Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

Atok ke tu?

Assalamualaikum semua. Aku adalah author yang sama menulis kisah seram tentang ‘Pocong Menyiggah’. Tapi kalini aku nak story tentang kejadian lepas arwah atok belah mak aku meninggal. Story yang ni pendek je aku rasa tapi seram jugak. Jom sambung.

Hari yang takkan pernah aku lupa iaitu hari Khamis tahun 2023 dimana arwah atok aku menghembuskan nafas terakhir dalam pelukan aku tepat pada tarikh lahir aku pada pukul 3 pagi. Sampai sekarang kalau aku sambut birthday mesti teringatkan arwah atok, begitu juga keluarga aku yang lain.

Pada waktu ni aku berumur 17 tahun. Seorang remaja yang akan menduduki SPM. Eh susah la nak story guna ayat formal ni. Guna ayat biasa je la eh HAHAHA. So time ni aku tingkatan 5 masa arwah atok aku meninggal. 2 hari aku tak datang sekolah sebab esoknya pulak hari jumaat kat rumah nenek aku buat kenduri tahlil (kalau tak silap aku la). 1 kampung datang kenduri tu sebab semua memang kenal atok aku.

Sampaikan kampung sebelah pun ramai yang kenal. Yang ni pun ada kisah dia kenapa 1 kampung boleh kenal arwah atok sampaikan MASTIKA pun sanggup datang nak interview atok. Tahun bila tak ingat sebab aku pun belum lahir lagi masa ni, Ni pun aku tau sebab mak aku cerita balik kat aku.

Okay sambung. Kenduri bersurai dalam pukul 10.30 tetamu yang datang pun dah ramai yang balik. Tepat pukul 11 malam aku, sepupu dan pakcik aku semua kemas apa yang patut. Yang wanita mengemas dalam rumah manakala lelaki pulak kemas apa yang patut di luar. Tepat pukul 12 tengah malam Alhamdulillah semua dah habis mengemas so kami semua duduk di depan rumah melepak. Yela kan bukan selalu sedara mara dapat berkumpul ramai-ramai macam ni.

Lepastu pakcik aku yang sorang ni suruh aku pegi kedai beli ais dengan rokok dia. Aku pun pergi je la naik motor. Sepanjang perjalanan aku nak ke kedai tu terasa sunyi sangat. Jalan yang aku kene lalu ni ada selekoh tajam tau. Lepas je dari selekoh tu ada pokok nangka. Pokok nangka tu betul-betul depan rumah arwah ustaz aku. Masa tu aku bukak high beam, lepas je dari selekoh tajam tu lampu moto aku tersuluh la dekat batang pokok nangka tu.

Pastu dari jauh ni aku nampak kat pokok nangka tu macam ada benda warna putih. Aku ingatkan orang la kan sebab nampak kecik pendek dari jauh. Bila dah dekat ngan pokok nangka tu fuhhhhh, aku hampir excident ye sebab terkejut sangat. Warna putih yang aku nampak dari jauh tu rupenye pocong. Besar and tinggi gila weyh, kain dia putih bersih. Muka tak nampak.

Bila aku lalu je depan pokok tu pocong tu terus terbang and hilang atas pokok. Tula puncanya aku hampir excident. Aku terus pecut weyh. Dalam otak aku dah fikir macam-macam mungkin pocong tu terbang sebab nak naik moto aku ke apa. Sampai kedai aku terus beli apa yang patut sampai abang cashier tu tegur aku kenapa aku menggigil teruk. Aku diam tak cakap pape. Otak aku nak balik cepat je. Bayangkan balik kene lalu jalan yang sama depan pokok nangka tu. Menggelupor weyh aku.

Sampai je rumah nenek aku tak turunkan tongkat motor aku terus jatuhkan je pastu aku terus masuk rumah basuh kaki muka semua. Pakcik aku dh bising sebab aku jatuhkan motor gitu je. Dia gi kat aku pastu dia terkejut sebab tngok muka aku pucat lesi and badan aku menggigil teruk. Dia tanya kenapa aku dengan gagap jawab “pocong”. Pakcik aku pun diam and panggil ayah aku.

Pastu ayah aku baca-baca sikit dia sapu kat muka aku pastu dia suruh aku minum air yang dah dibaca surah la kot. Aku pun minum and rasa lega sikit. Pastu ayah aku suruh mandi terus. Makcik dengan cousin aku semua takut lepas pakcik aku bagitau diorang kenapa muka aku pucat teruk. Alhamdulillah aku tidur takde gangguan. Besoknya aku terus cerita kat diorang semua apa and kat mana aku nampak pocong tu. Pastu sepupu aku kata “mungkin atok tu”.

Habis.

Terima kasih kepada yang membaca. Maaf jikalau ade yang kurang dari segi penulisan dan penyampaian.

Yoyol
Cerita Berkaitan
Ada kisah sendiri?

Kongsi pengalaman seram anda.

Hantar Kisah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak cerita baru kami hantar terus ke Telegram anda? Jom Join 👻 Join Telegram