Assalamualaikum kepada pembaca setia FS semua, setelah sekian lama tidak mengarang cerita kerana sibuk akan urusan kerja, kali ini aku tampil menulis semula. Harap pembaca dapat menerima cara penulisan aku. Ini kisah keenam aku akan ceritakan setelah kisah Politeknik, Rumah Sewa, Resort Mayang Sari, Jengka Pahang dan Jalan di Pahang. Kisah kali ini berkaitan dengan sebuah hentian rehat dan rawat atau lebih dikenali sebagai R&R yang berada di Maran Pahang. R&R Maran ini terletak di kilometer 173.6 lebuhraya pantai timur. R&R Maran ini sama je macam R&R yang lain cuma bila hari dah semakin gelap menuju ke malam R&R Maran ini bagi aku macam tak wujud sebabnya tak ramai yang berhenti disitu, yang ada pon hanya geng-geng lori sahaja, itu pon tak ramai.
Ceritanya bermula Nisa dan temannya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kuantan Pahang. Perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur mengambil masa 4 jam untuk sampai ke Kuantan melalui Lebuhraya Pantai Timur. Mereka berdua pulang ke kampung selepas habis waktu bekerja kira-kira pukul 6 petang. Mereka berdua keluar dari Ibu Kota jam 7.30 malam selepas solat maghrib. Keadaan trafik petang itu agak ramai juga sebab masih ramai lagi yang baru habis kerja dengan jalan jem yang tiada kesudahan. Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur mereka ‘ decide ‘ berhenti di sebuah RNR iaitu RNR Maran untuk membuang apa yang patut serta menunaikan solat isyak.
Keadaan di RNR ketika itu agak sunyi dan lengang sahaja dek kerana ramai memilih untuk berhenti di RNR Temerloh dan juga RNR Gambang. Nisa bertanya kepada kawannya, ” weh kenapa kau tak berhenti kat RNR Temerloh je tadi, sini dah la sunyi tak macam RNR lain “. Rakannya memberitahu yang dia sudah terlepas pandang akan RNR temerloh tu dan baru perasan selepas melihat ada petrol pam bersebalahan RNR Temerloh. Nisa pon mengiyakan sahaja lalu berkata ” aku nak pergi toilet kejap lepastu aku nak solat isyak, kau tak nak solat sekali ke tanya Nisa”. Rakannya hanya mengangguk sahaja dan berkata aku period la, aku tunggu kat dalam kereta ya. Nisa pon terus menuju ke toilet dan surau untuk menunaikan solat.
Ketika sedang masuk ke surau dia ternampak ada seorang nenek tua bertelekung duduk di sebelah hujung surau itu. Nisa bertanya ” nenek dah solat? Kalau belum mari kita solat sakali? ” nenek berkata ” takpe cu, cu solat dulu nenek sakit kaki, kejap lagi nenek solat ye cu sambil tersenyum sinis memandang Nisa. Nisa mengabaikan nenek itu lalu mendirikan solat. Ketika solat Nisa terdengar nenek itu berkata ” tolong nenek cu, nenek sakit lalu bau busuk yang amat sangat menyinggap keseluruh surau tersebut. Baunya hanya Allah sahaja tahu betapa busuknya. Nisa terasa nak termuntah lalu mempercepatkan solat sambil beristighfar di dalam hati agar dijauhkan dengan bala bencana dan hasutan syaitan.
Selepas salam akhir diberi Nisa cepat-cepat pandang kebelakang untuk melihat nenek tadi, ternyata dibelakangnya tiada seorang pon dan telekung yang digunakan nenek tadi cantik terletak di tempatnya. Dia berasa seram sejuk lalu berdoa dan meninggalkan ruangan surau itu. Dalam perjalan menuju ke kereta, dia sekali lagi ternampak nenek tadi duduk di sebuah kerusi berhampiran dengan surau itu. Nisa pon datang menghampiri nenek tadi, dia bertanya ” nek tadi bukan nenek ke dalam surau tadi ” nenek pon berkata ” ye cu nenek tadi, nenek keluar waktu cu solat tadi sebab panas. Cu dari mana nak kemana malam-malam macam ni? ” ohh saya dari KL nek nak balik kampung dekat Kuantan ” Rakannya dalam kereta berkata, lamanya minah ni solat tak kan tak siap-siap lagi. Rakannya keluar mencari Nisa, lalu ternampak Nisa duduk disebuah kerusi sambil mulutnya sedang berbicara dengan seseorang. Kawannya ni pelik la dia cakap dengan siapa tu? Bukan ada orang pon lalu dia menghampiri Nisa sambil berkata ” oi minah kau cakap dengan siapa tu? Nisa hanya diam terus berbicara tanpa mengedahkan kawannya. Kawannya pelik lalu menepuk bahu Nisa barulah Nisa ni tersentak akan tepukan oleh kawannya itu.
Kawannya berkata “kau cakap dengan siapa ni, aduhh janganlah macam ni Nisa sini dah la gelap”. Nisa berkata ” ada nenek depan aku ni, aku borak dengan dia lah, kau tak perasan ke? Sedangkan tiada orang pon depannya. kawannya membalas ” dah-dah jom masuk kereta jauh lagi perjalanan ni sambil menarik tangan Nisa lalu menoleh kebelakang memang dia dapati tiada sesiapa disana. Masuknya mereka berdua dalam kereta, kawannya terus menghidupkam enjin kenderaan meninggalkan kawasan RNR tersebut.
Baru hendak menyusur keluar dari perkarangan RNR itu, kawannya terkejut selepas melihat sekujur tubuh tua yang sedang bertenggek di atas sebuah pokok sambil memandang tepat kearahnya sedangkan Nisa tak nampak pon kewujudan makhluk itu. Nisa yang berasa aneh akan kelakuan kawannya itu berkata ” kenapa ni? Asal kau ketar ni? “. Kawannya mengendahkan pertanyaan dari Nisa lalu ditekan pedal minyak meninggalkan terus kawasan rehat tersebut. Nisa dalam keadaan panik terus bertanya ” weh kenapa kau ni? Kenapa bawak laju sangat? ” kawannya memberitahu yang dia ternampak nenek tua dengan mata yang merah memandang tepat kearahnya. Nisa terus diam seribu bahasa selepas apa yang kawannya memberitahu dia sebentar tadi. Dalam hatinya membisik habis yang aku cakap tadi dengan nenek mana? Bau busuk dalam surau tadi datang dari mana? Soalnya di dalam hati.
Sesampainya mereka di Kuantan, kedua-dua mereka disambut oleh ibu bapa masing-masing. Nisa menceritakan kepada orang tuanya apa yang terjadi semasa perjalanan mereka kesini. Ibu bapanya beristighfar panjang sambil memesan lain kali jangan balik lewat malam. Selepas hampir 4jam perjalanan, Nisa terasa mengantuk dan meletakkan kepalanya di atas bantal sofa rumahnya.
Sedang dalam melayan mata, Nisa terdengar akan suara seseorang meminta tolong, suaranya mirip suara nenek yang dia temuai di RNR tadi. “Cu tolong nenek cu, nenek sakit sambil diikuti gelak tawa”. Nisa terkejut lalu menjerit pergi jangan kacau aku!! secara tak langsung mengejutkan kedua orang tuanya. Ayah tahu akan ada sesuatu yang tidak kena, diambil air mineral lalu dibacakan sesuatu dan disapu ke muka anaknya. Selepas keadaan sedikit tenang, Nisa memberitahu yang dia terdengar suara seorang nenek yang meminta tolong. Ibunya berkata dah jangan fikir lagi, ibu dah pesan dah sebelum ni jangan balik malam bahaya katanya. Malam ni Nisa tidur dengan ibu esok ayah bawak pergi jumpa Ustaz untuk berubat.
Keesokkan harinya, selepas siap berubat dengan seorang ustaz, ustaz itu berkata yang makhluk itu sukakan anaknnya untuk dijadikan teman. Ustaz itu memberikan sebotol air yang telah di ruqyahkan dengan ayat-ayat suci al-quran untuk Nisa agar nenek itu tidak datang lagi mengganggu hidupnya.
Aku rasa aku stop sampai sini dahulu sebab ceritanya agak panjang. Sebab kisah untuk pertama ni pun dah cukup rasanya…Kalau ada masa terluang lagi akan kuhabiskan kisah di RNR Maran. Harap pembaca bersabar. Sekian terima kasih….
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Sambung please
Nama penulis sama cam name aq dan nama watak mcm name someone special..fuhhh