Assalamualaikum dn Salam sejahtera kepada semua pembaca setia FS dan Terima kasih juga buat admin yg sudi kongsikan kisah sy yg tak seberapa ini.
Aku ada baca satu kisah dlm FS tajuk dia tak gentar dengan hantu aku salute dgn keberanian pkcik dia, cerita aku ni tak lah sama bulat bulat tapi hampir sama dgn cerita berkenaan pkcik beliau dan aku pernah melaluinya.
Kisah Satu
Sejak dari kecil, hijab mata aku sudah pun terbuka. Aku ingat lagi masa umur aku 8 tahun, sdg aku fokus study dengan ayah aku, mata ku terpandang bhagian dapur rumah lama kami, itulah lembaga pertama yang aku nampak. Serba putih, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Putih! aku takot menggigil. Aku melompat dan bagitahu pada ayah aku, ayah cari tapi tak ada siapa pun di belakang. Itulah kali pertama aku melihat sejelas nya dan nyata.
Kisah Dua
Selepas kisah satu, agak lama aku tidak melihat apa apa mungkin ayah dah pagar rumah dan ubat aku, tapi ia nya tak lama, ketika usia ku 12 tahun, kami sekeluarga pindah ke rumah baru, dan pada masa itu lah aku nampak macam macam kelibat. Mungkin ‘mereka’ nak beritahu kami kehadiran ‘mereka’ disitu, paling aku tak dapat lupa,lepas kami balik dr melawat kubur arwah, malam itu juga aku diganggu pocong. Benda tu berdiri betul betul dihadapan aku. Jarak nya dengan aku tak jauh cuma 2 langkah sahaja. Menatap wajah aku, tepat dimata ku sambil tersenyum. Perlahan lahan aku pusing kan badan dan terus tido mengadap lantai. Betapa takotnya aku masa tu allah sahaja maha mengetahui. Tapi kali ini, aku tidak cerita apa apa kepada ayah ku, aku senyap sampai ke hari ini.
Kisah Tiga
Sebenarnya sepanjang masa lepas kisah dua banyak benda yang aku nampak cuma sekilas pandang tapi cukup la kisah yang seram bagi aku je yang akan aku ceritakan kepada korang.
Ok, masa ni aku dah start keje, umur aku dalam 20. Masa ni aku keje di sebuah kedai makan dan ada menyediakan hostel buat pekerja nya, setelah berbulan aku tidak diganggu, tiba tiba pada satu malam aku dapat mimpi, seorang perempuan rambut mengerbang, mata merah besar, lidah terjelir sampai ke bawah di sebelah perigi tua. Merenung ke arah ku. Aku tersedar dan abaikan mimpi tu.
Pagi tu aku gerak untuk pulang ke rumah ayah sebab pada masa tu aku off day. Malam tu juga aku lepak dengan sepupu aku ramai ramai, sedang kami gelak tawa, seorang akak sepupu aku tegur, ‘korang ketawa malam malam ada benda nanti, kalau tak percaya, sini, aku tangkap gambar korang’ masa tu hanya allah jela yang tau perasaan terkejut aku macam mana bila tengok gambar yang akak tangkap.Cepat cepat aku suruh akak delete.
Benda yang ada dalam mimpi aku semalam ikut aku. Sebijik sama macam dalam mimpi dengan rambut kusut lidah terjelir mata merah jelas ada di atas kepala aku. tepat. Aku takot, serba tak kena, ade yang mengata kan benda tu penanggal yang nk berdamping dengan ku, aku kuat kan diri, gagahkan diri walaupun hakikatnya aku penakot.
Pada keesokan harinya aku kembali ke hostel.
Walaupun aku xnampak mana benda tu, aku tetap cakap. Pergi!! jgn kacau aku, aku tak bole tolong kau. Alhmdulillah syukur pada Allah, benda tu pergi. Aku tahu pun melalui kawan makcik aku yang boleh nampak benda ni semua, dia cakap memang tak ada dah benda tu, Alhamdulillah.
Paling aku minat nak tengok dalam dunia mistik ni cuma bunian je sebenarnya, bukan apa nak tengok cara hidup mereka sahaja adakah sama seperti yang diceritakan oleh kebanyakan orang.
Banyak lagi kisah yang aku nak kongsikan tapi cukup ini sahaja buat masa ni, jika ada masa terluang lagi aku akan kongsikan pula kisah seram sebelum dan selepas aku melahirkan anak pertamaku.
Terima Kasih kerana sudi baca. Maaf jika ayat agak tunggang langgang. Semoga kita semua dilindungi Allah, yang penting kena ingat bukan kita sahaja ada dalam dunia ini. Mulut pun kena sentiasa waspada kerana setiap percakapan kita diperhatikan. Sekian 😊
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Menarik… kalau blh bgtau la smua cam best je.