Akibat suka menyuluh

Assalam semua..

Kali ni lea nk share pengalaman seram waktu wild camping disebuah air sungai di perak. Kisah bukan terjadi pada lea tpi pada seorang peserta yg lea namakan man sahaja..

Campsite ni sebenarnya ada dua tempat.. satu untuk camping biasa yg ada kemudahan surau, tandas sinki plugpoint … dan satu lagi untuk wild camping dimana terpaksa masuk kedalam hutan sedikit berdekatan air terjun. Nama campsite lea rahsia kan yer untuk elakkan fitnah atau ketakutan.. hehehe… Sebab kami agak wild sikit jadi kami memilih untuk wild dan tidur dalam hammock untuk lelaki dan khemah untuk perempuan.

Man ini seorang pencamping tegar dan dia ada byk gajet untuk camping kayangan mcm powerbank yg beribu harganya, koleksi pisau dan koleksi lampu yg lumen dia tinggi dan harga beratus2. Byk juga la barang2 peralatan khemah kami menggunakan barang2nya. Bezanya man ini kurang digemari sbb bermulut celupar, sedikit sombong dan angkuh serta bercakap besar.

Kami sampai di campsite kira kira jam 4 petang, sampai saja di campsite yg lelaki mula memasang flysheet dan mencari kayu api. Hammock dan khemah dihimpun bawah 2 flysheet yg dipasang untuk tujuan keselamatan dari binatang buas dan lain lain serta untuk berteduh dari hujan dan panas.

Mulanya abang Amir ketua expedisi mempelawa man untuk memasang khemah di bwah flysheet tpi man dengan sedikit angkuh menolak dengan alasan khemahnya mahal dan waterfroof lalu dia memacak khemahnya agak jauh dri kami dan betul2 tepi sungai.

Abg Amir dan kak ros yg juga ketua expedisi malas nk bercakap byk hanya mendiamkan diri dengan telatah man dan meneruskan aktiviti. Bila khemah dan hammock siap terpasang kami mandi sungai beramai ramai. Lps itu geng perempuan ramai ramai memasak untuk makan malam dan bbq. Sebelum makan kami sama2 berjemaah maghrib.

Selepas mkn malam, kami duduk berhimpun depan unggun api dan berborak. Pepaham la dengan keadaan hutan yg serba gelap kami lebih selasa duduk berdekatan kecuali man.

Dia dengan lampu lampu lumen kuasa tingginya mula menyuluh yuluh sungai dan bahagian atas pokok2. Ada masanya dia menyuluh muka kami yg sedang duduk di bwah flysheet. Tindakan man menimbulkan rasa kurang senang org lain. Hingga la kak huda, peserta agak senior memberi amaran “ko suluhla pokok malam2 tgh hutan kang ada muka pucat mata merah jubah putih tersengih kt ko baru padan muka” amaran kak huda tpi dipandang remeh oleh man dia ketawa besar mendengarnya sebelum berkata dengan nada sombong “mana mana? Keluarla kalau berani biar aku suluh sampai buta matanya”

Malas nk melayan telatah man, selesai solat isyak bergilir2, yg lelaki memanjat hammock dan perempuan masuk dlm khemah untuk tidur cuma tinggal abg Amir dan abg khairi berjaga untuk berkawal walaupun campsite tersebut ada penjaga yg meronda dengan 4 by 4. Mereka berdua pun tak ambil kesah pasal man yg rancak menyuluh atas atas pucuk pokok. Oh ya abg amir ada kelebihan hijab terbuka dan dia boleh nampak makhluk halus.

Masing masing sudah terlena dibuai mimpi sbb letih trekking dan berjalan mengangkut barang tadi. Abg khairi berkawal dibawah flysheet sambil minum kopi manakala abg amir duduk berhampiran denai dimana man sedang menyuluh sana sini. Sedang meninjau2 dk gelap tiba tiba terdengar bunyi ranting patah seperti dipijak seseorang. Abg amir cuba menyuluh tpi dek lampu murah dia yg kuasa rendah dia hanya mampu npk kelibat lelaki berbaju tshirt dan seluar track sedang jalan terhenjut henjut menundukkan kepalanya menuju ke campsite mereka. Abg amir menyangka kan camptaker yg meronda walaupun agak pelik kenapa berjalan kaki merendah jalan yg gelap sunyi tengah hutan berseorangan tanpa 4×4. Jadi dia tak ambil pusing sgt walaupun tiba tiba bulu tengkuk dia agak meremang.

Namun tidak man, dia juga ternampak kelibat yg sama lalu dia pn apa lagi menyuluhla… Disebabkan lampu mahal kan mestilah terang mcm lampu lori. Tiba tiba lampu terpadam dan dengar man lari susup sasap masukke ke khemahnya. Abg amir dan abg khairi turut mendengar bunyi tapak kaki man tpi mereka malas nk bertanya.

Sudah hampir jam 3 pagi. Abg khairi sudah tersengguk sengguk menahan kantuk sedangkan abg amir masih steady mengopi. Tiba tiba dia terdengar sayup sayup org menangis berhampiran sungai. Makin lama makin dekat tpi dia tak nampak apa apa.. agak seram dia membaca ayat suci dan duduk berdekatan abg khairi yg sudah berdengkur.

Agak lama suasana tenang dengan bunyi cengkerik dan deruan air terjun. Tiba tiba terdengar bunyi jeritan melengking dari tepi khemah membuatkan semua terjaga dan bingkas bangun. Rupa rupa kak anis yg bangun untuk kencing dan minum terkejutkan man yg sedang mengcangkung ditepi khemah sambil menangis tersedu sedu.

Abg amir segera membawa man ke bawah flysheet dan memujuknya untuk bertenang dan minum air. Bila agak tenang, man mula bercerita sambil teresak esak menangis dan merayu untuk tidur dibawah flysheet. Abg Amir menyuruh man tidur didalam hammocknya dan terus mengawal sbb sudah hampir subuh.

Selesai solat subuh dan matahari sudah naik baru abg amir buka cerita. Rupanya lembaga yg disuluh oleh man yg jalan terjengket jengket dan jalan menunduk tidak bermuka. Hanya ada mulut yg luas sedang tersenyum mengerigai dengan gigi gigi yg tajam. Sbb tu man lari mencanak masuk khemah sbb takut tpi tak cukup dengan itu sepanjang malam man tak boleh tidur sbb lembaga tu duduk disebelahnya sambil mengerigai tunjuk gigi tajam. Dek takut yg teramat man mula menangis dan akhirnya lari duduk ditepi khemah kak anis. Man juga bercerita ketika dia bercangkung ditepi khemah dia npk lembaga tersebut tetap tersengih padanya dibawah flysheet. Bila abg amir dtg kepadanya baru lembaga tersebut terbang ke puncak pokok.

Masing2 mengucap panjang mendengarnya walaupun agak lucu. Dek kes man perancangan untuk camping 3 hari 2 mlm terbantut dan terus kami balik tghari tu juga dan dgr cerita man demam panas seminggu. Harap peristiwa ini jadi pengajaran untuk dia. Hahaha

Selesai

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 50 Average: 4.8]

2 thoughts on “Akibat suka menyuluh”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.