Adilla: Tak Terlewati

Hujan renyai diikuti kilat sekali sekala memecahkan suasana gelap di tapak permainan terbiar sambil menemani aku yang ketika itu sedang mengamati keindahan alam. Entah kenapa hatiku tenang sekali berada dikawasan tersebut walaupun aku tahu akan bahayanya seorang wanita apabila berseorangan lebih-lebih lagi dikawasan tersebut. Didalam khusyuk menikmati keindahan alam, telinga kananku menangkap satu suara begitu halus. Mungkin khayalan atau nyata aku pun tidak tahu. Aku cuba memgamati. Kedengaran bunyi seperti budak perempuan memanggil namaku.

“Aishah~~ Aishah~~…” Suara sayu ditambah deruan bunyi angin pada malam tersebut menyukarkan aku mencari dimanakah arah suara tersebut.

Aku kurang jelas dimana datang arah suara tersebut namun aku seperti kenal sekali empunya suara namunku menemui tanda tanya. Mungkin perasaanku sahaja, aku cuba menyedapkan anak hati. Aku berjalan kembali ke arah keretaku. Dalam menuju kearah kereta, aku merasakan tangan kiriku di capai oleh sesuatu. Darahku berderau. Hampir saja aku pengsan . Aku memberanikan diri untuk melihat. Sorang budak dalam lingkungan 8 tahun memegang tanganku sambil menunjuk kearah semak samun yang gelap. Aku mengamati wajah budak tersebut yang ditutupi rambut kusut masai. Ia tidak berkata dan hanya diam membisu. Aku begitu musykil dan lantas tangan kananku menyelak rambut yang menutupi wajah tersebut. Belum sempat aku menyelak rambutnya, budak tersebut mengeram kuat sambil mengenggam kasar tanganku seraya berkata:

“AISHAHHHHHHHH!!.. SELAMATKAN AKU!!..”

Didalam menahan kesakitan genggaman tangannya teramat sangat, aku terlempar ke belakang.

****

“TITTT!!.. TITTT!!..” Handphoneku berbunyi. Tanganku tercari-cari handphone di atas tilam. Aku mencapainya. Ku lihat mesej daripada Farid:

“Morning Sayang. Dah bersiap ker? Abang 20 minit lagi sampai.”

Aku yang masih terbaring dilantai lantas bangun dan mencapai tuala mandian. Didalam bilik mandian, hati dan akal fikiran aku masih mengingatkan tentang mimpi yang ku alami. Siapakah budak tersebut tanya hati kecilku.

“Arghhh!!.. Aku lambat. Haraplah sempat takut Farid menunggu lama.” Leteran mulutku.

Aku cuba bersiap sedaya mungkin. Habis sahaja siap berpakaian, hanya deodoran dan gincu sahaja sempat ku gunakan. Diluar, kelihatan sebuah kereta Axia kuning. Aku kenal sekali pemilik kereta tersebut.

“Yaa.. Farid dah sampai.” Kata hatiku.

Siapa sangka seorang ketua kelas di sekolah rendahnya dahulu kini menjadi pasangan hidupnya. Farid semalam bermalam dirumah kawannya kerana ingin menyiapkan projek pembinaan perumahan kos rendah di Shah Alam.

****

“Hi abang, maafkan Aishah sebab lama menunggu.”

“Alah, takpe. Masih awal lagi ni. Ada sejam lagi.” Farid melihat jam ditangan kirinya.

“Nak sarapan kat mana pagi ni yang? Ke ang nak sarapan kat ofis jer?. Ermm.. Kita sarapan yang simpel jer lah. Roti canai dan teh panas.”

“Ermm.. Boleh juga bang. Saya pun malas nak fikir.” Aku menjawab bersahaja.

“Ang ni kenapa? Muram jer abang tengok. Dari mula abang ambik ang ni sampai sekarang diam. Kenapa ni yang? Mimpi yang sama lagi ke?” Farid menyoal.

“Aa Bang.. Ni dah kali ketiga Aishah mimpi benda yang sama. Mimpi seorang budak ni pegang tangan aku sambil menunjuk kearah semak.”

“Adilla ker?”

“Uish. Tak la. Ang ni. Alaa, takyah la nak fikir kesitu pula. Sudahlah, ang lupakan pasal tu. Tengok depan.” Aku membalas bersahaja namun hatiku tetiba teringatkan Adilla yang dulu pernah menjadi kawanku tapi hilang sehingga kini. Kemana perginya Adilla tiada siapa yang tahu.

****

Dikampung, suasana awal pagi riuh rendah disebabkan budak kampung yang turun sekolah mengalahkan bunyi kokokan ayam.

“Mama. Papa, jemput minum kopi yer. Cucur pisang sekejap lagi masak.” Kakak menghidangkan minuman ke ayah dan ibunya.

Papa yang sedang membaca surat khabar tidak mengetahui anak perempuan di hadapannya. Mama yang baru sahaja habis menjemur pakaian, lalu menyandar di bangku meja makan sambil menghirup kopi.

“Sudah lama Acik tak balik menjengguk kitakan bang. Semenjak abang bersara ni, dah dekat tiga bulan Acik tak datang menjenguk.”

“Ala, dia sibukla tu. Ang ni takyah la fikir macam-macam. Kalau rindu tu, ang telefon la dia, kalau tak video call jer dia.”

“Aa.. Mama. Mama nak ker? Kalau nak, nanti Kakak cuba video call dia.” Kakak menyampuk.

“Ermm.. Boleh la. Bukan apa, mama rindu dengan Acik ang. Mak cuma ada korang berdua jer.” Jawab mama sambil menghirup kopi di cawan.

Kakak mengambil telefonnya lalu video call adik satu-satu miliknya.

“Assalamualaikum kak, ada apa video call pagi ni kak?”

“Waalaikumsalam Acik, takde pape. Mak ang ni tetiba rindu ngan ang. Nah, cakap ngan dia. Kakak nak angkat cucur pisang. Takut hangus” Kakak memberi telefon ke mamanya.

“Acik bila nak balik kampung? Dah dekat tiga bulan tak jenguk rumah sini. Mama dan papa rindu la.”

“Maafkan acik ma. Kalau camtu, hujung minggu ni acik balik. Kirim salam ngan papa yer mama. Papa sihat?”

“Alhamdulillah sihat. Sibuk jer membaca surat khabar.”

“Uish ang ni. Acik, mana menantu papa?” Papa bergurau.

“Ada ni haa. Sebelah acik papa. Kita tengah bersarapan. Papa, kalau camtu, minggu ni la acik balik.”

“Ermm. Kalau camtu nanti papa cari lauk kampung kesukaan ang.”

“Ok papa. Okla papa, acik pun nak bersiap untuk kerja. Jaga diri yer papa.”

****

Surat cuti tiga hari yang dihantar oleh aku dan Farid telah diterima. Hatiku gembira. Akhirnya setelah lama berada di bandar, aku dan Farid menikmati cuti di kampung sendiri. Dalam perjalanan pulang kekampung, kami menggunakan jalan yang singkat. Hanya Farid yang tahu selok belok kawasan jalan tersebut. Semasa memandu kawasan jalan yang singkat, tetiba Farid memberhentikan keretanya. Aku terkejut. Kami sama berpandangan. Kelihatan seekor ular berwarna hitam kekuningan mencanak dihadapan kereta kami. Perlahan- lahan ular tersebut merayap hingga ke kiri cermin tempatku duduk. Kami saling berpandangan. Sebelah kiri cermin kereta ku, ular tersebut mendekati cermin.

“Aishah Humairah~~” Suara seperti berbisik keluar dari mulut tersebut.

“Aishah.. AISHAHH!!” Farid memanggil sambil tangan kirinya memukul tanganku.

Lamunanku terhenti. Kulihat ruang persekitaran, ternyata masih dalam kenderaan serta Farid masih memandu.

“Ang ni kenapa? Abang panggil tak dengar ke?”

“Bukan kita tengah berhenti ke bang? Mana ular tu tadi?”

“Ular? Ular apa ni? Ang jangan memacam ek. Dari tadi abang elok jer memandu. Ang ni banyak mengelamun la.” Farid memberhentikan kenderaanya di stesen minyak kerana ingin membeli kopi untuk menyegarkan matanya yang mengantuk.

Dalam menunggu Farid membeli minuman, pintu kereta sisiku diketuk. Aku terkejut. Ku lihat, seorang makcik dalam lingkungan 70-an berpakaian baju kurung serba lusuh. Ku turunkan cermin kereta lalu ku menyoal:

“Ada apa ya nek?”

“Cucu, Adilla yang cucu cari tidak hilang. Dia cuma disorokkan di tempat dunia lain.”

“Ma.. Macam mana nenek tahu? Nenek ni siapa? Macam mana nenek tahu yang Adilla hilang?”

“Jangan takut dengan nenek cu. Niat nenek hanya ingin membantu cucu untuk menjemput Adilla balik ke dunia nyata saja. Nenek kesian dengan Adilla cu. Adilla sering menyebut nama Aishah Humairah. Dia sayang dengan cucu tapi Adilla takut sebab jalan balik ke dunia nyata telah dijaga oleh tiga budak. Seorang lelaki dan dua perempuan. Tiada siapa selamat cu. Cucu ambillah tangkal ini. Cucu genggam tangkal ini dan panggil nenek tiga kali, nenek akan datang.” Nenek memberi sebuah tangkal ke aku.

Aku menerima dan terus membelek tangkal tersebut. Sedang asyik melihat tangkal tersebut, pintu kanan keretaku dibuka. Ku lihat Farid datang membawa dua cawan kopi. Aku menyambut dan menoleh kearah kiri cerminku. Ku lihat nenek tersebut tiada lagi disebelahku. Aku keluar dari kenderaan dan melihat sekeliling namun hampa. Nenek tadi hilang begitu sahaja. Aku kembali ke tempat duduk lalu menghidup kopi tadi. Fikiranku buntu.

“Apa benda tu yang?” Farid menyoalku sambil menghidupkan kenderaan dan terus memandu.

“Tangkal bang. Tadi ada satu nenek beri tangkal ni. Dia cakap tangkal ni dapat bawa Adilla balik. Aku tak tahu macamana nak beritahu abang sebab fikiran aku pun tengah kosong lebih-lebih lagi macamana dia boleh kenal Adilla.”

“Biar betul ang, pelik bin ajaib betul ni. Takpa yang. Sayang simpan dulu tangkal tu. Nanti sampai kat kampung kita cari ustaz Firdaus. Mungkin ustaz tahu apa jawapannya”

“Eh yela kan bang. Baikla. Nanti sampai kita singgah rumah ustaz Firdaus.” Balas aku sambil mataku melihat keluar cermin. Kelihatan suasana indah sawah padi.

****

Masuk sahaja di kawasan perkarangan rumah, ku lihat dua wanita bagiku tidak asing lagi sedang menungguku di beranda rumah. Teman main masak-masak waktu kecil, ya. Merekalah Damia dan Hana. Berhentinya kenderaan, aku membuka pintu dan terus berlari kearah Damia dan Hana. Kami berpelukan melepaskan rindu disebbabkan sudah 27 tahun tidak berjumpa. Mana tidaknya, seorang sibuk belajar dan seorang sibuk berkerja. Susah untuk kami hendak berjumpa lagi pula papaku dahulu bekerja sering berpindah randah sampailah bersara baru lah papa mama memutuskan untuk tinggal di rumah kampung milik papa. Ku tinggalkan Farid sendirian yang sibuk menggalas beg pakaian untuk dibawa ke dalam rumah. Masuk sahaja ke dalam rumah, aku lihat mama, papa, kakak, dan opah menyambut kedatanganku. Kami berpelukan. Papa yang ku peluk lama sebab kami jarang betemu kerana papa bekerja dan sering berpindah. Semenjak berkahwin dengan Farid membuatkan kami lama tidak berjumpa disebabkan aku telah mengikuti Farid berpindah ke bandar sebab ditugaskan bekerja di Sarawak.

“Acik, mama ada buatkan sedikit biskut cokelat oreo. Mama tahu korang bertiga rindu biskut mama ni kan.” Mama memotong perbualan kami sambil menghidangkan biskut ke tengah meja.

“Waaa…… Terima kasih mama. Acik rindu nak makan biskut ni.” Balasku.

“Uishhhh… Ang ni, selera tak pernah berubah ek?” Damia menyampuk sambil tersenyum.

“Aa.. Eh, awak pun sama la Damia. Apapun, saya pun sama juga rindu nak makan biskut cokelat oreo yang mak ang buat.” Hana menyampuk.

Kami semua ketawa. Dalam asyik ketawa, mataku tertangkap satu tubuh seperti wanita tua bongkok sedang melihat kami dari arah kawasan semak samun. Kami saling berpandangan. Wanita tua yang memegang tongkat tersebut berlalu dari kawasan semak dan terus hilang daripada pandangan. Mataku langsung tidak berkelip sehingga Damia dan Hana menepuk bahuku barulah aku sedar.

“Ang ni dah kenapa?” Damia dan Hana serentak bertanya.

“Eh.. Sorry. Mengelamun pula aku.”

“Pasal Adilla la tu.” Farid menambah.

“Ang masih ingatkan dia ke?” Hana menyoal.

Damia hanya diam dan mendengar sahaja perbualan kami. Aku pun mengeluarkan satu tangkal dari beg dan memberi kepada Hana.

“Ini tangkal yang makcik tadi beri padaku. Aku hairan macamana dia boleh kenal Adilla. Berkenaan tangkal tu, aku nak telefon ustaz Firdaus. Mana tahu dia boleh bagi jawapan untuk tangkal ni” Jawabku.

Aku menelefon ustaz Firdaus. Agak lama kami bertelefon.

****

Lima minit berlalu, akhirnya uztas pun sampai. Mama memperlawa ustaz untuk naik ke rumah. Duduk saja ustaz di bangku. Ustaz meminta kepadaku tentang tangkal yang kujumpa. Ustaz mengenggan tangkal tersebut sambil membaca ayat yang aku sendiri tidak fahami. Dihembuskan angin dimulutnya barulah dia memberi tangkal kepadaku semula.

“Penjaga ang yang beri tangkal tu. Tapi ustaz tak tahu apa kegunaannya. Jangan risau. Tangkal tu tidak memudaratkan.” Ustaz Firdaus bersuara.

“Tapi ustaz, acik masih teringat apa yang dikatakan makcik tu tadi. Dia suruh genggam dan panggil namanya tiga kali. Lupa pula ustaz, dia juga ada beritahu hanya acik jer yang dapat bawa Adilla balik ke dunia nyata.”

“Kalau macamtu, kita cuba malam ni. Ustaz balik dulu sebab nak persiapkan diri. Nanti ustaz bawa pakcik Jai ang sekali. Kita buat sehabis baik. Dengan izin Allah, semoga malam ini lancar. Ustaz minta izin dulu ya.” Ustaz mula beredar meninggalkan kawasan rumahku. Dihidupkan motosikalnya dan berlalu pergi.

“Eh korang, apa cerita cikgu Huda? Dah sihat ke dia?” Tanyaku kepada Damia dan Hana.

“Alhamdulillah dia sihat. Cikgu Huda dah tak mengajar lagi. Dia ada bisnes jual nasi lemak. Sedap tau. Nanti ada masa kita lepak kat pondok nasi lemak cikgu Huda.” Jawab Damia.

“Kenapa tak sekarang kita jengguk dia? Aku rindu la dengan cikgu Huda. Lagipun dah lebih 27 tahun tak jumpa. Terakhir kali pun masa dia sakit.” Balasku.

“Kalau macamtu, kita pi sana la.” Hana mencelah.

Aku meminta izin daripada Farid untuk keluar bersiar sambil ke pondok cikgu Huda.

****

Tibanya waktu malam.
Tatkala bulan purnama ditemani bunyi cengkerik memecahkan keheningan malam. Usai saja solat isyak, kami berkumpul diperkarangan rumah papa. Ku lihat ustaz Firdaus, pakcik Jai, Damia, Hana, cikgu Huda, dan Tok Ketua Radi ada bersama. Beberapa penduduk kampung di desa tersebut juga mula memenuhi perkarangan rumah. Kami bersama membuat solat hajat sebelum ustaz Firdaus memulakan kerjanya. Keluarga ku hanya diam dan melihat apa ya kami buat. Ustaz serta merta meminta aku untuk mengeluarkan tangkal dan memanggil nenek tersebut. Aku mula memanggil nenek tersebut tetapi hampa, nenek tersebut tidak memunculkan diri. Aku memusingkan kepalaku dan bertanya kepada ustaz. Namun ustaz tiada disitu malah yang lain juga turut sama. Kulihat keadaan sekeliling. Semuanya sunyi dan gelap gelita.

“Aku kat mana? Dimana tempat ni? Mana yang lain?” Bisik hatiku.

“MAMA! PAPA! DAMIA! HANA!” Teriakku.

Jantungku mula berdegup kencang. Sedang aku mengamati ruang tersebut, aku merdengar seperti ada orang datang kearahku. Ya aku pasti dan lantas aku menoleh kebelakang. Nenek yang memberikan aku tangkal pagi tadi berada dihadapan aku. Pelbagai persoalan mula keluar dibenak fikiran aku. Yang lain menghilang tetapi nenek tersebut berada dihadapan aku.

“Nek, mana yang lain? Kenapa semua hilang?”

“Jangan risau cu. Cucu hanya terpisah sementara di dunia nyata. Kita kena cepat cu, kita kesuntukkan masa. Nenek tidak kuat lagi cu.”

“Jap, apa bukti saya boleh percaya akan kata nenek sekarang? Kenapa yang lain menghilang dan nenek memunculkan diri?”

“Akulah penjagamu cu. Akulah seperti yang diceritakan ustaz Firdaus.” Balas nenek tersebut.

Aku masih keliru akan keadaan sekeliling. Didalam cuba memahami keadaan sekeliling. Kelihatan satu cahaya begitu terang muncul dihadapan aku. Aku melihat ustaz Firdaus menjelma dihadapanku. Usai ustaz keluar, cahaya tadi terus hilang. Ustaz menghampiri kami.

“Aisyah, kita kena cepat. Kita tak punya banyak masa. Kita tidak boleh terlalu lama dalam ruang masa kerana roh kita berdua terpisah dari badan.” Tegas ustaz Firdaus.

“Betul cu. Mari kita mula mengambil Adilla. Kita tak boleh berlengah lagi.” Ujar nenek tersebut sambil tangannya menarik jariku.

****
Kami mula memasuki sebuah hutan. Aku tersentak. Hutan yang berada dihadapanku mirip seperti seperti didalam mimpi aku sebelum ini. Belum sempat aku untuk berbicara, nenek tersebut lalu memotong percakapanku.

“Iya, betul cu. Ia sama seperti didalam mimpi cucu. Cucu mempunyai kelebihan yang cu belum pandai guna lagi. Disitulah Adilla disorokkan cu.” Terang nenek tersebut.

“Jadi, macamana saya nak selamatkan Adilla nek? Apa yang perlu saya lakukan?” Soalku.

Ustaz Firdaus mendekatiku.

“Ustaz akan bantu Acik. Biar saya dan nenek menjaga Acik di belakang.” Kata ustaz.

Suasana hutan yang gelap dan tenang tetiba didatangi angin kencang. Bau bangkai mula menyelubungi kawasan kami. Aku terpaksa menutup hidungku menggunakan kain kerana bau bangkai yang begitu kuat. Terdengar seperti hilaian ketawa begitu halus. Ya kelihatan kelibat Pontianak berdiri melihat kami di celah pokok. Hampir saja aku pengsan namun cepatku memberanikan diri. Bukan hanya Pontianak sahaja datang menganggu, kelihatan juga pocong dan langsuir. Wajah yang begitu seram hingga tak terbayangkan. Aku mula berlari kedalam hutan. Ku tinggalkan ustaz dan nenek tadi sehingga ku terjumpa tiga budak kecil. Wajah mereka hampir hancur dan menyeringai. Ya. Aku cukup mengenali mereka. Merekalah yang menolakku hingga jatuh ke tanah semasa kecil dahulu. Aku berlari sambil menolak, namun mereka begitu kuat sekali sehinggakan aku terjatuh dan menyebabkan tangkal terkeluar dari poket seluarku. Mereka menghampiriku. Aku terketar-ketar dan hanya linangan air mata beserta laungan azan mampuku lakukan. Tidak semena-mena tangkal yang terjatuh tersebut bercahaya dan terus memancarkan kilat kearah mereka. Bunyi dentuman kilat menyambar mereka sehingga mereka hangus dan hancur menjadi debu. Aku terpana sebentar. Tangkal tersebut laluku ambil dan aku meneruskan perjalanan. Sesampainya aku di tengah hutan, aku melihat sebuah rumah begitu usang sekali. Hampir kesemuanya ditumbuhi pokok ara.

****

Tangkal yang dibawa tiba-tiba bercahaya. Mungkin itu petanda dimana Adilla berada kata hatiku. Aku terus melihat keadaan sekeliling namun sepi. Setelah mengamati rumah tersebut, kelihatan rumah tersebut seperti berpenghuni. Ada lampu pelita terpasang didalamnya. Aku mendekati rumah tersebut. Setiap sudut rumah ku lihat dengan teliti namun tiada yang mencurigakan. Aku berganjak dari situ. Setelah beberapa langkah, cahaya pada tangkal tersebut menjadi terang seterangnya. Mungkinkah Adilla berada dekat dengannya. Dalam pada waktu yang sama. Telinga aku menangkap satu bunyi. Tidak jelas tapi cukup aku mengenali empunya suara. Ya, itu suara Adilla. Aku merapatkan diri di cermin jendela. Aku melihat seseorang budak kecil duduk membelakangku serta tangannya memeluk paha dan betis kakinya. Aku melihat badannya bergetaran. Lantas aku menyapanya.

“Awak, awak okay ke? Kenapa awak duduk sesorang dalam rumah macam ni?” Tanyaku.

Budak tersebut sehinggakan aku mengetuk cermin jendela, barulah dia pusing kearahku. Bagaikan hendak pitam aku pada masa tersebut. Tidak ku sangkakan budak kecil dihadapan aku sebenarnya adalah Adilla. Badan Adilla bergetar sekali. Mungkin takut atau dia sakit. Kenapa Adilla sebegitu rupa dan tidak membesar menjadi dewasa. Pelbagai fikiran menyelubungiku namun dilupakan sebentar demi menyelamatkan Adilla. Lantas aku mencari benda untuk pecahkan cermin jendela. Setelah cermin jendela pecah, aku pantas memasuki rumah tersebut lalu mendapatkan Adilla.

“Adilla, cepat kita keluar dari sini.” Tegasku sambil membuka ikatan ditangannya.

“Ang ni siapa? Camana ang boleh tahu aku kat sini sedangkan orang luar tak dapat masuk kedalam rumah ni.” Tanya Adilla dalam keadaan lemah.

“Adilla, aku ni kawan ang. Kita kenal dari kecil. Ang ingat tak yang aku belanja ang makan di kantin sekolah masa ang takda duit dan ang makan daun dibelakang bangunan lama. Ang ingat tak masa orang tak nak kawan dengan Ang tapi aku je sanggup kawan dengan ang. Kenapa badan ang tak besar Adilla?” Tanyaku dengan penuh tanggisan.

“Jadi ang ni Aishah Humairah lah ya? Selamatkan aku Aishah, aku tak mahu dekat sini. Bawa aku pulang. Aku tak mampu berjalan berlari.”

“Sudah, kita tak punya masa untuk bercerita. Apapun, ang kena selamat dan kena keluar dari tempat ni.” Balasku kepada Adilla.

Aku mula memapah badan Adilla. Kami keluar dari cermin jendela. Beradanya diluar rumah, kami mula untuk berlari. Entah kenapa kakiku berat untuk melangkah. Aku berhenti dan ku melihat. Kelihatan ular hitam kekuningan membelit kaki kananku. Kami jatuh tersadung sehingga Adilla yang ku papah jatuh ke tanah. Adilla berlari dan kebelakangku. Aku cuba sedaya upaya menggunakan kudratku untuk menyelamatkan kami. Dalam pergelutan tersebut, mataku terlihat seorang wanita berkebaya datang kearahku. Wajahnya persis seperti puteri kayangan. Beliau kepadaku, ditariknya rambutku.

“WAHAI ANAK CUCU ADAM, KAU TIDAK LAYAK DISINI. BERANI KAU MENGAMBIL BUDAK INI. AKAN KU GANTIKAN DIA DENGAN DIRIMU. HAHAAHAHAHAHAHAHA!~~” Suara wanita tersebut memecahkan suasana malam.

“LEPASKAN DIA! PERGILAH KAU KE TEMPAT SEPATUTNYA! JANGAN GANGGU KAMI! LEPASKAN!” Teriakku namun tidak berhasil.

Wajah wanita berkebaya yang cantik tadi perlahan berubah menjadi buruk dan seburuknya. Hanya tuhan yang tahu isi hatiku. Aku lemah kerana kehabisan tenaga, aku tidak mampu melawan hantu tersebut. Dalam keadaan separa sedar, telingaku seperti orang melaungkan azan. Aku hanya mampu menggerakkan kepalaku sahaja. Ku lihat ustaz bertarung dengan ular hitam kekuningan tersebut serta nenek pergi merapati aku. Hantu wanita tadi melepaskanku dan pergi untuk m******h nenek tersebut. Hanya tinggal aku dan Adilla sahaja.

“Aishah, bangun shah. Ang jangan tinggalkan aku. Ang kena kuat. Kita mesti keluar dari sini.” Tegas Adilla.

Aku cuba mengumpul tenaga. Namun tidak berdaya sehingga ku melihat satu ular putih mendekatiku dan merasukiku. Aku kesurupan. Terasa seluruh badanku dikawal oleh ular putih tersebut. Tangkal yang ku pegang berubah menjadi keris. Aku melangkah menuju ular hitam kekuningan tersebut dan bertarung dengannya. Aku punya kemahiran bersilat. Setiap pergerakan ular hitam tersebut dapat ditepis sehinggakan kepala ular tersebut terputus oleh tikaman aku. Kini tinggallah hantu yang berlawan dengan ustaz. Hantu tersebut menyeringgai dan terbang kearahku. Tidak semena-mena tanganku menangkap leher hantu tersebut sehingga kepalanya tertusuk oleh kerisku. Hantu wanita tersebut dan terus menggelupur dan menjadi tulang. Tanah mula bergegar. Aku pergi mendapatkan Adilla. Dipapahku lalu menghampiri ustaz Firdaus dan nenek tersebut. Kami berlari ditempat pintu perantaraan dua dunia. Sesampainya di pintu tersebut, ku melihat nenek tadi berhenti memberitahu dia hanya sampai disitu sahaja.

“Cu, pergilah. Nenek tidak boleh lagi bersama cucu. Jagalah Adilla sebaik mungkin kerana dia tidak punya keluarga untuk menjaganya. Sudah tiba masanya untuk nenek pergi.” Ujar nenek tersebut.

“Baik nek. Aishah akan menjaga Adilla seperti adik sendiri.” Balas Aishah sambil memeluk Adilla.

“Terima kasih nek kerana membantu kami dalam menyelamatkan Adilla. Insyaallah nasib anak tersebut selamat bersama kami. Kami minta diri dahulu ya nek.” Ujar ustaz Firdaus.

Kami melangkah pintu perantaraan tersebut.

****

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Ku melihat Adilla dan ustaz Firdaus juga terbaring bersamaku di ruang tamu. Aku bingkas bangun dan menggerakkan mereka. Mereka terbangun dan mengeluh rasa sakit seluruh badan. Kami turun keluar rumah. Ramai jiran berada di depan rumah pada masa tersebut. Kami bertiga kehairanan. Lantas ku mencari suamiku Farid untuk bertanyakan apa yang berlaku. Farid dan yang lain terkejut melihat kami.

“Aishah! Ang pergi mana? Seminggu ang dan ustaz hilang sejak malam kita misi mencari Adilla.” Farid mendekatiku lalu memegang wajahku.

Aku dan ustaz Firdaus kehairanan mendengar apa yang disebutkan oleh Farid padahal baru malam ini berlaku. Kami cukup kehairanan. Damia dan Hana serta keluarga menghampiriku. Mereka juga berkata sedemikian.

“Acik, siapa budak ni? Mana Adilla? Korang berjaya bawa Adilla balik?” Tanya ibuku.

“Makcik, sayalah Adilla kawan Aishah.” Balas Adilla.

Semua yang mendengar berasa terkejut dan menjadi riuh dengan apa yang diceritakan Adilla sehinggalah ustaz Firdaus menyelamatkan keadaan.

“Bertenang semua, inilah kuasa tuhan. Kita tidak dapat menduga betapa besar kuasa-Nya. Ingat semuanya, waktu kita dan di dunia lain tidak sama. Ada waktu berjalan sangat lambat dan ada pula waktu jalan begitu pantas tanpa kita menduga. Segala yang akan terjadi pasti akan terjadi. Tiada apa yang mustahil jika izinnya. Kun Fa Ya Kun. Allahuakbar!” Ujar ustaz Firdaus.

Semua yang berada disana mengucapkan kesyukuran diatas kebesarannya. Selesai sahaja kami membuat solat hajat, penduduk dikampung tersebut mula beredar meninggalkan kawasan rumah tersebut. Tinggallah kami sekeluarga ustaz Firdaus, Damia, dan Hana. Mereka berdua memilih untuk bermalam di rumah mama dan ustaz Firdaus telah meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Aku, Adilla, Damia, dan Hana duduk diruang tamu sambil bertanyakan bagaimana Adilla berada di dunia lain. Adilla menceritakan bahawa dia melihat aku melambaikan tangan kearahnya di sebuah rumah, maka Adilla pun pergi kearahnya. Sesampainya disitu, Aishah tidak terjumpa tetapi dia dikejutkan oleh wajah ngeri sehinggakan dia pengsan. Bangun sahaja, dia mendapati diri telah diikat di sebuah bilik. Selepas Adilla menceritakan kisahnya, dia segera bertanyakan kepada aku, Damia, dan Hana bagaimana kehidupan kami sehingga ke dewasa. Kami bercerita hingga ke larut malam. Entah pukul berapa kami balik ke bilik tidur. Sebelum tidur, aku sempat memberikan Adilla sebuah tangkal yang diberikan nenek tersebut.

“Terimalah tangkal ini Adilla. Mungkin ia berguna buat ang nanti.” Ucapku kepada Adilla.

“Terima kasih. Ang sungguh baik hati dengan aku dari dulu sampai sekarang. Engkaulah sahabat aku Aishah.” Adilla menerima tangkal tersebut sambil memelukku.

Entah dari mana datangnya sebuah gegaran yang begitu kuat sehingga kami berdua terus berpelukan. Kerana begitu takut, aku dan Adilla menutup mata dan berteriak meminta tolong. Agak lamalah gegaran tersebut berlaku. Setelah habis gegaran tersebut, kami berdua perlahan-lahan mendengar suara riuh rendah budak sekolah tersebut berteriak. Apabila dibukakan mata, aku dan Adilla terkejut melihat tempat sekeliling kami. Kami telah berada di kantin sekolah. Kami melepaskan pelukan. Aku melihat badan diriku telah menjadi seperti budak berumur lapan tahun. Aku dan Adilla berpandangan. Masing-masing cuba mengerti keadaan sekeliling. Ku lihat Damia dan Hana juga seperti kehairanan. Kami berempat berpandangan. Semua tidak tahu apa yang terjadi. Banyak pelajar berkerumun dihadapan kami. Kami menjadi semakin pelik. Tidak lama selepas itu, datang cikgu Huda ketempat kami dan meminta kami ke pejabatnya.

****

Di pejabat cikgu Huda, beliau bertanyakan kepada kami kenapa kami berpelakuan sebegitu. Kami berempat langsung tidak menjawab. Khuatirny cikgu Huda akan marah, tetiba sahaja Adilla memberitahu bahawa mereka berteriak disebabkan belalang telah memasuki tudungnya. Usai sahaja cikgu Huda bertanyakan kepada kami masalah tadi, dia mengarahkan kami untuk balik ke kelas. Kami berempat balik ke kelas. Berada di dalam bilik kelas, tetiba pengawas memanggil nama Adilla kerana ada orang ingin berjumpanya di pejabat am. Adilla berlalu pergi ke pejabat am sementara aku masih duduk dan mengingatkan akan hal yang baru terjadi. Adakah ia mimpi atau realiti? Aku pun tidak tahu. Ku masukkan tanganku ke poket dan merasakan seperti ada sesuatu. Ku keluarkan barang tersebut. Rupanya ia tangkal yang diberikan nenek tersebut. Aku terkejut melihat apa yang terjadi sehingga Farid memanggil namaku untuk diam. Beliau juga memberitahu bahawa ini bukan realiti. Aku terus membuang tangkal tersebut. Di pejabat am, Adilla memasuki pejabat dan beliau telah melihat ibunya. Adilla berlari ke arah ibunya. Mereka berpelukan dan ibunya mengaku telah menyesal memperlakukannya sebegitu. Ibunya berjanji akan menjaganya sebaik yang mungkin dan menerima kasih sayang secukupnya. Ayah Adilla telah ditangkap polis atas akta penyalahgunaan dadah. Habis waktu kelas, kami berempat berjalan di kawasan tapak permainan yang terbiar. Kini ia telah ditutup dan bakal dibina sebuah masjid yang baru. Kami pun meninggalkan kawasan tersebut tanpa melihat lagi ke belakang. (Tamat)

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rey Gurn

8 thoughts on “Adilla: Tak Terlewati”

  1. Hi, namaku Rey Gurn, setelah membaca cerita Adilla hasil nukilan Aishah Humairah, saya berasa kagum dengan gaya penceritaan dan penulisannya. Ok, tanpa membuang masa disini saya menyambung kesinambungan cerita Adilla di dalam “Adilla: Tak Terlewati”. Semoga terhibur dan selamat membaca.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.