Assalamualaikum, reader Fiksyen Shasha. Saya Baby (nama samaran). Kisah yang saya nak share ni adalah kejadian saya semasa 2 bulan lebih menetap dekat PLKN Putra Sentosa Sematan (Sarawak) pada 7 Jan 2018.
Sebelum tu saya nak memberi penerangan sikit tentang kem tu. Kem yang saya menetap ni taklah jauh sangat daripada rumah-rumah yang berdekatan. Lagipun yang saya tahu adalah kawasan dia terletak di area bukit and ada kubur cina disebelah gate kem nih. Area belakang Dorm Wira pulak ada kawasan tempat kami untuk Wirajaya dan padang yang luas.
Okay, selama saya berada dekat kem tersebut, pada awalnya semuanya tenang dan damai. Memandangkan tasik tersebut terletak di sebelah dewan makan. Dan dorm Wira (lelaki) pulak terletak dekat belakang dorm Wirawati (perempuan) yang mana tepi gate tersebut adalah kawasan hutan.
Tak sangka pulak kubur cina tu panjang dari gate depan sampailah dekat belakang dorm Wira (lelaki) dan depan sekali ada pejabat dan pondok pengawal. Seberang tu pulak lab komputer, bilik stock barang dan lain-lain. Manakala di sebelah kanan pulak padang kawad yang boleh tahanlah luas dan dekat belakang dia tu ada rumah tetamu (petugas yang menetap).
(KISAH PERTAMA)
Semasa beberapa minggu tu kami semua okay jer, takde gangguan semua tu. Bila masuk jer minggu ke-3, bermulalah kejadian yang aneh. Waktu tu dah petang, dalam pukul 4 camtu kot. Antara Wira ataupun Wirawati yang ada tengok “benda” tu dok atas kubur cina tu. And maybe benda dari luar tu ikut. Lupa nak bagitahu, waktu tu semua jogging petang sebab KJ (Ketua Jurulatih) yang suruh kami jog. Lepas tu wira dan wirawati diarahkan ke dewan makan untuk makan malam.
Semasa kami semua pulang dari dewan makan, wirawati dulu yang diarahkan balik. Yalah, kan hari pun dah mula gelap, karang jadi apa-apa susah pulak, so kami wirawati ni dah ada yang siap. Adalah dalam dua ke tiga orang macam tu dah turun dulu dan terus ke surau. Kawan-kawan saya ni nama mereka adalah: Fifi, Aina dan Shasha (nama samaran).
Fifi ni pulak jenis yang lemah semangat dan budak paling penakut dalam dorm. Dia cakap, semasa jalan tu, diorang lalu jer dekat pokok yang besar sebelah tasik tu, ada ‘benda’ tengah duduk dekat atas pokok tu. Pokok Beringin kalau tak silap.
Masa tu Fifi yang perasan ‘benda’ tu. Tapi dia buat bodoh sebab tak nak takutkan yang lagi dua orang ni. Fifi just cakap, “cepat sikit jalan. Aku ada cer (cerita) ni…”
Mereka berdua ni, tanpa banyak tanya, cepatkan langkah dan sampailah mereka dekat surau. Dah masuk dalam surau tu, Fifi terus bercerita. Dia cakap dia nampak ‘benda’ tu rambutnya panjang sampai ke kaki dan berbaju putih yang dah lusuh/koyak, dok perhati jer diorang berjalan. Mata dia merah gelap. Fifi ni beranikan diri untuk baca surah yang dia hafal.
Lepas dia baca tu… tahu tak apa? Boleh pulak benda tu terbang ikut diorang dan last sekali duduk atas bumbung dorm Wira. Lepas jer solat maghrib, ada seorang wira ni (dia pun lemah semangat juga), nama dia Zaidi (nama samaran), tiba-tina terpekik terlolong minta tolong. Bila orang tanya kenapa, dia cakap dengan Ustaz, dia nampak benda yang Fifi nampak tadi. Dia cakap masa tengah syok ambil wudhu’, ‘benda’ tu terbang sambil mengilai. Alah, mesti korang tahu macam mana, kan? Dia dok perhati jer apa yang si Zaidi ni buat. Berdasarkan cerita Zaidi, lepas tu dia pun lari masuk ke dalam surau sambil minta tolong dengan ustaz.
Tak lama kemudian, Zaidi mula menangis. Kalau dah nampak benda tu, lepas tu menangis pulak, apa lagi… tersampuklah si Zaidi ni sebab ketakutan yang melebih-lebih. Wira yang dari kumpulan Delta ni pandai jugalah tolong ustaz azan dan baca surah-surah yang patut. Sekejap lepas tu, Zaidi pun sedar.
***
(KISAH KEDUA)
Pengalaman kedua ni dialami oleh kawan yang sama dorm dengan saya. Nama dia Dayang (nama samaran). Malam tu kami semua bolehlah dikatakan overnight (tidur lewat), sebab taknak awal sangat tidur eventhough kami penat sangat seharian dengan aktiviti yang banyak.
Time tu biasalah, weekend… hari Jumaat, kan. So, si Dayang ni pulak bergurau yang terlampau bodoh. Dia nak cakap yang jiwa dia kental macam tu lah. Suka sangat usik kawan-kawan dalam dorm.
Satu malam ni, hampir setengah dari katil bahagian depan dah tidur, so yang belakang ni masih bersembanglah. Malam tu Dayang sempat lagi begurau dengan Aina, cakap ada hantu nak lalu dekat luar (dengan muka yang sangat serius), lepas tu dia ketawa. Yang si Aina ni apa lagi, dia terus ambil bantal, campak dekat Dayang.
Yang lain semua senyap bila dengar Dayang bergurau macam tu. Ada seorang ni (tak ingat siapa) sekadar bagi isyarat, supaya jangan nak begurau terlampau sangat. Takut nanti jadi betul-betul.
Setengah jam kemudian, kalau tak silap, Dayang jer yang masih berjaga time tu. So dia layan sajalah handphone. Tak lama kemudian, dia pulak yang kena usik dengan ‘benda’ tu. Maybe amaran kot untuk suruh dia tidur. Yang Dayang ni pulak, first-first dia buat bodoh jer. Then, kali kedua, dia dah mula rasa pelik. Dia cakap dia nampak kelibat tengah berjalan perlahan-lahan dekat depan bilik dorm kami. Sekejap lepas tu, kelibat tu menghilang.
Sebelum Aina tidur, dia adalah minta Siti (nama samaran), bestfriend dia dari sekolah rendah, pergi ke tandas. Dah lepas pergi tandas, beberapa minit kemudian, diorang masuk balik.
Dayang cakap, time tu dia tengah syok main handphone. Lepas tu dia boleh pulak cakap si Aina ni bangun sekali lagi, pergi tandas tadi sorang-sorang. Padahal Aina dah tidur waktu tu. Dayang tak puas hati (sebab Aina ni penakut juga), dia buka pintu tengok Aina pergi mana. Apa yang dia nampak, Aina berjalan perlahan pergi ke pinggir hutan. Bila perasan Dayang tengah tinjau, Aina pandang muka Dayang dengan renungan tajam. Dayang cepat-cepat lari masuk dorm, terus berselubung dalam selimut. Dia cakap muka Aina yang dia jumpa semalam memang buruk (memang muka sama macam Aina, tapi hodoh tak sempurna). Mungkin benda tu cuba nak tiru muka Aina, tapi tak lengkap, macam tu lah.
Selepas kejadian tu, Dayang serik dah nak kacau orang lain dengan gurauan-gurauan bodoh dia tu. Maybe dah insaf kot.
Ada seorang kawan Dayang ni, nama dia Angel (nama samaran), pun pernah ternampak makhluk tu time nak tidur. Masa tu dia cakap susah sangat nak lelap, so dia pusing badan sebelah kanan. Then dia nampak kelibat macam perempuan dok bertenggek dekat area pintu berdekatan di mana dekat situ kami letak sandal.
Angel pun terus baca doa untuk pelindung sebab dia bukan Islam. Kebetulan katil Angel selang sebuah daripada katil ketua dorm yang dekat pintu depan.
***
(KISAH KETIGA)
Okay, yang ni last. Karang banyak cerita pening kepala pulak. Still kawan sama dorm, yang degil sangat sebab dorm wirawati yang dipakai daripada P1-P7 ikut Company masing-masing, iaitu Alpha, Bravo, Charlie dan Delta.
Kebetulan pulak company Delta ni bersebelahan dengan P8 dan belakang sikit lagi, P9 yang tak digunakan lagi. Seberang tu pulak Company Charlie.
Berdepan dengan P9 dan depan sebelah kiri pulak P8 yang tak dihuni sebab ada kes. Saya dan kawan-kawan duduk P2. Kami memang sangat rapat dengan P3 iaitu Bravo dan kami pulak Alpha.
Ada satu malam tu, kawan saya, Ina dan geng lain adalah ajak pergi tengok blok P9 tu sebab ada notis dekat pintu yang ada syarat tertentu.
Macam: jangan bawa makanan basah, barang yang dalam dorm tu tak boleh dibawa keluar dan pastikan dalam tu bersih. Macam mana saya tahu even tak pergi? Sebab saya dah tengok petang tu dengan bestfriend saya. Nama dia Shida. Tapi Shida pulak Company Delta, so tak sama dorm.
Okay, Ina ni pulak pergi dengan beberapa orang dari P3 tu. Malam tu pulak malam Jumaat. Saya dah cakap dah, jangan pergi, sebab benda halus ni pantang dicabar. Tapi dia berdegil nak pergi jugak. Saya biarkan jer lah dia pergi.
Lepas dalam lima minit macam tu, saya dengar si Ina dan yang lain-lain ni terjerit dari arah P9. Sampai jer ke P2, kami yang ada ni semua tenangkan Ina dengan yang lain. Bila dah tenang sikit, kami pun tanyalah diorang nampak apa. Ina cakap dia nampak benda tu melekat dekat cermin dengan mata yang merah. Benda tu siap berbunyi! Ina kata bunyi macam manusia menangis, tapi lain sikit.
Lupa nak bagitahu, P9 ni saiz biliknya memang besar. Muat 30 orang kot. Dorm P9 ni dulu ada kes bunuh diri. Kalau tak silap sebab terlanjur dengan cikgu. So, dia frust and then bunuh diri. Yang P8 pulak, dulu ada seorang perempuan ni dapat berkomunikasi dengan ‘benda’ tu. Ada sixth sense lah katakan.
Waktu budak tu nak balik ke rumah, boleh pulak benda tu tak bagi dia balik sebab dia ni jenis layan ‘benda’ tu apa semua. Lepas tu dia cakap dengan ‘benda’ tu, stay jer lah dalam P8 tu. Jangan keluar. Manalah tahu jumpa kawan baru.
Kalau tak silap, cikgu cerita ada seminggu tu, sekumpulan Universiti daripada Perlis pernah menetap dalam bilik tu. Tapi tak sampai seminggu diorang dah minta nak balik. Kena kacau gila-gila dalam P8 tu. Tak tahulah kakak senior yang menetap dalam tu kena kacau atau tak, sebab lepas tu KJ tak bagi lalu dah dekat situ.
Okay, itu jer lah pengalaman yang pernah saya dengar. Tapi alhamdulillah, dalam masa dua bulan lebih tu, saya tak pernah kena kacau. Bersyukur jugak sebab tak pernah tengok sendiri. Semua pengalaman tu kawan-kawan saya yang lalui. Saya just ceritakan serba sedikit.
Apa-apa pun minta maaflah ya kalau cerita saya kurang menyenangkan dan tak beberapa nak seram.
Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak ya kawan-kawan!
Assalamualaikum.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
First, bst cerita! Teruskan lagi yaa
Heheh thnkyou bru first time menulis maaf la ye kawan2 kalau penulisan kurang hee
Saya salah seorang bekas pelatih kem PLKN Sematan(KPS) ni. Nasib baik x pernah kena gangguan. Saya dulu ketua dorm Charlie so katil memang depan pintu..huhu. Ada juga kawan2 yg pernah kena gangguan sampai histeria. Kisah yang saya igt time hjung minggu pernah nampak bayang2 melintas dari tingkap kanan ke pintu depan tpi x lalu tingkap sebelah kiri. Kat depan pintu mmng tempat sidai baju je. Ada ke org sidai baju pkul 2-3 pg.
Kan? Huhu alhamdulillah tak kene gangguan..
Bolehlahhhh
Seram bhai.. xberani aq nak baca sebb stay sorg.. huhu.. esok siang aq sambung.. btw.. nice story.. keep it up..
Thankyouu:D
Aikk da lgi ke plkn??
Haah memang masih 😊
Saya suka cerita awak
Thankyou nia 😉
bolh lh.. citr bise, budk2 plkn…budk asrama..
#Admin nxt story plzz..
Not bad. 7/10. Kurangkan guna ayat (hanya nama samaran). Even better kalau sis guna macam “nama di dalam cerita ini hanyalah samaran” dalam intro or something. Keep up the good work!
Sampai ke surau dia ikut…
Mula2 baca cerita ni susah nak faham sebab ayat tak berapa tersusun. Penggunaan penanda wacana pun tak sesuai. Harap boleh perbaiki.
Seram dia agak padulah agaknya sebab aku mula2 tu baca benda ni dalam gelap tengah2 baca terus rasa nak hidupkan lampu :’)
Kipidap dongibab!
3/10.
1) Sebaiknya awal penceritaan terus bagitahu “setiap watak dalam cerita ini bukanlah nama sebenar @ nama dalam cerita ini telah diolah.” Instead of awak letak ‘nama samaran’.
2) Struktur ayat boleh diperbaiki lagi. Banyakkan membaca untuk mempelbagaikan gaya penulisan.
Kipidap okay!!!
maaf “terpaksa” mencelah😬
sementara belum kena sound dgn admin fs, saya kempen lagilah😬
jemput ke;
http://www.fridaymornin.wordpress.com
kat situ ada cerita2 yg pernah publish kat sini dan yg tak pernah publish kat mana2.
silakan
Baby,pm ig
Orang takde tamadun memang Komen macam kau ni der
Eh prgi mati sana lu bro.. Ad aq ckp nan kau ke…
Tahap seramb3/10..
Cara penulisan boleh diperbaiki lagi.😊
Typo *seram 😂
Tak kisah orang nak comment negative tu kira teguran so ade yang tegur kita mesti terima jela anw thanks guys 👌🏻biasala baru je bulan ni nak libatkan diri untuk kongsi cerita ni.. Anw yang comment positive tu thanks eh akak and abg 😘
bkn postiv x postiv..kau spa doe..😂knk ko xcrita dlm group plkn kta..dlm tok jk ko crita..crita jk lam group ba..xda kmk rg anok..kmk rg dgr jk
Kisah satu tue mmg seram
👍👍👍👍👍
baby ok baby…sape yg kondem2 baby tu..diaorg nk kena ni..baby rilek je k baby
Okay, thankyou 😊
wow boleh tahan jugak plkn sematan
Memang seram ape lagi yang menetap 2 bulan lebih dekat situ huhu..
Kem putra sentosa ni dr dulu lg dh ada bnda tu…dulu kena kt sana masa plkn…siri 3/2007…masa sy dkt situ dulu pernah kecoh jumpa tapak kaki yg besar n mlm tu pulak kecoh sebab bnda tu nk ajak bmain kejar2…dgr dr penduduk kt situ sblm tbina nya kem plkn tu tmpt tu tmpt org membuang bnda tu…
Ye eh? Baru tau huhu patut gakla seram 😖
Aku dapat kesan beberapa salah guna penanda wacana yang cukup untuk menyerabutkan cerita awak ni. Penanda wacana ni sepatutnya untuk memudahkan pemahaman ayat, tapi kalau salah guna jadinya macam ni lah, bukan sahaja mesej tak sampai malah menambah kekeliruan. Ada tempat rasanya kalau tak letak penanda wacana tu lagi okay kot. Sejujurnya aku tak habis baca cerita awak sebab celaru sangat ayat, dan aku ni selalunya tak da masalah nak habiskan baca cerita2 yang pelbagai ragam penulisannya dekat FS ni. Banyak lagi kena perbaiki dik, ni bukan komen nak condemn, tapi jujur ikhlas nak sampaikan kat awak.
Level seram: Cliche dan typical. (baca sampai part 2 je, part 3 aku sekali imbas je masa tulis komen ni)
Okayy..sorry kalau keliru eh insyaallah lain kali tak buat cmtu lgi 😊
Best la cite ni. Memg seram habesss
Even pnulisn gitu2 tp sy fahm dongg
Huhu thanks 😑
ok la seram juga
Rasanya, smua kem plkn ade cerita seramnya kan..
Haah memang pon..
mmg tapi ni lg seram..apa lagi wirawati yg tinggal d sebelah p8 dan p9 tu..masa tu pun kami rg pernah jmpa something..sy sma plkn sematan ..kumpulan siri 15..sma plkn an budak yg buat cerita ni..masa tu petang dlm jam 6 ptg la..dh nak magrib..masa tu kwn sy bru hbis mndik..dia nk msok dh bilit p7..lepastu dia trnampak ada benda tu..kt blakg p8 dia pun dok perati la..dia tu jnis yg gna spek(cermin mata) dia rabun..mmg dia nmpak mcm manusia.benda tu bila dia perasan kwn sy dok perati dia..tetiba dia trus lari..mmg bebunyi zink yg untuk melindungi domr perempuan tu dripda org² yg melimpas d bawah..after tu..dia kwn sy cepat² msok dorm..then dia trus cerita kat sy..mmg sy org yg pertama dia cerita..so sy dengarla..dia bagitahu dia nmpk something ni…tp dia xbrapa jelas sbb rabun kan..di masa tu xpkai spek(cermin mata) so dia perati then dh bnda tu lari..dia pun trus msok dlm dorm..thrn dia ni jnis lemah semangat..dia trbawa-bawa takut dia tu sehingga mlam tu dia demam..demam sbb takut..biasa la lemah semangat..then dia msih jgak teringat hal dia trnmpk benda tu..mmg seram la..lagi² klau mlm..uu..mmg seram..nk pg tandas xberani..😌sy ni pun jenis yg ska beranikan dri..walaupun diri ini lemah semangat..tp dh tedengar kwn crita pasal tu smpai la dia demam..sy phn xberani nk pg tandas sorg²..benda tu mmg ada..
best!
PLKN boleh simpan hp ke ?? Yg si dayang main hp hingga larut malam . Hp tapok eyy??
Byk kisah seram 2020 ni but taktau nak cite yg mane satu 😅