#Fea – Saka yang Tak Diundang

Assalamualaikum admin dan warga FS. Nama aku Sofea dan alhamudillah aku masih kuat dan teguh berdiri walaupun bermacam dugaan yang singgah. Apa yang aku ingin kongsikan ini adalah cerita sebenar yang berlaku terhadap aku. Terpulang kepada anda untuk menilai dan aku tidak mengharapkan anda semua percaya tetapi cukup bagi aku kamu semua ambil pengajaran diatas ape yang sudah berlaku kepada aku.

“Penat la tunggu bas ni. Panas pulak tu,” keluh aku sambil mengesat peluh dengan tisu yang baru aku beli tadi.

Keluhan aku hilang apabila aku nampak dari jauh bas yang ditunggu-tunggu telah tiba. “Yeehaa! Bas sudah mari!” Aku pun dengan pantas berjalan kehadapan dengan harapan dapat naik dulu. Tiba-tiba…

“Aaaaaa! Tolong! Peragut!“ aku terkejut dan dengan tidak sengaja aku menjerit kuat dek kerana hamba Allah yg meragut beg tangan aku.

Berdesup peragut itu lari meninggalkan aku terpinga-pinga dan aku tidak tahu ape yang perlu aku lakukan. Disaat itu, aku redha atas apa yang berlaku dan aku dengan lemah longlai duduk di perhentian bas itu sambil termenung.

“Apa aku nak buat ni?” Aku berkata sendiri. Tiba-tiba aku dikelilingi orang ramai dan mereka bertanya apa yang sudah terjadi. Aku hanya mampu berkata, “saya kena ragut”.

Tiba-tiba orang ramai berkerumun dan aku ternampak seorang lelaki yg amat aku kenali telah dipegang orang ramai sambil berjalan kearah aku.
Eh! Itu peragut tadi. Ya Allah! Kenapa aku rasa perasaan marah ni membuak-buak. Tanpa aku sedar, aku berlari ke arah peragut itu dan aku menumbuk muka dia.

Bukk!

Jatuh terduduk peragut itu dan aku terus membelasah lelaki itu sepuas hati aku. Sedar-sedar, aku dah ditenangkan orang ramai dan kereta peronda telah berada di situ.

Di balai polis…

“Siapa yang pukul kau ni? Sampai patah hidung ni. Tapi memang patut pun kene belasah,” polis berpangkat inspektor itu bertanyakan soalan kepada peragut sambil aku merenung kearah peragut itu.

“Kakak ni la yang pukul saya” Peragut itu menunding jarinya kearah aku. Aku pun terkejut beruk la sejak bila aku pukul kau?

Selepas semua urusan di balai polis selesai, aku pun pulang ke rumah. Tapi aku singgah ke rumah ayah aku dahulu untuk bertanyakan sesuatu. Untuk pengetahuan pembaca, mak ayah aku dah bercerai dan kami adik beradik duduk dengan mak. Sampai dirumah ayah, mak tiri aku menyambut aku dengan senyuman dan mempelawa aku masuk.

Aku: Ayah, ni nak ceita ni tadi masa balik dari class, tunggu bas pastu kene ragut. Nasib baik tak de pape jadi kat orang. Cuma…..
Ayah: Kene ragut?? Ish kakak okay tak ni? Cedera kat mana-mana tak? Dah buat report?
Aku: aduh banyaknye soalan. Dah semua dah settle dan kakak pun okay. Cuma….
Ayah: Cuma apa?
Aku: Cuma kakak tak tau ape yang dah jadi dan kenapa kakak belasah peragut tu sampai patah hidung dia. Kakak tak sedar apa yang kakak buat. Nasib baik polis tu tak buat pertuduhan kat kakak. Kakak tak tau ape yang dah jadi dan kenapa kakak boleh rasa marah yang teramat sangat masa tu.
Ayah: Ermmmmm….ayah mintak maaf lah sebab tak cerita dekat kamu. Tapi sebenarnya kamu tu ada penjaga dari keturunan kita. Saka Harimau dan benda ni memang akan menjadi lebih ganas apabila tuan dia dalam keadaan marah.
Aku: Kenapa kakak tak pernah tahu? Kakak tak nak benda ni! Syirik! Ayah amek balik benda ni. Kakak tak redha dia ade bersama jasad kakak!

Aku jadi panas menyinga dengan pengakuan ayah aku. Dan aku terasa seperti ingin mengamuk tetapi ayahku memujuk agar aku kawal perasaan dan jangan mudah melenting. Ayah memberitahu bahawa saka harimau itu adalah untuk menjaga aku dan aku telah menerima dia dalam keadaan tidak sedar. Mungkin dalam mimpi tapi aku memang tidak ingat apa-apa tentang pengambilan terus saka ni.

Ayah aku berpesan sebelum aku pulang, kawal emosi, nanti kakak akan faham. Aku berlalu pergi dengan perasaan sakit hati. Aku pendekkan cerita lah ye. Aku berubat banyak tempat tapi semua ustaz tak mampu nak halau saka tu sebab aku kene kumpulkan semua adik beradik ayah aku. Memang mustahil untuk kumpulkan semua sebab, separuh adik-beradik ayah aku berada di Indonesia.

Sekarang ni aku tak pasti saka harimau ni masih ada dengan aku atau tak, cuma aku kadang-kadang ade mimpi dia dtg tapi sayu je tengok muka dia. Untuk pengetahuan pembaca semua, Saka Harimau ni dah lama ada dalam jasad aku, cuma aku tak sedar. Perwatakan aku memang jenis cepat marah, panas baran, masa zaman sekolah aku geng kaki pukul dan akulah orang yang selalu dipanggil kalau nak gaduh dengan pelajar sekolah lain.
Maaf sekiranya cerita aku bosan tapi ini permulaan kisah hidup aku kerana selepas Saka Harimau ni, ade bermacam lagi setan-setan yang menyakiti aku. Aku ada banyak kisah nak dikongsikan antaranya Potianak, dugaan nak kahwin, Mak mertua firaun, kawan makan kawan dan paling latest yang jadi kat aku sekarang, aku dapat rasa kehadiran kau.

Kalau cerita ni ade sambutan aku sambung la menulis ye. Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

38 thoughts on “#Fea – Saka yang Tak Diundang”

  1. Aishh.. pehal aku rs mcm nk mrh scr membabi buta ni..? Rs mcm pukul org plk tu.. adkh aku dh dikuasai saka harimau yg dtg tnpa d undang dsbbkn citer ko yg trlalu pendek dn tk kesampaian..?

    Reply
  2. Nk nyanyi boleh?kapan kau gantung cerita cinta ku memberi harapan…… mcm tu ler prasan bila baca cite xde kesudahan

    Reply
  3. kan dia cakap ade lagi cerita seterusnya..
    sabar n bertabahlah tunggu dia taop n admin publish k..
    dia je tau camne nak kene ngadap saka dia tau..
    jangan komen yg tak bagus..nanti diganggu taulaaa…
    huuu…huuu..

    Reply
  4. Thank you semua. Fea mintak maaf cerita pendek sangat. Fea baru habis taip satu cerita, Inshallah nanti admin siarkan ye. Peace!

    Reply
  5. Kira ni introduction ke?better awk letak #introduction baru xde komen2 ber’saka’ kat sini..hehe..xsabar tgu kesah y lain,nk tgk jgk apa kesan saka tu..scary betul bnde2 y dlm x sedar ni..

    Reply
  6. same macam saya. tp sperti kata atok.. bia kita yg kawal dia.. jgn biar dia kuasai kita. die lbih kpd menjaga shj. nth la perjanjian dlu2 mcm mane. org tengok mmg rase gerun..

    Reply
  7. orang indonesia selalu mbik harimau jadi penjaga. famili sis pun ada. mbah dari tanah jawa mmg ada bnde alah ni

    Reply
  8. Better buang… dekat aku pun ada tapi bukan saka kata ayah aku… ustaz pun tak tahu benda ni apa, sebab dia tengok benda ni sentiase dengan aku…ustaz tak tahu dia dari jin baik atau jahat… tapi sepanjang benda ni bersama aku, aku tak pernah alami apa2… cuma sekali je dia muncul tapi bukan dekat aku…dekat tunang aku…. benda ni halang hubungan kitaowg… sekarang benda ni da senyap da lama tak kacau tunang aku tapi aku still rasa kewujudan dia bila sorang2… benda ni pandai dia takkan muncul kan diri dekat family aku…sebb family aku boleh nampak dan rasa kewujudan dia…. so aku rase selamat dengan family tapi bila sorang2, aku tak kuat…aku akan nangis…. bulu roma aku mesti naek automatik….aku dapat rasakan dia ada dengan aku… da ramai ustaz jumpa tapi diaowg pun tak mampu nak buang…sebab benda ni da terlalu lama dengan ku….

    Reply
    • Gangguan SAKA atau lebih tepat lagi gangguan jin ‘penjaga’ ni mmg susah nak buang. Mostly disebabkan kerasian. Disebabkan perjanjian yang tidak berfaedah itu… mangsanya adalah keturunan selepasnya. Walaubagaimanapun harus diingat apalah daya iblis, syaitan dan jin sekiranya tanpa kuasa Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa. Mereka pun mahluk yang meminta kita juga mahluk yang memohon. Insya Allah itu hanya ujian untuk saudari… Bertabahlah kebenaran pasti mengatasi kebatilan. Jangan putus asa… Allah S.W.T. ada, bermunajatlah memohon pertolongannya

      Reply
  9. Tudia sampai patah hidung kawan tu😂Dasyat baqhang saka tu. Rimauu ehh aummm😂. Anyways cerita hang best sangat sangat. Even pendek. Yang pasal kau akan cerita about Mak mertua firaun tu macam bukak aib je. Bagi pandangan aku lah. Better kau takpayah la naaa. Cukup cerita macam macam ni sudah. Best pun best. Just tegur. 🙌

    Reply
  10. Patah hidung. Padan muka. Maira pun pernah hampir kena ragut. Tapi refleks diri nak selamat dan sakit hati. Jadi hempuk je dengan apa yang patut.

    Btw, saka tu ada lagi la ea?

    Reply

Leave a Comment