Yunus – Duri Landak bahagian II

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Maaf lambat menyambung cerita. Ada hal yang tidak dapat aku elakkan. Lagipun, jilid Yunus untuk novel sedang rancak aku siapkan. Harap-harap, impian untuk membukukan kisah Yunus ini menjadi nyata. Aku lebih suka kisah ini dibukukan, dan insya Allah, jika penerimaannya bagus, akan ada 10 jilid. Kalau permintaannya masih bagus, aku akan menyambung lagi kisah Yunus ini…

Baiklah, aku sambung kisah Duri Landak ini.

Sebelum makan, nenek Yunus meletakkan ubat di siku Yunus. Berdarah juga siku Yunus. Lututnya tercalar, tapi tidak luka. Kalau aku di tempat Yunus, entah apa yang patah dah. Jauh dia jatuh melambung. Dengan serta merta Yunus jadi mengada2 dengan neneknya. Menyampah pulak aku tengok. Kami makan nasi dan lauk kenduri yang sangat sedap. Hal diganggu tadi tidak disebut semasa makan. Terlalu sedap lauknya, habis dimakan. Datuk Yunuslah paling gembira, bercakap lebih banyak dari biasa malam tu. Ketawanya pun terbahak-bahak. Gembira sungguh nampaknya dia.

Lepas makan, Yunus diarah mandi dan bersolat sunat. Semasa menunggu giliran untuk mandi, aku nampak datuk dan pakcik Yunus keluar. Aku tidak tahu ke mana. Bukan urusan aku untuk bertanya. Semasa bersendirian inilah, baru fikiran aku tertumpu pada tetamu yang datang. Tiada pula neneknya naik untuk mengambil cawan untuk dicuci seperti lazimnya jika ada tetamu. Neneknya pun hanya ada di dapur, tidak di serambi seperti jika ada tetamu yang datang bertandang.

Masa tetamu tu balik pun, senyap saja. Kata datang dari jauh, aku tak nampak pun kereta semasa masuk ke perkarangan rumah tadi. Tidak pula neneknya naik ke atas, atau menghantar tetamu itu ke bawah. Tiada siapa yang keluar dari beranda yang cerah benderang. Pakcik-pakciknya yang lain pun tidak kelihatan semasa tetamu tu balik. Dan aku perasan, bau wangi lama berlegar dalam rumah, sama seperti bau wangi tadi. Aku boleh katakan, bau wangi sejenis bunga. Namanya bunga pisang. Warnanya putih, sejenis bunga hutan yang sangat wangi. Pada yang pernah masuk hutan dan jumpa bunga ni, tahulah bagaimana harumnya bunga ni.

Lepas semuanya beres, inilah peluang baik untuk tanya Yunus apa yang terjadi. Tilam dihampar, kelambu dipasang, bantal ditepuk dan selimut sudah di hujunng kaki. Nyamuk memang banyak. Dari tadi, Yunus asyik membelek dan mencium duri landak tu. Duri landak tu kekuningan disambar cahaya dan berbau wangi. Sekejap2, dia akan mengusap duri landak tu. Aku yang faham perangai Yunus, biar dia tenggelam dalam kegembiraan dia.

Seperti tahu isi hati aku, Yunus letakkan duri landak tu di hujung bantal. Sengih2 dia sebelum mulakan cerita.

Masa dia dan Munzil mengejar perempuan cantik sampai ke batu belah, mereka dengar suara orang memekik. Pekikan yang seperti sangat marah. Sangat kuat pekikannya, mengejutkan burung2 sehingga terbang ketakutan. Mereka tidak endahkan pekikan yang bertalu2 yang datang dari pelbagai arah. Munzil lebih pantas dan dia di depan mengejar. Nampaklah perempuan2 cantik tu di atas batu belah, menangis2 minta belas kasihan.

Munzil yang garang bersoal jawab dengan mereka, tak padan dengan kecil. Yunus kata, mereka memakai baju hitam yang berkilat2, mata hitam bercelak dan bola mata berkaca2. Hidung mancung dan ketiga2nya cantik dan berkulit kuning langsat, tapi kuku mereka hitam. Dahi masing2 luas dan tiada alur di bawah hidung, rambut panjang sampai ke lutut. Sah bukan manusia. Masa mereka berlari, mereka mengeluarkan bunyi gemerincing. Bunyi itu pada mereka yang tiada ilmu di dada, sangat menggoda dan mengasyikkan. Ketiga-tiga mereka tidak berani mengangkat muka bertemu pandang dengan Yunus. Yunus kata, kaki mereka seperti kaki burung wak wak. Wajah asal mereka sangat menggerunkan.

Tipu daya syaitan, mereka berkata mereka sesat kerana mencari ayam mereka yang hilang. Tapi Yunus tahu itu adalah alasan semata. Salah seorang dari mereka berkata, kerana mereka dikasari, mereka akan mengadu dengan ayah mereka. Konon takut dengan golok di tangan Yunus. “Mengadulah, hangpa yang ceroboh. Bukan aku sorang yang bawa golok!” kata Yunus yang tahu niat jahat mereka. Mereka minta dilepaskan, tapi Yunus kata, bukan dia yang menahan mereka. Mereka boleh pergi, tapi seakan tersekat di situ. Masa Yunus dan Munzil balik, mereka masih melekat di atas batu itu meraung dan menangis minta dilepaskan.

Masa bersoal jawab dengan perempuan2 di atas batu belah tu, Yunus rasa sedang perhatikan. Niat jahat makhluk tu seolah bergema, tak perlu bersoal jawab pun. Kalau ditanya, sampai kiamat pun tak akan dapat jawapannya. Pusing pusing, di situ juga, tak ke mana. Itulah yang membuatkan Yunus dan Munzil balik sahaja. Tahu perempuan 3 ekor itu tidak boleh keluar dari pagar yang datuknya buat untuk keselamatan. Kaki mereka seolah melekat di batu tu. Yunus tahu, mereka jenis jin hutan yang selalu memperdayakan manusia. Sengaja menyesatkan manusia di dalam hutan untuk menjadi habuan mereka. Mereka berupaya menjelma menjadi dalam pelbagai bentuk, termasuklah menjadi orang yang kita kenal.

Sebenarnya, mereka sudah lama memehatikan kami. Niat sebenar mereka ialah cuba menggoda untuk disesatkan ke dalam hutan, untuk dimakan. Aku ini tiada ilmu, tiada pendinding. Sasaran mudah kepada mereka. Itu yang Yunus marahkan sangat. Jika tiada Yunus, nenek dan sepupu2nya di situ, sudah pasti aku dibawa jauh ke dalam hutan. Ilmu agama Yunus, nenek, sepupu2nya walaupun kecil, jauh lebih dalam dari aku. Ghafur contohnya, sangat terang hati. Boleh hafal ayat Quran dengan hanya mendengar beberapa kali bacaan. Sarah juga begitu. Cemburu sangat aku dengan mereka.

Semasa di atas jalan, semasa baru keluar dari perkarangan rumah datuknya, Yunus mendengar bisikan di telinganya. Suara garau yang Yunus tak faham butir sebutannya. Mula-mula Yunus abaikan saja kerana tiada perkataan yang Yunus boleh faham. Semasa mengambil nasi kenduri, sekali lagi telinganya dibisikkan dengan bisikan2 dan kali ini Yunus dapat tangkap perkataan “jaga kau”. Hati Yunus berdebar, dan sambil menunggang motor, Yunus sudah bersiap siaga dengan kalimah Allah. Itu sebabnya dia diam. Diam bukan sebarang diam. Mata makrifatnya juga mengesan dari mana gangguan akan bermula, tapi Yunus gagal mendapat jawapan. Nyata, lawan Yunus kali ini sangat hebat ilmunya.

Bunyi angin menderu dari atas bukit, barulah kami nampak kain hitam panjang melayang2 turun hingga ke tepi sawah. Hati Yunus bergetar, tidak pernah cubaan yang begini dia hadapi. Kain hitam itu bergulung berpusing2 membentuk seakan bentuk manusia. Kata Yunus, badannya besar dan tinggi sama dengan pokok getah. Berapi-api matanya. Makhluk itu, kata Yunus, ialah jin yang yang tinggal di dalam hutan yang sangat jauh dari situ. Makhluk itu tidak datang berseorangan. Di belakangnya, Yunus dapat lihat sangat banyak makhluk2 hitam, mungkin pengikut2 jin itu. Berdepan dengan makhluk itu, Yunus dapat merasa bahang panas. Sangat getir cubaan kali ini.

Mahluk itu merenung Yunus dengan pandangan yang marah dan berteriak bertanya di manakah Yunus menyorokkan anak-anaknya. Tidak guna menjawab, kerana kata Yunus, lagi dijawab, ia akan menambahkan kemarahan jin itu. Yunus memperkuatkan kuda2nya dan membaca pelbagai ayat penghalau syaitan, hanya untuk diketawakan oleh jin itu. Belum sempat Yunus berbuat apa, makhluk itu menendangnya sehingga Yunus terpelanting ke motor.

Jin itu mengibas-ngibas kain yang membalut badannya, membentuk kandang untuk memerangkap Yunus. Bagaimana anaknya kononnya dikurung dalam kandang, begitu juga dia akan buat pada Yunus. Kata Yunus, kandang angin itu terlalu kuat dan tebal sampai kadang2 dia tidak nampak apa pun. Tiba-tiba saja dia ditendang dengan kuat. Bukan tak bersedia, tapi Yunus tak nampak dari mana serangan itu akan datang. Semasa dia bangun untuk melawan, Yunus sudah dikepung oleh pengikut2 jin itu. Dendam jin itu kuat. Cucu cicit orang tua celaka itu mesti setimpal dengan apa yang anak2nya lalui. Yunus masa tu hanya berserah kepada Tuhan. Ilmunya seperti tawar berhadapan dengan jin itu.

Kononnya, anak2nya lapar dan keluar mencari makan dan bermain, tapi tidak balik-balik. Bunyi pekikan itu ialah suaranya memanggil anak2nya. Puas dia menunggu mereka pulang, tapi mereka tidak tiba. Akhirnya setelah mengarahkan anak2 buahnya mencari, mereka terjumpa ketiganya seolah terkurung dalam sangkar dengan kaki terpasung. Kononnya anaknya cedera diseksa dan kelaparan, tidak dapat pulang. Menangis mengadu domba kononnya manusia telah membuat onar kepada mereka.

Dia mahu datang menyerang lebih awal kerana teramat marah. Langkahnya terhenti kerana kehadiran tetamu datuk Yunus. Kata Yunus, jin itu sangat takut pada tetamu datuk Yunus. Menunggu peluang salah satu cucu cicit manusia celaka yang membuat pagar itu terlepas. Siapa lagi kalau bukan Yunus. Dendam pada Yunus dan Munzil membara kerana menyakiti anak2 kesayangannya. Yunus tahu, semasa berhadapan dengan jin itu, dia bukanlah lawannya. Dia terlalu kuat kerana sudah berusia ratusan tahun. Pendinding Yunus juga kuat, tetapi kerana ilmu jin itu hebat, terpelanting juga Yunus ditendangnya.

Aku ada tanya kenapa kalau makhluk halus nak datang kena ada angin bagai. Sampai nak terbang motor tadi. Apa yang dapat aku gambarkan, masa makhluk tu di depan kami, anginnya rasa seperti helikopter nak turun. Sangat kuat, rasa macam nak terangkat badan. Kata Yunus, kerana mereka datang dari dunia lain, anginlah yang menjadi perantara. Aku pun tak faham apa maksudnya. Semuanya adalah tanda kebesaran Allah, kata Yunus. Begitu juga dengan telinga yang berdesing. Itu kerana mereka masuk ke alam kita. Saintis mat saleh kata getaran atau gelombang kedua2 alam ini tak sama. Semuanya tak mustahil, kuasa Allah tiada sempadan.

Satu lagi, aku ada tanya, kenapa mesti nak bersilat? Yunus garu kepala. Katanya, mata manusia takkan nampak apa yang iblis atau makhluk halus mampu lakukan. Segala bola api atau tombak atau miang buluh yang entah dari mana datangnya, manusia tak nampak. Silatnya bukan kosong, ada maksud tertentu. Dan bukaan langkahnya bukan kosong, ada ayat Quran dan mentera yang dibaca. Serangan pengecut iblis selalunya boleh ditepis dan ditewaskan dengan silat. Yunus bergurau, kalau tengok cerita ultraman ke apa ke yang ada kuasa tu, begitulah yang terjadi bila mereka beradu tenaga. Api keluar dari tangan, hayunan tangan boleh hasilkan angin seperti ribut. Angin yang mampu menjadi benteng. Rantai berapi yang keluar dari tanah. Semuanya atas izin Tuhan yang Maha Bijaksana.

Mata aku yang sakit tu bukan sebab habuk. Yunus tak berdaya kerana yang datang menghalang jalan tu bukan dia seorang, tapi ramai. Mata aku sempat dicucuk oleh seekor makhluk yang datang bersama dengan raja jin tu. Padanlah sakit sampai tak tertahan. Belum sempat Yunus menahan, dia senyap2 datang dari belakang dan mencucuk mataku dengan kukunya. Kata Yunus, bajang yang selalu menangis di sawah tu pun ada di situ. Dah jadi rupa sendiri dah, tak macam bayi telanjang lagi. Entah apa yang dimahukannya. Yunus pun tak tahu. Dia jadi pemerhati, tidak mengganggu.

Yunus hampir tewas bila badannya sudah di bawah telapak kaki jin itu. Tapi di saat genting itulah, kawannya datang menolong. Mula2 jin yang angkuh itu tidak mahu berundur, masih mahu membalas dendam. Kawannya mengajar beberapa ayat yang melemahkan iblis semasa dia membuka langkah silat. Jin itu cuba lagi menyerang bersama dengan anak2 buahnya. Sekali saja kawan Yunus itu menyentuh kaki jin itu, terbakar hangus seluruh badannya. Hanyunan tangannya juga merantai mahluk yang ramai2 dan membakar mereka sekelip mata. Kata Yunus, seluruh badan kawannya itu mengeluarkan cahaya kehijauan. Api atau apa saja serangan jin itu tidak dapat menyentuh badan kawannya.

Suara jin itu, kata Yunus seperti petir. Matanya merah berapi Mengulang-ulang perbuatan “jahat” Yunus anak beranak. Dendam mesti dilunas, katanya sebelum mahu memijak Yunus. Kata Yunus, semasa dia di bawah tapak kaki jin itu, pandangannya sayup-sayup dan dia tidak nampak kepala jin itu lagi. Jin itu membesarkan badannya berkali ganda sehingga sama dengan ketinggian bukit. Itulah kelebihan yang Tuhan pinjamkan kepada mereka. Marah sungguh dia, manusia yang hina mencederakan anak2nya. Masa itulah kawannya datang membantu.

Kata Yunus, kawannya itu datang bersama keluarganya menziarahi datuknya, kerana sudah lama tidak bertemu. Mengikut kata Yunus, kawan bersama dengan seluruh keluarganya baru pulang dari tanah suci Mekah. Ada hadiah yang dibawa untuk diberi kepada datuk Yunus. Selama Yunus hidup dengan datuknya, ada juga keluarga kawannya datang berziarah. Bawa hadiah, salah satunya ialah kulit kijang yang masih disimpan oleh datuk. Barang berharga dari kawan baiknya. Mereka datang naik kereta, seperti kita. Aku tanya, buniankah? Yunus hanya tersenyum. Ya tidak, tidak pun tidak. Biarlah jadi rahsia mereka.

Pakcik dan datuk Yunus memang pergi ke batu belah itu. Ketiga2 anak jin itu masih terperangkap di situ. Setelah bersoal jawab, datuk Yunus melepaskan mereka, dengan janji mereka tidak akan datang lagi. Syaitan, janganlah percaya. Baru beberapa langkah meninggalkan ketiga makhluk itu, mereka cuba menyerang pak cik Yunus yang lebih diam semasa bersoal jawab. Bertukar ke bentuk asal yang menyeramkan. Sekali saja datuk Yunus hembuskan bacaan ayat suci, terbakar teruk mereka. Itulah yang menyebabkan bapa mereka marah tidak terhingga. Tadi selepas makan, mereka keluar untuk memburu saki baki pengikut jin itu yang sempat lari bersembunyi.

Duri landak itu, kata Yunus banyak khasiatnya. Beberapa kali juga duri landak itu menyelamatkan rakan sepasukan Yunus semasa berada di dalam hutan. Dipatuk ular dan terkena duri nibung. Mahluk halus tidak berani mengganggu kalau semasa bertugas, Yunus bawa duri landak tu. Ada doa pengiring bila Yunus menggunakan duri landak itu. Selain makhluk halus yang sangat takut dengan duri landak tu, ia juga boleh mengubati penyakit, dengan izin Allah. Yunus tidak akan menggunakan duri itu sebarangan, kecuali dalam keadaan genting sahaja.

Sesuatu yang aneh, aku masih boleh membayangkan wajah kawan Yunus itu, tapi setiap kali aku cuba mengingat namanya, aku gagal. Duri landak yang dicucuk cili kering dan bawang adalah senjata berbisa yang sangat ditakuti makhluk halus, tidak kira apa jenisnya. Itulah pemberian ikhlas kawannya kepada Yunus. Walau pemberian itu sudah lama, bau wangi di duri landak itu tidak hilang. Masih tetap wangi. Aku yang sengaja nak menduga bertanya Yunus, kena perasap kemenyankah? Yunus marah, katanya itu bukan untuk menyeru syaitan. Kena marah setepek dengan Yunus.

Kisah Yunus diganggu hantu menjadi heboh satu kampung. Tiap-tiap hari, datanglah jiran, terutama pelajar2 silat. Kami tidak buka mulut pun. Ini mesti sepupu2 Yunus punya kerja. Budak-budak, terutamanya Munzil yang sudah menganggap dirinya hero. Masing2 sibuk nak lihat duri landak yang dihadiahkan oleh “orang bunian”. Ada masanya, Yunus rimas dan ajak aku melepak di dalam pondok getah. Jujur, bila berada di situ, terasa nyaman dan tidak timbul rasa seram atau gentar, walau badan dibaham nyamuk yang banyak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Maaf lambat menyambung cerita. Ada hal yang tidak dapat aku elakkan. Lagipun, jilid Yunus untuk novel sedang rancak aku siapkan. Harap-harap, impian untuk membukukan kisah Yunus ini menjadi nyata. Aku lebih suka kisah ini dibukukan, dan insya Allah, jika penerimaannya bagus, akan ada 10 jilid. Kalau permintaannya masih bagus, aku akan menyambung lagi kisah Yunus ini.

Pak Engku

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 11 Average: 5]

10 thoughts on “Yunus – Duri Landak bahagian II”

  1. cerita kau ni best kalau ada buku aku sanggup beli,boleh lah kau post ke brunei ya? salam kenal dari negeri jiran. penulisan kau sama dengan syafiq fathi.. syafiq fathi manakah kau?lama benooo kau menyepi…walau apapun terbaiklah pak engku ko punya storry ni best.

    Reply
  2. Assalamualaikum, finally cerita yang amat saya minat. Tak sabar nak tunggu novel dia pulak. Sy juga peminat Tamar Jalis(Siri bercakap dengan jin). Bila baca kisah tentang yunus ni terasa macam kita pun ada di situ hehehe. Taniah teruskan berkarya❤️

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.