Bau Harum & Percutian ke PD

Assalam semua pembaca,terima kasih kepada FS kerana sudi siarkan kisah pengalaman aku ni .maaf kalau cerita aku ni tidak seseram macam cerita munafik 2 dan The Nun dan ini adalah pertama kali aku mencuba dekat FS ni harap-harap ok lah 😀 . Ok, Mukadimah sikit, aku mula kena dengan perkara perkara mistik ni sejak dari tingkatan dua. Selalu dengar carita dari kawan-kawan macam seronok sebab tak pernah kena dekat diri sendiri kan , tapi selepas kena dekat diri sendiri menangis bawah ketiak mak weyyyyyyy.

Kisah 1 (Bau Harum)
Masa tu dalam bulan ramadhan ,dulu biasalah budak-budak kalau dah pegi masjid sama ada diorang ni pegi sebab nak solat terawih atau pegi sebab nak lepak main mercun jer. Aku ni pun tak kercuali jugak, depan mak abah jer baik tapi bila dah jumpa geng dekat masjid segala perangai setan semua keluar lagi –lagi masa tu mak aku dah bagi lampu hijau untuk bawak motor yahama sukan ,spesis kalau bawak moto tu asap putih keluar bekepul dekat exzoz siap boleh buat fogging satu kampung . Nak di jadikan cerita nya , satu malam tu lepas jer orang kampong habis moreh, aku dengan geng-geng aku yang baru nak up ni pun cuba-cuba lah nak merempit bak kata orang nak test motor lah laju ke idak . kami pun berlumba dekat jalan kampung tu, habis semua lorong kami sapu, bila sampai jer dekat simpang masjid , kami pun lalu jalan tu tapi masa merempit tu, hati saya terdetik nak cuba masuk dalam kawasan masjid ,masa ni masjid dah gelap Cuma 2 pagar utama keluar masuk jer yang terbuka. Jadi aku pun masuk lah sorang-sorang.

Masa tu kawan-kawan aku lalu luar jer, masa aku nak keluar dari masjid tu aku kena lalu sebelah van jenazah sebab pintu keluar dekat sebelah parking van jenazah . masa nak keluar tu , aku tercium satu bau yang sangat wangi, kalau korang pernah bau wangi jenazah lepas kafan , lebih kurang macam tu lah bau dia . Dari aku keluar masjid sampai lah penghujung jalan masjid tu tetap ada bau dan bau tu hilang bila aku keluar dari lorong masjid tu. Masa ni bulu roma tak yang cakaplah meremang satu badan sebab perama kali kena kan. Dalam hati aku fikir mungkin ini salam kenalan dari “dia”. Lepas je bau tu hilang aku terus ajak yang lain balik. Sejak dari peristiwa tu lepas je terawih aku cuma lepak dekat masjid dengan geng-geng yang lain sambil tolong pakcik-pakcik sediakan makanan moreh.

Kisah 2 (Penumpang Tak Di Undang)
Ok ,yang ni panjang sikit  , kisah ni jadi masa umur aku 19 tahun , masa ni aku dengan budak – budak program aku dan abang –abang program plan nak g mandi pantai dekat Pd. Rancang punya rancang maka hari kejadian pun sampai, masa ni kami Cuma mampu sewa kereta jer . kalau tak silap untuk group aku saja ada dekat 10 orang macam tu yang ikut termasuk lah laki dan perempuan kami ada 2 group masa ni 1 dari Kl dan 1 dari Banting. Awal perjalanan tak ada apa-apa pun berlaku. Kami selamat sampai and enjoy the trip . sementara nak tunggu 1 lagi group dari kl ni sampai, aku suruh lah budak-budak ni pegi mandi,punya lah seronok mandi sampai lupa semua. Kami mandi sampai dah dekat senja, masa tengah bersiap, baru lah 1 group abang –abang senior ni sampai, alasan jalan jem (hawaauuuuu).

Bila semua dah siap kami pun gerak ke homestay. Jarak perjalanan dari pantai nak ke homestay lebih kurang dalam 40 km macam tu, kalau tak silap homestay kami dekat sempadan antara Melaka dan N9.
kami keluar dari kawasan pantai dalam pukul 8 lebih , masa keluar dari situ , aku perasan yang kereta jadi berat lain macam , sedangakan budak-budak yang aku bawa ni semua kurus-kurus. Kereta jadi berat semacam dan masa tu aku Cuma boleh bawak 80km-90km jer sedangkan kereta group lain dah pecut ke depan. Masa ni tak fikir apa-apa lagi mungkin tayar kempis gamaknye ,masa ni yang aku perasaan belah kiri hutan belah kanan pulak pantai dan tak ada stesen minyak , jadi aku call abang apiz ni untuk bawak perlahan sikit dan aku bagi tahu yang kereta ni tak boleh bawa laju. kami pun konvoi lah ke homestay tapi kali ni diorang suruh aku berada di tengah antara kereta , kebetulan dekat belakang kereta aku masa tu ada member wan yang boleh Nampak mahluk-mahluk ghaib ni. Sampai jer dekat homestay , member aku si wan ni datang dekat aku bagi tahu punca kereta aku berat sebab aku ada bawa “kawan “ yang lain. Si wan pun aku bagi tahu lagi “benda” tu warna hitam dan berbulu, duduk atas bumbung kereta . benda tu ikut kami dari pantai sampai lah ke homestay.

Aku Tanya kenapa “Dia” ikut, member aku bagi tahu ada salah sorang budak perempuan dari group kita yang tak bersih masa tu, jadi “benda” tu suka dekat budak perempuan ni tu sebab dia ikut dan “Benda” tu masih ada dekat bumbung kereta sambil tengok kita, aku pun tak pikir apa dah terus lari masuk rumah buat macam tak ada apa –apa berlaku.
sampai jer dekat homestay , ganguan pun bermula, masa kami tengah prepare barang untuk BBQ dekat luar , tiba –tiba salah sorang budak perempuan dari group aku menangis sambil berlari ke arah kereta , mujur lah masa tu salah sorang abang program (abang amm) tu perasan da terus kejar budak ni , kami yang lelaki lagi macho dan bergaya ni pun join kejar sama.

Bila dah dapat tangkap , abang amm ni pun Tanya kenapa lari, sambil menangis dia pun bagi tahu ada “benda” asyik tengok dia masa kami prepare barang-barang untuk masak tadi , dan yang buat nak pijak-pijak budak pompuan ni boleh pulak dia cakap yang “ benda “ tu ada dekat depan kami tengah mencangkung. Tapi mujur lah abang Amm cakap jangan takut , “Benda” tu dah pergi sebab dia dah baca doa ape ntah. aku pon ok kan jelah. Benda ni tak habis dekat sini , elok jer kami nak balik tempat BBQ tu , sekali lagi budak perempuan menangis tapi kali ni lagi kuat menangis , dia cakap benda tu ada lagi sebelah dia pulak. Jadi abang amm ni suruh kami bawak budak ni masuk dalam kereta dan kawal dari luar takut-takut dia lari pulak. Dalam masa yang sama abng senior yang lain bantu untuk halau benda tu.

Ada lah dalam 20 minit jugak diorang meeting dengan benda tu, bila dh selesai , abang amm dengan abang apiz pun buat sesi soal jawab dengan budak perempan nih , awak period ker ? , budak ni pun jawab , haah bang saye tengah period. Ape lagi abang amm ni mula lah tazkirah kat budak ni . Dah tahu period yang kau pegi bedal mandi dekat pantai tu dah kenapa, jadi “benda” yang ada dekat pantai tu dah terpikat dekat kau tu sebab dia ikut. Bukan budak ni jer yang kena tazkirah , dengan aku sekali kena sebab tak Tanya budak ni sama ada bersih ke tidak. Masa tu aku memang jahil pasal bab-bab ni ,redah selagi boleh asalkan happy. Ingatkan dah selesai rupanya belum der..

Masa otw dari parking nak balik ke homestay , kami kena lalu beberapa buah rumah kosong dulu , baru lah sampai ke homestay kami , si Wan ni bagi tahu aku yang ada “benda” lain tengah perhatikan kami semua dari tingkap dalam rumah kosong tu .aku pun Tanya lah benda apa yang tengah tengok kita , dia dengan selamba samba isap rokok bagi tahu “Gondorowo” (betul ke ejaan aku ni ?), tapi jangan risau dia tak kacau kita pun. Malam tu kami teruskan jugak aktiviti kami macam biasa walaupun kami diperhatikan oleh “benda “ tu tapi budak perempuan kami suruh dia berehat dekat dalam rumah. Habis jer semua aktiviti kami kemas-kemas dan tidur. Esok nye sebelum balik aku test bawa kereta , Alhamdulillah , kereta jadi ringan macam mula-mula kami datang.

Ok lah , aku rasa cukup kot aku share kan pengalaman aku ni  Terima kasih pada yang sudi membaca kisah aku.Assalamualaikum.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 thoughts on “Bau Harum & Percutian ke PD”

Leave a Comment