Dia ikut balik

Cerita nie berlaku semasa tahun 2015. Masa itu juga mak aku tengah menggandung adik aku yang  nak masuk 7 bulan kot tak silap.

Nak dijadikan cerita, masa tu aku dan keluarga aku balik ke kampung sebab makcik aku sedang sakit atau lebih senang faham makcik aku kena buat orang.

Biasalah masa tu aku masih dikira budak dan tak tahu apa-apa masa tu. Orang yang selalu ubatkan makcik aku tu selalunya dia datang waktu malam dan akan ubatkan makcik aku dekat ruang tamu.

Beberapa hari kemudian, aku dan keluarga aku balik ke rumah kitaorang dekat Labuan. Pada malam itu, macam biasa aku tak boleh tidur kalau tak ada mak aku kat sebelah dan ayah aku masa tu shift malam dan tinggal aku, adikku dan mak aku je lah yang ada di rumah.

Aku terbangun waktu malam atau subuh dan aku langsung tak dapat tidur masa tu. Dekat sebelah bilik mak aku ialah bilik pakcik aku aku (pakcik sebelah ayah), masa tu pintu mak aku terbuka sedikit sebab nak cahaya dari luar bilik masuk sikit dalam bilik. Masa tu pakcik aku tak ada kat rumah.

Tiba-tiba ada sesosok lembaga hitam yang tinggi keluar dari bilik pakcik aku. Aku ingatkan tu pakcik aku tapi lembaga hitam tu lari laju betul keluar dari bilik pakcik aku dan dia masuk balik ke dalam bilik pakcik aku dengan membawa sesuatu di tangannya.

Paginya aku bagi tahu mak aku pasal kejadian malam tu dan mak aku cakap mungkin aku salah tengok dan mak aku cakap masa tu mana ada pakcik aku dekat rumah. Tapi aku rasa takkan aku salah tengok kot sebab lepas dia masuk ke dalam bilik pakcik aku tu dia terus intai dari bawah pintu bilik mak aku sampai aku menanggis tak dapat nak tidur.

Dalam seminggu macam tu, tiba-tiba mak aku keguguran dan mak aku kena tahan dekat hospital untuk beberapa minggu. Masa tu mak dengan ayahku sudah beli tiket feri untuk balik ke kampung tapi mak aku tak dapat balik sebab kena tahan dekat wad. Jadi ayah aku cuma hantarkan aku dengan adikku sampai terminal feri dekat sabah jah dan balik lagi pergi labuan.

Dalam perjalanan nak pergi kerumah atuk aku tu, aku rasa tak sedap hati dan rasa nak nanggis tapi air mata tak nak keluar. Dua hari kemudian, mak aku dah dapat balik ke kampung dan aku rasa sangat happy masa tu. Keesokkan malamnya orang yang ubatkan makcik aku pun datang dan bagi tahu kitaorang yang dia mimpi benda tu tinggal kat bantal yang berwarna biru dan berubah warna ke warna coklat dan apa yang lebih mengejutkan ialah bantal yang dia maksudkan tu ada dekat rumah kitaorang yang dekat labuan.

Bantal tu bukan berubah warna tapi bantal tu cuma disarungkan kan dengan sarung bantal yang berwarna coklat. Lepas tu mak aku ceritakan dekat atuk aku dengan orang yang ubatkan makcik aku ni apa yang aku nampak dan betapa terkejutnya bila dia cakap yang benda aku nampak tu lah benda yang tinggal dalam bantal tu dan benda tu lah juga punca mak aku keguguran sebab benda yang aku nampak dia bawa dekat tangan dia tu rupa-rupanya ialah baby yang ada dekat perut mak aku.

Selepas kejadian tu, ayah aku terus buang bantal tu kat laut dan tak ada sudah gangguan yang aku dan keluarga aku alami. Aku rasa sangat bersyukur sebab kalau aku tak bagi tahu mak aku mesti bantal tu tak akan dibuang dan paling aku tak sangka ialah bila benda tu ikut balik dengan kitaorang tanpa kitaorang sedar.

Dan Alhamdullilah mak aku menggandung lagi di tahun 2016. Aku tahu setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan aku rasa sampai sini sajalah aku kongsikan cerita aku. Sekian terima kasih…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Natasha

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.