Ceramtot 10 (Cerita seram kontot)
Nama aku Jai. Masih ingat cerita di asrama sekolah XYZ Kluang Johor (ceramtot 7)?. Hari ini aku nak share apa yang adik² junior tu cerita kat aku. Mari aku perkenalkan kembali watak² utama yang terlibat dalam ceramtot pada kali ini.
Penanggal, hantu Jepun, hantu bangsawan, hantu biore pore pack, hantu pocong, hantu rabbit, hantu nenek kebayan dan hantu basikal. Ini sahaja yang aku ingat.
- Penanggal
Diceritakan pada aku, kejadian berlaku di tembok pagar aras surau perempuan. Bila? Mestilah malam, tapi aku ada satu kisah, InshaAllah akan aku share dalam ceramtot lain, ceramtot aku di UUM waktu siang. Ok berbalik pada kisah tadi. Yang nampak makhluk tu pelajar lelaki. Malam tu, pelajar lelaki ni lambat masuk dorm. Dalam perjalanan ke dorm, mata melilau sekeliling. Tiba-tiba ternampak bebola hitam dgn dua biji lampu merah beputar² perlahan kat tembok surau perempuan. Bila direnung, bukan lampu tetapi biji mata merah. Berputar perlahan, berselang-seli muka hitam, mata merah dan rambut yang panjang. Dan makin lama makin laju putaran itu, dah rupa gasing. Ok, x tau lah apa yg berlaku pada budak lelaki tu.
Maka, disebabkan nampak kepala shj, adik² junior tu panggil penanggal. Kalau dalam filem seram, penanggal mesti ada sekali dgn usus isi perut dia. Versi yang ni, dah tertanggal la kot, pusing laju sgt!
- Hantu Jepun
Ni berlaku waktu tengah malam di bilik prep aspuri. Diceritakan ada sorang junior ni tertidur kat meja. Takde siapa yg kejutkan dia. Dia sorang² kat bilik tu. Nak dijadikan cerita, dia terjaga dari tidur sbb terdengar bising. Bunyi tapak kasut orang berkawad. Si adik malang ini, mula buka mata melihat sekeliling. Tiada sesiapa?. Dan dia sedar yang dia keseorangan di situ. Takde student lain. Maka segera dikemaskan buku dan alat tulis. Tiba², bunyi tapak kasut sedang berkawad kedengaran lagi, sepertinya kedengaran dari arah belakang. Allah, apabila ditoleh ke belakang. Bagai nak gugur jantung. Kelihatan beberapa askar Jepun tengah berkawad.
Banzai!!
- Hantu bangsawan
Ok ni mungkin kelakar bg kita yang mendengar shj, tetapi bagi diri yang mengalaminya lain ceritanya. Boleh demam oo. Peristiwa ini berlaku pada seorang pelajar lelaki. Satu malam di bilik dorm yang mana situasi pelajar masing² dah tidur dengan keadaan cahaya yang samar² dari luar koridor dorm. Sorang mamat ni aku panggil A, gelisah dan tak boleh tidur. Si A tidur katil bawah. Lokasi katil jauh dari pintu utama bilik dorm. Maka pencahayaan dari koridor sedikit kelam di sekitar katilnya. Pusing kiri, pusing kanan. Tak boleh tidur juga. Tiba² sorang mamat ni aku panggil B, yang tidur dekat katil sebelah, bangun dan duduk bersila atas tilam. Aaahah, ada geng rupanya yg tak boleh tidur. Dengan suara yang agak perlahan, aku mula bicara sambil baring mengiring ke arah si B.
“B, kau pun tak boleh tidur ke?”
Senyap dan takde respon.
“Eh eh, senyap je dah kenapa kau ni? Aku tak tau lah kenapa malam ni aku tak boleh tidur? Wei B, aku ckp dengan kau ni?”.
Dan si B pun mula berbicara.
“Beta berasa gembira, kerana rakyat jelata beta bla..bla..bla”.
Situasi mamat B ni menyebabkan si A bingkas bangun dari katil terus mendekati si B. Punya lah terkejut beruk, rupanya mamat B ni mengigau. Mata tertutup, mulut masih bertitah. Yang tak bestnya ayat bangsawan dia tu diakhiri dgn ketawa mengilai. Maka si A ni demam keesokannya dan dijemput pulang oleh ibu bapanya.
Adik ni cerita dengan muka serius, aku dengan yang lain ketawa. Tapi aku faham. Kalau aku berada di situasi A, mau aku kejutkan org lain. Takde nya aku tarik selimut macam si A.
- Hantu biore pore pack
Ok yang ni aku cadangkan korang semua Google dan tengok dulu iklan Biore Pore Pack (iklan pelekat tanggalkan black & white head kat hidung).
Dah tgk iklan tu? Ringkasan iklan ada seorang remaja yang duduk di tepi tangga dalam keadaan kaki terjuntai dan kakinya digoyangkan kiri kanan (macam jam dinding ting tong dulu²).. tak tau nama apa jam mcm tu.
Dah boleh agak rasanya kot korang spesis hantu ni.
Kejadian di dorm aspuri. Si hantu ni dok atas almari dengan keadaan kaki yang sememangnya takde kaki.. nampak pergerakan kain putih bahagian kaki tu dihayun kiri kanan kiri kanan. Siapa cakap, “aku tahu kau dah jaga”..
- Hantu pocong / gula²
Spesis ini dijumpai di tempat sidai baju aspuri dalam keadaan lompat² setempat. Mungkin nak bergerak, terhalang dengan dawai ampai. Tapi buat apa kat area ampai? Tukar uniform eh? Hahaha…
Time aku kena kacau, pandai pulak kau baring kat rumput. Dah penat ke tu melompat setempat?
- Hantu rabbit
Yang ni berlaku kat dorm aspuri. Bilik ni aku sempat tinjau. Sib baik bukan bilik dorm aku. Seperti biasa, bilik dorm diceriakan dan penghuni dorm tu memilih untuk ceriakan dorm dengan melukis arnab ni dengan guna kapur merah dekat beam siling.
Cadar dan sarung bantal penghuni wajib warna putih. Alkisah bermula apabila mereka balik dari cuti hujung minggu, penghuni bilik dorm dikejutkan dengan kesan tapak kaki arnab warna merah atas cadar. Yang misterinya bukan tompokan d***h tetapi kapur merah.
- Nenek kebayan
Ni rasanya bentuk gangguan. Kat kawasan parking kereta ibu bapa. Ada pokok bunga kenanga kat area situ. Paham² je la, bunga kenanga kan wangi. Si minah ni teruja untuk petik bunga ni. Maka dipetik beberapa kuntum bunga itu dan diletakkan dalam pencil box.
Aaaahhh.. harumnya.. bila bukak pencil box.. wangi.. tapi yang misterinya tiada satu batang pen pun keluar ink. Dah rosak dan tak boleh guna. Pen dibuang dan minah ni beli pen baru. Keesokannya bunga itu layu dan dibuang dalam tong sampah kat bilik prep.
Masih lagi dipetiknya bunga itu. Dan malam tu minah ni dapat mimpi. Sorang nenek kebayan pesan kat minah ni jgn ambil lagi barang dia. Minah ni tak faham maksud mimpi itu.
Dan esoknya still lagi berulang aktiviti memetik dan buang ke tong sampah. Hahaha amik kau, nenek tu datang dengan bongkok² dia kutip balik bunga² tu dari tong sampah. Baru kau nak terkujat.
Ye lah. Alam lain ni kita tak tahu barang makhluk tu. Ntah² tu anting² si nenek tu.
- Hantu basikal
Ini berlaku di tengah² kawasan dorm. Malam itu tak ramai penghuni sebab hari hujung minggu. Malam semua dah tidur. Tenang dan nyenyak semua malam tu. Tak semena² sorang minah ni terjaga sbb bunyi bising. Pernah tengok basikal budak roda tiga. Yang budak² kena kayuh, pedal kayuh tu kat roda depan. Bunyi kayuhan tu lah menganggu. Hah Minah celik mata, tu nampak basikal budak roda tiga bergerak mengelilingi ruang kosong dorm. Takde org yg mengayuh, hanya basikal mengelilingi dorm.
Penghuni² lain kat dorm?
Masing² tidur m**i..
Setakat itu shj yang dikongsi oleh adik junior yang aku ingat. Dan sejak itu bermulalah episod aku naik bas tambang dari simpang Renggam ke Kluang selama 1 ½ tahun.
aq pon penah gk kene..
aq gi toilet. Pastu bkk pintu ada hantu. tamat