Memburu Kancil Emas

Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca sekalian. Senoga semua dalam kerahmatan,keberkatan dan perlindungan Allah swt di bulan Ramadhan 1000 keistimewaan dan barokah.Semoga kisah kali ini disiarkan dan terima kasih diucapkan.

Kali ini saya ingin berkongsi akan kejadian saya mengikuti Pak Cu pergi memburu bersama kawannya yang dikenali sebagai Pak Awang.Pak Awang ni memang seorang pemburu dan telah lama melakukan kerja perburuan.Kiranya belia memang banyak pengalaman lah.

Baiklah, kejadian berlaku di sebuah hutan tebal di negeri Pahang, dimana ketika itu kecoh dengan cerita “hantu gigi jarang” pada sekitar tahun 90an.

Hari itu kami bertiga iaitu saya, Pak Cu dan Pak Awang memulakan langkah ke dalam hutan untuk memburu. Kami di ajak oleh Pak Awang menemani dia namun ada pantang larang yang mesti diikuti oleh kami. Seperti biasa Pak Cu dan saya akan siapkan dinding diri kami, al maklum la sebab nak masuk hutan tebal. Beringat sebelum terkena lagi elok dari mengubati.

Kami dalam hutan selama 3 hari 2 malam dan pelbagai kejadian yang berlaku.

Kancil emas.

Ketika kami sedang menjejak laluan haiwan, tiba2 Pak Awang menberi isyarat diam kpd kami. Kami pun ikut arahan dan membatu. Pak Awang mengeluarkan beras kunyit, bertih berah,beras pulut dan dicampakkan sekeliling kami. Sambil itu dia membaca satu mantera yang saya dpt agak menyeru semangat jahat. Pak Cu memberi arahan pd saya untuk mula berzikir bg melindungi diri. Pak Awang kumat kamit membaca mantera yg berbunyi(dah diedit supaya xlengkap utk elakkan diamal pembaca)

salam sejahtera ke atas kamu,
jin hitam hati hitam,
jantung dan paru hitam,
limpa hitam taring puteh,
mambang hitam bulu hitam,
seketol tulang makan kau.

Berulang kali Pak Awang membaca mantera ini. Tiba2 muncul seekor kancil berwarna emas didepan kami bertiga.

Kancil emas itu memandang ke arah kami secara tepat. Pak Cu dan saya masih tak henti berzikir, tiba2]-tiba bunyi tembakan kuat keluar dari senapang Pak Awang. Kancil emas itu rebah dan serta merta angin bertiup kuat bertiup di tempat kami selama beberapa minit. Saya berpeluh cuak ketakutan sambil ditenangkan Pak Cu.

Pak Awang bergegas pergi nak ambil kancil emas yang dah ditembak itu.
Sedang Pak Awang berjalan mendekati, tiba2 dia seperti di tolak oleh sesuatu dan terjatuh. Pak Awang segera duduk bersila dan dia baca lagi mantera untuk melindungi dirinya yang berbunyi begini(dah diedit untuk elakkan diamalkan pembaca)

beri aku antu kubor,
beri aku antu ayer,
beri aku antu hutan,
beri aku antu longgak,
beri aku antu ribut,
beri aku antu b’rok,
beri aku antu belian,
beri aku antu songkei

Tiba2 kawasan kancil emas rebah itu berasap dan berbau busuk di sekitar kami.Pak Cu dan saya masih tak henti berzikir untuk melindungi diri.

Kancil hitam itu bertukar warna jadi putih dan hilang. Pak Awang kecewa kerana habuan yang ditembak dah di ambil oleh tuannya. Pak Awang cakap kancil emas itu belaan jin-jin disitu.Dan salah satu khasiat besar tengkorak kancil emas boleh dibuat sebagai kebal.Pak Awang hampa dan menunjukkan muka masam. Kami cuba meredakan keadaan dan minta Pak Awang bersyukur kerana setiap kejadian ada hikmahnya.

Kisah gangguan seterusnya akan bersambung inshaa Allah jika diizinkanNya.Saya sedang menulis ni pun diganggu oleh “dia”.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Syed As Siddiq

18 thoughts on “Memburu Kancil Emas”

    • yg tu saya x belajar, tp dr cerita org lama kena jemur tngkorak bawah ahaya bulan terang selama 3 purnama dan di perasapkan guna kemenyan dan direndam dalam air kencing wanita hamil anak yg ganjil spt ank pertama,ketiga dan seterusnya…bab mantera2 lagi sy xtahu..

      Reply
  1. Wah… sgt2 hebat!!! Tapi sikit pelik la… tuan cakap kisah “gangguan” lain akan diceritakan kemudian… bukan apa.. sya cuma terfikir… siapa yang ganggu siapa sekarang ni? Pada pandangan orang jahil spt saya… Tuan and the gang yg sengaja cari masalah dan buat onar.. pastu salahkan ‘dia’ pulak menganggu.. umpamanya… sebab tuan xde kerja tuan pegi sepak anjing yg tengah tidur.. bila anjing tu gigit kaki tuan.. tuan marah dan menyalak minta simpati kat orang kononnya tuan kena serang ngan anjing gila.. heh…

    Reply
      • Boleh je… tapi takut merugikan masa tuan je… sbb sya bukan orang ‘berisi’ seperti tuan.. saya x pndai mengira 7 helai daun jadi 6 atau 8 utk mengelirukan jin.. saya juga x de ilmu bertarung batin selama 3 jam menentang jin.. dan saya juga x pandai membuka gerak bila terserempak ngan jin… heh…

        Reply
        • bulan puasa jgn bergadoh.. dan sila jaga prcakapan supaya mengelakkan dari seseorg kecik hati… disini penulis ingin bercerita kisah pengalaman dia..bukan minta tnya pendapat… kalau takde penulis..takdelah kisah seram di fiksyen shasha… mohon sgt2 jgn mengaibkan seseorg dlm cerita dia sendiri… maaf.. mama hanya nak ank2 dlm ni terima seada nya apa jua cerita yg diberi oleh penulis… maaf lagi sekali jika ada terasa dlm teguran mama..

          Reply
    • xde la membazir masa rasanya.demi nak pendapat dan idea bernas dari cik..kan itu juga dikira sebagai menuntut ilmu….namun yg hebat bukan saya yg jahil ni x tahu apa2…boleh pm lokasi di negeri mana tu…inshaa Allah boleh jumpa bila kita berlapangan.. heh

      Reply
  2. Teringat Novel Seram Tok Awang Ngah, Tok Peran..mmg best sedara dapat pengalaman yang mahal tu..teruskan menulis tn.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.