Dikacau Waktu Cuti

Salam guys, cerita ni cerita kedua yang aku tuliskan dekat FS ni. Cerita first dah lama dah masa zaman sekolah dulu. Okay aku terus start cerita la eh. Kali ni aku nak cerita pasal kejadian yang berlaku dirumah sewa aku, rumah sewa ni apartment, kitaorang duduk 7orang satu rumah. Ada 3 bilik.

Ceritanya macam ni. Ada satu hari tu kitaorang cuti sem, ada yg dah cabut awal balik kampung. Ada yg stay sehari dua dulu, mcm aku dan lagi tiga orang housemate aku, Man, Mok, dan Apit (nama sebenar). Kitaorang saja stay konon-konon tak nak kelam kabut balik. Nak dijadikan cerita, kami baru lepas main game waktu tu sekitar pukul 10 ke 11 malam kat ruang tamu. Dah habis game, kitaorang tak tau nak buat apa sbb mata masing masing kuat lagi time tu. So kitaorg pun start la ‘share story’ kisah seram yg berlaku dalam hidup. Seronok punya seronok bercerita, tetiba ‘pup’ blackout. Ingat sekejap je, kitaorg abaikan jelah. Dalam 10 minit cam tu still sama je. Memasing dah berpeluh sbb panas. tidak lama lepastu tetiba ada bunyi water heater dari dapur, sedangkan takde siapa pun yang panaskan air. Kami terus on flash phone pastu terus intai water heater tu kat dapur, nak tau apa jadi? Jadi cuak sbb suiz tak on pun. Bukan setakat suiz tak on, plug pun tak cucuk, lagipun kan tengah blackout. Tapi mmg kitaorg dengar bunyi water heater tu. 4orang yang ada dalam rumah tu semua dengar. Tu baru first ‘benda’ tu kacau. Lepas daritu 5minit mcmtu elektrik pun ada.

Tak berhenti setakat tu je, kali kedua ’dia’ kacau lebih kurang dalam jam 12 lebih macam tu. Kitaorang pula macam tak serik sebab sambung cerita pasal kisah kisah ‘benda’ tu lagi. Dia seronok la pasal kita duk cerita pasal dia, mungkin siap duduk sebelah kita time tu, mana nak tau kan?  Tapi kali ni tak blackout. Masa tengah cerita tetiba ada bunyi orang ketuk pintu. Man nak bangun pergi bukak pintu tapi kitaorang kata tunggu dulu, kalau dia ketuk lagi baru pergi tengok. Tunggu tapi takde bunyi ketuk dah. Nak kata orang sebelah, tak mungkin sbb bunyi dia mmg pintu rumah kitaorang. Bunyi dia ketuk tu slow je. Lepastu kitaorg buat tak tau. Apit pulak time tu duduk menghadap ke tingkap sebelah pintu. Dia tak focus pun kat tingkap tu tapi dari ekor mata dia ternampaklah mcm ada bayang orang lalu kat tingkap tu. Tapi dia tak de lah tegur, dia diam je. Selang dua hari mcmtu baru dia bgtau. Tu pun masa nak balik kampung. Tp pasal yang lalu kat tingkap tu, kalau ikut logic siapa yang boleh lalu kat tingkap tu? Sbb rumah kitaorang tingkat 3.

Ok cerita ni tak habis lagi, lepas kejadian ketuk tu, kitaorg berhenti cerita dan terus masuk bilik masing masing. Cadangnya nak tidur lah. Masuk bilik, aku naik atas katil tapi tak mengantuk lagi. Aku main phone konon nak bagi mengantuk. tidak lama selepas baringkan diri, aku terdengar bunyi mcm orang perempuan menangis. Tak kuat tak perlahan. Nak kata jauh tp bunyi mcm dekat. Tapi tingkap aku mengahadap ke pintu pagar apartment. Aku tengok bawah tak de orang pun. Pak guard ada la. Bulu roma aku terus terpacak tegak. Seram sejuk jugaklah masa tu. Aku terus buat tak tau je tapi masih sayup-sayup kedengaran org menangis. Perasaan takut tu tak hilang lg masa tu sampaikan aku nak pejam mata terasa ada orang mengintai aku. Hal ini membuatkan mata terus segar balik, tp tak lama. Aku tak tau mcm mana terlelap sendiri. Sedar sedar dah subuh.

Ok cukuplah tu. Sebenarnya ada lagi cerita yg aku nak kongsikan kat sini tapi tunggulah kalau ada masa aku tulis lagi. Sorry la tak seram mana pun.

FOLLOW FB KAMI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.