#DeeFen – Mak Lampir (Marathon)

#DeeFen : MAK LAMPIR โ€“ MARATHON

Facebook penulis. https://www.facebook.com/deefen.df

MAK LAMPIR 1

Cerita ni sekitar awal tahun 2016. Tah tak ingat bulan berapa. Bulan 1 atau 2.

Aku merupakan seorang businessman..cewah..sebenarnya peniaga makanan kecil-kecilan je. Tempat meniaga ada dua cawangan, cawangan A dan cawangan B, tapi aku menumpang sewa tapak kat restoran orang je. Budak-budak kerja yang jaga semua. Start meniaga dari pukul 530 petang sampai 12 tengah malam.

Aku sebagai big boss, tugas malam aku meronda ja tengok budak-budak kerja. Kadang-kadang melepak dengan tokey restoran. Sambil-sambil tu usha awek. Aku jaaa yang dok usha awek, tapi awek tak penah pon usha akuโ€ฆwuwuu. Maybe muka aku tak sekacak Fattah Amin. Awek tengok muka aku pon fattah balik..fattah hati btol.

Sebenarnya aku pagi lagi dah start kerja. Ye la, kerja jual benda makan ni, pagi-pagi dah kena beli barang. Then prepare+masak untuk start meniaga petang nanti. Untuk tempat penyediaan makanan ni, aku sewa sebuah rumah. Kira rumah sewa ni jadi macam kitchen la. Rumah semi-D, aku rasa dibina dalam awal 70-an kalau nak diikutkan dari segi layout dan bentuk binaan. Sewa tak mahal tak murah, tapi agak berbaloi la sebab luas. Porch saja boleh parking 3-4 bijik kereta. Rumah lama-lama dulu kan luas. Aku memang minat rumah lama camgini sebab luas. Tak macam rumah baru sekarang, semua sempit.

Rumah sewa ni masa aku mula-mula nak sewa memang berlalang dan horror jugak la. Ye la rumah lama-lama kan. Mengikut kata landlord dah hampir satu tahun penyewa lama keluar. Penyewa lama merupakan pekerja-pekerja kontrak warga asing Bangladesh & Indonesia. Masa nak masuk rumah tu, banyak gak la aku touch up sini sana nak bagi nampak rupa macam rumah balik..hehe. Kalau tak, sure orang ingat ni rumah hantu funfair..pacak pondok tiket sbijik, boleh buat duit sampingan lak hahah.

Rumah sewa ni ada tiga bilik. Satu bilik aku buat jadi macam office siap letak computer, satu bilik solat, satu lagi bilik rehat untuk dua orang pekerja kitchen. Rumah ni kat tepi jalan main road kawasan taman je. Kalau siang memang sibuk, tapi malam kul 11 ke atas sunyi sikit la. Kedudukan betul-betul kat simpang tiga. Orang tua-tua cakap kalau rumah kat betul-betul simpang tiga, memang selalu jadi laluan benda-benda mistik lagi angker ni. Aku buat bodo je. Tak ambik serius sangat pon.

Sebelah kiri rumah ni jiran India. Sebelah kanan rumah kosong sebab owner tak duduk situ. Ada orang nak mintak sewa tapi dia tak bagi, kaya sangat dah kot. Sepanjang 5 tahun menyewa sini, jarang aku bertegur sapa dengan jiran India ni. Dah la jarang-jarang nampak diorang, bila terserempak diorang aku senyum la jugak, tapi diorang senyum macam tak ikhlas ja. Macam sombong sikit. Maybe gak sebab muka aku huduh, tak kacak..hmmmm

Huiiii awat panjang sangat intro cerita angker aku ni. Melalut teruk sangat dah ni. Atau korang nak aku lukis je? Hahah.

Cerita bermula bila aku balik dari meniaga dalam pukul 1 pagi. Okkkkkkk cerita baru nak bermula ye tuan puan..padan muka korang baca intro panjang-panjang. Tapi kalau cerita pendek sangat, korang marah lak.

Lepas tutup stall kul 12, kemas-kemas semua, dalam kul 1pagi sampai la rumah sewa ni.

โ€œAuk auk auk auk auk auk!โ€ salak anjing jiran India aku ni. Geram betol aku dengan anjing ni.

โ€œHalo dog! Dah 5 tahun kot aku jadi jiran hang, takkan tak kenal jiran kot. Diamlah!โ€ Bebel aku kat anjing tu dengan harapan dia paham apa aku cakap. Tapi aku cakap slow je la, nanti tuan dia dengar. Mau kena cepuk kepala aku..hahah.

โ€œwuk wuk wuk auk auk auk auk!โ€

Ok harapan tinggal harapan. Memang sah anjing ni tak paham apa cakap huhu.

โ€œPaaannnggg Paaanngggggggg Pom Pom Pomโ€ dari jauh dah dengar bunyi ekzos moto 125z roadtax m**i, lari kedai, milik budak kerja aku nama Mat San. Malam ni turn dia tolong aku unloading bekas barang-barang niaga daripada van.

โ€œSreeettttttโ€ bunyi tayar sotong moto Mat San buat emergency brake depan rumah.

Terkocoh-kocoh Mat San lari. Dengan helmet steng dia tertanggal ke belakang dah, harap ada tali keledar tu ja yang sangkut kat leher lagi. Moto pon dia pon tak sempat tongkat dah. Sandar kat tiang pagar ja.

โ€œHang pasaipa Mat San? Pondan kejar ka? Kahkahkahโ€ soal aku.

โ€œWeiiiii hareyyyyyyyy ##$&%#)%#(#$#(*()#&#%โ€

Hanya carutan kejian hina dina dan nista yang keluar dari mulut Mat San.

โ€œKena sergah tadi kat jirat hindu. Tadi on the way mai sini nampak ada roadblock. Aku u-turn la balik ikot jalan belakang. Time lalu kat jirat hindu tu. Bleh pulak dia lambai-lambai tahan aku tepi jalan. Lepastu terbang follow dari belakang ##&$&%(#$&$#((*&#@##,โ€œ kata Mat San sambil lutut dok goyang-goyang lagi.

Aku hanya mampu ketawa je la tengok gelagat Mat San. Sambil-sambil tu aku usha gak kat moto dia kot kot ada yang menumpang. Tak pasal-pasal nanti dengan aku aku pon lari lintang pukang. Gelak gelak gak, seram pon ada gak.

Jalan jirat hindu tu memang keras sikit. Dari dulu sampai sekarang macam-macam cerita angker orang dok kongsi. Tapi sekarang dia kacau tak sekerap 10-15 tahun dulu la. Mungkin sebab dah banyak pembangunan.

โ€œHaaa dah dah, mai tolong aku angkat barang. Sambil-sambil tu baca la apa-apa yang patut. Aku rasa hang tak mandi wajib petang tadi. Sebab tu dia berani tahan hang nak tumpang. Hahaโ€ sakat aku.

Mat San mencebik bibir sambil buat muka bosan dia. Sebab muka bosan everytime all the time dia tu lah, aku panggil dia Mat San. Mat San terus tolong mengangkat barang sambil terus-menerus membosankan mukanya.

โ€œNah gaji hang. P****g lima hengget sebab mai masuk keja lewat hari niโ€

Mat San memasamkan mukanya pulak sebab gaji kena p****g. Dah la muka bosan, masam pulak. Huduh! Waktu ni kekacakan aku lebih terserlah berbanding dia.

โ€œSampai hati bos p****g gaji. Dah la kena sergah tadi..wuwuwu. Dia mai kacau bos satgi baru bos tauuuโ€ kata Mat San nak menyakat aku pulak.

Lepas Mat San balik, aku terus masuk rumah nak kira collection duit niaga malam ni. Siap aku kira duit dan tulis barang apa nak kena beli esok, aku terus ambik towel pi mandi manda.

Malam ni entah kenapa aku rasa malas sangat nak balik rumah family aku. Walaupun 5 tahun aku dah sewa rumah ni, ada la 3-4 kali ja aku overnight tidur sini. Tu pon tidur dengan member-member sebab layan movie time semua dok balik cuti raya. Kiranya rumah ni memang kosong la lepas habis niaga.

Aku lepak ja kat sofa kat ruang tamu sambil main fon. Aku bukak lampu porch dengan lampu dapur ja. So kat ruang tamu tu memang kelam-kelam gitu la.

โ€œJam di dinding terus berdetak ahhhhhhhh!!!โ€ Nyanyian menggeletis Ayda Jebat dari corong speaker fon aku.

Tengah dok sedap dengar lagu ala k-pop Ayda Jebat ni. Tiba-tiba..

โ€œBANGGGGGG!!โ€ kuat bunyi pagar luar rumah aku macam kena langgar.

Serentak dengan tu, anjing jiran menyalak sakan menenggelamkan suara seksis Ayda Jebat . Terkejut beruk aku. Terus aku bingkas bangun nak pi check.

Aku pikir ni mesti ada mat motor kot terbabas kat simpang tiga ni. Tak sempat brek terus straight langgar pagar rumah aku. Naya.

Sebelum ni dah penah kena langgar dah dengan budak keja aku kes brek moto dia tak makan. Tapi kali ni kuat betul bunyi..mesti dah roboh pagar ni..huh jahanam jahanammm.

Aku meluru keluar. Tengok pagar aku normal tegak berdiri lagi. Still standing strong. Cuma ada bunyi goyang-goyang lagi tanda macam baru kena langgar. Aku pergi check dekat, takda apa apa yang pelik pon. Aku pikir maybe anjing kot langgar tadi.

Aku jengok pagar rumah jiran kiri kanan aku pon takda apa apa jugak. Sambil tu aku sShhhh SshhhHH kat anjing tu suruh diam. Memekak tengah-tengah malam.

โ€œSatu, dua, senyum manismu. Tiga, empat, lirik matamu. Dengan tawa tawa riangmu. Bikin hatiku jadi rapuh. Si pencuri hatiku. Kau pencuri hatikuuuuโ€

Aku terus lepak kat sofa sambil sambung layan lagu hits terbaru si AJ ni. Sedap pulak lagu ala k-pop ni. Catchy baq hang. Padahal selama ni aku memang pangkah habis k-popers.

Entah bila aku bleh terlelap sambil sandar kat sofa tuโ€ฆ.โ€ฆ

โ€œAu Au AUUUUUuuuuuโ€ Aku terjaga sebab terdengar salakan anjing yang panjang. Bersahut-sahut antara anjing jiran dengan anjing tah memana dari kejauhan.

Dalam keadaan mamai tu, aku bukak mata. Rasa lenguh leher sebab tidur duduk. Pastu peluh rasa panas semacam ja, padahal kipas bukak no 5, siap sofa tu betul-betul bawah kipas.

Dengan mata still kelabu kabur-kabur, dalam cahaya kelam-kelam tu aku nampak depan aku susuk tubuh warna putih sedikit bercahaya. Terus terbuntang mata aku sebab terkejut ada orang depan aku. Jarak lebih kurang 8 kaki camtu.

Nahhhhh kauuuuu!! Jelas nyata, baju putih, kaki sampai paras lutut saja, tangan kedut, kuku hitam panjang, rambut putih kusut masai tapi jarang jarang, muka kedut, mata putih bulat terbeliak, hidung takda, bibir hitam tersenyum panjang hampir sampai ke telinga. Aku gelarkan dia Mak Lampir lah.

YA ALLAH!!! Aku mampu kata dalam hati sebab tak terkeluar langsung suara. Kaki dan tangan aku dah kaku tak leh nak gerak langsung.

Terus aku pejamkan mata. Jantung aku memang rasa nak pecah sangat-sangat time tu. Berdegup kencang sampai aku rasa boleh dengar degupan jantung sendiri. Nafas aku dah tercungap-cungap, rasa tak cukup oksigen.

Kedengaran anjing terus menyalak panjang. Aku taktau berapa lama aku pejam mata. Mungkin tak lama, tapi dalam situasi genting macam ni, seminit pon rasa macam sejam.

Kemudian, salakan anjing tiba-tiba berhenti. Sunyi. Sepi. Hanya bunyi nafas aku sendiri ja yang kedengaran. Tapi badan tetap kaku tak boleh bergerak. Aku pikir โ€œbendaโ€ tu dah pergi dah.

Aku buka mata semula.

Benda tu tetap ada di depan aku. Kali ni dia mula buka mulut dia slow-slow. Sambil dia slow-slow melayang datang kat aku. Lampu di dapur berkelip-kelip sekejap menyala sekejap padam menambahkan keseraman. Anjing-anjing kembali galak menyalak.

Aku terperasan ada seekor lagi benda jahanam tu, bermata merah, berbulu lebat hitam legam macam beruk. Mencangkung di belakang Mak Lampir tu. Air liur warna hitam meleleh-leleh dari mulut dia.

YA ALLAH! ALLAH! ALLAH! ALLAH!

Aku cuba membaca ayat-ayat suci namun semuanya aku lupa kerana ketakutan yang amat sangat masa tu.

Mak Lampir semakin mendekat kepada aku, mulutnya makin ternganga luas. Kelihatan jelas rongga mulut dia. Hitam. Namun samar-samar kelihatan lidah berbentuk tirus tajam warna hitam bergerak-gerak dalam mulut dia.

Bau busuk mula menerobos ke dalam hidung aku. Bau seperti air longkang yang busuk. Aku syak bau busuk ni daripada mulut Mak Lampir. Sebab semakin luas Mak Lampir ni nganga, makin busuk bau longkang tersebut. Cisss dah la muka buruk, mulut pulak bau longkang! Macam nak pengsan bau busuk mulut dia!

Mak Lampir semakin hampir dengan aku. Rahang mulut dia dah terbuka hampir satu kaki luas. Bunyi-bunyian hilaian tawa kedengaran dari seluruh rumah sewa ni. Aku dah pasrah time ni. Kejap lagi mesti tinggal tulang aku kena kenduri dengan Mak Lampir. Tragis.

Air mata aku dah mula mengalir.

Tiba-tiba aku teringat cerita daripada Abang Jep. Abang Jep ni merupakan tokey restoran kat stall Cawangan A aku. Baru semalam dok borak-borak dengan Abang Jep pasal ilmu-ilmu silat dan keagamaan. Abang Jep cerita, dengan kalimah Bismillah sahaja dah boleh tumbangkan lawan yang berniat buruk kat kita. Setiap huruf dalam kalimah Bismillah jika dibaca dengan sepenuh hati dan yakin, pasti akan menghasilkan umpama aura yang tak dapat difikirkan oleh akal. Tapi hati perlulah bersih, yakin dan banyak amalan-amalan yang perlu diamalkan.

Aku terus membulatkan tekad. Aku tawakal sepenuhnya pada Allah. Jin dan syaitan juga makhluk yang tak perlu aku takut. Hanya Allah yang aku perlu takut.

Dalam antara keluar tak keluar suara aku. Dengan bibir terketar-ketar. Aku pandang tepat ke mata Mak Lampir. Dengan perlahan-lahan dan penuh kekusyukan aku membaca..

โ€œA’uzubillah himinassyaitonirrajimโ€

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

โ€œBismillahir rahmanir rahimโ€

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

โ€œLa haula wala quwwata illa billahil aliyyil adzimโ€

Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Mulut aku melafazkan kalimah. Hati menafsirkan maksud. Fikiranku membayangkan setiap huruf yang dilafazkan.

Di kala ini, aku terperasan yang Mak Lampir telah terhenti bergerak daripada terus mara ke arah aku. Kedudukan muka aku hanya dalam jarak 2 kaki saja.

Aku terus berdoa di dalam hati.

โ€œYa Allah yang Maha Berkuasa. Dengan kekuasaanMu aku berlindung. Kuatkanlah hatiku. Turunkanlah pertolonganMu ya Allah. Hanya kepadaMu aku berserahโ€

Di kala ini air mata semakin laju mengalir membasahi pipi aku.

Bagaikan ada satu kekuatan baru. Terus aku menjerit dengan kuat..

โ€œALLAHU AKBAR!!โ€

Serta merta Mak Lampir yang berada di depan aku terus meruwap hilang macam asap. Beruk yang dibelakangnya terus melompat hilang di atas siling.

PANGGGGGGG!!

Kedengaran dari luar rumah bunyi yang sangat kuat. Umpama bunyi almari kayu besar yang terbalik.

PRAPPPPPPP!!

Seterusnya bunyi macam ranting kayu besar yang patah.

Terus keadaan sunyi sepi. Lampu di dapur pon menyala secara normal. Anjing pon telah berhenti menyalak. Hanya bunyi kipas ligat berpusing serta bunyi nafas aku yang termengah-mengah. Kaki dan tangan aku kembali dapat bergerak semula. Terus aku beristigfar berkali-kali.

Esakan tangis aku makin kuat. Pipiku makin basah dengan air mata.

Aku menangis kerana sayu dan gembira. Perasaan bercampur baur. Tanpa aku sangka doa aku agar dihantar pertolongan dan diberi kekuatan dimakbulkan Allah dengan segera.

Allah..Allah..Allah. Betapa Dia menyayangi hambaNya. Mendengar rintihan hambaNya. Terutama hambaNya yang hina macam aku ni. Selalu lalai dan melupakanNya.

Terus aku bangun mengambil wuduk dan menunaikan solat isyak serta solat sunat tahajjud. Sejadahku basah dengan air mata. Tapi tu pon lepas aku google cara-cara solat tahajjud. Betapa jahilnya aku.

Akhir kata, sentiasa dekatkanlah diri kita kepada Allah. Sempurnakanlah kewajipan kita sebagai hambaNya.


MAK LAMPIR 2 : THE BEGINNING

Tahun 2015. Petang raya haji ketiga. Aku, Apit, Bob dan Pakli berkumpul kat rumah sewa aku. Time cuti ni la semua nak berkumpul. Maklum la dorang semua keja luar kawasan. Aku ja yang still keja (meniaga) kat dalam kawasan.

Dah berkumpul ni macam-macam la plan yang keluar. Paling takleh blah plan Bob ajak pi Dannok. Makan tomyam ka-ta-nyeeeeee. Banyak lah dia punya tomyam. Alasan nak makan tomyam tu dah takleh pakai dah laaa. Time cuti ni memang jalan jem kat border. Tadak pasal nak buang masa duit pi sana.

At last kami decided nak buat aktiviti menyihatkan iaitu; memancing. Hahah. Sihat la sangat kan. Masing-masing gian nak mancing even sekor-sekor haremmm takdak skill mancing. Joran yang beli raya haji tahun lepas pon baru sekali ja guna. Kami plan kul 10pm gerak dari sini.

Macam biasa lah, janji manismu umpama menanam tebu di pinggir bibir, kul 11pm baru sekor-sekor nak sampai. Macam-macam alasan. Tokwan menikah lagi satu lah, adik demam kepialu lah, tolong tangkap lembu terlepas kandang lah.

Kami gerak dua biji moto. Aku dengan Pakli. Bob dengan Apit. Sebelum pi ke port nak mancing ni. Kami singgah kat kolam udang dulu. Beli udang hidup, nak buat umpan. Kalau tak habis, kami la yang ngapp pulak udang tu. Kolam udang ni milik bapak member sekolah Pakli. Bayar 10hengget, tapi dapat macam 50hengget. Haha terbaekkk. Siap pinjam mesin yang keluar buih-buih tu nak bagi oksigen kat udang. So riwayat hidup depa lebih panjang dan pastinya makin berliku-liku.

“Terpulanglah mahu jadi apa, mahu jadi hantu, mahu jadi buayaaaaa”

Nyanyi Pakli sepanjang jalan. Lagu Nanasheme tu la dia dok ulang sepanjang jalan. Naik menyampah aku. Apa punya taste la budak sekor ni.

Kami tiba kat port mancing ni dah hampir kul 12 tengah malam. Port mancing ni merupakan jeti kecik untuk bot-bot nelayan dan bot sewa untuk kaki pancing. Kawasan ni terletak kat muara sungai. Air payau sebab kawasan paya bakau.

Kami tengok sapa pon takda. Memang sunyi. Pelik. Tahun lepas ramai ja kaki pancing bertenggek kat jeti dengan gigi air tu. Seram la pulak rasa sebab takda sapa. Suram je rasa.

“Weh mana orang? Takkan kita ja? Betoi ka tempat ni?” soal aku bertalu-talu.

“Takdak orang lagi best. Bleh ambik port ikot suka kita. Semua ikan sini, kita yang punya.. Muahahaha” ujar Apit kegembiraan sambil buat gaya punching the air.

Tengah kami dok angkat barang-barang memancing. Tiba-tiba dengar orang tegur dari belakang.

“Hangpa nak mai mancing ka? Ayaq tak elok sekarang ni. Ikan tak banyak. Timing hangpa tak kena. Tunggu minggu depan baru ok kalau nak mancing. Aiiii banyak udang tu..mai sikit hehe” kata sorang brader ni tah dari mana tetiba dia muncul. Gaya macam nelayan kat sini.

Brader tu terus berjalan ke arah pondok kecik. Dia ambik something dalam pondok tu. Moto dia parking kat belakang pondok kecik tu. Start moto. Nyala rokok. Angkat tangan. Terus dia chow chin chow.

Kata-kata brader tu menjawab persoalan kami sebab apa orang takda memancing malam ni. Punya la haprak kami ni pasal ilmu memancing, boleh mai time ikan takda. Ikan semua balik kampung kot sebab raya haji..huhu. Tapi kami buat keputusan nak teruskan memancing gak. Gian nak lempar joran punya pasal. Takda ikan pon takpa. Aku tengok udang pon dah terkodek-kodek macam mintak disembelih dengan segera. Anyway sungai ni memang lebar. Lebih kurang ++100meter gak lebarnya.

KECEBURRRRR!!!

Kedengaran bunyi macam ada benda terjun dalam air kat depan kami. Bunyi dekat sangat dengan kami. Kami pon dok tercari-cari apa benda yang terjun. Takkan brader tadi buat suicide stunt terjun dalam air kot Hahah. Tapi takda tanda air berkocak pon. Bunyi kuat, tapi air tak berkocak langsung. Masing-masing diam ja sebab sapa pon takda jawapan. Pakat angkat bahu, angkat kening.

Dah 3jam kami memancing, sekor pon tak naik lagi ikan. Dah 3kali tukar position dah ni. Pakli pon dah start menyanyi melalak lagu-lagu hits carta top 20 tanda protes. Memang confirm la ikan lari dengar kelalakan nyanyian Pakli.

Apit dengan Bob dok mancing kat atas jeti, dekat dengan moto. Moto kena ada orang tengok gak. Takut gak orang curi kalau tinggal moto gitu ja. Aku dengan Pakli amik port kat gigi air, jauh sikit dari jeti tu. Lebih kurang 30-40meter. Nyamuk memang banyak tak terkata. Memang sangat bertabah dok mancing situ. Bekas telur pon dah habis kami bakar. Kang tak pasal-pasal hutan belakang ni pon aku bakor. Marahkan nyamuk, hutan dibakor. Tak larat nak garu dah oi. Berbintat rata-riti kat badan ni.

Tiba-tiba telinga aku dapat mendengar tangisan baby. Agak kuat macam ada kat sekitar aku ni ja. Tangisan tu selang seli antara lagu Bola-bola Api dendangan Pakli. Aku pusing keliling try cari arah tangisan tu. Tapi takleh agak daripada arah mana, sebab bunyi tu bergema macam dari semua arah.

Serta-merta segala bulu mak nenek kat badan ni semua meremang. Semakin lama suara tangisan baby tu makin jauh. Aku memang betul-betul rasa lain macam sekarang. Aku tengok Pakli dok terus melalak tanpa rasa bersalah.

“Kau yang baik, paling comelllll di hatikuuu.. Ku ta-hu kau di-lu-ka o-leh te…”

“Wei Pakli oi. Hang brenti nyanyi sat. Hang dengaq tak bunyi baby dok teriak?”

“Hah b**i teriak? Mana mana? Aku tak dengaq pon. Jom blah. Kena sondol dengan daddy b**i mau patah riuk”

“Hishhh mangkaq patsegi btoi la hang ni. Aku kata baby la. Bayi! Bayi! ”

“Owwh baby baby..(sambil buat nada lagu Britney Spears). Speak loudly la next time brader. Aku tak dengaq bunyi apa pon. Hang isap gam ka dok dengaq bunyi pelik-pelik ni? Hang khayal niii. Haha”

Aku pon malas layan Pakli dah. Suara baby tu pon dah hilang. Pakli sambung melalak. Aku sambung layan scroll fesbuk sambil tunggu ikan yang tak kunjung tiba. Sekali sekala aku jelling-jeling sekeliling. Rasa tak sedap hati lagi.

“Fen.. Aku rasa nak terkencing la. Dah kat hujung-hujung dah ni. Hang teman aku sat.”

“Tadak pasal aku nak kena teman hang. Hang pi ja melepas kat memana. Tapi pi sana jauh-jauh sikit. Hancing oi. Jangan dalam ayaq dah la. Mabok habeh ikan dalam sungai tu. ”

“Yela yela. Hang jangan tinggai aku. Aku nak pi kencing kat depan tu sikit.”

“Oit mintak izin dulu. Tak pasal-pasal bentan plak. Benda tu nak pakai lama oiiii.. Kehkehkeh”

Aku perati ja Pakli berlalu pi cari port nak melepas hajat. Terkepit-kepit dia berjalan. Dari jauh aku nampak dia tiba-tiba berhenti berjalan.

“HantuuuuuuuuuuuuuuuuuuUU!!” jerit Pakli. Dia dah berlari memecut laju. Ni bukan langkah seribu dah.. Dia punya laju, tahap langkah sejuta. Tersungkur-sungkur tersembam terpeleot semua complete la larian dia tu.

Aku ambik masa sikit nak proses apa yang berlaku. Macam blur terkejut taktau nak buat apa. Maybe perkataan kamus dewan yang sesuai adalah kaget.

Zussssss!!! Haaa berdesup kauuu Pakli lari melintasi aku. Tak penah aku tengok manusia lari selaju tu. Aku rasa kalau dia lari crossing sungai ni pon bleh lepas seberang, punya laju sampai tak sempat tenggelam. Bila sel-sel otak aku dah berhubung dan dapat proses dengan logik apa yang tengah berlaku, maka aku pon bingkas bangun nak join berdesup dengan Pakli.

Baru aku tiga empat langkah berlari. Suddenly, benda yang kacau Pakli tu muncul depan aku. Hampir terlentang aku buat emergency brek. Terkejut beruk aku. Jantung dupdapdupdap macam nak pecah.

Berdiri depan aku. Jarak dalam 6kaki. POCONG!!! Omaigod! Omaigoodness!

Muka hitam macam takda berperasaan. Sangat-sangat buruk. Menggerutu. Mata merah menyala. Badan dibaluti kain kapan lusuh. Kotor disalut tanah. Terapung 1kaki daripada bumi.

Lutut aku rasa sangat lembik. Dah tak mampu berdiri. Dengan kaki yang lemah aku paksa lari jugak.

Aku terpaksa buat lencongan tukar arah sebab pocong ni buat roadblock depan aku. Berpecah dari laluan Pakli. Kalau aku lari jugak ikut Pakli, alamat terpaksa lalu sebelah pocong tu. Huiii takmau la aku lalu sebelah pocong. Buatnya dia kokak leher aku. Tragik.

Aku berlari melalui hutan yang tak berapa nak hutan sangat. Cahaya dari lampu jalan dan spotlight parking yang kat jeti tu membantu aku lari walaupon samar-samar. Bila aku toleh belakang, aku nampak pocong tu bergolek-golek kejar aku. Takotnya aku masa tu, Tuhan ja yang tau.

Tengah memecut tu, tiada ku sangka tiada ku menduga kaki jari kelingking aku tersadung tunggul kayu. Dia punya sakit tu, yaaa ampunnnnnn matilanakkk. Macam bom atom meletup.

Korang dapat bayangkan tak, melarikan diri dengan terjengket-jengket kaki sebelah. Dengan mata berair dan hingus pon dah meleleh, aku rasa time tu atlet olimpik acara lompat kijang pon give up terus bersara kalau tengok jarak lompatan jengket-an aku. Memang haaaa kauuuu nala punya jauh setiap kali aku lompat.

Sambil terjengket-jengket tu, entah camna aku tergelincir sebab tanah licin. Bedebuk jatuh tergolek 2-3kali gak la. Takut punya pasal, badan aku pon automatik sambung golek-golek nak lari dari pocong tu. Aku pon taktau apa kes aku golek camtu. Otak dah jem dah kot takleh nak pikir dengan waras. Aku rasa pocong tu pon konpius sekarang sapa yg lebih pocong sekarang.. aku ka dia.

Dalam dok golek tu aku perasan pocong dah takda. Maybe aku dah tinggal dia jauh dah sebab kelajuan golekan dia tak dapat mengejar kelajuan golekan aku. Kahkahkah. Ok sorry-sorry ni aku tipu. Sebenarnya ada la aku golek dalam 7 ke 8 round ja kot. Gila kau nak golek jauh-jauh.. Mau pitam pening. Aku usya keliling takot-takot pocong tu ada lagi. Ok confirm takda dah.

Hampeh punya pocong. Dalam samar-samar aku check jari kaki aku. Nampak bengkak biru jari kelingking. Dengan baju, seluar sampai ke rambut penuh selut+tanah+daun akibat acara sukaneka golekan berirama tadi. Memang ringan ja mulut aku maki pocong tu. Geram gila kot. Menyusahkan orang. Huh.

“Fenโ€ฆ Fen..”

Tiba-tiba aku dengar suara panggil nama aku. Berbisik-bisik ja suara tu. Terkejut lagi aku buat kesekian kalinya. Bleh koma kena heart attack dah dua kali aku terkejut berok macam ni. Ahhh sudah! Jibaok apa pulak yang mai kacau aku lagiii niiii.

“Woiii jangan kacau aku laa! Pi blah! Aku takmau kawan dengan hang!” Jerit aku kat hantu bisik tu.

Time tu memang aku marah betul. Aku dah tak kira dah hantu ka apa ka, aku marah selamba ja. Dengan kaki sakit, badan sakit, baju kotor, memang kepalabana dia lah nak kacau aku lagi.

“Sampai hati takmau kawan aku lagi. Aku takut ni,” kata hantu bisik tu lagi.

Aikkk pandai berdrama pulak hantu bisik ni. Aku pon bangun dah ready nak sambung larian marathon aku.

“Wei hang nak pi mana? Ni aku la Pakli,” suara hantu bisik tu makin kuat.

Aku pusing arah suara tu, nampak la kepala Pakli dok jengok celah pokok dengan tangan dok gamit-gamit kat aku. Aku dok tenung lama-lama nak pastikan yang tu betul Pakli. Kot-kot pocong tu menyamar pulak. Huhu. Agak dah confirm yang tu Pakli, aku pon pi la duduk mencangkung sebelah dia.

“Wei sat sat, hang duduk sana jauh sikit. Satgi kena basah ayaq kencing aku kat situ,” Pakli memberi arahan kat aku.

Bau hancing menerobos hidung aku. Dari samar-samar cahaya lampu jalan aku nampak seluar Pakli basah kat kangkang.

“Woi hang kencing dalam seluaq ka?! Kurang asam betoi!” Gerutu aku.

“Aku punya takut tadi, aku duduk la sembunyi kat sini. Pastu aku dengar bunyi macam benda golek-golek dari jauh. Alih-alih benda tu berhenti golek kat depan sini. Aku takut punya pasal, terus terkencing wuwuwu. Rupa-rupanya hang ka yang dok golek tadi,” long explaination from Pakli.

Aku pon berpuas hati dengan alasan kukuh daripada Pakli sebab apa dia terkencing dalam seluar. Time takut memang semua anggota badan sekali dengan organ-organ mengecut menggeletar. Pundi kencing pon ikot mengecut skali.

“Ni hang terkencing ja ka? Awat tak terberak skali? Pakej. Kehkehkeh, ” sakat aku kat Pakli sambil aku dok try hidu kot ada bau jamban plak. Time ni dah hilang sikit rasa takut sebab ada geng kat sebelah.

“Ni aku nak tanya hang. Hang dok golek sakan tadi apahal? Buang tebiat nak mampos ka hapa? Hahaha,” soal Pakli sambil tersengih-sengih.

“Diam lah. Balik nanti aku cerita kat hang. Dahla kencing dalam seluaq, ada hati nak gelakkan aku lak. Aku sekeh jugak pala hang.”

Aku dengan Pakli terus ambik keputusan nak balik ja. Aku call Apit, dia kata dia dah atas moto dengan Bob on the way balik dah. Dorang kata dorang pon nampak pocong tu kejar kami dari jauh. Kami janji kumpul semula kat rumah sewa aku. Hampeh punya member, boleh blah balik tinggal kawan-kawan camtu ja. Siap pesan lagi suruh kami ambik semua barang memancing dorang tinggal tadi. Huh.

Aku dengan Pakli dalam berani-berani takut pi la kemas semua barang mancing. Umpan udang fresh tu pon bawak balik, nanti nak masak dengan megi. emmm sedap uhh.

“Ni hang takdak bawak seluaq extra ka, kain pelikat, towel ka? Hancing terok sangat dah hang ni.”

“Takdak la oi. Kalau ada, aku dah tukaq siap-siap dah. Dah gatai-gatai dah bebird aku ni. Haduhhhh.”

“Ni ada satu lagi masalah. Jijik aku nak bawak hang naik moto. Hang dok menumpang belakang moto alamat kencing hang kena kat aku la. Jadi satu hal nak kena samak plak balik nanti. Ni camna nak buat ni? Hang balik jalan kaki ja la.. Hahaha”

“Haram jadu btoi la hang ni.. Ada ka patut suruh aku balik jalan kaki. Takpa aku bukak seluaq. Aku telanjang ja.. Hahaha.”

“Haha bongok! Takmau aku! Satgi ada objek tumpul menusuk-nusuk belakang aku. Tu lagi seram daripada kena kejar dengan errrrrrr makhluk tadi tu!”

“Habeh tu camna Fen? Aku nak bawak moto tapi lesen ic semua aku tak bawak lak. Mat Bond tahan nanti, tak pasal tidoq lokap, semua kena sita.”

“Ok camni. Hang duduk bonceng belakang jugak. Tapi badan hang menghadap ke belakang. Bleh hang chillex letak dagu atas box belakang tu. Makanyaaa, terselamat la sikit aku dari tersentuh najis hang yang basah kat kangkang tu.”

“Huh bijok bijok. Makin tua makin bijak hang ni. Aku setuju dengan idea bernas hang tu. Marvellous! ”

Arakian aku dengan Pakli pon mula gerak balik dari situ. Dengan moto modenas kriss 110cc 3tahun tak pernah servis. Memang kuasa pickup enjin agak sadis.

Baru beberapa saat kami gerak. Aku rasa Pakli cuit pinggang aku. Aku dah lah jenis geli extreme pantang kena cuit kat pinggang. Terus terkejung sekejap badan aku, sambil melatah, sambil ter-press throttle minyak, sambil automatik sumpah seranah. Haaa puas.

Nasib baik la moto ni pickup sadis. Kalau tak, memang dah ter-whillie tanpa sengaja. Mau tersembam muka Pakli kat jalan tu.. Hahah.

“Wei Fen! Bawak laju wei laju lagi.” Pakli berkata dalam nada kelam kabut.

Aku dah rasa lain macam. Aku bleh agak mesti pocong tu follow lagi. Naya kami camni. Takkan aku nak kena stop moto, sambung acara golek-golek lagi kat tanah kot. Kali ni duet berirama dengan Pakli lak. Dahla sengal badan sakit kaki tak hilang lagi.

“Wei moto hang takleh laju lagi ka??!! Dah makin dekat dah benda tu… Wuwuwuwu,” jerit Pakli sambil kedengaran macam dia nak nangis dah.

Aku pandang side mirror, memang confirm ada benda dok mengikut. Tapi nampak macam bukan pocong. Benda putih rambut putih mengerbang. Maybe jugak pocong tu dah salin baju dia, siap freehair tayang rambut huhu. Aku terus pulas side mirror ke bawah, taubat aku takot takmau tengok dah apa ada kat belakang.

Kelam-kabut aku terus drop gear. Ketar takot punya pasal, kaki ketar ter-over drop dari gear empat terus ke gear satu. Mengaumm kau enjin moto aku. Sikit lagi nak terhantuk hidung aku kat “dashboard” moto ni.

Aku pon pecut moto selaju enjin moto ni boleh pi. Sambil tunduk cucuk angin ala motoGP. Cornering memang berapi la sebab sangkut besi tongkat double-stand. Aku dengar Pakli menjerit sayu ja kat belakang tiap kali aku corner baring cecah lutut.

Aku boleh dengar seperti kain berkibar-kibar atas kepala aku. Aku rasa hantu ni follow atas kepala ja. Sekali-sekala aku dapat dengar bunyi mengilai. Memang takot habes time ni. Sampai la kat kawasan yang ada rumah-rumah kampung, bunyi kain berkibar-kibar dan mengilai tu pon hilang.

“Wei Pakli. Ada lagi tak?” Soal aku kat Pakli bila dah sampai tempat yang ada rumah-rumah kampung tu.

“Aku taktau! Aku tutup mata dari tadi. Aku takmau tengok..wuwuwuwu”

“Hang bukak la mata tengok sat. Moto aku ni rasa nak jem dah ni. Kasar semacam ja bunyi enjin”

“Aku takut weh. Jangan dok paksa aku tengok. Aku rasa nak terkencing lagi ni”

Aku terpaksa tengok sendiri. Nak harap Pakli tolong tengok, silap hari bulan basah kuyup terus seluar dia. Pundi kencing dia besar guni beras kot asyik tak habis-habis nak terkencing. Aku toleh belakang tengok takda apa dah. Aku pon slow-kan sikit moto.

Perjalanan balik tu memang rasa sangat sangat sangat panjang. Aku pon taktau kenapa. Maybe sebab takut belum hilang lagi. Bulu roma pon meremang ja sepanjang jalan. Bertambah pelik sebab aku takda selisih dengan sebiji kenderaan langsung kat jalan. Even dah masuk main road dan lalu kawasan perumahan. Sunyi.

Time macam ni bendera parti, banner, guni balut buah cempedak, baju kat ampaian rumah orang pon nampak seram. Otak dok pikir bukan-bukan. Aku mula baca ayatul kursi dan surah-surah lazim yang aku ingat. Tadi punya takut, semua lupa habis. Aku pon suruh Pakli baca ayat-ayat suci apa yang patut. Tapi dia diam ja. Aku pikir dia takot sangat kot sampai terdiam ja. Takpon maybe dok struggle tahan pundi dia lagi.

Bila dah nak hampir sampai kat rumah sewa aku, tiba-tiba Pakli menjerit.

“Yeahhhh gollllll !!!” Jerit Pakli.

Tersentak aku siap dah drop gear nak pecut. Tapi aku terpikir apa kejadah tiba-tiba gol ni. Makhluk jenis apa pulak ni. Takkan hantu player bola pon wujud? Huhuhu. Takpon Pakli dah kena sampuk. Terus aku kasi siku tepat ke tulang belikat Pakli.

“Adoi! Sakit belakang aku!”

“Hang awat tiba-tiba gol ni?” Bisik aku kat Pakli dalam seram sejuk.

“Huh. Eh sorry sorry. Aku tertidoq tadi. Mimpi liverpool bubuh gol.”

Bongok punya Pakli. Dalam keadaan gawat camni pon bleh selamba layan tidoq. Siap mimpi bola. Patut la diam ja dari tadi. Sungguh mendukacitakan. Apa punya malang lah dapat kawan macam ni.

Sampai kat depan rumah sewa, nampak Apit dengan Bob dok tersengeh-sengeh kat kami. Lihatlah dunia. Inilah dia contoh kawan-kawan sejati. Takleh harap langsung. Rasa macam nak sekeh berapi ja kepala sekor-sekor. Anjing jiran India sebelah rumah ni menyalak memanjang ja kat kami. Dengki la tu kami boleh lepak kat luar, dia kena kurung ja.

Lepas ja kami mandi semua. Kami pon buat sesi meja bulat bersembang pasal kejadian angker tadi sambil pekena megi kari udang fresh. Pakli paling terok kena bahan kes terkencing dalam seluar. Rare. Kahkahkah. Aku pon tanya Pakli, macam mana rupa makhluk yang dok follow moto time balik tadi.

“Nampak gaya macam perempuan tua, baju putih, rambut putih mengerbang, kuku panjang, kaki nampak setengah ja, muka hitam tak berapa jelas, mata putih semua, takdak mata hitam langsung,” terang Pakli memberi gambaran makhluk tu sambil tangan dia dok shaking lagi. Nampak takot benor Pakli ni.

Lepas ja Pakli cerita pasal makhluk tu, terus dengar bunyi pintu tertutup kuat macam dari pintu dapur luar. Masing-masing dah berpandangan sesama sendiri dengan muka cuak pucat. Aku cakap angin ja tu nak bagi sedap hati. Padahal pintu dapur dalam & dapur luar aku dah tutup tadi.

Start daripada kejadian tu, lepas balik niaga malam-malam memang sekali-sekala akan dengar bunyi pelik. Bunyi ketukan dan cakaran. Tapi aku tak layan sangat sebab aku pikir bunyi tikus atau kucing ja.

Sampai la malam aku tidur sorang-sorang kat rumah sewa ni, barulah dia tunjuk rupa dia. Kisah aku kena kacau kat rumah sewa ni FS dah siar sebelum ni kat episod 1 – Mak Lampir. Rupa-rupanya makhluk yang follow kami balik malam tu adalah Mak Lampir. Gambaran makhluk yang Pakli cakap, memang sama macam malam aku kena gangguan kat rumah sewa awal tahun 2016 ni.

Pengajarannya kalau pi tempat asing, janganlah dok buat terlalu bising dan terlalu berseronok. Kita taktau apa yang sedang memerhati.


MAK LAMPIR 3 : SAYING GOODBYE

Al-kisahnya cerita ni berlaku hujung bulan April 2016. Time ni aku dah stop meniaga dah. Aku dah ready nak sambung kerja makan gaji balik lepas hampir 5 tahun meniaga. Disebabkan bisnes dah slow, dengan ekonomi tak menentu, tak padan dengan masa dengan tenaga yang terbuang. Sampaikan masa untuk family dah hampir takdak. Maka aku tekad ambik keputusan stop bisnes, then sambung keja makan gaji balik guna degree yang memang aku dah ada.

Disebabkan aku dah stop meniaga, so aku nak serah balik la rumah sewa ni kat landlord. Kontrak sampai hujung bulan 4 ja. Dah 2 hari dah aku start mengemas rumah ni. Barang-barang niaga semua aku dah jual kat orang.

Lepas solat Jumaat aku terus mai datang sambung kemas-kemas. Memang letih la buat keja kemas sorang-sorang. Pakli dengan Bob kebetulan dorang balik hujung minggu ni. So dorang janji nak tolong aku malam ni. Lega la sikit ada orang tolong. Tapi aku dah bleh agak laaa, dorang ni tolong menyemak je lagi ada la..haha.

Tapi ok gak dorang ada. Taklah seram sangat. Sejak peristiwa malam aku kena sakat ngan Mak Lampir awal tahun tu, memang aku agak takut gak la nak dok rumah ni memalam. Kalau habis meniaga malam-malam, aku suruh bebudak keja aku teman aku kejap. Nasib baik bebudak keja aku pon paham keangkeran rumah ni. Tapi memula tu kena gelak gak la sebab dah tua-tua pon penakot lagi huhu.

Tengah aku dok mengemas tungtangtungtang, dalam pukul 9malam dengar pinpinponpon hon moto dari luar rumah. Ni mesti Pakli yang mai. Pastu dengar lak suara sumbang dok nyanyi-nyanyi. Sah memang konpom Pakli la ni. Perangai loqlaq camni ada kat dia sorang ja. Jenis perangai dok buat rancak tak ketahuan hala. Mau marah jiran aku memalam pon bising lagi huhu.

โ€œSemekom brader Fennn! Long time no see men. Wazzup wazzup wazzup dude!โ€

โ€œBanyak la hang punya wazzup!โ€

โ€œOi orang bagi salam jawab la. Tu pon nak kena ngajar ka? Susah laaa semua benda aku nak kena ajaq.โ€

โ€œHamboih hamboih sampai-sampai ja terus nak mengajar aku lak.โ€

โ€œAbeh kalau aku tak ajaq, hang nak aku sorang-sorang ja yang pandai? Ilmu ni kita kena kongsi ye ye ye. Baru ada barokah. Insan yang cemerlanggg, insan yang gemilangggg lahir dari hati yang bersih dan jiwa yang tenang ye ye ye,โ€ lagak Pakli gaya macam Datuk Fadzilah Kamsah siap dengan suara sengau.

โ€œHang niii..Aku labi jugak muka hang satgi.โ€

โ€œWatehelllmennnn??!!โ€

โ€œHish budak sekoq ni. Aku inai jugak bulu ketiak hang satgi. Biaq jadi blonde. Baru hang tau erti malu..hahaโ€

โ€œRilek la brader. Sensitip sesentap betoi la hang ni..kehkehkehโ€

Pakli ni lah pak lawak geng kami. Menceriakan hidup kami. Kalau ada budak sekor ni agak terhibur gak la hidup kami dengan perangai tiga suku dia. Mungkin gak la sebab aku yang mudah terhibur kot.

โ€œOi Pakli, ni moto sapa pulak hang bawak ni?โ€

โ€œHAHAHA amacam nampak kacak tak aku bermotosikal Sym skuter 400cc? 400cc banggg! Bukan sebarang-sebarang kelajuan ni. Besttt hanatt!! Setakat Kriss semput hang tu, puiii sila pandang dengan wajah kesedihan ja ye.โ€

โ€œCehhh..badan kurus kering, moto besar gedabak..dah macam beruk sarkas bawak moto dah aku tengok hang ni kahkahkah.โ€

โ€œDejei btoi kutuk aku. Ni moto abang aku la. Saja la aku nak buat cubaan meningkatkan keegoan aku dengan menunggang moto mahal ni. Aku terasa gadis-gadis berpaling manja tak kelip mata pandang aku sepanjang jalan tadi.โ€

โ€œBanyak la hang punya gadis. Dok melayan hang sampai esok tak setel keja. Dah dah mai tolong aku kemas rumahโ€

โ€œSorry la aku takleh tolong kemas. Tapi kalau nak tolong pelempang bleh ja hehehe. Weh ada makan-makan kudap-kudap cikedis-cikedis dak? Lapaq gak ni. Takkan mai tolong saja takdak upah kottttโ€

โ€œAdaaaaaa..aku beli dah nasi lemak tadi. Hang aku kenai sangat dah, memang lapaq all the time. Tak padan dengan kurus. Makan tak berenti. Bela hantu raya ka hapa.โ€

โ€œEh sat sat Fen..Aku ada kemusykilan ni. Tadi maghrib aku pi masjid aku pakai selipar jamban. Ni awat aku pakai selipar Adidas lak ni. Hmmmmm mistik sekali kejadian aku niโ€ฆโ€

โ€œZuzake meroket selipar kat masjid!!! Tak habeh-habeh perangai huduh. Oi dah tua dah la oi nak meroket selipar macam budak-budak.โ€

โ€œSerius weh memang aku tak perasan. Takpa esok time maghrib aku pi letak balik..hihiโ€

Maka aku pon start mengemas cuci-cuci rumah sambil tahan telinga dengar Pakli nyanyi tak reti dok diam. Bernanah dah telinga aku ni.

Tengah aku dok mengemas kat dapur, dengar bunyi cakar-cakar kat pintu dapur. Lepastu bunyi macam orang baling batu kat tingkap nako. Ahhh sudah dia kacau dah. Tapi aku terus mengemas jugak buat-buat tak layan. Seram oi. Aku sedapkan hati tu maybe kucing dok main kat luar dapur.

Makin lama makin kuat pulak bunyi cakar ni. Time ni memang meremang habeh bulu roma aku. Nak hilangkan takut aku pon join nyanyi sekali dengan Pakli yang dok tengah mengemas kat ruang tamu.

โ€œPstt pssttt psstttโ€

Aku dengar macam orang berbisik dari luar dapur. Aku pon pasang telinga apa yang dorang dok bisik tu. Kot-kot la Yusuf Taiyob ke kan..huhu.

Tiba-tiba aku perasan dari ekor mata aku ada bayang melintas kat luar tingkap nako. Perlahan ja dia lalu. Haduhhh makin terok dia kacau ni. Aku pon panggil Pakli sebab rasa seram terok sangat dah ni.

โ€œOi Pakli mai sini sat tolong aku kat dapoq ni. Bleh sembang-sembang, boring la sorang-sorang sini.โ€

โ€œHaa ye lah. Aku baru nak lepak sap kok ni.โ€ Sambil Pakli datang dapur dengan muka buat-buat letih konon terok sangat kerja dia tu.

โ€œElok la tu mai hisap rokok kat dapoq ni teman aku. Ni hang pi tolong bukak pintu dapoq tu sat bagi angin masuk sikit. Hang duduk kat pintu tu la hisap rokok.โ€

Aku cuba trick Pakli suruh duduk kat luar tengok ada apa kat luar. Sebab aku sendiri takot nak cek bayang apa yang lalu tadi. Haha bijak tak aku?

Elok ja Pakli bukak pintu dapur terus macam ada cahaya terang dari luar. Cahaya tu berkelip sekali ja macam kilat menyambar. Tapi nak kata kilat pon tak gak sebab takda bunyi guruh pon. Terkejut gak Pakli sambil mencarut dia. Seraya tu rasa angin sejuk bertiup masuk. Sejuk lain macam, macam pukul 5pagi punya sejuk.

โ€œWeh Fen cahaya apa tu? Terang betoi sakit mata aku. Terkezut beruk aku. Kejilakean apakah ini?โ€

โ€œTah..kilat kot. Nak hujan kot,โ€ kata aku nak sedapkan hati Pakli dan hati aku.

Aku dengan Pakli masing-masing diam lepas tu. Maybe masing-masing dok terpikir kejadian cahaya sebentar tadi tu. Aku dok sambung mengemas, Pakli lak dok bersila sambil puhpuhpuhpuh hembus asap rokok.

โ€œTujuh puluh tiga pintu, tujuh puluh tiga jalan. Yang sampai hanya satu jalan! Uhhhh sang algojoโ€ฆ Uhhhh nanti dulu!โ€ Bersungguh-sungguh Pakli nyanyi siap dengan gaya tangan. Sabar la nakkk.

โ€œEncik Pakli, maaf nak tanya?โ€

โ€œYa Encik Fen, maaf nak jawabโ€

โ€œWeh hari tu hang kata nak ngorat awek pan-asian yang baru masuk kat ofis hang. Apa crita?โ€

โ€œTulah..mula-mula aku dok main mata gak la dengan awek tu dari jauh. Dia comel di sana, aku kacak di sini. Sambil control sehabis macho aku.โ€

โ€œPastu??โ€

โ€œHmmmm itulah. Orang hensem macam aku ni memang banyak musuhโ€ฆ.โ€

โ€œKAHKAHKAH hensem tang mana tu? Tang buku lali ka? Hahahaaโ€

โ€œYelah yelah..aku sedaq aku kurang kacak. Biasala ngorat tak dapat. Kena reject. Pastu kena caras dengan officemate aku. Melopong ja la aku. Takpa akan aku tunggu gadis sejati yang akan terima aku seadanya acewahhh.โ€

โ€œHah sapa mamat officemate hang yang caras hang tu. Mai aku ketuk dahi dia dengan penuh iltizam!โ€

โ€œAlaaa ada la senior aku tu. Budak senior tu memang hensem pon..hmmmm.โ€

โ€œHang kena mandi bunga ni. Bagi berseri sikit muka hang. Baru awek tengok pon tergamam tengok nur cahaya kat muka hang. Muka tak berapa nak siap macam hang ni mana ada jodoh turun dari langitโ€

โ€œHaram jadu ngutuk muka aku. Mandi bunga jadah apa. Ingat nak kawen ka mandi-mandi bunga ni. Tapi kan Fen, nanti bila aku kawen hang mai la kenduri aku. Bleh hang renjis-renjis dipilis, ditepungi la tawar, hai beras pulut ditabur, disiram si air mawar ewahhh.โ€

โ€œBanyak la hang punya siram air mawar bagai. Aku siram dengan air bateri ja. Biaq bersepuh muka hang.โ€

โ€œPuiii. Tapi bila aku dengaq lagu pelamin anganku musnah, menjejey-jejey air mata aku. Ohhhh kenapa orang tak hensem dugaannya berat??โ€

โ€œHmmm aku bersetuju dengan statement hang tu. Orang tak hensem memang banyak cabaranโ€ kata aku sambil buat mulut ke bawah dan angguk-angguk kepala. Korang bleh bayang kan gaya aku bersetuju tu camna?
Haa tu yang korang dok buat praktikal angguk-angguk kepala apakes? Korang bayangkan sudah la, jangan dok buat gaya sekali. Malu kat orang aihhhh! OKkkk hambarโ€ฆ.

Tiba-tiba aku perasan ada bayang lalu lagi kat luar. Kali ni laju. Bayang hitam. Lalu di belakang Pakli. Pakli time ni duduk bersandar kat tepi pintu dapur tapi dia menghadap ke dalam rumah sambil main henfon. Aku dah dupdapdupdap. Memang sah ada benda angker kat luar. Aku pon suruh Pakli tutup pintu dapur dan ajak Pakli masuk lepak depan. Bleh makan nasi lemak.

โ€œAghhhhhhhhHH sakittttTT!!!โ€ Jerit Pakli sambil menggelupur pegang kaki dia.

Aku dah saspen. Adakah jembalang tu telah mengkokak kaki Pakli ka hapa?

โ€œFennnn tolong akuโ€ฆtolong aku!! AghhhhhhhHH!!! Kaki aku kebasโ€ฆsemut-semut oi!!โ€

Bengong ya amat punya Pakli. Aku dah saspen habeh dah ingatkan jembalang tadi tu kokak kaki dia..huhu. Aku tepok jugak muka Pakli ni.

Jam pon dah hampir kul 12. Bob janji nak mai tolong kemas. Tapi sampai tengah malam ni tak sampai-sampai lagi. Membuta la tu kat rumah. Hampeh.

Aku lepak kat ruang tamu, duduk betul bawah kipas nak bagi hilang peluh. Sambil makan nasi lemak. Nikmat betol makan time penat-penat camni. Pakli lak dok call sapatah kat bilik. Kata takdak awek, tapi cakap bukan main i u i u. Hilang selera makan aku dengar dia borak.

โ€œWeiii makan sorang nasi lemak. Tak hajakkkk!โ€

โ€œTak hajak pon takpa. Putus selera makan aku dengaq hang cakap dengan awek.โ€

โ€œBukan awek la. Skandal. Akak cleaner kat ofis aku..kehkehkeh.โ€

โ€œHang terok sangat dah ni. Esok aku pi rumah hang. Suruh mak hang bagi hang menikah cepat sikitโ€

โ€œHehehe. Nak nasi lemakโ€ฆUiiiiiii nampak sedap berlemak elok uiiii.. Fennnnโ€ฆNanak suap.โ€

โ€œHa mai sini. Yang aku suapkan cumalah secebis pelempang. Mau?โ€

โ€œAlaa abang Fen ni. Gurau sikit pon tak blehโ€ฆmajukk lerrr camni.โ€

โ€œGeli geleman aku. Pi makan nasi lemak tu. Bob takmai dah kot. Whatsapp pon dia tak reply. Hang makan la semua balance 4 bungkus tu.โ€

Lepas makan kami pon borak-borak kosong ja. Nak balik pon malas sebab dah penat-penat. Seharian dok kemas, lenguh abeh badan.

โ€œFen, pinjam toilet. Nak uk-uh..sakit perut. Pinjam towel skali nak mandi. Hang jangan skodeng aku mandi lak.โ€

Kreekkkkk..bamm!

Bunyi pakli tutup pintu toilet. Pintu tu memang berkeriuk kuat bukan main. Berkarat teruk dah engsel.

Pastu tak sampai beberapa saat bunyi kreekkkk balik tanda Pakli bukak pintu toilet. Aikkk cepat betoi mamat ni melabur. Enjin turbo apa dia pakai.

Aku tengok Pakli jalan slow ja ke arah aku. Muka pucat dah. Sambil dok gamit-gamit kat aku sambil mata dengan mulut dok buat isyarat tunjuk ke arah toilet. Pelan ja dia jalan ke arah aku. Aku pon dah bangun nak pi cek.

Aku pikir kot ada biawak ke apa sebab sebelum ni memang ada anak biawak dalam lubang toilet. Sebab penutup konkrit manhole kat blkg umah dah pecah. So lubang tu biawak bleh masuk.

Tapi yang sebenarnya dalam hati aku memang tak sedap hati dah. Mesti jembalang kat dapur tu yang menyakat ni. Bulu roma dah start meremang. Muka aku pon rasa kembang semacam dah.

Aku angguk kepala ke atas tanda isyarat tanya Pakli apa ke hal. Pakli balas isyarat aku dengan buat muka huduh, mata hitam ke atas, sambil angkat dua-dua tangan macam mencakar.

โ€œAda apa Pakli?โ€ Tanya aku kat Pakli dengan suara berbisik.

โ€œAda something dalam toilet. Melekat kat penjuru siling atas dok usha aku tadi.โ€ Membisik sambil terketar-ketar mulut Pakli bagitau.

Tiba-tiba lampu kalimantang kat ruang tamu ni terpadam. Srruupppp!! Luruh kejap jantung aku. Dahla tengah seram ni. Keadaan agak malap time ni, harap cahaya dari dapur dan bilik ja.

Aku tengok Pakli dah terbeliak mata, muka makin pucat. Lutut aku pon dah start menggigil dah. Aku pandang Pakli, Pakli pandang aku. Dah takot benor dah kami.

Dengan tak semena-mena aku terperasan ada susuk tubuh tengah bertenggek atas dinding di depan toilet. Depan pintu toilet ni ada dinding bata pembahagi, tinggi lebih kurang 2meter. So orang kat ruang tamu tak nampak la pintu toilet ni.

Mata aku terpaku terus terpandang susuk tubuh tu. Perempuan berbaju putih kotor kusam, muka sangat berkedut, mata terbeliak putih semua, rambut putih kusut mengerbang. Mulut dia tersenyum panjang hampir ke telinga. Sinis. Memang aku takleh lupa senyuman menyeramkan tu. MAK LAMPIR!!! Sah ni memang Mak Lampir yang kacau aku hari tu.

Pakli terperasan aku dok pandang arah belakang dia, dia pon toleh nak tengok. Haaaa elok dua-dua orang terkaku keras kat situ.

Bunyi pintu toilet dihempas โ€œBAM BAM BAM BAMโ€ banyak kali. Setiap kali dihempas, terasa sampai ke dalam dada dia punya impak. Kedengaran gak suara โ€œaaaaaarrrkkkkkkkโ€ dari arah Mak Lampir tu. Bunyi suara macam cerita Ju-On tu kalau korang nak tau. Panjang tak berenti, memang takda stop nak tarik nafas dah. Anjing pon dah kedengaran menyalak sakan dari luar rumah. Perghhhh memang ketakutan tahap ekstrem dah.

Dalam takut-takut tu aku terpikir gak, jangan la Pakli buat perangai melepas kat sini. Buatnya dia buat perangai terkencing macam time pi memancing hari tu. Jenuh nak cuci.

Kami terkaku stuck kat situ tak tau la berapa lama. Tergamam. Yang aku perasan Pakli dah nak start lari. Aku pon apalagi, ready gak la nak buka langkah seribu lari ke arah pintu depan. Tapi yang pelik, kaki ni rasa berat sangat nak melangkah. Macam ada itu batu besar juga ada ikat sama saya punya kaki ayooo.

Seksa sungguh nak angkat kaki. Tangan ja yang bergerak laju. Tapi kaki harem langsung tak bergerak. Dah macam menari agogo dah kami. Bila pikir balik dah macam orang sasau. Kelam-kabut kami kat situ, dengan muka cuaknya.

Peluh dingin dah berjejes-jejes kat muka aku. Last-last aku seret ja kaki. Tu pon rasanya seminit satu inci ja kot bergerak..huhu.

Pakli aku tengok dia dah mengesot dah. Laju gak dia mengesot. Mula-mula tu terkejut gak ingatkan suster ngesot ka apa tiba-tiba lalu sebelah kaki aku. Aku pon apa lagi, berjemaah ikot mengesot gak la. Memang terbukti. Mengesot lebih laju daripada menyeret kaki..huhu.

Bila kami dah sampai kat pintu depan iaitu sliding door. Nak bukak tapi tak boleh. Macam terkunci. Mak Lampir tu telah menggunakan power dia bagi pintu takleh bukak. Aku dengan Pakli dok pakat tarik. Dah macam nak putus tangan dok tarik tapi tak terbukak gak. Lama-lama boleh roboh jugak kot pintu ni.

Segala ayat suci, surah-surah, doa apa semua memang terlupa habis time ni. Rasa macam nak ingat dah, tapi tak reti nak start, ingat-ingat lupa huhu. Tak tercapai akalku. Dengan dok pandang muka cuak kelam-kabut Pakli yang tak berapa kacak tu, lagi la lupa semua habeh.

Suara Mak Lampir tu rasa makin lama makin dekat kat belakang telinga ni ja. Betul-betul rasa macam ada kat belakang kami. Siap mengilai sakan. Memang tobat la aku nak toleh belakang. Berjujai-jujai dah air mata mengalir huhu.

โ€œBismikallah humma ahya wa amuut.โ€ Aku dengar Pakli mula baca ayat suci.

Aku pon ikot sama Pakli baca ayat suci tersebut. Berulang-ulang kami dok ulang sama-sama. Makin lama makin kuat dan khusyuk kami baca sambil goyang-goyang badan.

Tapi makin lama, aku rasa makin pelik. Aku rasa macam familiar ja ayat suci ni. Bila dah agak boleh berpikir dengan waras, memang sah ni doa sebelum tidoq. Jadah pebenda baca doa tidoq!!! Patut la Mak Lampir tiba-tiba mengilai tadi. Dia gelakkan kami rupanya.

Tiba-tiba terdengar orang bagi salam dari luar. Serta-merta lampu ruang tamu menyala semula. Sliding door pon dah boleh bukak. Terseret gakla muka Pakli kat cermin pintu tu sebab tiba-tiba pintu dah boleh bukak. (Sampai aku keluar rumah sewa ni, aku tak lap bekas minyak muka Pakli kat cermin sliding door tu. Sebagai sebuah tanda kenangan tragedi seram..hehe).

Bila dah keluar rumah, nampak Bob dok tercegat kat porch. Rupanya Bob yang bagi salam. Terus kami berlari ke arah Bob. Yang Bob lak dok tersengih-sengih sampai nampak planta celah gigi.

BOB : โ€œWeh sorry lambat sikit sampai! Aku tertidoq tadi. Ehhh hangpa duorang apahal ni kelam kabut lari mai kat aku. Aku dah rasa macam babah-babah lak, anak-anak mai serbu time balik keja bawak choki-choki..hahaha.โ€

AKU: โ€œNasib baik hang mai Bob. Hang memang hero. Hang lah wira tak didendang. Kami kena sakat tadi!โ€

BOB: โ€œPerghhh..patut pucat berpeluh semacam ja hangpa duorang. Jom lepak kat luaq pagaq. Seriau aku nak lepak sini. Jom jom.โ€

AKU: โ€œNi hang Pakli, dah hilang dah nak uk-uh? Risau aku kot-kot terburai tang sini lak.โ€

PAKLI: โ€œTadi tu hilang dah rasa sakit perut. Dia tersedut masuk dalam balik. Tapi la ni, ada gak la rasa sakit perut tu mai balik. Satgi hangpa teman aku berak ye..takuttt.โ€

AKU: โ€œHishhh tadak pasai la. Aku libas gak hang dengan kayu sugi aku biaq tersidai kat ampaian tu. Balik guna jamban kat rumah hang laโ€

PAKLI: โ€œBob awat hang mai lambat? Kalau tak, boleh gak kita berjemaah seram beramai-ramai tadi.โ€

BOB: โ€œAku tertidoq tadi. Penat kan, lepas keja petang tadi terus balik rumah mak aku. Aku bangun tidoq tengok moto aku takdak. Adik aku pakai merempit kot. Ni pon aku jalan kaki mai sini. Aku pakai waze. Baru download semalam.โ€

AKU: โ€œJadah apa jalan kaki pon pakai waze. Kebongokan apakah yang hang cuba lakukan. Tak penahnya jalan kaki ada trafik jem. Haduhhh.โ€

BOB: โ€œOwww takdak jem eh? Hehe.โ€

AKU: โ€œOk sekarang ni kita nak buat macamana ni dengan rumah sewa ni? Aku dah takut habeh dah nak masuk rumah ni.โ€

BOB: โ€œAku rasa kita ramai-ramai pi sakat syaiton tu balik. Orang tua-tua kata kalau kita telanjang, hantu takut tengok kita. Kita 3 orang. Mesti dia takut lah.

PAKLI: โ€œBrilliant! Idea hang tu menunjukkan hang ada IQ setaraf Einstein. Aku setuju!โ€

AKU: โ€œTak payah nak setuju sangatlah Pakli oi. Satgi hang yang terberak dulu kot. Sebelum syaiton tu takut tengok hangpa, aku yang lari dulu tengok hangpa telanjang.โ€

PAKLI: โ€œAku ada cadangan! Syaiton tu port lepak dia dalam tandas kan? Apakata kita ramai-ramai pi ketok goncang pintu toilet tu bertalu-talu. Biar dia pulak rasa seram. Baru dia tau kita ni bukan biasa-biasa!โ€

AKU: โ€œBengong idea hang Pakli. Ok, la ni kita kunci rumah ni dulu. Kita balik. Esok pagi kita mai balik tolong aku mengemas. Aku rasa esok leh siap la ni kemas semua.โ€

Maka keesokan siang harinya kami pon mai mengemas ramai-ramai. Semua dok melekat cam belangkas tak berani buat keja sorang-sorang. Nak masuk toilet pon kena teman.

Lepas aku kunci pagar buat kali terakhir. Aku toleh ke arah rumah tu dan sempat gurau. โ€œBabai Mak Lampir! Jangan pernah rindukan aku ye!โ€

Terus cepat-cepat aku start keta blah dari situ sambil ditempeleng di kepala oleh Bob disebabkan keceluparan mulut aku.

Sehingga ke hari ni. Rumah tu takdak sapa yang menyewa. Daun-daun kering bertaburan dan pokok dah penuh menjalar kat pagar menambah kesuraman rumah tu. Tapi yang pastinya Mak Lampir sedang menunggu mangsa seterusnya yang menyewa rumah tersebut.

Diharap hangpa terhibur. Jangan lupa like & share. Manatau Mak Lampir tu ada main fesbuk, boleh la dia terbaca kisah ni..huhu.

Dijemput untuk follow di facebook saya di https://www.facebook.com/deefen.df

Wassalam. Take care.

#deefen
#maklampirmarathon

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Lawati aman facebook penulis:ย https://www.facebook.com/deefen.df

deefen.df

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

253 thoughts on “#DeeFen – Mak Lampir (Marathon)”

  1. Jap nak tanya..mak lampir marathon nie same ade kene mengene ke dgn cite mak lampir bersiri indo tu..kalau same malas nak baca sb dah tgok cd dulu..haha..jgn marah ye en.penulis..

    Reply
    • kalo yg cd tu dia buat cite.. muntah wei nak baca.. berjela2 panjang.. ko ada ag cd tu bob? tu zaman2 kak mami skolah menengah cite tu abah asik p kedai cd nak beli tiap episod.. kartun betul cite tu.. haha.. kak mami buang dah bio dia tek teringat lagi cite peberet dia

      Reply
      • Tu la pasal kak mami..dulu byk la jugak seriesnye yg dikumpul..tp tak la complete..haha
        adik aku takut sgt dgn crita tu kak mami..ntah bila tah satu hari cd2 tu dah mghilang tanpa kabar berita..surat pun tak tulis..kot la nak tggal pesan ke ape..huhu
        tp aku syak adik aku yg buang cd2 tu kak mami..haha

        Reply
  2. Jalan jirat hindu tu kat sungai petani la kan. Oleh kerana story dari deefen aku agak betoi dah la tu..kahkahkah..writer kebal FS.

    Reply
  3. Deefen ni aku tak perlu rate dah. Sebab dia memang power.

    Nak tlg promote je

    Deefen, Shizu dan SP dah keluar buku

    Berjudul Segi Tiga

    Boleh preorder di fb ketiga3 penulis..

    Haa aku iklankan free.

    Tapi yang penting,

    Aku doa

    ??Izzi?? aku sehat. Tuje.

    Reply
  4. 1st comment!!!

    Anjing india mmg bunyi “Auk auk auk” eh?.. Hahaha slalu aku baca bunyi anjing menyalak tu “wow wow wow”..

    5/10 kipidap writer

    Reply
  5. Mak lampir – marathon…
    Aku baca pun da macam marathon sbb panjang sangat ko compile 3setori… Last2 aku give up sambung baca esok je laa… Huhuhuu

    “Orang tua-tua cakap kalau rumah kat betul-betul simpang tiga, memang selalu jadi laluan benda-benda mistik lagi angker ni”
    Ekau ni biar betol.. Dah ler rumah aku ni second last kt simpang tiga ni.. Blok umah ujung skali pulak tu.. Huhuhuu T_T

    ” Maybe gak sebab muka aku huduh, tak kacak..hmmmm”
    Muka x kacak takpe, janji hati yg kacak…
    Kacak luar, kacak dalam, kacak sana sini~~ ewahh

    #DoneMarathon

    Reply
  6. โ€Œ?โ€Œ?โ€Œ?โ€Œ?..
    Cerita kau win bro.. gempak abis.. lawak + seram.. hahaha.. perfect.. 5 stars masi x cukup untuk rate kau punya cerita.. best gila.. haha
    10.2/10.3

    Reply
    • ha btol la penah baca. Mak lampir the origin . Tahun lepas punya story . Deefen ke penulis cerita lama tu atau adaptasi semula ??

      Reply
    • Betul la tu.. Cerita yg same.. Penulis yg same.. Tapi ni dia buat marathon abis 3 chapter..

      Sekian dari silent reader..?
      #donebagipencerahan

      Reply
  7. gigih aku marathon malam2 buta kul 1pagi.. Baca sambil tegak bulu segala bulu, sambil gelak x hengat.. Seram + lawak betol..

    sampai part lirik lagu, aku ternyanyi plak.. Tapi dlm hati je laa.. Adehhh

    btw, terbaik deefen.. Penulis legend kt fs ni.. Kipidap writer??

    Reply
  8. Deefen penulis terbaik,mna2 yg mls bca tu,cba bca dulu,sicelupar,akak tgkat13A,cikedot,braderwathal,carlitorocker mmg pnulis terbaik bg aku,kta komen kt diorang tak pnh nk melenting mcm pnulis2 skrg ni,kecam ckit dah kecut ek eleh

    Reply
    • betol la tuuu…ade la sorg minah tu, agaknye rase diri die da fames, da ade followers kemain lagi.usik sikit melenting. aku perati je. macam bagus. orang lain cerite meletop siap keluar buku lagi. die berkokok dalam ni je ler. kau macam da lame dalam FS ni ? semua yang kau sebut tu name writer lame2 dulu tu. kau tinggal lagi sorg writer. Rin si penulis Aku Rindukan Maya.

      Reply
      • yer aku dah lama follow page ni b4 dak acah2 bagus komen dlm ni wujud lagi,writer yg tah apa-apa sengal lak ku tgok.aku tgok bnyak geng2 ayam berkokok kat sini,satu kna lastik semua geng berkokok sekali ,yes rin,ku terlupa nma dia sebab bnyak sgt writer terbaikk dlu,bnyak lagi yg aku xdpt senaraikan.kau lama gak ke follow page ni?lama ni aku silent reader jer,tapi bila tgok cmnie nak jugak melenting tgok,kau setuju tak?

        Reply
          • Ko lama mana sangat Grim_Reaper kat FS ni?
            Ada lama sangat ke? Ko kenal ke semua writer?
            Nak cakap lama aku rasa aku paling lama kat FS ni.
            Serious bukan nak berlagak. Ko list lah semua writer aku kenal dan follow..

            Ko rilek la. Zaman berubah bro..
            Dulu satu cerita writer post. Nak dapat komen pun susah.
            So jadi macam krik krik je kat post writer tu.

            Zaman sekarang ni ada orang komen banyak,
            Rate, baca cerita writer semua, bagi kritikan membina.
            Ko nak apa lagi?
            Just accept changes la.
            Changes for positive is ok.

            Ko nak tak suka dan benci orang yang komen kat sini kenapa?
            Sebab nanti orang tak nampak ko punya komen?
            Chill. Jangan dengki dengan orang..

            nak cakap pasal lama cakap dengan aku dulu.

          • haha.
            ko ingat aku bodoh macam ko ke tak tahu
            nama # Fiksyen Shasha # ni dulu Jadilah Seperti Shasha?

            Ko salah orang nak tepuk bontot la anat

          • mulut aku, aku punya hal lah.
            aku menaip ni bukan pakai mulut, pakai jari! kahkahkah

            Ko nak berhujah pasal apa lagi ni?
            Tak nak berhujah pasal ‘kenal’ fiksyen shasha lagi ke?hahaha

            BODOH TU SIMPAN KAT RUMAH YE

          • jumpe jugak orang lame dsini..sy orang baru. tapi pena tak bace cerita pasal jiran ? yang die berjiran dengan hantu tu ? sebab lame da mencari, search kt sini lain yang type lain yang keluar..ingat tak tajuk die ? nak repeat bace..

  9. DeeFen/SiCelupar/SiPerantau/AkakD13A/Rin(Aku rindukan Maya)/CarlitoRocker/CiKedot antara best writer dulu2. mane korang ? xmau buat kambek ke ?

    Reply
  10. “Maybe muka aku tak sekacak Fattah Amin. Awek tengok muka aku pon fattah balik..fattah hati btol” Nasib baik tak cakap muka tak macam kayu (fattah amin) HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA ok done gelak. hm ok gurau.

    hm. Penat aku marathon sambil gelak wei. hahahahahahahhaha

    Reply
  11. Nek mcm da penah baca cite ni..tapi tak pasti kat mana….mungkin cerita ni pernah publish kat iium confession kot..yeke? eh? kat mana ek…

    Reply
  12. Dah macam orang mental dah aku kat sini gelak sorang-sorang.
    Hahahaha… Serius klakar giler citer ni plus seram Mak Lampir. Nice bro! Ade citer lain lagi tak?

    Reply
  13. hahaha! Lawak, terburai perut gelak! Aku gelak sorang-sorang kot baca benda ni. Nasib takde orang, kalau tak mesti diorang kata aku gila sebab baca citer hantu pun gelak sakan!

    Reply
  14. cerita ni lawak…sbb cara penceritaan..baca tgelak2 sensorang…tp kalo jumpe mak lampir ni depan2 mau pengsan aku…btw cite ni mmg best…saya bg 5star

    Reply
  15. Best citer deefeen.sampai kluaq ayaq mata baca kisah ni.bukan sedih tapi seram campur klako.apa pon best dapat kawan macam pakli.

    Reply
  16. Fen..serius cite ni seram.
    Tapi sakit perut makcik gelak sepanjang-panjang nk tamat cite.
    Mohon menulis lg fen ?????
    Xpnh jumpe y kelakar gini.
    Tapi nk tya..kenapa bila jupe kali kedua tak baca atau takbir mcm kali pertama dulu?

    Reply
  17. aduhaiii fen…sambil baca smbil gelak,xbleh blah tang golek2 ikot pcong n seret kki ngn pakli
    nasib budak2 xtgur duk ktawa dpn laptop..hahahah

    Reply
  18. Saya pening dah, ni cerita lawak ka cerita seram.Tergelak-gelak saya baca.Awat loqlaq sangat Pakli tu ooi..Hahaha.. Lama tak cakap utara

    Reply
  19. Sakit perot gelak dok baca cite ni dlm dok seram tu teselit lawak baq ang ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚nnt kim salam dgn pakli ๐Ÿ˜

    Reply
  20. Lawak paklie xpasal bangun bini aku pasal aku tergelak dia ingat aku ada skandal ka apa .. Duk gelak pgi buta hahhHhahaha… Terbaik cerite bro

    Reply
  21. Aduiiii..ni cerita hantu ke cerita lawak niii..aku baca sambil gelak2. Lupa plak aku tengah baca fiksyen genre seram.. Mak lampir 2 tu aku gelak sakan..tapi best la cara penceritaan penulus ni

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.