Assalamualaikum & salam sejahtera FS readers.
Terima kasih Admin sebab sudi publish first story aku: Pengalaman Misteri Masa Mengandung Sulung.
Sekarang aku nak share pulak pengalaman yang tak kurang misterinya (bagi aku) selepas aku bersalin anak sulung aku tu.
KENA TINDIH MASA PANTANG
Selepas bersalin, husband bawa aku berpantang kat rumah mentua aku. Walaupun aku tak bersetuju pada mulanya sebab taknak susahkan orang tua, namun husband aku tetap dengan pendirian dia sebab ini adalah pengalaman pertama kami & kebetulan mak mentua aku pun beria-ia nak tolong jaga aku masa berpantang. Plus, kerja husband aku menyebabkan dia perlu selalu outstation sebab kena round 1 Malaysia, so dia taknak apa-apa jadi kat aku & baby semasa ketiadaan dia. OK, aku mengalah.
Seminggu lepas bersalin, baru aku boleh discharge dari hospital & terus pulang ke rumah mentua. Lama duduk hospital tu sebab aku bersalin caesar. Masa berpantang, semuanya kali pertama bagi aku & husband, so memang ikut je la apa yang mak & ayah mentua buat & cakap. Tapi dalam sesetengah perkara, ada jugak la yang aku tak bersetuju atau memberontak dalam hati. Tu biasa kot bagi ibu-ibu zaman modern. Part yang tak misteri tak payah elaborate kat sini la ye. Hehee..
Masa awal-awal berpantang, setiap pagi selepas solat Subuh, husband aku akan mengaji sebelah baby & kalau tak mengaji, dia akan pasangkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari handphone dia.
Pada minggu pertama aku berpantang di rumah mentua, tak ingat dah hari keberapa. Husband aku buat rutin harian dia sementara dia tengah paternity leave. Selepas solat Subuh & baby pun dah kenyang menyusu, dia akan bawa baby ke ruang tamu, sambil buka bacaan ayat suci al-Quran dari handphone. Supaya aku boleh rehat sekejap sebelum aku kena bangun mandi air akar kayu, bertungku & berurut semua. So masa ni aku berseorangan je dalam bilik, tapi pintu tak bertutup. Semasa aku nak sambung tidur semula & dalam keadaan separuh sedar, tiba-tiba aku terasa macam ditindih oleh sesuatu yang besar & berat. Aku jadi susah nak bernafas & seluruh tubuh macam terkunci. Mata pun bukan main payah nak bukak. Aku boleh nampak husband aku duduk kat ruang tamu membelakangi aku, aku cuba panggil dia, tapi suara tak terkeluar walaupun aku rasa dah menjerit sekuat hati, macam tersekat kat kerongkong. Aku terus baca ayat Kursiy, tunggang-langgang. Nak sebut ‘Auzubillahiminasysyaitonirrojim’ pun, aku kena ulang-ulang sebab asyik tersalah je. Aku meronta-ronta sekuat hati nak lepaskan diri.
Yang ni husband aku cerita balik kat aku: Masa dia tengah jaga baby kat ruang tamu, dia tiba-tiba terasa nak jenguk aku yang berseorangan dalam bilik. Terkejut dia tengok aku meronta-ronta sorang-sorang, macam orang kena sampuk katanya. Dia terus masuk bilik & azan. Baru la aku berhenti meronta & bernafas tercungap-cungap macam baru lepas berlari pecut 100meter. Aku bagitau husband yang aku kena tindih sampai sesak nafas.
Husband aku terus mintak ayah dia tolong tengokkan aku. Ayah mentua aku pun terus ‘scan’ satu rumah dia, lepas tu macam biasa, jampi-jampi sikit, yang ni rasanya tak payah nak explain macam mana kot, lebih kurang sama macam orang lain halau hantu puaka. Hehee..
So selepas selesai, aku kena mandi limau lagi sebab ada benda mengikut aku balik kata ayah mentua aku. Masa ni baru aku sedar kesalahan sendiri & faham kenapa orang-orang tua melarang keras ibu-ibu yang dalam berpantang dari keluar rumah berjalan merata.
Actually 2 hari sebelum kejadian ditindih tu, aku keluar pergi rumah kawan aku, ditemani husband, nak ambil susu ‘free’. Kisahnya, kawan aku wassap aku ucap tahniah sebab dapat baby baru. Sembang punya sembang, aku bagitau anak aku minum susu jenama ‘X’ yang agak mahal & susah nak didapati di kedai-kedai biasa. Jangan tanya kenapa anak aku tak fully breastfeed, aku rasa tak perlu cerita di sini. Anak aku tu pulak jenis yang kuat minum, setin tu tak sampai seminggu boleh habis. Kawan aku tu cakap kebetulan dia pernah belikan anak dia susu jenama sama, tapi anak dia muntah bila minum kali pertama. So dia cakap nak bagi je kat aku, tak perlu bayar, dari membazir. Rezeki anak aku katanya. Aku pun happy & setuju untuk pergi rumah dia ambil. Awalnya husband aku nak pergi seorang, tapi tak manis pulak sebab kawan aku tu duduk rumah berdua dengan anak dia je. Husband dia kerja balik malam. Mak mentua aku memang berat nak bagi aku pergi, dia cakap banyak kali, orang pantang tak elok keluar rumah kalau tak ada hal yang betul-betul mustahak. Aku explain kat dia, susu anak pun mustahak (nampak tak kedegilan tu). Akhirnya dia mengalah. Aku balik dari rumah kawan aku tu dah hampir maghrib.
Malam hari masa aku balik dari rumah kawan aku tu, aku asyik rasa seram sejuk. Tengah duduk sorang-sorang dalam bilik, tapi asyik nak pandang ke pintu je. Rasa macam ada orang kat pintu tengah perhatikan aku. Berkali-kali aku pandang tapi tak ada sesiapa pun. Pintu memang sengaja dibiarkan tak bertutup. Senang husband aku nak keluar masuk check keperluan aku atau baby.
Awal-awal berpantang tu, pada malam hari memang baby akan tidur dengan mak ayah mentua aku di ruang tamu. Reason: Mereka nak aku rehat, kan aku bersalin caesar. Sesiapa yang ada pengalaman caesar tau la macam mana seksa, nak batuk pun rasa nak terkeluar segala isi perut. Mak & ayah mentua aku akan pass baby kat aku bila baby lapar je. Tukar pampers & bangun malam bila baby meragam atau kembung perut, semua mereka & husband aku tolong buatkan. Husband akan teman aku dalam bilik, dia tidur di bawah beralaskan tilam.
Pada malam tu, aku tak tau kenapa aku tiba-tiba rasa sedih, hiba, rasa tak diperlukan, rasa diri dipergunakan. Sudah la menanggung sakit sepanjang mengandung, beranak, lepas tu berpantang, makan pulak tak sedap, tak macam orang lain. Dan bermacam perasaan tak best yang datang masa tu. Masha Allah.. Sampai buatkan aku menangis tersedu-sedu seorang diri tengah malam. Aku dengar macam ada suara cakap kat aku, “Penat je kau beranak separuh m**i, senang-senang je orang nak ambil anak kau, pisahkan anak dari kau..” Aku menangis sampai mata bengkak. Yang peliknya, asyik nak pandang ke pintu bilik sebab rasa ada sesuatu sedang perhatikan aku dari sana. Masa ni husband aku tengah tidur lena, keletihan seharian menguruskan aku & anak. Malam tu pukul berapa aku terlena pun aku tak tahu, yang pastinya aku tidur ditemani air mata.
Esoknya, setiap kali waktu makan, aku makan sambil menitik air mata, tak semena-mena rasa sedih diperlakukan sebegitu. Makan nasi putih, lada hitam & ikan haruan goreng je. Dah la diri tu baru lepas beranak, caesar pulak tu, ada hati nak makan macam orang sihat. Bila teringat balik, berdosanya aku sebab tak bersyukur, orang susah & yang tinggal di negara-negara bergolak, lagi la tak ada makanan langsung. (Ampunkan aku Ya Allah..) Dan, aku masih kerap pandang pintu bilik aku sebab makin kuat pulak rasa diri diperhatikan. Malam harinya, sama macam malam sebelumnya, aku jadi sedih tak tentu pasal, makin sakan la suara-suara yang datang entah dari mana menghasut aku. Aku sampai tahap menangis & tarik-tarik rambut sendiri. Symptom awal meroyan ke apa, tak tau la. Husband aku tersedar tengah malam terkejut tengok aku dah hampir bertukar jadi mak lampir. Kikikiii.. Sudah la rambut panjang, bila dah ditarik-tarik, jadi kusut masai iras-iras mak lampir. Dia terus peluk aku & baca doa-doa yang patut, then hembuskan ke muka aku. Kemudian dia tidur semula selepas aku tidur.
Keesokan paginya la kejadian aku kena tindih tu. Ayah mentua aku cakap ada yang mengikut aku balik masa aku keluar ambil susu anak kat rumah kawan aku tu. Tu la, orang tua-tua punya pantang-larang taknak dengar.
OK, aku insaf. Masa berpantang anak ke-2 & ke-3, alhamdulillah aku berpantang betul-betul. Tak pantang yang-yuk macam masa pantang anak pertama dah. Makanan pun memang redha je makan makanan orang berpantang. Dah tak demand & banyak songeh. Serik weyhh!
DIPELUK TANGAN KECIL
Kejadian ni masa aku tengah pregnant anak ke-2. Suatu hari, aku & husband balik lambat dari kerja, sampai rumah mentua aku, dah tengah malam. Mak mentua aku cakap tak payah ambil anak aku bawak balik, sebab dia dah tidur, kesian pulak kalau nak ganggu tidur dia. So malam tu aku balik dengan husband. Lepas bersihkan diri, kami terus tidur. Posisi yang sama macam bila anak aku tidur dengan kami sekali. Husband aku di kanan aku. Anak aku akan tidur di sebelah kiri aku. Sedang aku tidur mengiring ke kanan, aku terasa tangan kecil peluk pinggang aku dari belakang. Aku biarkan, memang kebiasaan anak aku peluk aku masa dia tidur.
Tapi, tiba-tiba… OMG!! Anak aku bukan tidur rumah nenek dia ke malam ni..?? Aku terkejut & terus terjaga. Pusing ke belakang perlahan-lahan (perut dah besar masa ni), tak ada sesiapa! Terus la aku yang ‘sangat berani’ ni kejutkan husband aku suruh dia tunggu sampai aku tertidur. Kesian dia, tak pasal-pasal kena buli.
BERLARI-LARI TENGAH MALAM
Macam banyak pulak kejadian misteri yang jadi kat aku kan. Nak percaya atau tidak, terpulang. Yang pastinya, aku memang share pengalaman aku sendiri, bukan tulis balik kisah atau pengalaman orang lain. Dan kebanyakan kejadian misteri ni jadi masa aku tengah pregnant. Dan selalunya mengacau aku masa tengah tidur atau dalam keadaan separa sedar. Mungkin masa tu badan & otak aku tengah lemah, tu yang macam-macam datang mengacau. Kejadian yang berikutnya ni jadi masa husband aku tengah outstation. Masa ni aku tengah pregnant anak ke-3. Masa ni anak ke-2 aku baru masuk setahun kalau tak silap. Dia dah pandai berjalan. Setiap kali dia berjalan, kita boleh dengar derap tapak kaki comel dia. Suatu malam, masa kami bertiga sedang tidur (aku & 2 anak), aku terjaga sebab aku dengar bunyi derap tapak kaki budak berjalan & kemudian berlari. Aku terus bangun check anak-anak aku. Kedua-duanya sedang nyenyak tidur. Nauzubillahiminasysyaitonirrojimm… Aku terus baca ayat Kursiy, Al-Fatihah & 4 Qul sebelum tidur balik.
Takut, memang takut. Tapi sejak ada anak, aku selalu cakap pada diri sendiri, aku kena berani untuk jaga anak-anak. Aku lah pelindung mereka bila ayah mereka kerja jauh. So kebanyakan kejadian pelik, aku cuba sedaya-upaya abaikan. Tak nak fikir kan sangat. Mudah-mudahan Allah akan selalu lindungi kami sekeluarga. Amin In shaa Allah.
DUIT DI TANGAN HILANG
Kejadian ni bukan masa aku tidur. Ini masa aku berjaga, waras & sihat. Masa on the way balik dari tempat kerja, aku kira duit modal berniaga depan husband aku – cash RM500. Memang aku selak note tu satu-persatu. Selepas tu, aku & husband berbual-bual pasal apa entah, tapi duit cash tadi masih di tangan aku. Husband aku kemudian berhentikan kereta di stesyen minyak nak isi minyak. Aku kira lagi sekali duit di tangan aku, tak cukup RM50. Aku kira lagi sekali, sama, RM450 je. Aku & husband sama-sama rasa pelik. Then, husband aku pulak kira, RM450 jugak. Kami berdua terus check keseluruhan kereta, bawah seat, dalam handbag aku, kot-kot aku termasukkan dalam handbag ke kan.. Tak ada! Then kami abaikan je, mungkin kami berdua salah kira masa awal-awal tu.
Perkara pelik ni berlanjutan masa kami berniaga di satu lokasi di Kuala Lumpur. Memang kebiasaan kami, sebelum berniaga di mana-mana, kami akan kira stok barang-barang berniaga & kemudian kira cash money yang akan dibawa. Selepas aku kira, husband aku akan double check supaya tak ada kesilapan. Selepas habis berniaga & dah sampai di rumah, kami kira balik stok barang & cash yang dapat, tak ‘tally’. Barang banyak yang luak, tapi cash banyak yang ‘short’. Kami sama-sama pelik, tapi husnuzon je la. Adat berniaga kan.
Then, stok yang sama, kami bawa pegi berniaga di Ipoh, Perak. Jarak event di KL & Ipoh ni dekat-dekat, seminggu je. So bawak je la stok yang sama. Dan macam biasa, kami kira dulu stok barang & cash money yang akan dibawa. Tapi bila pulang ke rumah selepas habis berniaga di sebelah petang, barang banyak yang berkurang, duit ‘short’ lagi.
2 minggu selepas tu, kami berniaga di satu event di Negeri Sembilan pula. Macam biasa, kira stok & cash money sebelum pergi berniaga. Kali ni lagi hebat. Selepas habis berniaga, kami pulang ke rumah & macam biasa kira stok barang & duit hasil berniaga.
Kali ni lagi hebat. Bukan sikit, kali ni ‘short’ RM1,000+. Pening kejap kami laki-bini sebab nak kata barang kena curi ke apa, memang dah well-monitored. Salah kira? Kami selalu kira 2 kali – lepas aku kira, husband aku akan double check. Kami pun redha je, dalam kepelikan & kepenatan. Rakyat marhaen macam kami ni, memang terasa sangat, walaupun bagi sesetengah orang, “alaa.. rugi seribu je pun.. bukan berpuluh ribu..” Bayangkan bila kau gadaikan masa cuti kau yang sangat berharga yang sepatutnya untuk anak-anak kau, untuk berniaga cari duit lebih untuk keluarga. Tapi, kau kerugian. Kalau barang tak laku, lain cerita, kami redha & pasrah. Tapi, memang banyak barang yang terjual, cash money yang kami terima pun boleh tahan juga, tapi bila kira ‘short’. Sedih sangat.
Kami pun cuba tanya pendapat ayah mentua aku berkenaan hal ni. Ayah mentua aku pun siasat (melalui kiraan falak). Dia pergi ke rumah kami untuk spot-check. Habis 1 rumah kena ‘cuci’ dengan ayah mentua aku. Rupanya ada ‘budak kecik’ yang rajin bertandang ke rumah aku, buat collection bila kami ada sikit duit. Patut la duit asyik hilang. Ciissss!!!
Jangan kata tangan kecil yang peluk aku masa tengah tidur tu pun dia! Mampu berhuhuu je la aku..
In shaa Allah, kalau diizinkan lagi, aku akan bercerita lagi kisah-kisah misteri yang seterusnya.
Kepada ibu-ibu yang sedang atau bakal melahirkan anak & berpantang, tolonglah ambil kira juga pesanan & pantang-larang orang-orang tua selagi ia tidak membelakangi agama kita.
Tetapi jangan pula dituruti amalan-amalan pelik yang boleh mensyirikkan Allah.
Mereka terlebih dulu makan garam dari kita. Wallahualam..
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
nice story kak… citer g tau…😊
Orang tua tua berpesan tu, ada sebabnya….
best!!
okey nice story..cerita laa lagi..satu pengajaran ni untuk orang yang nak berumah tangga and nak ada anak..
Degil sangat😂😂
sis ni cerita macam gebang family asben dia je. so annoying.
bosan!next!
cerita dari orang yang sama kan?
perghh…short 1k tu..byk…klo aq pon da mule suspek
penulisan agak memuaskn. tpi agk confius bkn suami tuh kja pusing 1 malaysia ke tpi tiba2 berniaga plk. xpa lepas nie cita lebih detail sikit yea. apa2 pun cita best
#cumel
best cerita nih.kita pun ade experiance bende ngikut time tgh ngandung tp malas nak karang cerita.pjg nau.haha
Ini sebab bapa mertua kau tu bela hantu….mana ada orag misteri mcm u…only melayu suka meroyan sebab buat benda bukan bukan…tak pernah tgk india atau cina…atau org eropah mcm ini..relax je lepas bersalin
Sabar je kak.kaki kondem di mana mana.bese la ati busuk.
Nice
👍👍👍