Penumpang Rumah

Hai guys! Thanks sebab bagi aku share cerita dekat sini. Okay, kisah-kisah ni pasal rumah aku. Sebelum tu aku kenalkan diri aku, seorang perempuan dan nama aku lya (bukan nama sebenar). Aku ada beberapa cerita yang nak dikongsikan.

Kisah 1: Pergi Kelas Quran

Aku ni memang dari kecil selalu diganggu. So dah biasa, aku buat endah tak endah jelah. Time tu kitaorang (aku dengan abang) nak pergi ke kelas al-Quran (selang beberapa rumah ja). Time tu tetiba rasa awal sangat pulak kalau kitorang nak pergi, so kitorang duduklah depan pintu pagar rumah dulu. Abang aku ni duduk bersandar dekat kereta jiran sebelah rumah aku dan aku pulak duduk betul-betul dekat pintu pagar. Time tengah rancak borak, tetiba kepala aku terasa macam ada orang tampar dari belakang. Mula-mula aku buat tak tahu. Kali kedua semakin kuat. Aku toleh ke belakang, tak ada apa-apa. Aku pandang atas pun sama. Aku mulalah nak marah abang aku, sebab aku ingatkan diayang kacau aku. Tapi bila aku tengok balik, jauh gila kot jarak antara abang aku (bersandar dekat kereta jiran) dengan aku .Time tu aku pandang abang aku dan dia pandang aku. Dia tengok muka aku pucat, dia macam faham ada sesuatu yang mengganggu aku. Kitorang pun apa lagi, buka langkah seribulah! Ketuk pintu rumah ustaz tu macam nak runtuh.

Kisah 2: Tetamu Tak Diundang

Ayah aku ni bekerja sebagai ahli bomba dan selalu pergi ke merata tempat (rumah terbakar). Ada satu hari tu, time maghrib, dia akan call mak aku, cakap dia tak boleh balik sebab ada rumah terbakar teruk. Aku dah gelabah sebab kalau dia balik, benda tu ikut sekali balik, so siapa yang selalu kena kacau? Akulah! Kisahnya bermula pada satu hari tu, ayah aku kena ke satu kawasan (pantai) untuk mencari mangsa lemas. Time tu nak dekat pukul 6.00 petang baru dia dapat call kena pergi. Dalam pukul 8.00, ayah aku call kata dia tak boleh balik ke rumah lagi. Kawasan pantai ni kalau maghrib-maghrib dia lain macam sikit. Pukul 9.00 ayah aku sampai rumah. Aku pun jalankan hidup aku seperti biasalah. Keesokan harinya, time kami satu family tengah makan (dinner), ada satu benda ni, tak tahlah benda apa tapi rasa “berbulu” bergeser dekat kaki aku di bawah meja. Aku ingatkan kucing. Aku tunduk tengok bawah, tak ada apa-apa. Tapi masih terasa lagi ada benda berbulu dok geser-geser dekat kaki aku. Meremang!

Malam tu memang kena kacau teruk jugaklah. Mula-mula mak aku yang kena. Dia tengah kemas-kemas meja, cuci pinggan apa semua, tiba-tiba bekas makanan dari atas meja jatuh satu persatu. Macam ada orang tolak. Logik tak bekas-bekas makanan yang terletak elok atas meja, jatuh sendiri?

Aku pulak masa tu tengah siapkan homework. Lebih kurang 20 minit lepas aku mula, tiba-tiba aku terdengar suara perempuan bernyanyi betul-betul belakang aku. Aku pun toleh belakan, tengok tak ada siapa-siapa pun. Aku check phone, tak ada pasang lagu pun. Dari mana datang suara tu Sodengan tenangnya aku pun keluar bilik, borak dengan mak sebab malas nak layan apa saja yang ada dalam bilik tu. Biarlah dia nak bernyanyi sekalipun. Tak kuasa aku nak layan.

Keesokan harinya, abang aku balik dari kerja dah maghrib, terus dia tidur. Aku keluar bilik, tengok dia tengah tidur dekat ruang tamu. Waktu tu tetiba aku rasa nak tergelak bila tengok muka dia. Tak tahu kenapa. Aku punyalah tergelak gila-gila time tu jugak. Padahal langsung tak ada apa-apa yang kelakar dekat abang aku tu. Masa tengah gelak tu, aku sendiri pun rasa pelik gila. Kuat aku gelak! Sampai abang aku terjaga. lepas tu mak dengan ayah bawalah aku dengan abang jumpa ustaz. Rupa-rupanya ada tiga ekor pelesit menumpang pada badan aku. Selepas berubat, tak ada apa-apa dah.

Kisah 3: Pontianak

Okay, rumah aku ni, dekat kawasan dapur, ada satu bilik air yang mana bilik air tu bilik air tetamu. Kitorang memang tak pernah guna. Satu hari tu, waktu maghrib, tiba-tiba air dekat toilet tu terbuka sendiri. Aku tunggu… dengar… lama mana dia nak bukak? Lebih kurang 30 minit jugaklah. Lepas dah tak dengar bunyi air tu, aku pun buat tak tahu jerlah. Memang dah biasa sangat kena. Rumah aku ni sebelum sampai ke dapur, akan jumpa bilik abang aku dulu. Time tu aku nak ke dapur, memang kena lalu depan bilik dia. Kebetulan time tu dia sambung belajar, so memang tak ada siapalah yang tinggal dalam bilik tu. Masa aku lalu tu, aku perasan macam suasana dalam bilik tu bising sangat. Macam orang tengah buat party pun ada. Macam biasa, aku buat tak tahu sajalah. Satu hari tu aku cerita dekat ayah aku pasal beberapa perkara yang terjadi dan dia pun kata, “itulah, bilik tu kalau ayah masuk jer, mesti bau busuk.”

Bilik air tu pulak memang hari-harilah, tiba waktu maghrib, air akan terpasang sendiri. So kitorang buat tak tahu saja. Sampai ke hari nak pergi jumpa ustaz (orang yang sama), dia cakap ada sesuatu tumpang rumah kami. Secara tiba-tiba ustaz tu soal aku, “kamu pergi mana malam sebelum tu?”

Aku pun pelik. Setahu aku, aku tak pergi mana-mana pun. Just duduk lepak dekat luar rumah saja. Tapi lepas tu baru aku teringat, time tu dah pukul 12.00 tengah malam, member aku pun balik rumah dia. Masa aku nak kunci pagar rumah, entah macam mana, mata ni terasa nak toleh ke arah semak samun dekat hujung taman tu. Aku nampak bayang-bayang putih terbang perlahan saja, lalu ke arah satu batang pokok pisang ni. Dia tak tembus-tembus ke arah yang lagi satu pun lepas tu. Macam dia masuk ke dalam pokok pisang tu. Aku cerita perkara tu dekat ustaz. Ustaz tu cakap, benda itulah (pontianak) yang ikut kamu masuk ke dalam rumah.

Sampai sini saja kisah-kisah aku. Aku harap korang terhiburlah. Minta maaf kalau ayat aku berterabur. Aku tak berapa nak pandai mengarang ni. Terima kasih sebab membaca!

alya irdina
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

25 comments

  1. Apsal ha, ramai sangat malas solat Maghrib? Solat tu tiang agama. Tu yg fardu. Belum tanya solat sunat. Dh la time Maghrib tu bnyk syaitan berkeliaran. Kalau tkde agama dlm diri, memang la kena ganggu hantu. Kadang2 boleh tanya plak – apsal asyik kena ganggu? Lagi dahsyat, tak rasa insaf bila pernah kena rasuk. Solatlah. Tanda syukur. Macam2 Tuhan dah bagi.

  2. adik aku pernah kena dkt rumah aku. dia mmg jenis kalau tidur, tidur ‘mati’. lempar bom pun xsedar kot. tapi ada satu hari tu dia kena dalam pukul 3 pagi kot yg aku tau. kami adik beradik jenis xsuka tidur dalam bilik so kitaorg tidur dkt ruang tamu which is dkt tandas jugak lah. back to the story, paip dlm tandas (paip yg lama sudah tutup sbb mmg bukan tempat saluran air ) air dia tiba tiba mengalir tapi xkuat. adik saya ni pun dlm keadaan mamai bg mati balik paip tu dia buat steady je then dia kluar balik nak sambung tido. dlm dia nak sambung tidur tu, baru dia rasa seram plus kena fikiran apa yg jadi. keesokan paginya dia cerita satu rumah gelak hahahahah tapi rasa seram tu mmg ada lah tp benda begini kita patut biarkan je. okay lah sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *