Jerangkung Rumah Lama

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum admin dan pembaca FS. Aku Naz, 27. Kali ini, aku bawa kisah tentang Jerangkung. Kisah ini diceritakan oleh Pak Ngah aku, katanya diceritakan oleh ayah kepada kawannya yang didapati dari orang kampungnya. Kesahihan cerita tidaklah diketahui dan jalan ceritanya aku olah sedikit agar mudah difahami. Happy reading guys.

Tajuk :- Jerangkung Rumah Lama
Pencerita :- Pak Ngah Bakri
Tahun :- Anggaran Tahun 1990- 2000

“Astaghfirullahal azim… macam mana boleh jadi macam ni?” Chief Inspektor Huzaini mengucap panjang. Terkejutnya bukan kepalang apabila melihat mayat kawan baiknya itu seperti dirobek oleh binatang buas.

“Pejabat polis daerah terima panggilan daripada mangsa sekitar pukul 11malam tadi, suaranya seperti dalam ketakutan dan setibanya polis bantuan 30 minit selepas panggilan dibuat, mangsa ditemui dalam keadaan seperti ini, sudah tidak bernyawa.” Inspektor Faiz memberi penjelasan terperinci mengenai kejadian itu.

Chief Inspektor Daud Iskandar ditemui mati dalam keadaan ngeri dan menakutkan. Matanya terbeliak keluar, isi perutnya dirobek, kepalanya terkehel ke belakang dan terdapat beberapa cakaran panjang dan besar ditubuhnya.

“Tidak mungkin ini angkara binatang buas. ” Chief Inspektor Huzaini berkata sambil matanya masih tidak lari dari menatap jasad arwah kawan baiknya itu.

“Ya Tuan, tidak mungkin ini angkara binatang buas mahupun perompak kerana tiada jejak tapak kaki suspek atau kesan-kesan rumah ini dicerobohi.”

“Dan kami temui buku catatan ini ditangan mangsa.” Inspektor Faiz menyerahkan buku catatan kecil dan tebal berwarna coklat tua yang diletakkan didalam plastik bahan bukti kepada ketuanya.

“Saya akan ambil buku catatan ini dan lakukan penyelidikan. Hantarkan laporan yang lainnya dan juga keterangan saksi mengenai kes ini esok di atas meja saya.”

“Baik, Tuan!” Inspektor Faiz berkata dengan suara tegas sambil tangannya diangkat menabik ke arah ketuanya itu. Chief Inspektor Huzaini membalas tabikan sambil mengangguk kecil.

“Ohhh.. sebelum saya pulang, saya mahu berjumpa dengan saksi iaitu isteri mangsa. Ada beberapa soalan yang saya mahu tanya kepadanya.” Suaranya garau bertanya sambil matanya melilau mencari kelibat si saksi.

“Tapi….Tuan, kita tiada saksi dalam kes ini. Rumah ini kosong dan hanya ada mangsa seorang sahaja didalam rumah ini. Saya fikirkan Tuan mahu keterangan saksi dari orang kampung jikalau ada.” Inspektor Faiz berkata dengan nada terkejut. Dia yakin rumah itu tiada penghuni melainkan mangsa seorang sahaja kerana dia sendiri yang memeriksa setiap penjuru dan ruang didalam rumah tersebut.

“Setahu saya, mangsa tinggal bersama isterinya dan mangsa sendiri yang beritahu saya bahawa mereka berpindah ke kampung ini beberapa bulan yang lalu.”

“Tapi…….memang tiada sesiapa dirumah ini, Tuan.” Inspektor Faiz tetap dengan laporannya.

“Tak mengapalah, akan saya siasat perkara itu nanti. Mungkin isterinya pulang ke kampung keluarganya atau berada dirumah lamanya. Saya sendiri yang akan menelefon isterinya nanti untuk kepastian.”

“Jangan lupa laporan penuh diatas meja saya besok pagi.” Cheif Inspektor Huzaini mengingatkan.

“Baik, Tuan!.”

******************************************

“Kenapa pula enjin kereta ini tak boleh dihidupkan? Rasanya baru saja aku servis beberapa hari yang lalu.” Sekali lagi Chief Inspektor Huzaini cuba menghidupkan enjin keretanya namun masih gagal. Satu keluhan kecil dilepaskan, matanya dipejamkan. Hari ini badannya terasa sedikit penat daripada hari kebiasaannya, mungkin disebabkan dia terkejut dengan berita mengenai kematian kawan baiknya itu. Dia mahu berehat sebentar didalam keretanya itu sebelum mencuba kembali untuk menghidupkan enjin kereta itu. Keadaan ngeri jasad arwah kawan baiknya itu kembali terngiang dikepalanya.

“Aaaaaaaaaaaaarrrggghhhhhhhhh!!!”. Satu jeritan kuat dan nyaring tiba-tiba kedengaran.

Mata Chief Inspektor Huzaini terbuka, jantungnya berdegup kencang. Terkejut dengan suara jeritan yang baru didengarinya tadi. Dipusing tombol tingkap keretanya untuk menurunkan tingkap kereta dan kepalanya menjenguk keluar. Matanya tertacap pada satu tubuh yang begitu kurus dan rambut panjang yang mengerbang tidak jauh dari keretanya. Bukan! bukan tubuh tetapi lebih kepada tulang. Ya, tulang tanpa isi. Dia menggosokkan matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang dilihatnya itu adalah benar, mungkin saja dia masih mamai akibat tertidur didalam kereta.

Susuk kelibat itu menghilang. Matanya melilau ke sekeliling tempat itu namun kelibat itu tidak ditemuinya lagi.

“Mungkin aku terlalu penat sehingga terbayang benda yang bukan-bukan.” Dia cuba menyedapkan hatinya. Baru sahaja tangannya hendak mencuba untuk menghidupkan enjin kereta, dirasakan ada sesuatu berada ditempat duduk belakang keretanya. Segera dia menoleh namun tiada sesiapapun atau apapun disitu. Satu keluhan dilepaskan dan dia mencuba lagi sekali untuk menghidupkan enjin kereta namun kali ini dia terasa satu nafas dihembus dicuping telinganya, tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat.

“DIA MILIK AKU!!!”. Kata-kata itu dibisikkan ditelinganya diikuti dengan ketawa mengilai.

“Bismillahirrahamnirrahim. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada syaitan yang direjam.” Bibirnya menuturkan beberapa ayat pendinding dan kali ini enjin keretanya berjaya dihidupkan. Cepat-cepat dia pergi meninggalkan kawasan itu.

*********************************************

Chief Inspektor Huzaini membelek buku catatan milik arwah Chief Inspektor Daud Iskandar. Banyak catatan yang ditulis, dia tidak minat lagi mahu membaca dan bercadang akan membaca buku catatan itu apabila dia ada masa lapang nanti. Dilangkau ke helaian bertanda ’20’ dibuku catatan milik kawan baiknya itu.

” 23 october…

Hari ini aku terdengar lagi. Ya, nafas kasar itu. Aku terdengarnya lagi pada jam yang sama. Nafas tercungap-cungap seperti kelemasan. Bunyi tapak kaki itu juga kedengaran lagi. Bunyi-bunyi itu kedengaran mengelilingi rumahku dan tapak kaki itu menuju kebilikku. Gilakah aku?” Aku terlalu takut. Sesiapa tolong aku!.”

Catatan itu ditulis dengan tulisan seperti cakar ayam dan seperti ditulis dalam keadaan terburu-buru atau ketakutan. Apakah yang sebenarnya berlaku? Siapakah yang menganggu arwah kawan baiknya itu? Atau soalan yang lebih tepat, apakah sebenarnya yang menganggu kawan baikknya itu?

Peristiwa diganggu oleh suara jeritan dan hilaian ketawa semalam kembali bermain difikirannya. Susuk kelibat yang dilihat semalam itu juga masih menjadi tanda tanya. Benda itukah yang menganggu kehidupan arwah kawan baiknya itu? Kemanakah perginya isteri arwah, Laila? Kenapakah kawan baiknya itu tidak meminta bantuan dari luar atau orang kampung atau sesiapa sahaja?

“Tuan! Tuan Jeneral panggil masuk ke biliknya sekarang. Ada kes mengenai dadah jenis baru dijumpai dan Tuan Jeneral mengarahkan untuk diadakan mesyuarat mengejut sekarang dibiliknya.” Inspektor Faiz membuat laporan. Chief Inspektor Huzaini membalas dengan anggukan, disimpan buku catatan itu kedalam laci almarinya dan segera dia menuju ke bilik Tuan Jeneral Shuhaib.

Okay guys.. sampai sini dulu.. nanti akan sambung pada bahagian akan datang. Mana yang tidak suka bersambung bolehlah tunggu sampai habis kisah dahulu. Aku lebih suka bahagikan kisah ini kepada beberapa bahagian dan kali ini kisahnya lebih panjang daripada biasa, selalunya aku tulis untuk dua bahagian sahaja.

Kisah ini pada pendapat aku lebih kepada rekaan tapi disebabkan jalan ceritanya menarik dan berdebor-debor jantung teman mendengor cerita yang dikaborkan oleh pak sedara teman ni jadi teman mahu jadikan dia penulisan dalam bentuk cerita. Masa Pakngah aku cerita pasal kisah ni, aku jadi nak tahu apa dan apa yang akan berlaku seterusnya. Dah habis solat zohor, sambung pula sampai selepas Isyak. Bayangkan kisah dia panjang mana? Hahaha..Apa-apa pun harap boleh hilangkan kebosanan pembaca FS masa MCO ini.

#Allahsentiasadihati
#tqfrontlinersMalaysia
#tolongmerekadengandudukdirumah
#rakyatMalaysiahebat
#KitapastiMenang!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

3 thoughts on “Jerangkung Rumah Lama”

  1. Sebelum buat cerita elok buat kajian dulu struktur pangkat Polis. Mana ada pangkat Jeneral. Itu untuk tentera saja.

    Reply

Leave a Comment