Ditindih oleh ‘sesuatu’

Hai assalamualaikum. Ini adalah first writing aku dalam Fiksyen Shasha. Aku saja ja nak cuba menulis kat sini sebab memang salah satu hobi aku adalah menulis tapi atas kertas, hehehe. Tapi kali ni aura dia lain macam pulak sebab aku menaip untuk orang baca karya aku yang memang tak seberapa ni. Hope hampa tak bosan. Harap admin sudi baca kisah ni.

Sebelum aku mulakan kisah aku, aku nak share sikit pasal diri aku. Cukup la hampa kenal aku dengan nama Jue. Umur aku 24 tahun dan sekarang tengah praktikal disalah sebuah company dan aku tengah struggle tamatkan study aku yang berbaki lagi 3 bulan. Doakan aku.

Hampa pernah dengar tak kisah kena tindih time tidur? Benda ni kerap jadi kat aku start umur aku 18 tahun sampai laa sekarang. Last aku kena minggu lepas. Aku bukan nak cakap yang aku dah lali kena tindih ni but perasaan takut tu tak setakut first time kena tindih.

Aku tak mau laa share semua kisah setiap kali kena tindih, tapi aku nak share experience yang paling-paling menakutkan aku time kena tindih, yang paling extreme laa aku rasa. Time tu aku umur 19 tahun tak silap, dah 5 tahun berlalu tapi masih segar dalam kepala otak aku sampai lani. yang paling bestnya aku tak dapat lupa setiap detik, jahat tau memori otak aku ni. Hari tu tak ada apa-apa yang pelik pun cuma badan aku rasa penat sikit sebab malam sebelumnya aku tidur lewat sebab layan movie apa ntah. tapi marathon laa sampai 3-4 movie camtu. dahla esoknya tu sekolah. Sebelum orang tertanya-tanya sekolah apa umur 19, jawapannya form 6 la.

Jenis aku pulak tidur, aku tak suka guna selimut sebab bilik aku takdak aircond pun, cuma kipas syiling.. Tapi nak bagitau kat sini yang aku memang tak suka laa guna selimut, kecuali betul-sejuk menggigil baru aku akan cari selimut. So, malam tu seperti biasa aku dah tutup pintu bilik, kunci pintu, siap kemas-kemas katil nak tidur, dah switch off lampu semua, aku baring sambil scroll instagram, whatsapp and so on sampai laa aku tertidur.

Tengah sedap tidur, tiba-tiba badan aku rasa berat, rasa macam dihempap sesuatu. Sesuatu yang besar yang buat aku rasa sesak nafas. Tekanan tu dapat rasa di dada. Memang rasa berat sangat. Aku time tu rasa macam separuh sedar dan separuh masih dalam mimpi. Aku tak dapat nak gerakkan badan aku kiri or kanan. Muka aku pun tak boleh nak toleh. Kaku macam kayu. Tak boleh nak minta tolong, mulut aku ibarat dikunci. Punya laa susah nak keluarkan suara walaupun sependek ‘to’ (tolong) tetap tak boleh. Kemudian aku rasa macam ada orang meraba betis aku kemudian peha aku. Time tu aku dah cuak sangat, aku fikir aku ni masih dalam mimpi atau aku dah sedar dan aku akan dirogol. Aku meronta-ronda sekuat hati tapi tetap tak jadi apa-apa. Aku tak boleh nak buka mulut aku. Aku berdoa dalam hati minta Allah jaga aku, jauhkan aku dari orang-orang jahat kalau memang betul ada orang cuba nak buat sesuatu yang tak elok kat aku.

Kemudian aku rasa sesuatu yang bergerak di pangkal peha, time aku aku kumpul sekuat hati menyebut kalimat Allahuakbar. Then aku terjaga. Bilik aku gelap sangat. Aku cepat-cepat capai handphone aku dan aku buka torchlight, aku bangun terus buka lampu. Aku tak berani nak suluh sekeliling bilik takut nampak benda yang tak sepatutnya. Aku check pintu bilik, berkunci. Then aku perasan yang baju aku basah dengan peluh, dahi aku berpeluh, satu muka berpeluh macam tengah berjogging. Aku istigfar banyak-banyak. Aku tengok jam time tu pukul 3.15 pagi. Aku dah rasa takut balik time tu tapi aku kena tidur jugak sebab esoknya nak ke sekolah. Aku gagahkan diri pejam mata jugak time tu, tapi kali ni aku tidur tak tutup lampu. Aku buka biar terang satu bilik.

Bila aku dah tidur, benda tu jadi lagi sekali. Aku tak dapat nak gerakkan badan aku. Rasa macam kena ikat. Aku dalam hati dah menagis , aku takut sangat-sangat time tu. Sambil-sambil menangis aku maki hamun setan-setan yang mengganggu aku. Aku paksa mata aku untuk buka dan aku berjaya membuka mata diikuti dengan sebutan kalimah agung Allah. Bila terjaga aku terus tengok jam, baru pukul 4.05 pagi. Aku rasa macam baru saja lelapkan mata. Aku takut nak sambung tidur balik. Kemudian aku teringat pesanan mak aku yang bila kita mimpi sesuatu yang pelik atau ditindih, ludah kiri dan kanan dan cakap syaitan tak guna, jangan ganggu aku. Aku ada Allah bersama aku. Baca 3 Qul, dan ayat Qursi. Alhamdullillah dah takda apa yang menggangu sampailah mak aku kejut bangun pagi tu.

Aku ada baca banyak artikel pasal ditindih ni. Bahasa saintifiknya Sleep Paralysis. Waktu dimana otot-otot kita tengah berehat atau sedang lumpuh yang tak boleh nak bergerak, tapi fikiran kita terbangun sampai terasa macam bangun atau sadar tapi anggota badan kita tidak boleh bergerak dan rasa macam ditekan oleh seseorang. Senang cerita otak kita tak tidur, cuma fizikal kita yang dah tak fungsi haa lebih kurang camtu la.

Jadinya kat sini aku nak bagitau yang kita seelokknya sebelum tidur tu prepare laa apa yang patut. Bukan setakat kemas katil sahaja. Baca laa doa tidur, 3 Qul dan ayat Qursi sebagai pendinding kita agar syaitan tak mudah ganggu kita. Semua tu kerja syaitan yang nak menakut-nakitkan kita. Yang kes aku rasa macam diraba tu, aku ada baca jugak. Kes aku ni boleh diklasifikasikan sebagai kena rogol dengan jin. Tapi bukan kena rogol lagi, hampir dirogol. Aku pun tak tau betui ka dak. Nanti aku buat research sikit lepastu boleh share kat hampa.

Thank you sudi baca kisah aku. Mohon komen jugak nah supaya aku tau kelemahan aku dan aku dapat improve lagi writing aku lepasni . Thank you a lot. Bye

Pssstttt, jangan lupa basuh kaki jugak tau.

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Jue Mohamad

3 thoughts on “Ditindih oleh ‘sesuatu’”

  1. Awk kalau boleh ambil whuduk dulu..lepas tu baca ayat qursi..lepas tu tadah tgn baca 3 qul dan sapu kat seluruh anggota badan..inshaaAllah tak kena tindih lagi

    Reply
  2. Saya pun pernah kena macam ni. badan tak dapat gerak, tapi ada nampak susuk badan yang hitam setinggi siling bilik tengah renung dan bunyi kaki dia jalan di sekitar bilik sebab lantai plywood. tak pasti juga mimpi ke apa, tapi rasa macam separuh sedar

    Reply
  3. Pernah juga kena macam ni… Sebelum tidur memang pastikan pintu bilik sentiasa terbuka siap sendal dengan kipas berdiri tu. Masa tengah tidur tu rasa kena tindih tapi mata tak boleh nak buka dan suara juga tak terkeluar. Waktu tu rasa macam masih dalam mimpi dan ditindih oleh Cik Ponti. Saya cuba juga jerit “Allahuakbar” Terus dapat buka mata, serentak itu pintu bilik tertutup dengan kuat. Cepat-cepat keluar dari bilik lari tidur bilik Mak.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.