Diganggu Lembaga Hitam

Hye para pembaca dan admin fiksyen shasha sekalian. Aku pun kira nak share jugak pengalaman aku diganggu ‘benda’ tu. Nama aku Yaya. Aku nak cerita pengalaman aku, diganggu semasa berada dekat kem PLKN. Okey2 aku mulakan cerita ūüôā

Bila aku dapat tahu aku dapat PLKN nie, memang aku sedih. Yelah mane tak sedih kalau berjauhan dari keluarga. Lagipun aku dapat dekat kem Selangor, yerlah mane tak sedih kalau sampai berbulan tak jumpa family kan? Lagipun family pun tak dapat datang sebab di Sarawak, lagipun memang asal Sarawak muehehe.

Okey2 aku mulakan cerita. Kejadian nie berlaku pada tahun 2008. Aku dapat dekat kem Selangor (area kem dirahsiakan). Pengalaman aku diganggu benda tuh aku, bila kawan2 dalam dorm aku sedang mengemas dorm dan mengalihkan loker2 mereka yang tak dapat digunakan, katil dan sebagainya. Kawan2 dalam dorm aku masa angkat loker tu, mula lah acah berlakon konon2nya tengah usung jenazah sambil angkat loker tuh ala2 angkat keranda. Masa tu aku hanya melihat geleng kepala melihat kelakuan mereka. Okey2 aku skip kan cerita aku.

Pada malam tuh selepas mengemas dorm, malam tuh aku tidur dekat katil aku. Elok jer tidur, tiba2 aku rasa katil aku seperti ada seseorang yang duduk (korang tahu kan macam mane rase tilam kalau orang tengah duduk kan?). Pada mulanya aku buat tak endah mungkin kawan aku duduk dekat katil, dan aku malas nak ambil tahu.

Lepas tuh, aku heran jugak. Sebelah loker kawan aku macam ada cahaya yang teramg sangat. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan, mungkin¬†Tiyah (nama kawan aku) bisik hatiku malam tu. Tapi masih jugak cahaya tu ke kiri dan ke kanan. Aku fikir mungkin Tiyah yang bermain lampu suluh, aku pun terus sambung tidur. Tak lama lepas tu, aku rasa ada suara perempuan bangunkan aku, sambil pegang bahu aku dan cakap, “bangunn….bangun…bangunn” (dengan suara yang lemah gemalai seram).

Aku terus terbangun. Mungkin kawan aku nak bangunkan aku untuk solat subuh disurau. Aku pun terus bukak mata dan menoleh ke kanan sebab ada cahaya lampu. Aku tengok ada tiga orang perempuan duduk di atas katil kosong, lengkap berpakaian PLKN untuk aktiviti senaman. Aku gosok2 mata aku, sebab aku tak pernah tengok diorang. Memang bukan kawan dorm aku. Aku toleh pulak ke kiri. Aku heran sebelah kiri gelap lampu pun belum bukak, dan kawan2 aku pun still tidur. Masa ni memang aku dah rasa takut dah.

Aku toleh lagi ke kiri, aku tengok ketiga-tiga perempuan tadi tu serentak renung aku (sebijik macam cerita mistik). Seram gila dah masa tu. Aku takut, aku ambil buku yassin tepi bantal, aku baca ayat pun tunggang langgang. Makin aku baca ayat, makin terasa katil aku kena duduk. Aku cuba gerakkan kakiku tak dapat, berat kaku badan aku macam kena himpit (korang tahu kan macam mana?).

Lepas kena himpit tu, aku bukak je mata, aku tengok lembaga hitam dekat lampu panjang. Bergantung dengan rambut yang panjang mengurai, kusut masai. Muka dia sangat menyeramkan, muka hitam dan buruk. Masa tu,aku memang tak boleh buat apa2 lagi, mulut aku pun terasa berat. Bercakap nak mintak tolong pun tak dapat. Aku baca ayat sambil peluk buku surah yassin, dan aku teruskan tidur dalam ketakutan. Bangun je pagi tuh, kawan-kawan aku heran melihat wajah aku pucat lesi dan tak bermaya. Aku pun ceritalah dekat kawan-kawan aku pasal kejadian tu. Kawan-kawan aku dengar pun meremang. Mana tak nya, dekat dorm kitaorang tuh dekat dengan hutan. Keras pulak tuh.

Okeylah tu, setakat tu je cerita aku. Maaflah kalau tak seram, cuma nak share pengalaman aku aje ūüôā

Yaya

Leave a Reply

2 Comments on "Diganggu Lembaga Hitam"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Kak Yulie

Mendadak bebenor ending citer ko ni dik…
Terkejut hakak tetibe dh smpi ayat HANTAR KISAH ANDA:…
Huhuhuhuuu…
Papepun Nnt share lg yer…
Tq…

sis_z

pengalam yg meremang jugakk siap tlg bgnkan lagi

wpDiscuz