Assalamualaikum buat semua pembaca di page FS. Aku Warda berasal dari utara. Kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku di mana terjadi di dalam rumah aku sendiri.
Abah aku seorang pesara tentera. Tiada sakit lain kecuali sakit kencing manis. Suatu hari tu abah kena strok. Kali pertama abah kena strok abah masih lagi boleh berjalan tapi memerlukan tongkat sebelah tangan dan hampir boleh berjalan normal tanpa sokongan tongkat. Badan abah masa tu gemuk lagi dan tiada apa-apa yang pelik pada diri abah. Tapi pada kali kedua abah diserang strok, kelakuan abah mula jadi pelik dan abah hanya mampu berjalan menggunakan tongkat dua kaki. Berat badan abah pun mulai surut dan abah asyik merasa badan jadi panas dan mandi kerap kali pun tetap juga akan terasa bahang. Kami sekeluarga masih lagi tidak syak apa2 kerana mengandaikan cuaca yang terik ketika tu. Ada satu tahap tu abah sampai baring di lantai hadapan rumah untuk menyejukkan badan.
Dan bermulalah episode gangguan dalam rumah aku. Rumah aku rumah teres saja dan berada di hujung lorong. Satu malam tu aku nak ke dapur dan abah sapa aku, “alang(family paggil aku alang) tadi malam buat apa depan rak buku? Duduk berdiri ja tak buat apa2,kenapa?” aku pun macam “hah? Alang malam tadi kan tidoq awai lagipun alang tak masuk bilik abah sebelum tidoq” lepas tu abah diam. Mungkin abah bermimpi.
Selang beberapa hari selepas tu abah bertanya lagi kat aku, “alang kenapa menyanyi kuat2 semalam? Abah dengaq alang menyanyi lagu mendayu2.” Sekali lagi aku macam “hah?” dengan muka yang tak bersalah. Tapi kali ni aku balas untuk menyedapkan hati abah aku sebab tak nak abah aku fikir yang bukan2, “ohh alang saja ja ada mood nak nyanyi malam tadi.”
Family aku yang lain buat tak tahu ja sebab depa tak dengar apa2 pun.Sungguh aku dah rasa tidak sedap hati tapi aku tak nak layan perasaan takut tu.
Malam tu aku terjaga dari tidur sebab terdengar bunyi yang sangat kuat kat atas bumbung rumah. Bunyi tu macam bunyi bola yang jatuh atas bumbung tapi versi bola yang nak bagi roboh bumbung rumah “dum!!.dum!!..dum!!!.” Haa macam tu la bunyi dia. Mata aku tertengok ja dekat atas syiling bilik dan aku rasa badan aku terkaku dengan bunyi yang tak berhenti tu sampai la angah aku yang tidur sebelah aku terjaga juga dan goncang bahu aku slow2 tanya “hang kenapa?”. Guess what? Bunyi tu tadi terus menghilang lepas angah aku terjaga dan aku cakap tiada apa2 memandangkan bunyi tadi dah berhenti. Angah aku cakap mata aku terjegil masa tu macam orang kena rasuk. End of that ingatkan dah berhenti tapi ada pulak gangguan lain.
Hari lain pukul 1 pagi macam tu, angah tengah basuh pinggan kat sinki dapur. Sinki dapur rumah aku menghadap cermin dapur so kat situ kita boleh nampak orang yang lalu lalang. Time tu cermin tak dipasangkan lagi langsir so akan nampak terang2 belakang rumah tapi family aku jenis tak pasang lampu belakang rumah jadinya hanya kegelapan yang akan nampak waktu tu. Tengah khusyuk angah basuh pinggan, ada orang ketuk tingkap sambil bertanya “hei, belum tidur lagi ke?heheheheh..” Angah apalagi, terus berlari menjerit masuk bilik mak aku. Aku dibiarkan tidur berseorangan sebab aku tak dengar pun angah aku menjerit. Memang aku tidur mati masa tu. Kami sekeluarga pun tak sure yang tegur angah aku tu manusia atau ‘benda’ lain.
Pernah juga kebetulan ex-boyfriend aku lalu tepi lorong aku dan sms aku tanya kenapa aku duduk dekat tangga pintu belakang rumah sorang2 dah la gelap. Aku time tu tengah syok ja study math dalam bilik,mai2 dia sms aku macam tu. Aku pun bangun la nak pergi tengok sapa yang ada dekat pintu dapur. Tapi tiada siapa pun. Ex-boyfriend aku memang cakap dia betul2 nampak aku tapi dia lalu ja tanpa tegur sebab dia rasa lain macam. Sebab tu dia mesej aku terlebih dahulu.
Beberapa hari selepas tu, sewaktu aku nak menutup pintu grill rumah, aku ternampak seperti sehelai kain putih yang terbang ke atas bumbung rumah aku. Aku tak nak fikir apa2, aku tutup ja pintu rumah seperti biasa. Esoknya, mak bercerita dekat aku “semalam sebelum subuh jiran kita buka pintu belakang rumah dia(sebab dia nak memasak untuk berniaga)lepastu jiran kita nampak Cik Ponti tengah makan sesuatu dalam longkang.
Dia cepat2 tutup pintu balik.” Mungkin apa yang aku nampak semalam adalah Cik Ponti? Allah saja tahu. Kami sekeluarga pun makin hari makin rasa tak selesa bila ada dalam rumah, memang terasa ada sesuatu sedang memerhatikan kami .
Korang mesti tertanya2 kan apa kaitan dengan sakit abah aku? Ya, ada kaitan sebab kami bawa abah pergi berubat dengan ustaz.
Ustaz cakap ada ‘benda’ menumpang di dalam badan abah aku. ‘Benda’ tu bukan saka atau sihir tapi ‘keturunan’.’Keturunan’ dari moyang2 aku tu tengah mencari tuan barunya tetapi tuan baru itu mestilah anak kedua di dalam keluarga. Abah aku anak kedua dalam keluarga dan sebab tu abah asyik terasa badan panas,badan jadi lemah sehingga tiada kekuatan untuk berjalan. Bila makan banyak bukan lagi menaikkan berat badan tetapi semakin susut berat badan.
Ustaz memberitahu ada dua ekor ‘keturunan’. Satu baik dan satu jahat. Jahat yang menumpang badan abah dan yang baik menjaga rumah. Ustaz tanya abah “encik nak buang ‘keturunan’ni atau nak terus bela?”. Abah menjawab “saya minta izin untuk ustaz buang ‘keturunan’ yang menumpang dalam badan saya.” Selepas selesai dah buang ‘keturunan’ tu, ustaz memberitahu yang ‘keturunan’ yang jahat itu mungkin berminat dengan angah aku(anak kedua kan). Tapi sekiranya ada lagi gangguan,kami disaran untuk segera datang kepada ustaz itu semula.
Kami juga meminta ustaz untuk membuang ‘keturunan’ baik yang menjaga rumah. Sebenarnya ada banyak lagi gangguan yang terjadi sebelum tu tapi aku cuma ceritakan yang mana masih aku ingat. Alhamdulillah selepas dari itu tiada lagi gangguan dalam rumah.
Seram jgak part tegur dekat tingkap tu hahahaha
haha kan..taktau orang ka ‘benda’.
sambung cepat yer..tak sbar ni nak tahu kisah selangjut nyer.
tunggu admin publish. terima kasih
Part seterusnya please
Apa beza keturunan n saka???
saya pun tak berapa pasti la awak, tapi daripada apa yang ustaz cakap keturunan, bukan saka. maybe keturunan ni baik sikit kot dari saka..orang dulu2 punya penjaga.
dua2 xbaik, yg baiknye brserah pada Allah maha pencipta
saka – kita yang cari dan nak “dia” berdamping dgn kita dgn syarat2 tertentu.
Keturunan – “dia” yang datang tanpa diundang ke dalam keluarga kita untuk berdamping. Kita sedar & tahu tapi x buat apa2.
terima kasih untuk pencerahan
owh..kirenye “keturunan” ni die tak ada perjanjian la ye…
Kira. Keturunan yg baik tu dia jaga rumah mcm mne? Sedangkan byk gangguan yg berlaku dalam rumah.
memang takkan basuh pinggan dah malam malam, kalau ada pun, lantak lah biar sampai pagi esok baru basuh
Lgilaa bnde tu dtg n jilat jilat pinggan kotor n x bsuh
Ratu… kau nie jantan kan… saja tanya…
Huhu banyak juga gangguan..tapi awak relax je hihi. Kalau saya taktau la apa dah jadi hehehe
haha sbb sy x nak layan, lagi layan lg dia kacau.
smbung nkbaca part 2 pulak…
Semua 10/10 fs ni , nanti tambah night mode u tuk pembaca lagi cun :)) thanks utk cerita seram , selalu baca sebelum tido sampai lelap 👍