Deria Ke Enam (Aku Dan Penjaga)

Penjaga (2010) cherating.

Assalammualaikum Admin FS…
Terima Kasih atas kesudian menerima cerita saya… Nama Pena saya ‘QueenSheera’.

Banyak kisah mistik yang boleh saya kongsikan sebenarnya, sebab saya ada kelebihan sedikit… wallahualam… iaitu
Deria Ke Enam Atau Indigo, sejak dari saya kecil lagi…

Saya sebenarnya tak tahu nak mula dari mana tapi kalau ikutkan saya sendiri tak tahu yang saya ni ada yang menjaga.. sebenarnya banyak kali dah benda2 pelik terjadi pada saya.. tapi saya buat tak tahu sahaja…bukan tak percaya cuma malas nak fikir nanti sendiri jadi takut.. kisah penjaga saya ni bermula dari saya kecik dulu.. seingat saya saya ni hanya ada ‘imaginery friend’ je…seperti apa yang arwah mama saya cakap lah, saya ni selalu sendirian sahaja, tapi macam ada kawan yang sentiasa temankan saya, semasa bermain2 dan sentiasa kelihatan seperti sedang berborak2 dengan seseorang.. (AlFatihah Mama)

Masa saya kecik2 dulu, saya suka panjat pokok rambutan sebab pokok tu macam, tidak lah tinggi sangat dia macam terbantut la, jadi tidak lah tinggi sangat kalau saya panjat pun.. saya selalu je main2 dekat situ.. hinggalah satu hari dahan yang saya pijak tu patah…

Selepas itu saya macam ‘blackout’.. tak ingat apa dah.. rasa macam kaki atau bahu saya patah .. sebab memang sakit sangat masa sebelum saya pengsan tu .. memang jelas, ingatan saya ketika itu… tapi, bila saya sedar, saya dah berada dalam rumah…dan tidak tercedera hanya luka2 je.. masa tu saya kecik lagi kan, jadi memang macam terpinga2 je la.. tapi saya biar je la tak nak fikir.. dan pelbagai lagi pengalaman2 yg hampir meragut nyawa saya.. kalau nak cerita kali ni, macam banyak la pula.. sebab saya ni boleh di ketegorikan sebagai budak lasak..

Dalam banyak2 pengalaman saya, saya paling ingat pada tahun 2010.. masa tu saya ada masalah dengan suami, jadi kami berjarak la.. saya selalunya kalau bos suruh saya outstation saya memang setuju je.. sebab itu je lah masa dan peluang untuk berjarak dengan suami .. ‘outstation’ saya, selalunya memang lama, berbulan lah..

Jadinya, pada satu hari saya kene posting ke terengganu.. saya ni, kalau ‘long distance’ memang suka menggunakan laluan kampung atau jalan kampung, sebab nak membeli kat tepi2 jalan tu.. kami bertiga la masa tu.. driver, pegawai saya dan saya…entah macam mana, sedang pemandu kami memandu tu, macam ada sesuatu melintas mcm seekor anak b**i hutan.. jadi dia pun terpaksa la tekan ‘break emergency’ sebab nak elak kan dari terlanggar anak b**i tu.. tapi, Allah nak uji juga kami pada masa tu.. kereta yang kami naiki tu tak dapat dikawal oleh pemandu selepas cuba untuk mengelak anak b**i tu… sebab, jalan raya tu licin, sebab baru sahaja lepas hujan…

Makanya, berpusing2 la kereta yang dipandu tu akibat ‘break emergency’ tu… dan kenderaan kami ketika itu, termasuk separuh kedalam longkang atau parit besar tepi jalan tu.. seingat saya kami semua pengsan kat dalam tu.. (Alhamdulillah tidak la ada kecederaan parah)…
TAPI yang menjadi pelik nya masa kami sedar kami bertiga dah ada dekat luar kenderaan kami, dan kami tak tahu berapa lama dah kami terbaring dekat tepi jalan tu.. tahu2 je kami disedarkan dan dalam perjalanan ke hospital.. dan kenderaan yg kami naik tu, seperti yang pegawai yang merawat saya tu kata.. terbakar sikit kt belah tank minyak tu tapi, pihak bomba sempat sampai masa tu dan berjaya memadamkan api, kalau tidak, kemungkinan akan meletup dan kami akan terperangkap dan kemungkinan untuk selamat amatlah tipis, wallahualam…

Saya masih mamai2 masa ambulance angkat kami tu.. tak terfikir apa pun masa tu cuma rasa bersyukur sebab selamat .. tapi badan sakit2 masa tu… Allah je tau…

Jadi malam masa kami dekat ward tu pegawai saya dan driver ada lah bertanya melalui SMS di telefon bimbit saya, dan bertanya kepada saya..

” Puan, puan ingat tak masa kita dah pusing2 tu kita semua masih dalan kereta kan? Saya pun dengan pening2 kepala tu pun baru terfikir.. haah la betul jugak.. kami semua masih dalam kenderaan tu…

Sebab seingat saya, saya macam ada terdengar pegawai dalam ambulance tu, bercakap sesama mereka .. ” nasib baik sempat dorang keluar kalau tak terbakar dah” tapi mereka pun macam pelik sebab, masa tu kami memang tak sedar apa lah, pengsan.. mereka pelik macam mana kami boleh ada dekat luar kereta dan dibaringkan sebelah menyebelah tersusun elok je.. sebab kawasan yang kami kemalangan itu, memang jarang ada kenderaan lalu lalang dan masa kejadian pun dah hampir tengah malam…
jadi saya pun beritahu pemandu dan pegawai saya tu, “tak apa lah, kita ucap syukur je la sebab dah selamat”…

Padahal saya masa tu dah seram sejuk dah.. tapi saya cuba sedapkan hati lah kata mungkin ada orang awam yang bantu (unsung hero) ..

***tapi lupa nak beritahu, dari tempat kejadian kemalangan tu, sampai la ke dalam ambulance dan terus menerus hingga ke wad saya ditempatkan tu, ada satu bau wangi yang sentiasa ada dengan saya… tapi saya abaikan sebab fikir mungkin bau minyak wangi yang dipakai oleh pegawai2 kesihatan tu melekat pada saya…

Tapi, jujur saya cakap, saya memang tak boleh lena malam tu kat wad.. dan bau itu memang ada dengan saya, bau nya kuat sangat seolah ada betul-betul dekatkat sebelah saya… dan yang paling pelik saya macam pernah bau wangian itu tapi kadang2 je la sejak dari saya kecik dah jarang2 bau .. tapi masa kejadian tu saya terbau semula wangian tersebut dan saya memang tak terfikir apa2 pun ketika itu.

Jadi, dalam usaha, untuk saya melelapkan mata, saya berzikir dan membaca surah2 yang saya amalkan setiap malam sebelum tidur, dan… sedang saya melayan mata untuk lelap, tiba2 saya dengar ada suara berbisik dekat telinga saya, ” Alhamdulillah”… Saya tersentak, dan terus tersedar dari mamai2 nak tidur tu.. dalam samar2 saya nampak ada lelaki berjubah putih dan berkopiah hijau berlalu pergi dan keluar dari pintu ward…

Malam tu juga saya mimpikan sahabat saya masa kecil tu seorang lelaki dan seorang perempuan berpakaian macam orang dulu2, dan berpesan kepada saya… ” jangan tinggalkan solat, habiskan bacaan Quran yang tertinggal bila dah sihat nanti.. Inshaallah kami akan menjaga awak dari jauh dengan Izin Allah swt….”

Masa saya menaip ni pun, meremang bulu tengkuk dah ni… sampai sekarang pun ada kala bila saya membaca AlQuran, seperti ada yang menemani dan membetulkan bacaan saya dari hati… wallahualam…

Inshaallah kalau lepas cerita yang ini, saya akan kongsi lagi pelbagai cerita mistik yang pernah dan sedang saya alami…

Terima Kasih Semua….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

QueenSheera

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 45 Average: 4.5]

3 thoughts on “Deria Ke Enam (Aku Dan Penjaga)”

  1. Alhamdulillah…puan..bersyukur dpt juga kwn dari alam sebelah yg menjadi sahabat puan…dari kalangan makhluk Allah yg baik…tak mcm akak ni…dpt kwn yg suka ambil kesempatan..bekas suami pulak tinggalkan akak dgn hutang hampir 100 ribu…hingga sekarang akak msh stress dan down SGT2.

    Reply
  2. alhamdulillah..subhanAllah..semoga awak terus sentiasa dlm lindungan Allah..misteri juga kalau tetiba dah keluar dr kereta..klu nk kata org yg tlg..mesti dia tunggu smpai ambulans dtg..n sape pulak yg call ambulans kan klu dah tiga2 pengsan..musykil2..hanya dgn izin dan kuasa Allah jealah semua tu berlaku.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.