Anak Pocong Ke?

Salam admin. Thanks kalau citer aku ni approve. Nama aku H. Kisah yang aku nak citer ni pasal rumah sewa dan adik aku. Citer ni tak panjang pun, harap admin approve lah ye.

Ok, citer dia macam ni. Aku tinggal kat satu rumah flat ni dekat PJ. Nak dijadikan citer, adik aku ni baru jugak lah masuk rumah sewa aku ni. Satu hari tu aku perasan adik aku ni lepas balik keje petang tu, terus dia tidur. Penat sangat lah kot, yelah dia pukul 6 pagi dah bangun pergi keje kan. So aku pon lepas balik keje, guling2 atas katil then terlelap. Aku tersedar kira-kira pkul 12 malam jugak lah sebab dengar ketang ketung kat dapur. Tapi aku dengan berat mata tambahan malas teruk, aku pon sambung tido lagi.

Aku terjaga balik dalam pukul 2-3 pagi entah time tu, mata pulak memang dah segar. So aku kluar bilik nak mandi. Aku perasan adik aku masa tu tengah dok main phone mesej boyfriend dia ker apa aku xtau lah. Aku x tegur pon, terus pergi bilik air. Ha lupa nak cakap, adik aku ni dia tidur dekat ruang tamu depan bilik aku sebab dia x suka tido dalam bilik dia, panas katanya. So lantak dia ah kan. Lepas aku mandi apa semua, aku masuk la bilik balik. Then macam biasa lah dok main phone la dah x boleh tidur kan. Ha bilik aku ni, aku share dengan lagi sorang kawan. Makanya atas katil tu ngam2 jelah untuk 2 orang.

Ha nak dijadikan cerita, lepas aku mandi tu tak smpai 20 minit, adik aku tetiba tolak pintu bilik, dengan bawak bantal selimut apa semua, meh berimpit atas katil.A ku tanya dia, “hang dah pasaipa mai dok berimpit”?. Dia kata xdak pa, saja. Aku pon xpa la ,biar je la. So keesokannya, aku balik kerja tengok adik aku diam x banyak cakap. Time aku balik tu dia tengah dok masak. Xpela, aku jalan pergi nak masuk bilik. Tiba2 adik aku ni datang kat aku, menangis2 di citer pasalnya semalam nampak pocong dekat ruang tamu rumah aku tu. Memang dia kata nampak jelas kot. Pocong tu macam terapung2 dekat sebelah tv. Size pocong tu pulak adik aku cakap, besar maacm budak umo 5-6 tahun.

Aku nak sedapkan hati adik aku la. Aku cakap la maybe dia mimpi ker apa ker kan. Dia kata memang dia x tido lagi. Sebab nye dia perasan aku keluar bilik pergi bilik air. Tapi yang aku pelik nye, adik aku cakap ,lepas aku mandi tu, aku ada tegur dia cakap nak tido sebelah dia. Dia pun cakap la kat ‘aku’, “mai la tdoq sini”. Lepas je adik aku bagi keizinan dekat ‘aku’ nak tido sebelah dia, adik aku rasa aku peluk dia dari belakang kuat gila sampia dia xleh nafas. And dalam masa yang sama dia tengok dekat hujung kaki dia, dekat sebelah tv tu, dia namapk pocong tula. Dia dah takut time tu, dia baca la quran apa2 yang patut. Dah boleh bergerak, tu yang lari masuk dalam bilik aku tu. Pastu tengok aku pulak kat dalam bilik.

Nak kata adik aku salah nampak benda tu, maacm mustahil. Sebabnya, korang boleh bayangkan tak rumah flat ni kecik je, kitorang pulak memang jenis tido, lampu dapur buka. So lampu dapur tu boleh terang smpai dekat ruang tamu depan. So sejak tu dalam 2-3 bulan jugak la adik aku tido dalam bilik aku dengan kawan aku ni. Huhu. Sejak tu jugak, aku kalau bangun tengah malam nak pergi toilet pun kejut kawan aku. Hahah. Nasib baik adik aku yang nampak, kalau aku yang nampak, xtau la apa jadi kat aku. Hihi.

Tu je citer dia, sorry ahh kalau x seram. Kalau dapat sambutan nanti aku citer lak kejadian lain nye. Ok salam uols.

7 comments

  1. fikir positif kot, perempuan tengah cuti..

    cuma banyak cerita dalam FS ni, tambah2 yg belajar,konon jenis burung hantu,lepas tu susah bangun pagi…memang subuh ke laut la nampaknya.

    dah jadi perkara biasa tinggal solat..hurmmm.patut la hantu senang hinggap kacau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *