Rumah ayah saya terletak betul2 di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur di Taman Tasik yang sangat popular dengan ferris wheel dulu dan teater kebudayaan. Sekarang tempat tu femes kalau nak naik basikal and e-scooter (anda tau taman tasik mane?).
Ayah saya beli tanah dekat sana dalam sekitar tahun 2005 and rumah siap dalam tahun 2007. Kami semua pindah ke rumah tu penghujung tahun 2008. Dari dulu kami sekeluarga duduk rumah teres tak pernah tersangka dapat bina and duduk rumah banglo. Alhamdulillah rezeki ayah dapat capai cita2 bina rumah idaman.
Kawasan tanah rumah sebelum tiang besi dipacak semen ditabur, dekat tengah2 tanah ada satu pokok besar. Pokok tu sangat besar dan menakutkan siap ade dahan2 yang Panjang sampai ke rumput dia jatuh. Suatu hari contractor yang bina rumah telefon ayah saya cakap ade satu bekas tempat sembahyang dekat dengan colok bagai dekat pokok tu. Ayah saya pon cakap la alihkan, tapi dengan cara yang betul.
Banyak kali saya terfikir2 sampai sekarang, kenapa rumah ayah saya banyak kejadian seperti saya cerita dalam kisah saya sebelum ni (Ponti melawat anak sulung, Ganguan lepas anak ke 2 dilahir, dan Aziz, Si Abang Jaga) sedangkan rumah dibina baru dan bukan rumah ketinggalan. Lepas ayah saya cerita ttg tempat sembahyang dekat pokok tu, baru saya macam. Ohhh now it makes sense.
Sampai sekarang rumah tu masih ada aktiviti-aktiviti mistik. Tapi dah bertahun lama duduk. Kami semua dah immune. Benda-benda mistik ni rancak time-time malam-malam , tengah pagi, especially time solat sunat tahajjud dan time nak solat subuh. Waktu siang, ade jugak. Ada satu time tu, mase tengah hari, mak saya kene usik mase dia mandi.
Sampai menjerit la dalam toilet. Saya pon cepat-cepat lari la ke bilik parents. Risau kot-kot mak terjatuh ke ape. Lepas mak cerita apa berlaku (ade orang tampar and Tarik rambut dia time mandi), saya pon maki-maki dekat benda yang saya tak nampak. Klakar pon ade gak sebab marah dengan angin. And then bingkai potret yang berat besar gantung dekat dinding hentak dengan kuat.
Paling kerap adalah perempuan berdiri dekat hujung katil. Ada sekali ustaz yang ajar kami mengaji tumpang solat dibilik, time dia nak solat, dia perasan ade satu benda memerhatikan dia, sah. Perempuan mistik pakai baju hitam dok tgk ustaz. Terus ustaz stop, ruqyah kan bilik tu and then continue solat. Tapi hilang sekejap je, lepas tu dia dtg balik. Banyak orang dah terserempak dengan benda ni dekat bilik, baca doa ke, Ruqyah ke, hilang sekejap pastu datang balik. Mcm benda tu dah sebati dengan bilik tu. Taktau la ade kene mengena dengan pokok yang dulu tercacak dekat tanah rumah.
Pontianak dah biasa dah. Dok terkekek kekek ngilai luar rumah. Tapi skang time covid ni. Slow dah tak selalu. Ade tu ade.. tapi dah tak selalu. Mungkin sebulan sekali. Macam dia singgah and then go. Macam2 la. Tak glamour pon duduk banglo. Lagi scary kot. Dah la besar and then ade mistik2 ni. Tapi disebabkan ahli keluarga dah immune dengan kene kacau.
So bertahan la diorang. Saya lepas kawin dah ada nak sulung saya, saya dengan Lya pon pindah ke condo di KL jugak. Condo paling tak suka bila naik lift sorang-sorang awal-awal pagi atau lewat malam. Itu saya cerita kisahnya nanti. Itu saje kisah tak menyeram. This is just to share the history of my dad’s house and kenapa banyak mistik seperti ape saya ceritakan sebelum ni. See you next time. BYE!
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Alamak, baru bercadang nak beli rumah banglo sebab dah jenuh tinggal dengan jiran-jiran tak munasabah.
Masih duduk ke kt kondo tu atau dah kosong?
ulang alik kondo rumah ayah.
Tengah bandar ada ponti… 😱
I selalu kalau lalu dengan my husband area tasik tu tengok tengok rumah banglo besar tu and selalu bayang if dapat satu rumah centu… hahahahaha tapi bila anak ramai la kalau duduk berdua tu lambatttt lagii