Malam asrama
Assalamualaikum hi pembaca setia FS. Nama aku Myra kisah yang aq nak ceritakan ni tak tahu la seram ka tak bagi korang semua. Kisah ni dekat asrama aku yang nun jauh di utara. Aq cerita sikit kawasan asrama aq, asrama aq ni betul ii tengah perumahan, dekat dengan pasar raya AEON BIG okey cukup la tu aq bgi hint hahaha….
Kisah ni terjadi pada tahun 2021 masa tu covid memang rancak la duk naik kn . Asrama aq ada Aspuri dan Aspura blok kami ni berhadapan ja blok aspuri ni ada 3 blok saja blok E,F dan G. Masa first aq masuk asram tu hanya blok E dan F ja yg ada penghuni blok G memang tak dk penghuni kecuali rumah warden .
Kami batch pertama yg duduk dekat blok G tu korang rasa mcm mna ? memang terok la berhabuk dlm dorm tu. Lupa nak bagitau yang blok aq ada 3 tingkat dorm aq tingkat 2 yg tingkat atas dgn bawah memang kosong dan bawah sekali ada rumah warden la 2 bilik.
Masa first masuk semua okey ja tak dak rasa seram ka apa totally aman sampai la malam New Year tepat pukul 12 malam memang riuh rendah la kami satu batch sbb kami ja ada dekat asrama tambah ii dekat dgn perumahan org cina bunga api jgn duk kata la pung pang ii sampai la satu kejadian yg buat aq agak seram kawan aq yana tiba ii diam terpaku dekat hujung sekali dekat dgn tangga yg jarang kami guna masa tu semua org tak perasan si yana ni duduk tegak terkaku sambil menghadap tangga dan kawan aq sorang lagi nama kaira ni perasan yg yana ni berdiri terpacak ja tak bergerak dan dia panggil aq dia ckp,
Kaira :” oi myra hg try tengok yana tu awat dia duk terpacak ja dekat situ tak begerak “
Myra :” Mana la aq tau hg pi la try tegoq dia kot dia duk broken ka gaduh dgn parka dia”
Lepas tu Kaira pun pi la dekat yana tiba ii kaira menjerit suruh kami semua yg ada dekat luar tu masuk dorm sambil dia tarik tangan si yana untuk masuk dorm. Dalam dorm kami semua tengok muka si yana pucat lesi dgn si kaira yg menggigil tak berhenti tu. Aq pun tanya la si kaira tu
Myra : ” hg awat gila menjerit suruh kami masuk dlm dorm ? awat hg nampak apa kt tangga tu ?
Kaira : ” Emmmm aq tak tau btl ka dk apa yg aq nampak tadi tapi aq pasti aq nampak perempuan rambut panjang dgn muka marah . Benda tu mcm nk terkam yana sbb tu aq menjerit suruh hampa masuk dorm .
Tiba ii yana tu menyampuk kaira cakap,
Yana :” Btl wei masa hampa semua duk seronok gelak aq pi kt tangga hujung tu nk buat video bunga api nk letak kt status wassap la lepas tu sampai ja kt hujung tu aq terpandang tangga aq nampak benda yg sama mcm kaira nampak cik ponti tu duk berdiri kat tangga dgn muka marah tengok aq , tiba ii badan aq auto tak leh nk bergerak keras ja , aq nk menjerit semua tak blh nasib la si kaira ni mai tepuk bahu aq baru aq blh bergerak .
Habis ja yana cerita tiba ii elektrik terpadam satu blok. memang semua menjerit la takut yg paling bising dorm aq la menjerit sampai warden menjerit dari bawah suruh diam dan malam tu berlalu begitu sahaja dan tak dak sebarang gangguan lagi.
Esok pagi lepas ja rocall semua pakat mai kt kaira tanya kenap dia menjerit semalam sambil berjalan nk pi dekat blok akademik kaira cerita benda yg dia cerita semalam kt dorm dan pernah ja dua tiga org nampak bayangan melintas dekat tangga tu sbb tu yg semua tak guna tangga tu tapi tak tau la sekarang ni tangga tu ada org guna ka tak lagi .
Sampai sini ja la aq cerita dan ada dua tiga pengalaman aq dekat asrama yg sama kalau hampa nk baca nanti hampa komen ya .Maaf la klau tak seram mana cerita aq ni dan maaf la kot ada tersalah tulis moga ii hampa paham la sbb ni first time aq tulis cerita hahaha . Terima Kasih