Disampuk Awek Cun

Assalammualaikum pembaca fs. Aku nak kongsikan pengalaman adik aku disampuk awek cun. Tak tahu la seram ke tak. Tapi bagi aku cuma pengalaman. Kalau tak seram anggap je la story mengisi masa lapang. Tq admin approve story aku.

Kami satu family plan nak holiday. Masa tu cuti apa tah. Lupa. Tapi masa tu hotel banyak da full book. Ayah aku pun dapat la tempat yang ok. Tak jauh dari KL. Semua setuju. Kitorang satu family ajak mak cik aku dengan anak dia. Sebab kitorang book apartment. Dalam apartment ade 4 bilik. 1 bilik dekat bawah. Tiga lagi kat atas. Dekat atas tak ada apa2 pun. Cuma bilik je. Bilik bawah kitorang jadikan bilik solat. Sebab bilik tu kecik je.

Apartment ni agak famous juga. Sesiapa pernah lepak PD, mesti pernah nampak. Dia ada 2 tempat untuk menginap. Satu hotel, satu lagi apartment. Kitorang amik apartment sebab under bank. Ayah aku kerja bank. Hari tu, hari sabtu. Aku kerja. Ayah aku kerja malam, start pukul 12 malam balik pukul 8 pagi. Aku macam biasa balik pukul 1 tengah hari.

Parents aku dengan adik aku cek in dulu. Adik aku tak kerja. Lagipun dekat je kan, aku habis kerja ayah aku amik aku. Dengan mak aku sekali. Means adik aku tinggal sorang2 kat apartment tu. Aku sampai, aku bagi salam dulu. Ayah aku da tapau makanan dari luar. So, kitorang makan2. Tak lama lepas tu mak cik aku dengan anak dia sampai. Hari pun dah nak malam, mak aku dengan mak cik aku masak2. So, malam tu tak ade buat apa2. Just tengok tv, makan, sembang2. Aku dengan sepupu aku lepak bilik gosip2. Adik aku dengan ayah aku tengok bola.

Esoknya, pagi2 excited nak terjun laut. Tapi tiba2 ayah aku bad mood gila. Asyik nak marah2 je. Kitorang nak naik banana boat pun tak kasi. Masa tu aku bujang lagi. Fikir nak enjoy je. Malas nak amik hati sangat. Just chill. Aku, sepupu aku, adik aku dengan mak aku je yang mandi. Ayah aku dengan mak cik aku tak mandi. Ayah aku dah siap2 pakai baju nak mandi. Tp dia bad mood kan. Mak cik aku memang tak nak mandi. Ye la orang tua. Lagipun dia tolong jagakan barang2.

Lepas mandi, kitorang balik apartment. Bilas2 badan. Lepas tu keluar balik cari makanan. Lepas makan dah nak dekat maghrib kitorang balik apartment. Lepas maghrib aku nak sidai pakaian mandi tadi. Sebelum tu, aku rendam dulu pakaian mandi biar pasir2 tu turun. Penyidai ada dekat luar. Aku buka sliding door terus angin kuat masuk. Aku ingatkan angin laut la kan. Aku pun teruskan menyidai.

Sambil tengok tv, aku baring2 dekat sofa. Tahu2 dapat call dari mak aku. Aikk. Tak boleh panggil ke. Siap call bagai. Masa tu tengah mamai, jawab je la. Sempat aku mengerling jam dekat phone aku. Dah pukul 3 pagi. Lama jugak aku tertido. Dari lepas isyak. Mak aku suruh naik atas cepat. Aku pun kejut sepupu aku yang tidur sebelah aku. Aku kan tidur atas sofa, dia kat bawah sebelah aku. Dia pun blur2 aku ajak naik atas. Naik atas adik aku tengah menari2. Sepupu aku sengal pergi tegur, “adik da kenapa menari pagi2 buta ni”. Aku terus tepuk lengan sepupu aku. Aku macam dah dapat tangkap apa yang jadi.

Sepupu aku ni macam blur. Dia siap gelak2 kan adik aku menari. Aku dulu pernah duduk asrama. So, biasa jumpa orang kena sampuk ni. Ayah aku tenang je, dia suruh adik aku duduk. Then dia tanya. Kenapa kacau adik aku. “Benda” tu pun cakap sebab kitorang buat bising kat tempat dia. So ayah aku minta maaf la kat dia. Then dia suruh kitorang blah dari situ. Ayah aku minta pagi esok. Dia marah, dia kata nak kitorang blah sekarang jugak. Apa lagi, kitorang pack2 barang. Terus cek out. Masa kitorang pergi dekat carpark. Anjing menyalak2 dekat kitorang. Kitorang buat tak tahu je la dekat anjing tu. Terus masukkan barang dalam bonet. Terus balik KL. Sampai KL, memang tak boleh tidur la. Seriau tadi masih ada.

Lepas kejadian dekat PD tu macam2 gangguan kitorang kena. Ade sambungan lagi, macam mana kitorang boleh buang benda tu. Tapi memang makan tahun jugak berubat adik aku ni. Kalau ramai yang nak aku sambung. Aku sambung. Tq semua pembaca. Maaf kalau tak seram mana.

12 comments

  1. jangan sambung la……semak jer aku penulis2 yg meraih populariti….nak cerita,cerita je la…nak undi,minta pendapat nak sambung ke tak..kalau kau dah cerita,memang mostly orang nak la kau sambung…buduh

    1. Hahahaha. Betul3. Dah banyak dah jumpe penulis mcm ni. Rasa mcm nak campak je keyboard kat dye. Suruh dye taip citer sampai habis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *