Bismillah.
Assalamualaikum semua.
Sorry. Ambik masa lebih sikit untuk sambung menulis. Busy siapkan tugasan sekolah yang menimbun sebelum start cuti. Dengan fail panitia yang kena hantar. Fail anak-anak yang kena update. Semuanya memakan masa. So, terpaksa holdkan dulu cerita di FS.
Sebelum aku mulakan cerita aku, beri aku peluang untuk buat sedikit pencerahan.
Ada anonymous yang kata aku reka cerita tentang #ayahbawabalikkawan tu.
Mungkin sebab dia rasa, ayat aku yang pasal kencing tengah malam tu, satu hal. And pasal “bapak aku tak nampak SETAN dalam rumah sendiri”.
Sian kau ni.
Fyi, tak semua orang yang boleh mengubat orang, boleh nampak semua benda ghaib. Macam ayah aku, kadang dia nampak, kadang dia tak nampak. Dia ada kebolehan mengubat orang, tapi dia bukan sepenuhnya ada sixth sense. Kau kena faham tu.
Untuk kencing malam tu.
Seorang ayah, dia tahu rutin anak dia macam mana. Aku bukan seorang yang kencing malam. Even aku minum air banyak sekalipun, aku akan kencing siap -siap sebelum aku tidur. Dan! Sewaktu kejadian, selama seminggu tu, aku bangun kencing setiap malam dalam keadaan gopoh. Macam ada yang menekan pada pundi kencing. Macam dah dihujung-hujung. Maaflah kalau kotor sikit, kawan-kawan. Aku just cuba bagi pencerahan.
Untuk statement kau yang dalam hidup ni, takleh terima bulat-bulat pasal cacian orang, makian orang sebab nanti orang macam aku nilah yang senang kena kencing dengan scammer.
Oh. Alhamdulillah. Setakat hari ni, Allah masih bantu aku utk tak tertipu dengan scammer things tu.
Aku bukanlah bodoh sangat. Cuma, aku malas nak bertekak dekat komen dengan orang yang gunakan user name anonymous ni. Dah diajar sejak dulu lagi. Inni soim.
Oke. Kita sambung cerita.
|Dendam Pemuda|
Ini kisah benar. Yang terjadi pada kakak sepupu aku, Kak Za (bukan nama sebenar). Cantik. Sangat cantik. Kecil molek. Kulit putih kuning. Even anak dah empat pun, masih macam dulu jugak.
Ditakdirkan Allah suatu waktu dulu, selepas habis diploma, Kakza Dapat kerja sebagai seorang guru. Kakza seorang yang aktif. Aku pun rapat dengan dia. Mungkin sebab dia pun “masuk air” macam aku jugak. Setiap malam minggu, aku akan ke rumah dia untuk belajar bahasa arab sekaligus tidur di rumah dia.
Pada satu malam minggu tu, kakza call aku, ajak keluar pergi makan KFC, aku on kan aje. Tengah makan kat KFC tu, kakza bagitahu, ada orang datang rumah mak ayah dia petang tadi. Datang nak merisik kakza. Tapi kakza tolak terus. Tak nak. Sebab lelaki tu belum kerja tetap.
Aku dengar dan diam. Aku tak jawab apa-apa. Walaupun ada rasa tak setuju, tapi aku tak suarakan. Sebab aku anggap, aku tak tahu apa. Baru form 3 kot, masa tu.
Lepas seminggu, kakza bagitahu aku, dia x sihat. Tak dapat mengajar aku malam hari minggu tu. Aku fikir, takpelah. Dah kakza tak sihat, hold jelah dulu kelas tu. Tapi, kakza mintak aku datang jugak ke rumah mak ayah dia, tidur dengan dia. Dia nak ada teman masa dia tidur. So, bila aku cakap kat mak, mak suruh aku pergi. Boleh tengok-tengokkan kakza. Tambah pulak, mak ayah dia pun tak sihat.
Malam tu, aku tak mengantuk. Betul-betul tak mengantuk. So, aku mintak pada kakza untuk main game di PC dia. Dia izinkan. Dia pulak, dah tidur lena sejak jam 10 lagi. Aku? Pukul 12 pun mata segar bugar lagi. Aku teruskan dengan game di PC.
Tengah aku syok main, tetiba aku dengar orang sebut nama aku. Fyi, PC kakza betul-betul tepi tingkap. Aku dah diam dah. Tapi tangan still menekan mouse untuk teruskan game tu. Aku diam. Otak laju memikir. Tapi, lepas 5 minit aku tak dengar apa-apa dah, aku anggap benda tu mainan perasaan aku.
Tapi. Ceritanya tak habis kat situ.
Lepas aku anggapkan itu adalah mainan perasaan, rupanya agenda makhluk tersebut diteruskan. Kali ni, nama aku lebih kerap disebut. Bunyi yang pada mulanya sayup-sayup, makin lama makin dekat. Tapi aku biar. Mulut aku kumat-kamit mengaji surah hafazan. Surah apa yang aku hafal, surah tulah yang aku baca.
Aku diam di kerusi menghadap PC. Tak berganjak
Lepas panggil nama aku berulang kali, aku tetap kat situ, dia ambil langkah lebih ekstrem. Kali ni dia ketuk cermin tingkap. Aku biar. Aku tengok tingkap, aku renung. Entah. Aku blur. Lama Lepastu, dia main langgar dinding pulak. Macam binatang sebesar lembu yang langgar. Boleh tahan bergegar jugak bilik tu, bila dia main langgar macam tu.
Aku tutup PC. Aku tengok kakza masih nyenyak tidur. Macam takde gangguan. Aku pergi ke penjuru bilik, yang aku rasa mungkin agak dekat dengan “lembu” yang langgar dinding tu. Aku tarik nafas dalam-dalam dan aku bacakan ayat Kursiy lalu aku hembus nafas pada dinding tu.
Lepas tu, dah takde bunyi. Dekat 5 minit aku berdiri dekat penjuru bilik tu. Risau kalau ada gangguan lagi. Kalau gangguan tu makin ekstrem, aku terpaksalah call ayah.
Alhamdulillah. Rupanya, gangguan tu sampai situ aje malam tu.
Esoknya, aku tak ceritakan perkara tu pada kakza. Risau. Dia masih tak sihat. So, aku balik bercerita pada ayah. Ayah serius cakap; sebenarnya ada orang hantar sesuatu pada kakza. Sebab tu dia tak sihat. Aku masa tu dah terfikir pasal tolak risikan lelaki haritu.
Tiba-tiba, petang haritu, kakza datang nak berubat. Dia kata pada ayah, dah pergi klinik, tapi keadaan still sama. Ayah cuba ubatkan. Then, Alhamdulillah, kakza sembuh lepas 3 hari.
Cuma, selepas mengubat kakza, ayah pesan pada semua kami yang masih belum kahwin ni. Kalau nak tolak risikan orang ke, pinangan orang ke, tolal cara yang Baik. Jangan ikut sedap rasa, suka hati kita. Sebab kita tak tahu hati orang. Bukan semua orang boleh terima kenyataan dengan cara yang baik.
Lepas kakza balik, aku tanya ayah, betul ke pasal risikan haritu?
Ayah cakap, betullah.
Lelaki yang kakza tolak tu, tak boleh terima kakza tolak risikan dia. Tambah pulak kakza seolah mencerca. Dia hantar sedikit “kawan” untuk kacau malam kakza. Kacau kesihatan kakza. Malam yang dia kacau teruk tu, “kawan” dia dah cedera sikit dah. Sebab bacaan ayat hafazan aku malam tu, betul-betul nak dia pergi. Ayat kursiy tu pulak, paling teruk mencederakan “kawan” dia tu.
Rupanya, ayat kursiy yang aku amalkan selama ni, ayat kursiy 9 waqaf. Aku pun baru tahu kelebihan dia
Selama ni, aku baca je. Haha.
Dan Alhamdulillah, lepas peristiwa tu, kakza dah pulih. Cuma ada gangguan lain pulak. Yang ni, aku akan cerita semula.
P/s: kalau nak tahu cara baca ayat kursiy 9 waqaf, boleh search ceramah ustaz Abdullah Khairi. Aku pun takdelah pandai. Masih belajar. So, ada ilmu sikit yang aku baru dapat, aku share lah.
Setakat tu dulu untuk kalini. Nanti aku cerita lagi.
Salam sayang,
Sis Masin
cerita menarik. thank atas ilmu itu, sy dapat merasa aura kehadiran sesuatu tp xdpat melihat.
alhamdulillah xde kelebihan tu… hihi.
Terima kasih, sudi baca.
Saya pun baru tau pasal ayat kursiy tu.
Ilmu sgt bermanfaat! Best baca sebab bukan kosong2 je entry ny. Tq sis. Selama ni baca je ayatul Kursi tu xkisah berhenti mana2. Huhu
wah best cerita..sambung lagi yer fyi.
seronok.baca
Cerita menarik. Teruskan bekarya. Usah peduli cakap org. Bila kisah ni sis mulakan dgn back up Kembali komen org2 bebal thdp sis tu, mcm sedikit ganggu mood. Walhal cerita sis best… Hmmmm
Teruskan menulis jgn putuih ASA!! Jgn melantun dgn puak2 melantun ya kakak!!!
Bangun…. selamat pagi cikgu…..
Best cerite awq nii,sambung lgi yerr
Alhamdulillah terima kasih sis masin, dalam cerita selitkan ilmu berguna utk kami semua.. Semoga allah memberkati
Kipidap!! Go on.. teruskan bercerita. I loooiikkee~~
bole tahu ceramah ust abdullah khairi yang mana satu tentang ayat qursi tu ye?
Betul.. Mak aku pn selalu pesan benda yg sama… Jangan permainkan perasaan org, klau tak suka, bgtau elok2… Benda yg sama terjadi dekat aku dulu… Sampai takleh bernafas, rahim kena ikat… Wallahualam..
terima kasih atas ilmu kursi 9 wakaf
Masa bilik kena langgar lembu, kak za tu x sedar ke?
Nope. Kakza sikit pun tak sedar.