Assalamualaikum, readers FS.
Aku baru baru je lagi dengan FS ni. Sebelum ni aku cuma baca kisah kisah di IIUM confessions je, tapi sebab aku rasa FS ni lebih cenderung kepada kisah kisah mistik, paranormal etc, jadi aku lebih selesa untuk share satu kisah seram yang pernah jadi dalam hidup aku.
To be frank, benda ni bukan jadi ke atas diri aku pun. Tapi dua orang member aku. Tak lama sangat, tak baru sangat. Cukup lah aku gelarkan dorang dengan nama Sharil dan Arshad (bukan nama sebenar). Terus kepada cerita, sharil dan arshad ni baru balik dari somewhere yang aku sendiri tak berapa pasti. Lepas dah settle kerja, dorang decide nak lepak lepak dulu. Nak balik pun awal lagi. Jadi dorang pun berhenti untuk dinner dekat satu restoran ni.
Tepi jalan, meriah. Aku tak akan bagitau lokasi sebab aku percaya, siapa siapa yang duduk area hulu selangor memang tau lah tempat ni macam mana. Dorang ada dua cawangan setakat yang aku tau, dan kenapa aku cerita pasal cawangan? Sebab dari sini korang boleh tangkap yang restoran ni memang maju. Dan apa kaitan restoran maju dengan cerita seram aku? Tunggu.
Bila arshad dengan sharil dah habis makan, sharil pun nak bayar. Masa makan, takda benda pelik pun yang jadi. Cuma masa sharil dekat kaunter untuk bayar makanan tu, dia perasan ada sesuatu dekat dinding belakang kaunter tu. Masa cashier tengah sibuk kira balance duit, sharil perasan ada satu bekas atau orang dulu dulu panggil labu sayong kecik yang berikat kain warna kuning macam dalam cerita hantu malaysia yang korang biasa tengok.
Dalam hati dia dah terdetik “takkan pelaris kod”, tapi dia bersangka baik. Mungkin hiasan setakat nak bagi kedai nampak cantik. Mungkin. Sharil ni jenis optimis dalam setiap perkara yang dia buat. So dia pun buat bodoh, ambik balance dan terus ajak arshad balik memandangkan hari pun dah lewat malam. Dari kedai nak ke kawasan perumahan tu takda lah jauh sangat. Naik kereta dalam 5 minit je cuma kena redah jalan bengkang bengkok atau kona kona yang mana kanan kiri jalan tu hutan tebal. Baru lah akan jumpa kawasan perumahan di pinggir bandar tu.
Dalam perjalanan, masa dorang tengah borak sambil dengar radio, sharil terpandang side mirror belah kiri. Malam tu arshad yang bawak kereta memandangkan sharil yang tumpang dia. Sharil perasan macam ada perempuan rambut panjang, pakai baju warna putih tengah kejar kereta dorang dari belakang. Walaupun jalan tak berapa lurus, perempuan tu macam laju je kejar kereta dorang dari belakang. Sharil dah tak sedap hati. Dia bagitau arshad supaya jangan terus hantar dia balik.
Arshad tak faham kenapa sebab hari pun dah lewat malam tapi sebab malas nak tanya, dorang pun pusing pusing kawasan perumahan tu sampai sharil dah bersedia nak balik. Esoknya sharil text arshad sebab nak mintak maaf pasal semalam. Dia cerita apa yang berlaku dari masa dorang lepak kat kedai bila nampak “pelaris” tu lagi.
Mungkin “benda” tu tau yang sharil perasan kewujudan dia. Bukan nak bersangka buruk atas bangsa sendiri, tapi untuk apa benda yang boleh mendatangkan fitnah macam tu diletakkan dekat tempat sumber rezeki. Mungkin ke itu pelaris yang membantu restoran tu untuk memperluas cawangannya? Wallahualam.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Yini Cherita agak bagus, kalaui memanjangkan lagie yini cherita. 5/10.
6/10
bnyk kuah dr isi… 3/10