Bilik C

Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca FS. Okeyy, ni first time aku kongsi cerita seram yang tak berapa nak seram sangat sebenarnya. Before aku start cerita aku nk ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi publishkan cerita aku ni. So, jom kita start.


Aku melanjutkan pelajaran aku di sebuah kolej swasta, maklumlahh tak dapat tawaran sambung mna2 U awam (aku budak budak pandai pun). Kolej swasta ni terletak betul2 ditengah2 bandar Melaka (kau jagan ingat Bandar pun tak ada hantu). So, hostel ni dekat je dengan kolej aku, ada 4 block and hostel tu yang duduk hanya perempuan je no lelaki (but skrg dah ada students lelaki duduk situ).

Level rumah aku level 11 rumah no berpa and block yang mana biarlah rahsia yee. Rumah aku tu ada 5 bilik, so satu bilik utk dua orang, ada 3 toilet 2 dekat dalam 1 dekat luar and ada 2 bilik mandi. So, tadikan ada 5 bilik and bilik2 ni dilabel dari A sampai E (sebab ada 5 bilik). Bilik aku bilik C kira nya bilik belakang lah depan bilik aku bilik D, betul2 mengadap depan2. Orang ada cakap klau bilik depan2 ni salah satu pintu kena bukak sebab nanti benda tu buat main pintu (aku tk tahu betul ke tak).

Bilik A- senior
Bilik B- Ira (dia sorg je)
Bilik C – Aku dgn ekin
Blik D – Tieya dgn wina
Bilik E – Mila dgn nora

Rumah ni, masa aku awal2 masuk dah ada 2 orang senior duduk sebenarnya. Senior ni dieorg sama kos. Masa aku and kwn2 masuk dieorg tengah cuti belum naik lagi, tpi barang2 dieorg ada (kolej aku ni memg boleh tinggal barang sebab kiteorg cuti sem kejap je).
Masa awal, masuk biasalah semua benda okey je tak ada apa pun pelik, orang cakap awal lagi nak kacau. Then bila kelas dah start, aku ni dapat lah masuk kelas lain dengan nora and wina (even bdk2 dkt rumah tu semua kos sama). Sebab 3 orang je kelas lain, aku selalu lahh tengahari balik naik rumah sebab nak solat semua (aku tak rapat sngt dgn dieorg). Pdhal aku tiap2 hari balik rumah tengahari tau. Actually, selalu lepas aku balik akan ada member kelas lain balik atau nora dgn wina ni yang balik ( dieorg selalu naik lewat).

Tapi hari tu, memg tk ada siapa balik sebab dieorg dh bgtau dkt group rumah yg dieorg tk balik stay dekat kolej je. So, disebabkan tak ada orang maka aku pun masuk bilik kunci pintu semua. Then aku makan, solat semua lepas tu siap2 nak pegi kelas baliklah kann. Tengah2 solat tu aku dengar pintu bilik depan aku (bilik D) terbukak tau tapi aku tk dengar bunyi tapak kasut orang (tapi masa tu, aku fikir ohh member bilik depan balik lah tu).

Lepas aku siap then bukak pintu nak pakai kasut aku perasaan pintu bilik depan terbukak luas je tpi tingkap tutup rapat bekunci lagi. Tengah2 pakai kasut baru aku teringat satu benda kalau wina balik dia mesti balik dgn nora and dieorg kalau balik dieorg akan jerit2 panggil aku (sebab memg aku je yg rajin balik rumah) and ketuk pintu bilik aku (ni tabiat dieorg). Tapi hari ni aku tak dengar apa2 and aku cuma dengar satu pintu je yg terbukak.

Time2 nak berjalan ke pintu utama tu aku baru teringat yang dieorg ada ckp tk balik rumah tau, then aku tertanya tanya siapa yang bukak pintu bilik D tu ? Aku cepat2 keluar rumah lari pegi lift terus lari pegi kolej. Nasib aku baik, sebab aku naik je level tu, aku jumpa member serumah sebilik aku. Lepas tu, aku terus tanya semua member rumah terutama member bilik D tu.

“Korang2, tadi korang ada balik rumah tak?”

“Tak lahh, taka da pun kiteorg semua lepak dekat café sama2. Asal ?” jawab semua member.

Aku tnya wina dgn tieya “Korang tadi keluar rumah kunci bilik korang tak ?”

Tieya jawab “Kunci lah, sebab aku tinggal laptop dekat bilik” (tieya jwb sbb dia kelas lewat dari wina).

Then aku jwb “kenapa pintu bilik korang terbukak luas tadi ? Then, siapa yang bukak pintu bilik korang?”

Semua terus terdiam, sebab masing2 terperanjat. Lepas hbis kelas petang. Kiteorg semua balik serentak lepas kes aku kena kacau. Then, kiteorg buat mcm biasa, malam tu siap masak2 (pukul 10 baru nak masak, sebab tiba2 bdk2 ni lapar). Then kwn sebilik aku ni lepas siap makan dia boleh pegi buang sampah malam2 tu jugak masa tu pukul 1 pagi dah. So, lepas tu kiteorg pun masuk tido (ohh, bilik aku time ni kongsi 4 org, sbb wina selalu tk ada dkt rumah and mila pun selalu dkt bilik aku sebab nora selalu keluar malam, jagan tanya urusan apa dieorg buat and katil tieya angkut masuk bilik aku so ada 3 katil kongsi 4 org).

Then time tu aku dah mamai2 tpi aku mcm rasa ada benda besar hitam tengah diri dekat sebelah aku even ruang tu kecik gila. Lepas tu ekin cakap dengan aku.

“Reen, dada aku sakit tak boleh nafas” cakap sambil nafas tersekat sekat.

Lepas dia cakap mcm tu, aku terus baca ayat kursi hembus setiap penjuru, masa aku baca tu aku Nampak benda hitam berbulu tengah bediri sebelah katil tieya betul2 depan gerobok baju aku.Lepas aku Nampak tu, aku terus suruh ekin baca jugak. Mila dengan tieya dh sedap tido time ni. Maka, aku yang tk boleh tido sebab benda tu still dkt situ.

Mula2, aku ingat dah hbis sampai situ je, satu hari tu aku lepak2 bilik senior tanya lahh dieorg penah kena kacau ke tak. Dieorg cakap yg dieorg selalu kena. Pintu bilik dieorg terbukak sendiri lahh even dh kunci, benda tu tolak tarik pintu buat main, dieorg ckp nasib baik tk main cak2 ba je.

Benda ni kacau sikit2 je, ada satu hari tu aku nk guna toilet tau. Kan aku caka ada dua toilet, kiteorg selalu guna toilet sebelah kanan, kiri tak guna sebab taka da toler tau (org jawa tahu) susah lahh tk ada toler sebab tandas duduk. So, time tu toilet kanan tu ada senior aku guna and toilet kiri time tu tetutup rapat siap siap tk boleh nk tolak (berkunci dari dalam). Aku pun pelik siapa guna sbb bdk2 ni semua dlm bilik study nk exam. Then, aku pun tunggu depan tu sampai senior aku siap.

Aku pun masuk toilet kanan lepas senior aku siap, bila ku dh siap then nk flash aku pun dengar toilet sebelah flash. Bila aku keluar, pelik sebab tk ada bekas selipar basah tauu. Lantai pun kering ya amat. Fikir logic yee, toilet tu taka da toler and just ada gayung so mesti org tu nk bersihkan diri pakai gayung and ada basah2 dekat lantai, tpi ni tak ada langsung. Then, aku terus jalan masuk bilik.

Part last dia kacau aku, masa tu aku tengah gosok baju dekat ruang depan rumah depan bilik senior and masa tu senior tak ada (masa ni malam) and bilik berkunci rapat tau. Tengah2 aku gosok baju sorang2 tu, tiba2 pintu bilik dia terbukak slow2 sampai half mcm tu. Aku yg tengah khyusuk tu pun terus terhenti , tiba2 segala bulu naik. Terus aku cepat2 lari masuk balik panggil kwn2 aku. Bila pegi balik pintu bilik tu tertutup rapat, bila pulas tu tk boleh bukak sebab berkunci dari dalam. Masing2 terus mtk berteman.

And malam tu jugak time aku nk tido tiba2 ada kain putih dok helok terbang sebelah tingkap bilik aku tu (kiteorg memg tido tak tutp tingkap sebb panas lgypun duduk tingkat tinggi, so angina masuk). Dari aku elok2 nk tido, terus tk boleh tido dalam hati dh sumpah seranah sebab besok aku dah lahh last paper lepas tu tak boleh tido, benda yg aku baca pun dah terbang melayang ikut kain putih tu terbang.

Okeyy, setakat ni je cerita aku. Cerita aku tk berapa seram tpi time aku kena tu memg seram lahh sebab yang kena dekat rumah tu aku sorang je, maklumlah dia tahu yang aku boleh nampak benda2 ni.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

naaz

21 comments

  1. Meleret..typo..

    -kadang2 cerita secara detail tu bagus bg pembaca mudah faham..tp bile da meleret2 ni aku x kuat utk membaca..aku baca cara scan je td..sekali imbas..maafkan aku..sape yg kuat semangat blh teruskan membaca..erm..😌

  2. kolej & hostel kat hang tuah mall tu ke?
    hostel tu gambarannya macam hostel apartment yang area sebelah hotel mewah tu je. kan? kan? hehehe

  3. X kisah la cerita meleret ke, typo ke, suam² kuku ke… hakak bedal je dik.. asalkn kisah benar.. hahah
    Btw, toler tu maksud dia getah paip… yg org dulu² buat sebat ank² yg nakal… hahaha.. kelakar la ko dik guna perkataan tu… 😂😂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *