Rumah Sewa Murah

Thank you Fiksyen Shasha kalau keluarkan kisah aku dekat sini. Actually banyak kisah aku nak story, tapi aku just cerita yang baru saja jadi awal tahun haritu. Aku tinggal dekat utara tanah air dan selalu join aktiviti paranormal semua tu. Tapi since aku dah pindah negeri lain, aku dah stop buat benda tu so aku percayala wujudnya makhluk halus ni. Maaf kalau tak dapat tempat di hati korang, tapi aku share berdasarkan pengalaman aku.

Tajuk aku tu maybe dah banyak orang pakai. Rumah sewa ni bukan rumah kita sendiri, so kita tak tahu pemilik rumah tu macam mana and orang yang tinggal sebelum tu pun macam mana. Dua tahun aku pindah tempat baru. Lupa nak cakap, aku pindah sorang sebab kerja so family aku still kat rumah lama kitorang.

Rumah aku duduk tu pemilik dia cina tetapi takdala tempat solat diorang and orang yang sewa sebelum aku tu pun melayu. So disebabkan harga sewa tu murah and dekat dengan tempat kerja aku so kasi jadilah. Aku tinggal dengan sorang lagi kawan. Rumah tu dua tingkat. Aku dekat tingkat atas, kawan aku bawah. Benda tu start mengacau lepas dah setahun kami stay situ. Bilik aku aircond dan paip air selalu terbukak sendiri. Bagi aku tu gangguan biasa as long as dia tak tunjuk muka dia dekat aku. Kawan aku ni memang jenis penakut. Nak dijadikan cerita, 1 malam tu aku tak balik rumah sebab aku balik kampung. So kawan aku duduk sorang la kat rumah. Dalam pukul 2 pagi macam tu dia terdengar ada bunyi tapak kasut orang lari naik tangga then bukak lampu tangga. And guess what ?!! Lampu tu memang terbukak !!

Dia whatsapp aku, “Mira dah balik ke?” memang tak reply la aku dah tengah mimpi best tu. Then dia call suara nangis2 bagitau, aku nak balik memang tak sempatlah so aku suruh kawan aku temankan dia. Lepas lampu tangga tu bukak sendiri, lampu bilik air bawah pun sama. Hantu lampu kot. So malam tu dia keluar rumah then dia tak balik. Esok dia balik tapi malam then lampu ruang tamu terbukak. Aku memang tak balik lagi. Paip air toilet bawah terbukak. Then kawan aku lagi sorang tu ternampak lembaga mata merah dekat tingkap dapur. Dia balik ja rumah dia, benda tu ikut dia balik. Nasib baik bapak dia ni boleh ubatkan orang. Hari ketiga aku balik, pintu bilik air bawah terkunci dari dalam. Tapi kawan aku ni ada ja sebelah aku. Memang tak masuk rumah la malam tu.

Dah tak tahan gangguan, panggi ustaz datang buangkan and dia cakap ada orang hantar janin bayi kat rumah. Orang tu nak hantar kat owner rumah tapi kami yang kena kacau teruk. So aku decide dengan kawan kami pindah dari situ. Bila kami tanya guard situ baru dia cakap rumah tu dah banyak orang keluar masuk. Patutlah murah tapi BERHANTU!

AMIRA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

25 thoughts on “Rumah Sewa Murah”

  1. Maybe ada yg mengikut daripada aktiviti paranormal tu kut, Just sayin. Biasanya org yg dh terbiasa ikut team paranormal ni, bila bende2 ni berlaku dia lagi suka and more eager utk kaji, but penulis ni jadi sebaliknya. 😀
    5/10.

    Reply
  2. Macam tu ja cerita?Tak sempat nak feeling dah habis.Penulis boleh buat cerita ni menarik dengan tambah diorang cari tahu apa yang berlaku atau siapa yang buat.Itu cuna satu cadangan.Apapun 4/10.
    Teruskan ya.

    Reply
    • Atau dia cerita pasal benda mata merah tu ke.. ayah kawan dia tak cakap apa ke? Macam mana janin bayi boleh buat seram sampai macam tu? Also, lain kali boleh share pula pengalaman team paranormal.

      Reply
  3. baru kelip mata sekali da abes baca cite ni..huhu
    setakat ni entri ni la plg pendek yg aku baca kt fs..

    aku bg 3/10..kipidap writer..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.