AWEK LAMA AKU DIRASUK DI IPOH

Assalamulaikum. Aku Aiman berumur 30tahun. panggilan eman/man.aku ingin menceritakan kisah lama aku bersama family aku dan awek aku. awek aku namanya ika.

begini kisahnya.pada suatu ketika di tahun 2017/2018 kalau tak silap aku.aku lupa tahun tersebut.sepupu aku kahwin.kenduri nya buat di pusat latihan polis di ipoh.awek aku pun ikut bersama keluarga aku.kisahnya bermula pada suatu hari,di rumah singgahan untuk ahli keluarga pengantin menginap di sebuah rumah baru di dalam pusat latihan polis tersebut.

sewaktu pagi tersebut ahli keluarga aku bersiap ingin ke dewan yg dibuat kenduri tersebut.semua bersiap dan pergi ke dewan kenduri tersebut.dijadikan cerita sewaktu waktu zohor awek aku balik ke rumah yg kami menginap untuk solat zohor.rumah tersebut tiada sesiapa waktu itu.maklum lah ramai yg ke dewan kenduri tersebut.dia pulak pergi balik ke rumah itu untuk balik solat zohor.apabila dia masuk ke rumah itu dia serasa seperti angin jahat yg menghalang dia untuk naik ke tangga atas.

sewaktu dia naik ke atas untuk kebilik.alangkah terkejut ada satu sosok lembaga hitam yg berdiri di betul2 tangga yg dia ingin naik.seolah cuba ingin menghalang di untuk solat.dia endahkan tersebut.mungkin hayalan dia sahaja dia beritahu aku.tapi sewaktu dia naik ke atas apabila dekat dengan lembaga tersebut.tiba2 dia rasa panas kaki.panas badan rasa seolah ada benda yg berat sedang dipikulnya.selepas pada kejadian itu.

keesokkan hari nie aku dan family aku nak balik ke penang.aku mula perasan wajah dia makin pucat.aku rasa tak sedap hati.tapi aku pun buat2 tak tahu.maklumlah masih2 letih.sewaktu di dalam kereta dlm perjalanan balik dari ipoh ke penang.aku cuba bagi cadangan pada ayah aku untuk tidak balik penang menggunakan highway plus.aku cakap pada ayah aku.apa kata kita balik menggunakan jalan biasa.jalan lama.ayah aku dan keluarga aku yg lain pun setuju untuk balik menggunakan jalan lama.sewaktu tiba di satu kawasan kalau tak silap aku nama tempat itu pondok tanjung.

jalan dari pondok tanjung itu boleh tembus ke selama kedah.alang-alang itu boleh lah singgah ke rumah tok aku di kampung terap kedah.bila dalam perjalanan balik sampai di betul betul di kawasan pondok tanjung itu.ayah aku mula mata dh kurang nampak.maklum lah dah petang.dan dia pun letih bawak kereta.dia sarankan untuk tukar pemandu.gantikan dia.aku pun setuju.tapi di kawasan berhentinya kereta aku jalan dh mula sunyi.jalan lama xbnyk kereta yang lalu di kawasan itu.

bila kereta dah berhenti aku pun bergegas turun kereta dan aku pun tukar lah dengan ayah aku.tapi aku perasan bila aku masuk kereta aku rasa macam angin sepoi-sepoi masuk sama-sama di dalam kereta aku.aku dh mula rasa xsedap hati.berdiri habis bulu roma aku.sewaktu aku pandu kereta mmg aku rasa berat macam angin tayar kempis.tapi aku beranikan diri baca ayat kursi.kereta mula rasa ringan.aku dh rasa ada yang tak kena.aku mula pandu kereta aku cuba lah tengok di cermin di dalam kereta.

sewaktu itu ayah aku berada di sebelah aku.mak aku di sebelah kiri,kakak aku di tengah,dan awek aku di belakang kerusi pemandu.aku pun tengok lah di cermin.aku perasan awek aku muka dia mula rasa resah.muka dia pucat.sepatah kata pun tak terkeluar di mulutnya.daripada ipoh hinggalah ke selama kedah.dia tak bercakap apa pun sewaktu di dalam kereta.aku rasa xsedap hati aku tanya lah dia.ok ke tak?dia diam saja.masing-masing dalam kereta tak bersembang apa pun.maklumlah letih dah semua.

apabila sampai di kampung terap serdang kedah.sampai di rumah tok aku.bila aku dah matikan engin kereta masing-masing semua turun kereta.awek aku pun turun kereta sekali.tiba-tiba! Dia pengsan di tepi kereta.masing-masing semua dh mula terkejut.ayah aku,mak aku,kakak aku dan aku sekali dah terkejut.sewaktu itu dah petang.kalau tak silap aku dah pukul 7petang.dah nak magrib.tapi orang belum azan.masing2 dh pakat masuk balik dalam kereta tanpa berkata apa dekat tok aku.deside nak balik penang terus.tak nak singgah mana-mana.dia dah pengsan.masing2 panic.aku pun cepat-cepat start kereta dan terus pandu.

setibanya di kawasan terap juga tapi di kampung sebelah-sebelah rumah tok aku.orang masjid dh mula azan magrib.sewaktu tu tingkap kereta terbuka sikit.dengar lah bunyi azan tu.awek aku secara tiba-tiba terbangun dalam kereta dia boleh Menjerittt di dalam kereta.dia ketawa,dia menangis,dia meraung dalam kereta.tak boleh jadi ayah aku kata.diside sekali lagi kena patah balik jugak ke rumah tok aku.ayah aku dah mula tak sedap hati.aku pun patah balik kereta pandu balik ke rumah tok aku.setibanya di rumah tok aku.angkat dia masuk dalam rumah tok aku terus dia pengsan balik.ayah aku kata dia dah terkena.tapi masing2 tak tahu dia kena dimana.hari dh malam.ustaz pun dah sampai.berubat jugak malam tu.tapi ustaz cakap syarat jangan bawak di keluar dari rumah tok aku.sebabnya ada benda yg tengah tunggu dia dekat luar rumah.masing-masing dah berdiri bulu roma.rasa takut.aku dah pakat dengan fmily aku dan dh cuba call fmily dia.dan fmily dia setuju untuk datang malam tu jugak ke rumah tok aku.

hari dh lewat malam.fmily aku and fmily dia tidur dirumah tok aku.ustaz cakap esok pagi kena bawak balik penang.nak di jadikan cerita.malam itu pukul lebih kurang 3pagi.dia bangun berdiri atas katil.dia cakap nak keluar rumah tok aku.ada yang tengah tunggu dia diluar.aku dh mulat takut.aku minta izin mak dia untuk pegang dia.tapi beralaskan kain selimut.maklumlah bukan muhrim dan belum kahwin.sambung cerita.aku pun pegang dia dengan abg dia.dengan mak aku.ustaz pun belum balik.masih bersembang dengan ayah aku di ruang tamu rumah tok aku.ustaz baca surah2 dan aku nampak dengan mata aku.aku nampak di antara tingkap rumah tok aku.ada benda putih tengah melambai dia dari luar rumah.benda itu lambai dia suruh dia keluar.tapi nasib baik lah ustaz masih ada.

hari pun dh siang.dia dah ok sikit pagi itu.dan aku dan keluarga aku dan keluarga dia balik lah ke penang.nak di jadikan cerita lah.lebih kurang sebulan lebih jugak berubat dia.ada satu masa itu aku dengan ayah aku pergi ke rumah orang berubat.untuk berubat dari jarak jauh.rumah aku dengan rumah dia xder lar jauh sangat.dalam 10kilomiter sampai lar.

sewaktu selesai berubat dengan ustaz lain pulak tu.aku pun keluar lah rumah ustaz tu.ustaz nie bukan ustaz yang berubat di kampung tok aku tu yer.yang tu ustaz yang duduk di kampung tok aku.ini ustaz yang duduk satu taman dengan awek aku.selesai berubat aku pun keluar rumah ustaz tu.tiba-tiba handfone aku berbunyi.aku tengok dia call aku.aku pun jawablah panggilan tu.dia pun tanya aku.ada di mana.aku pun cakaplah ada di rumah.takkan lah aku nak cakap dekat dia yg aku pergi rumah uztaz untuk berubat dia.masa nie dia belum normal.baru normal sikit2 saja.dia tanya aku ada dimana?aku cakap ada dirumah.dia kata jangan tipu aku.aku tau hang ada dimana.

satu kata yang membuatkan aku tiba-tiba terkejut dia kata dekat aku.HANG INGAT BOLEH HALAU AKU!!!aku terus letak panggilan tu.menggigil tangan aku.macam mana dia boleh tahu yang aku pergi berubat dia.aku pun dh mula pelik.1bulan lebih pun berlalu.dia dah ok.dah sihat.aku pun pergi lah rumah dia.masa aku duduk di rumah dia.di belakang rumah dia.mak dia tengah masak.dia duduk dengan aku.dia tiba-tiba dia tunjuk tangan dia di satu pokok buluh di belakang rumah dia.dia kata ada someone tengah tengok dia.nama sama macam dia.umur dah 500 tahun lebih.dia pakai baju kebaya putih.muka macam marah.tiba-tiba dia terus maki aku.katanya pada aku sewaktu dia dirasuk di rumah tok aku tu benda dari ipoh ikut dia.dan dia pengsan dirumah tok aku tu,benda yg berada ricrumah tok aku.

aku baru tahu rumah yg aku dengan family aku duduk tu adalah bekas tapak rumah polis orang asli.atau senang dikenali polis senoi prakk.katanya adat mereka ahli keluarga mereka yang meninggal harus di kuburkan dibawah rumah tersebut.tapi aku yang tak buat salah pun tiba-tiba kena maki dengan dia.mybe dia letih.aku pun berlalu balik.sewaktu magrib mak dia call aku.cakap (man)ika pengsan.aku cakap hah sudahhhh.apa pulak nk jadi nie.terus bwak pergi berubat di satu kawasan di pokok sena penang.dan alhamdulillah dia kembali sihat sampai lah sekarang.

tapi apakan daya.aku tiada jodoh dengan dia.aku pun sudah berkahwin.dan dia pun sudah berkahwin mendapat cahaya mata.jodoh,ajal,maut di tangan allah.kita merancang allah merancang.perancangan allah lebih terbaik.ini sajalah kisah aku ingin kongsikan kepada semua.sampai sekarang aku tak akan lupa apa yang terjadi.segala nya masih segar di ingatan aku.sekian semua assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

AIMAN SAFWAN

1 thought on “AWEK LAMA AKU DIRASUK DI IPOH”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.