Budak India

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca FS. Terima kasih kepada admin FS sebab sudi siarkan coretan kedua aku ni. Aku, Asyi. Masih ingat kisah ‘Isya’? Alah.. kawan aku yang boleh nampak ‘benda’ tu. Kalau korang ada baca pasal Isya ni, korang akan tahu siapa ‘budak india’ yang aku akan ceritakan kali ni.

Peristiwa kali ni jadi waktu aku Tingkatan 2. Tahun ni, aku terasing dengan kawan-kawan yang lain. Aku duduk dorm D dengan kak-kak senior Tingkatan 4. Dapat bayang dak betapa janggalnya aku sorang-sorang Tingkatan 2 duduk sebilik dengan semua kak Tingkatan 4?

Tahun ni, ada peraturan baru dekat asrama. Pukul 11:30, light off! Tak boleh ada dorm yang lampu terbukak. Balik ja dari prep, terus supper lepastu ada setengah jam untuk solat, dan buat apa yang patut sebelum tidur. Waktu ni memang kak senior Tingkatan 5 dah pesan jangan ada yang basuh baju. Masuk tandas cukup untuk buang air kecil dan air besar. Sebab waktu macam ni ‘benda’ tu seronok duk lepak. Tempat basuh baju tu memang sekali dengan tandas.

Tapi, Kak Ana(penghuni dorm aku) ni degil. Bak kata orang Kedah, ketegaq! Dia basuh jugak baju malam tu. Aku rasa, ‘benda’ ni tertarik la kut dekat dia. Malam tu, aku tidur awal. Tengah lena tidur sebab esok nak sekolah, tetiba Kak Sya gerak aku. Waktu aku bangun, aku nampak penghuni-penghuni dorm yang lain tengah pegang Kak Ana yang tengah meronta. Well, histeria kan? Macam biasa la, jerit-jerit sambil meronta. Ni kali pertama aku nampak orang histeria depan mata. Tipu la kalau kata tak takut, kan? Tapi aku kuatkan jugak semangat aku yang tak berapa nak kuat ni. Warden datang lepastu bukak surah yassin guna fon dia. Lama-lama sikit, Kak Ana mula ok.

Bila Kak Ana dah betul-betuk ok, baru kami tidur. Aku tak boleh nak lelap mata balik. Elok-elok aku bukak mata, aku nampak Kak Ana bangun duduk atas katil dia yang selang 2 katil daripada aku. Dia bangun duduk tu, cuba teka dia buat apa? Dia usya tajam kat katil aku. Katil aku paling hujung dan rapat ke dinding. Aku tutup balik mata, terus tarik selimut tutup seluruh badan. Dalam hati, segala surah yang muncul dalam kepala aku baca. Untuk pengetahuan korang, ni kes pertama histeria dekat asrama tahun tu. Awal tahun, tau? Kalau tidak sebelum ni, ‘dia’ akan datang kacau waktu dekat nak peperiksaan penting macam percubaan PT3. Tapi tak tau la kenapa dia kacau awal tahun. Ubah angin kut.

Dalam minggu yang sama, Kak Ana kena lagi. Sebabnya masih sama. Dia basuh baju lepas habis supper. Ketegaq sungguh, kan? Mula-mula dia kena haritu, hari Ahad. Kali ni, dia kena hari Rabu. Esok tu, ada sukan balapan dan padang. Aku dengan Kak Ati ada perbarisan rumah sukan dan unit uniform, memang tak cukup rehat!

Kali ni, Kak Ana tak terus menjerit. Tapi, dia terketar-ketar. Walaupun tutup mata, dia masih nampak ‘benda’ tu. Oh, lupa nak bagitau. Lepas Kak Ana kena histeria haritu, setiap dorm diwajibkan baca Yassin dan Al-Mulk sebelum tidur sebagai pendinding diri. Malam tu, mungkin sebab Kak Ana tak boleh baca atau senang cakap, ‘cuti’. Jadi, ‘dia’ kacau. Kami semua buat bulatan keliling dia. Dia kata, dia nampak ‘budak perempuan india’. Mata dia tertutup, tapi masih nampak budak tu bergerak terbang ke mana! Jari dia bergerak tunjuk ke mana budak tu pergi.

‘Dia’ lalu belakang aku jugak! Memang waktu tu aku tunduk rapat, mulut terkumat-kamit baca ayat kursi. Gila tak takut? Nasib jari Kak Ana bergerak melepasi aku. Mahunya ‘dia’ berhenti belakang aku? Entah-entah terkencing terus dalam seluar. Akhirnya, jari Kak Ana berhenti. Kak Ana kata, ‘budak’ tu ada dekat katil Kak Sya. Kami semua pandang katil Kak Sya. Kak Sya ni ada bawak teddy bear ke asrama. Okey, Kak Sya langgar peraturan asrama. Hahaa… Asrama kami memang tak dibenarkan bawak teddy bear atau loceng. Keychain yang ada loceng pun tak boleh. Kalau nak bawak jugak keychain tu, kena buang loceng dia. Sebab? Aku pun tak tahu. Kalau ada yang tahu, boleh komen dekat bawah.

Balik ke Kak Ana, dia kata ‘budak’ tu ada dekat teddy bear tu. Terus Kak Ani suruh Kak Sya bawak masuk teddy bear tu dalam locker. Terketar-ketar Kak Sya capai teddy bear tu dari jauh. Memang dia tak jejak langsung atas katil dia. Lepastu, kami semua abaikan ‘budak’ tu. Kami suruh Kak Ana kuatkan semangat. Jangan bagi ‘budak’ tu masuk dalam badan dia.

Tiba-tiba, kami dengar bunyi air keluar dari shower dekat dalam bilik air. Macam ada orang tengah mandi. Terus kami tengok dekat atas dinding sebab atas tu ada jaring besi yang boleh buat kami nampak lampu dalam bilik air tu menyala ataupun tak. Dorm kami (dorm D) dengan dorm C ni bersebelahan. Tengah-tengah bilik kami ada tandas. Kiranya dorm kami kongsi satu tandas la. Kami tengok lampu menyala atau tak sebab ya lahh… mana tahu kalau ada penghuni dorm sebelah yang mandi malam. Macam tak logik, kan? Sapa ja yang nak mandi tengah-tengah malam? Waktu tu dah pukul 12 lebih. Kami husnuzon ja laa… Tapi, memang sah la lampu tertutup! Tiba-tiba, Kak Ana bukak mulut.

“ ‘Kawan’ aku tengah mandi dalam tu.” Jawabnya ringkas.

Satu dorm diam. Tak lama lepastu, bunyi tu berhenti. Lepastu, Kak Ani sembang la dengan Kak Ana. Kak Ana waktu ni masih tutup mata.

“Ana, apa yang hang nampak lagi?”
“Aku nampak budak India. Perempuan.” (Waktu ni, aku teringat dekat ‘budak india’ yang peluk belakang Ami dalam kisah Isya yang aku ceritakan sebelum ni.)
“Satgi kalau dah tak nampak, hang bagitau tau? Kami nak tidoq jugak. Esok dah la ada balapan dan padang.”
“Ok.”
“Weyh, Ana. Cuba bagitau hang tidoq sebelah sapa dalam bilik tiap-tiap malam.”
“Sebelah Ima (katil Kak Ima paling hujung, dekat dengan pintu tandas). Lepas Ima, katil aku. Sebelah aku, ada kawan aku.” Jawab Kak Ana.
“Kawan hang? Hang tidoq sebelah Wani, kan? Kenapa tak habaq terus ja nama. Bukan kami tak kenai Wani.” Balas Kak Ani.
“Dak, bukan. Bukan Wani. Sebelah aku, kawan aku, lepastu baru Wani. Lepas Wani, hang (Kak Ani). Sebelah hang, Asyi (ya, aku la ni. Hehee). Depan Asyi, Sya.. (dan bla,bla,bla)”

Waktu ni, memang kami tak fokus dah apa Kak Ana cakap. Terngia-ngia ayat ‘Sebelah aku, kawan aku, lepastu baru Wani.’ Siapa ‘kawan’ tu? Sebab katil sebelah Kak Ana, katil Kak Wani. Waktu nak tidur, memang kami rapatkan semua katil. Maksudnya, tengah-tengah di antara Kak Ana dengan Kak Wani, ada ‘benda’. Tiap-tiap malam!

Tiba-tiba, Kak Ana diam. Dada dia nampak berombak. Kami dah rasa lain macam. Kak Ani memang bagi nasihat dekat Kak Ana suruh lawan. Jangan bagi ‘dia’ masuk. Perlahan-lahan, dada Kak Ana terangkat. Macam ada orang pegang belakang dia, lepastu angkat. Elok ja belakang dia sentuh tilam balik, terus dia menjerit. Kak Awa dengan Kak Nis terus terabur lari pergi dorm sebelah melalui tandas nak panggil kak senior. Kan ada pintu yang hubungkan kedua-dua dorm kami dengan tandas? Kak Ana dah diam. Tapi mata dia terbuntang. Mencerlung garang. Tiba-tiba, dengar bunyi baldi jatuh dengan suara orang jerit dari dalam tandas.

Terus Kak Ima jenguk dekat pintu tandas. Acah berani katanya. Tiba-tiba dia gelak. Kami yang duduk dalam bilik terkejut. Haa.. sudah! Takkan sorang lagi ‘kena’? Rupa-rupanya, Kak Awa terjatuh. Lantai tandas licin, bila dia jatuh, dia tertendang baldi. Habis berterabur barang dalam baldi tu. Nasib ada penghuni dorm C yang terjaga daripada tidur, tolong baca yassin dekat bilik kami.

Tak cukup dengan tu, aku dengan Kak Yat lari keluar dorm, pergi panggil ketua Aspuri dekat dorm A. Salah sorang penghuni dorm A, turun pulak pergi panggil warden. Memang kecoh tingkat dua waktu tu. Bila keadaan Kak Ana dah mula terkawal, kami pun mula tenang. Aku berundur kebelakang sikit. Nak bagi ruang untuk kak senior Tingkatan 5 urus. Aku duduk dengan sorang kak senior Tingkatan 5 ni, nama dia Kak Wafa. Dekat dengan kami, ada sorang penghuni dorm C. Dia ni, boleh nampak ‘benda’ jugak. Dia usya keliling dorm. Tiba-tiba, dia panggil kami dua.

“Tu, dekat tepi locker tu ada ‘sekoq’.”

Dia bagitau dekat aku dengan Kak Wafa. Kami saling berpandangan. Kak Wafa pesan dekat dia, jangan tegur. Biar ja. Akhir sekali, semuanya baik balik. Minggu depan tu, terus aku tukar dorm. Balik dekat rumah, aku merayu-rayu dekat mama dengan abah aku yang aku tak mau duduk asrama dah. Sampai menangis-nangis aku merayu. Maklumlah, aku kan lemah semangat. Pengetua pulak, dengan baik hatinya bagi aku berulang sebulan. Dan malangnya, lepas sebulan, aku tak balik dah dekat asrama tu. Aku keluar asrama tanpa notis, tau. Haha. Tambah-tambah pulak bila aku tau yang Kak Ana pun pindah masuk dorm yang aku baru pindah masuk tu. Dengar kata, dia pindah dorm sebab lepas aku keluar asrama untuk sebulan tu, dia ‘kena’ lagi sekali. Memang aku tak masuk dah asrama sampai sekarang! Kak Ana? Tahun seterusnya tu, dia pindah ke KL.

Oh, teringat pasal ‘budak india’, anak jiran aku ni lelaki. Dia duduk asrama minggu tu sebab ada kem untuk pelajar SPM. Minggu tu, cuti seminggu. Jadi, asrama penuh dengan Tingkatan 5 ja. Dia cerita dekat mak dia, ada la satu petang tu, dekat nak maghrib. Dia nampak sorang budak perempuan india tengah lari-lari dekat padang. Aspura berdepan dengan padang sekolah. Dia pulak duduk dekat dorm Tingkat 3. Memang jelas-jelas nampak budak tu. Tapi dia buat tak heran sebab dia tau tu bukan manusia. Cuba habaq mai, cikgu mana nak biar anak dia lari-lari dekat padang waktu maghrib? Lagi satu, sekolah kami mana ada cikgu berbangsa India.

Dengar kata, dekat ladang kelapa sawit belakang Aspuri tu dulunya ada kuil Hindu. Tapi, ditinggalkan dah sejak-sejak sekolah kami dibina. Bila dicongak atau dikira-kira balik, dah berdekad sekolah kami dibina. Memang lama. Dulu juga, asrama memang ada pendinding. Tapi syaratnya, jangan ada penganut agama lain selain agama Islam menghuni asrama. Mungkin ada pengetua baharu yang tak tahu, jadi dia benarkan seorang pelajar beragama Hindu tinggal di asrama sebab pelajar tu buta. Mungkin sebab tu pendinding pecah. Sekolah kami ada kelas inklusif untuk pelajar yang ada masalah penglihatan. Satu lagi syaratnya, rambut penghuni Aspuri (perempuan) tak boleh nampak dekat penghuni Aspura (lelaki), kalau tidak pendinding akan pecah. Katanya, sehelai rambut nampak, pendinding retak. Bila dah makin banyak retak, mestilah pecah, kan? Sejauh soal pendinding ni, aku tak pasti betul atau tak. Wallahualam.

Satu lagi, Isya. Malam yang Kak Ana kena ganggu kali kedua tu, dia nampak jugak ‘benda’ dalam dorm dia (dorm H). Tapi bukan ‘budak india’ tu. Dia nampak, ‘benda’ tu tinggi dia hampir mencecah siling, kurus kering. Hantu galah ke? Ada ka hantu galah? Aku tak tahu sangat apa yang Isya nampak. Aku dengar pun dari mulut kawan yang lain sebab tahun tu kami bergaduh teruk. Terus putus kawan sampai sekarang. Bukan aku tak cuba betulkan balik, tapi dah minta maaf dan dia pun dah maafkan pun, masih tetap dingin. Terselisih pun, dia buat-buat tak nampak. Dah macam orang asing dah.

Sampai sini dululah aku membebel. Maaf andai cerita aku bosan, berbelit, panjang sangat, tak seram atau lain-lain kekurangan. Ada masa, aku cerita pasal mama aku pulak. Mama aku selalu kena ganggu. ‘Benda’ tu duk menumpang dalam badan laa, terkena badi mayat laa, macam-macam! Yang ni mungkin makan masa sikit sebab nak kena rujuk dekat mama dulu. Lagipun, hari Khamis minggu ni, dah peperiksaan akhir tahun. Aku baru Tingkatan 4, okey?! Tahun depan nak SPM dah. Jadi, terpaksa tinggal segala hiburan. Huhuu.. Nak kena bercinta dengan buku. Doakan aku berjaya untuk minggu depan dan tahun depan. Sekian. Assalamualaikum.

Asyi

Asyi
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

30 comments

  1. Part ni: “Asrama kami memang tak dibenarkan bawak teddy bear atau loceng. Keychain yang ada loceng pun tak boleh. Kalau nak bawak jugak keychain tu, kena buang loceng dia. Sebab? Aku pun tak tahu. Kalau ada yang tahu, boleh komen dekat bawah.”

    Sebolehnya jgn bawa teddy bear besar masuk dorm la. sbb memang pernah berlaku di asrama sekolah adik saya dulu. Teddy bear boleh dimasuki roh jahat tu. kadang2 teddy bear tu siap boleh beralih tempat juga. Mereka pun dgr bunyi loceng dan rantai basikal diseret sepanjang koridor. sbb tu, byk asrama tak galakkan student bawa teddy bear.

  2. Act even duk asrama mmg dilarang bwk benda yg berloceng or patung..even patung tu kecik sekali pon..sebb klu loceng tanda panggil syaiton majoriti org kte gitu la .. klu patung malaikat tak ada sekeliling kite atau malaikat tak masuk..klu nk bawak masuk asrama jugak kene cacatkn salah satu anggota badan dia..biar nmpk cacat..tu okeh dah sebb klu x cacatkn dia, secara x sengaja bile hang pegang dia dengn keadaan dia yg perfect tanpa dicacatkan, dia akan bergerak dengn sendiri..atau bak kata orang ada syaiton dlm tu nk kacau hang.. AHAHAHA! sekian

    1. Nak kacau?! Nauzubillah… Terima kasih sebab bagitau. Kalau bukan sebab komen-komen dekat sini, memang sampai sekarang la saya tak tau.. HAHAA..

  3. Betul tu.. Ank patung kalau dicacatkan tak la makhluk halus masuk.. Loceng pulak memanggil jin setan dtg.. Time period jgn masuk tandas asrama sorang2..bau darah kotor wangi buat setan ni.. Sebelum tido baca ayat kursi 4 penjuru bilik.. Dan pasang rukyah sampai subuh dkt hphone..perlahan pun x pe.. If dgr lagu2 sampai pagi mmg cari nahaslah.. Sebab lagu2 hiburan ni mcm panggil jin setan dtg.. Tulisan adik sgt jelas.. Mesti pandai subject BM ni terutama karangan.. Tahniah dik

    1. Terima kasih sebab berkongsi maklumat. Yang sebelum tidur baca ayat kursi 4 penjuru tu, kena buat tiap-tiap malam ka? Lagi satu, saya memang minat dalam bidang penulisan. Ada la jugak bercita-cita nak jadi penulis novel tapi bila dah sampai separuh cerita, terus malas nak tulis sebab tak boleh tumpu 100 % dekat novel. Pelajar lagi, kan? Last2, tergantung sepi novel tak siap tu. hahaa… Alhamdulillah, markah BM memuaskan. Cikgu pun ada cakap yang saya berpotensi nak dapat A+ dalam subjek tu. Doakan saya sama tau? Terima kasih sebab sudi baca kisah saya.

  4. aku ade tedy bear besar mak aku soh cacat kan ak saying tanak last2 adik aku congkil mata die sebelah hemm lagi seram aku tgk..hampeh betol

    1. Ada geng asrama batch kami yang tak puas hati dengan persahabatan kami. Dorang tak suka dekat Isya dengan saya so dorang bagi kami gaduh lepastu dorang acah-acah sokong Isya dan pulaukan saya. Lepastu Isya rapat dengan dorang, dorang mengata Isya dekat belakang. Ingat saya tak tahu kut? Hahaa.. Pergi mati arr dorang. Anyway, sekarang saya dah makin ramai kawan daripada dulu. Jadi, yang lepas biarlah lepas. Malas nak ambik tahu dah. Bak kata orang, hargai orang yang ada depan mata. Baru-baru ni ada kawan cerita yang Isya ada tanya dan ambik berat pasal saya balik. Siap mintak ig name bagai. Hurmm… Entahlah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.