lgi den yg jd psiko ni kang…
Betul la kata kak yulie..
Jangan2 admin ni rashid takk..
Apakahhhh?????
#kak yulie duli yang maha mulia comel lotey
(Ayat puji mintak kaki)
#FazAhmad
Aku peratiii je laa..
Btw pd penulis..jangan biar kan hidup anda di selubungi ketakutan.. makin awa takut makin berjoget2 disco remix semua ada “dorang” nak sakat encik bob..
Btul tu…kte geng. Aku tgh tggu ari je nie. Silap2 dlm wad aku baca kang. Maybe admin tggu hakak dlm pantang baru die publish.
ok bob aku dah bace citer ko…haha..betul bob aku pun kadang rse mcm ade yg perati…tido tak lena. kejap2 terjaga. bilik rase panas..tp aku degil..still bace gak. still tertunggu2 citer FazAhmad ni.
alahai..
ni buat aku malaz nk baca ni..
seram bro.. dah jenis suka baca citer2 seram..
hishhh……
Perghh..Bedtime Stories versi seram nih..by Bob Sandler kihkih
Ngee.Lawak la jugak.
Perghhh samela..time bce sorang2la mcm2 buyik dengar.. naseb rumah aku ade kucing..ape2 buyik..cakar2 ke..dungdang2 atas bumbung..aku memang salahkn kucing je..
#adminplzjgnpsiko
boekkk boh
Fun Fact
1) Kebanyakan orang berbadan besar dipanggil “Bob”
2) Kebanyakan “Bob” ni penakut
aku pon Bob jg…jgn la ckp camtu…
Orang badan besar dipanggil BOB sbb ia shortform utk big ol bitch..tu nama manja mat salleh panggil member fat bloke sbgai BOB..
Adminnnnn , kami nak cerita #FazAhmad pleaseee ?? tp citer bob ni best jugak ah.
baca baca ada bunyi GULI pulak ? Akibat memabaca kisah seram?
Penah gak tghri tgh bace bunyik guli…
Akk bgtau asben, die kate anak jiran sebelah…
Hagak2 leeerrr…
Jiran sebelah???
Kot jiran atas iyelah gaaakkk…
Tp kompem umh akk umh teres bkn umah apartment…
Kompem, akk blom nyanyuk lg…
Sooo statement asben sikit pn xleh melegakan akk mase tu sbnrnye…
Ceeehhhh padayappaaaa…!
Citer ko best bob.. Admin dh bekurun dh ni tggu story #FazAhmad bila nak publish?
Sebenarnya Allah pon ada melarang kita hidup bersendiri, sebab bila sendiri, mesti ada peneman yang datang menyesatkan. Aura2 negatif seperti kemurungan, kecewa, depress, marah,takut semuanya mengundang kehadiran makhluk halus sebab pada ketika ni, badan dan jiwa menjadi lemah, so mudahla benda tu nk kwal dan sebagainya. Boleh baca, tapi jangan taksub, elakkan berlebih-lebihan.. terikut2..
Kita kenal diri kita, Mel pon dah kurangkan baca, stop tulis. Sakit weyh kena kacau. Muntah darah ritu. Kau rase?
Apa2 pon.. semua dengan izin Allah.
#waitingforfazAhmad’sstory
Muntah darah???
Are u ok Mel???
Citerler cmne tetbe leh muntah darah tu????
Sebenarnye lepas Mel start menulis, Mel kena ganggu. Jin mesir.. set2 firaun. Haha ganas sikit style kacau dia.
Kebetulan belakang rumah Mel ni ketua pendeta kristian. Memang sakit la.
Mula2 sesak nafas xboleh tido malam je. Seminggu. (Ini yang latest). Malam dua hari lepas Mel muntah darah lepas ase sesak macam nak mati. Hahaha.
So taknak tulis dah. Bukan takut dengan dia. Taknak cari masalah je. >< family jauh.
Nak acah berani sangat pon tak boleh. Mel tak pandai ilmu berubat. Kena kat diri sendiri nanti susah nak berubat.. huhu (istilah masuk habuk).
Inshaallah Mel ok. Doakan hehe
(Masih baca je fs) haha degil
Betol tu…
Bkn takot cume beringat…
Bak kate org,JANGAN CARIK PASAL kan…
Papepon diharap Mel sentiasa dlm peliharaan Allah…
Aamiin…
Tq kak yulie. Muah
kak yulie jer..saya pon nk.haha apapon semoga cepat sembuh
Tarabas g mtk ngan Geng Sajat…
Diorg luvly lagi penyayang taauuu…
Adakah kamu ni melissa nadea??
Tak ๐ saya melisa.
Naseb baek akk xdelah tegar sgt ngan FS ni…
(Eeerrr…leh caya ke statement akk tu??)
Kalau x mesti akk pon jd cam penulis gak ekkkk…
Tapi ar kan, ade jer gangguan2 kecil dlm rutin harian akk…
Cumenye akk buat2 maleh nk amik port…
Kot klu akk nk tegur pon, akk suke style mcm acah2 berani sound die “dunia ko dunia ko, hal aku hal aku…aku tak kacau ko, ko jgn kesahkan idop aku…”.
Benornye nk lawan rasa takot tu jer…
Klu akk senyap dok pikir2 gangguan2 tu, nnt akk takot sendiri…
Wpon nama akk bkn BOB, tapi ai is penakot gak benornye…
Hahahahahaa…
Sejak baca kisah roro kidul di FS ni rasa mcm ada benda ikut je..yg buat lagi haru tiba2 je bau bunga melur kat mana2 ..kalau sapa2 ada tgk kisah benar pasal student hilang di Pantai Selatan gara2 berbaju hijau..student tu pun berbau bunga melur..huhuhu..takkan roro kidul tau saya baca kisah dia..serammm
Aarrgghhh…sy pon nyesal baca roro kidul…dlm otak n hati dok teringat nama ty je.tp asal teringat je cuba nk fikir benda lain…hahahaa…..
dulu sy slalu mimpi hantu,haha… pengaruh fs rasany, lps tu dlm minggu2 lps(kebelakangan inila),sy tgah buat hw, tp rasa mls sgt (mmg sllu,haha),so sllu jgak tfkir nk ruqyah ke azan ke ,sbb malas tahap hape, tgok buku tutup,tgok kertas ngantok,tgok fiksyenshasha happy,hahaha.. so dkt kls tu,sy pasang Al Fatihah dn Yaseen tp dgr pkai earphone la,niat nk buang sifat mls tu,alih2 tertidur, haha,tp sy Cuba lawan.. then few days lps tu,sy mimpi yg bkn hantu,mimpi normal x mcm dulu ,mula2 x prasan.. tp bila fikir blik,sbb dgr Yaseen Hari tu ka? so sy pnya main point is kelebihan AlQuran dlm hidup. Sekian
Mungkin lpas nie aku pula yg stop baca cite seram..?
Bkn ke orang ckp..benda2 ni suka kalau kita gemar baca crita hantu atau tgk crita hantu. Ye la..dah suka sgt bca kisah dia..dia nak kawan la tu
Btul jg tu..sbab kita baca cite ttng dia..jadi “dia” rasa kita bminat ttng halยฒ yg bkaitan ttng nya kan..?
bob, cerita nii seraa]m weyy. tolong laa doakan aku tak kena mcm nii sbb suka gak layan cerita seram ๐
seram*
Serious laa wey… habis aku ngah pregnant ni suka baca FS… agak2 anak aku keluar nanti jadi penakut tak?? huhu
Hahaha..part seram yg beruk tu.tp r u sure beruk..sbb rasa2 uia ada monyet je.mahallah mana dik…mmg seram bila letak makanan ats monitor desktop berhadapan dgn tingkap tetiba bergegar blind ada tgn berbulu tgh hulur nk mencapai.kadang sempat sergah,kadang selamat jd makanan awk ye cik monyet.tp mmg stiap kali bka tingkap rasa berdebarnye lain mcm…seram.:p
?
seriau.. sama ngn ape yg tgh baca, mmg skeri weyhhhhhhhhhhhhhhhh
Kesian….
…..2/5….