Pocong Di Tepi Tembok

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca FS sekalian. Ini adalah kisah kedua yang akan aku kongsikan di sini. Kisah kali ni tak panjang, pendek saja.
Untuk tidak membuang masa, mari aku mulakan.

Kisah ini berlaku minggu lepas dan masih segar dalam ingatan aku. Masa tu jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Aku baru balik dari gym. Dah 2 bulan aku p gym tersebut dan setiap malam memang aku akan balik dalam pukul 10.30 malam cuma selama 2 bulan tu aku tak pernah terserempak dengan “gula-gula lompat” tu.

Nak jadi cerita malam tersebut aku balik mcm biasa. Kalau tak silap aku hari tu 22/1/2020 before CNY. Aku naik motor lalu depan apartment area rumah aku. Untuk pengetahuan pembaca, area kampung aku tu dulu hutan sebelum mereka naikkan apartment. Tapi rumah aku masih rumah kampung dan apartment tu belakang rumah aku. Cuma dipisahkan oleh 1 jalan raya.

Aku naik motor macam biasa dan tak laju pun sebab jalan macam sempit. Kereta mereka park kiri kanan. Dari jauh aku nampak uncle Cina keluar kereta kancil. Uncle tu aku memang biasa nampak waktu pagi. Aku biasa selisih time aku p jogging. Jadi aku tau la yang uncle tu memang manusia. Aku slow kan moto sebab area uncle tu parking mcm ada selekoh sikit. Plus, aku takut terlanggar.

Untuk pengetahuan korang, tembok tu adalah pagar apartment tersebut dan ianya tembok simen yang agak tinggi. Kalau aku bediri tepi tembok tu aku tak boleh lepas tembok tu.
Elok aku sampai kat uncle tu, cun cun mata aku tengok kat belakang tembok tu. Nampak kepala dia saja weh duk tengok aku. Aku pulak at the first place tak cam apa benda tu.
Aku nampak macam benda pelik cuma masa tu aku cakap dalam hati…” eh apa ni?”.
Tak puas hati, aku kecikkan mata aku sikit, aku macam focus sikit nk tengok apa ni sebab area tu samar2. Lampu jalan 1 rosak. Sekali aku nampak ikat kat kepala dia. Automatic aku macam, ohh aku tau aku tau apa ni. Cepat-cepat aku pandang depan. Tapi aku takda la gelabah press motor laju-laju. Aku cuba buat relaks macam aku tak nampak dia, walhal dalam hati ” weh pocong”.

Mujur la rumah aku dah tak jauh. Sampai rumah aku termenung jap kat luar bagi hawa2 dia hilang dulu. Ada org cakap ludah kat luar. Ludah jugak la korang. Aku tak pandang dah mana-mana. Pandang kaki aku saja. Seriau satgi pandang2 aku nampak dia pulak. Tak kuasa aku.
Muka hitam tapi aku tak nampak mata hidung dia semua. Badan dia sembunyi belakang tembok sebab tu aku nampak kepala dia saja. huhu entah ada badan ke tak aku pun tak tau.

The next day aku pi gym macam biasa. Balik tu, baca doa banyak jugak la. Alhamdulillah dah tak jumpa. Phewww. Anjat aku. Harap-harap aku dah tak jumpa la dia.

Tu saja dari aku, maaf kalau tak seram dan maaf jugak bahasa tunggang langgang. Harap korang paham dan terhibur.
Sekian, wasalam.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Teh O Ais

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.