Fly Malam Jumaat

Hi dan assalamualaikum kepada pembaca setia semua. Thanks min post cerita aku yang lepas tajuk jin merasuk minta kepala. Thank you untuk komen yang positif. Aku hargai sangat sangat . Aku ada lagi satu cerita pasal asrama yang aku pernah duduk dulu. Lets go.

Masa ni aku dengan lagi 3 orang kawan aku yaya, aby dengan eya dalam kelas tengah borak borak sebab masatu tengah free. So kita orang sembang dari topik satu sampai lah ke topik yang aku sendiri tak kira. Semua benda dihujahkan. Kalau ada semut yang lalu depan kita orang pun rasanya semut tu patah balik sebab tak sanggup nak lalu. Ya Allah terasa berdosa pulak banyak cakap benda yang takde pekdahnya. Dekat sekolah tu kalau geng perempuan yang agak nauzubillah sikit kita orang lah sampaikan pernah kena kejar dengan ustaz aka warden asrama sebab kantoi ponteng kelas pastu tidur kat dorm senyap senyap. Maka berpusinglah kami berempat 10 round padang sambil ditontoni para pelajar lelaki dan perempuan sambil kena gelak. Masatu insaf kejap. Kejap jela tapi. Waktu pagi semua orang pergi kelas kitorang pun bangun jugak tak sampai setengah jam patah balik masuk asrama sebab malas nak belajar. Ni kalau lah bapak aku tahu aku rasa nasib aku tengah terselit bawah meja atau bawah lori bapak aku. Macam macam lah pernah kena tapi tu bukan cerita yang aku nak share. Macam terpanjang pulak aku menyempang ek. Sorry lah iklan kejap. Haa masatu tengah sembang tiba tiba aku terkeluar idea nak ajak geng aku fly malam tu. Kawan aku pun dengar fly je semua gelabah beruk lah. Plan punya plan tibalah waktu yang dinanti nanti. Jeng jeng jeng.

Kebetulan malam tu malam jumaat. Sekolah aku ni cuti jumaat sabtu dah masani. So malam tu memang prep takde sebab setiap malam jumaat semua pelajar diwajibkan baca yasin dengan al mulk kat dalam dorm masing masing pastu boleh buat aktiviti bebas. Aktiviti bebas kan dia cakap? So kita orang pun jalankan lah aktiviti bebas kita orang. Memang bebas sangat dah masatu. Siapa suruh pihak asrama tak senaraikan aktiviti bebas tu contohnya baca buku, buat kerja sekolah, basuh baju, lipat baju. Takde pun cakap kecuali fly malam, oncall malam malam. Jadi kitorang pun buat lah “aktiviti bebas” kita orang ikut cara kita orang. Ketua asrama puteri ni satu dorm dengan aku so memang baik lah kiranya. Kira boleh kamcing boleh tolong cover line.

Aku mintak dia jangan kunci grill tangga dengan pagar utama sebab kita orang nak fly. Dia cakap dia tak berani tak kunci sebab takut budak laki naik. Haah weh budak laki sekolah aku pun perangai macam syaiton pecah masuk asrama perempuan curi barang barang “private” kita orang. Nasib baik masa kena pecah masuk tu loker aku memang aku kunci. Besar bapak gajah lagi mangga aku guna. Depan loker aku siap tampal ayat. “Behave. Im watching you.” Haha. So ketua aspuri pun bagi aku kunci spare untuk aku bawak. Aku dengan geng aku keluar lah malam tu. Settle kunci tangga apa semua kita orang terus jalan kat hujung block asrama.

Dugaan masani pagar untuk masuk kat court bola tampar pulak tiba tiba kunci. Memang pada aku takde kunci untuk court bola tampar. Selalunya pagar ni cuma ikat guna dawai je sebab memang standby untuk fly pun. Si yaya pun bagi cadangan untuk panjat je tembok court. Aku dah telan air liur masatu bukan sebab aku tak berani tapi kenangkan si aby yang badan macam beruang kutub. Aku pandang eya. Eya buat muka tak nak “jack” atau tolak aby naik atas tembok. Lagi pun mustahil untuk eya jack aby. Ibarat semut dengan gajah. Kang aby tak naik eya kena hempap. Rosak plan. Oh ye bukan kitorang tak nak panjat pagar je. Lagi senangkan? Tapi pagar tu bunyi dia subhanaAllah. Dah kalau aby yang naik boleh mengundang warden yang datang. So untuk jalan yang lebih selamat panjat tembok. Lagi pun tembok ni terhalang dari pandangan. Kalau panjat pagar risau warden nampak. So tembok jadi pilihan.

Eya panjat tembok dulu untuk sambut aby dekat belah court. Jadi aku dengan yaya yang masih dekat kawasan asrama doa supaya aby lepas. Siap doa kau time buat jahat. Kelas mak. Keadaan masatu memang sunyi sepi. Waktu tu perasaan takut, risau, gugup, teruja semua ada. Aku kat bawah dengan yaya punya lah berusaha nak lepaskan aby. Sampai merah muka yaya. Aby kat atas dah terkapai kapai nak lepaskan diri. Terhibur jugak aku masatu tapi perasaan nak dia lepas panjat lebih tinggi lah. Sekali tengah struggle aku dengan yaya tolak dia. Dia boleh kentut kat aku. Betul betul muka aku dekat punggung dia. Celaka punya perempuan. Spontan ayat tu keluar dari mulut aku. Aby kat atas tembok dah ketawa berdekah dekah. Kalau tadi aku tengok muka yaya merah masa tolak aby. Sekarang muka aku yang biru bau kentut perempuan ni. Aku agak dia makan sampah. Busuk! Aku macam nak tendang je dia. Yaya dengan eya tak henti gelakkan aku. Hati aku dah membara. Aku dah tolong jack kau. Orang ucap terima kasih dari atas buka dari bawah. Nak berterima kasih belanja makan angin bukan bagi angin. Hawau.

Aby dah selamat mendarat. Tiba giliran aku dengan yaya. Sebagai kawan yang sangat prihatin. Aku lepaskan yaya dulu. Masa yaya dah dekat tembok sebelah aku start nak panjat. Tengah amik step tiba tiba dengar suara panggil aku. Slow je. Aku fikir kawan kawan aku yang panggil kat sebelah tapi suara tu datang dari arah belakang aku. Aku husnuzon jela. Aku fikir member aku yang panggil suruh cepat. Aku pun nyahut. Ye kejap. Aku panjat tembok macam biasa bila part aku nak terjun kebawah rasa macam kaki aku tersekat jadinya aku tergolek lah dekat court tu. Dah macam kuak rama rama aku terbaring. Sekali lagi aku jadi bahan gelak member aku. Suir apa ni belum keluar dari asrama lagi dah kena macam macam. Kena kentut, kena panggil, terjatuh. Padan lah muka aku orang kat dorm baca yasin kau pergi panjat tembok. Dalam 15 langkah berjalan tiba tiba nampak lampu suruh mak guard petir sambil dia jalan terkedek kedek pegang touch light. Kita orang panggil mak petir sebab bila dia cakap macam petir. Serabut kepala otak dengar suara dia. Cepat cepat semua berlari kat pokok pokok pelam yang ada tepi court. Ada pokok pelam, ada pokok rambutan, pokok durian pun ada tau. Tapi 3 tahun aku duduk asrama aku tak pernah jumpa buah rambutan. Yang ada pelam dengan durian je. Kami pun sembunyi disebalik pokok. Ada yang sembunyi sebalik papan. Mujur lah memang boleh buat tempat sembunyi. Aku belah hujung sekali kat pokok rambutan. Jadinya aku nampak kawan kawan aku yang sembunyi sebelah aku. Sekali pandang ada 4 orang. Aku diam masani dah berdebar rasa jantung nak keluar dah. Kalau jantung ni boleh berlari mesti masatu aku tengah kejar jantung aku.

5 minit bila line betul betul dah clear kami semua keluar dari tempat persembunyian sambil tangan eya dengan yaya buat tangan tengah pegang pistol. Bedekah aku tengok gelagat mangkuk ayun berdua ni. Tiba tiba aku teringat aku nampak 4 orang tadi. Aku kira balik kawan aku cukup ada 3 je. Termasuk aku 4. Kali ni aku tak nak jalan belakang sekali. Aku paling depan. Aku jalan sampai pagar sekolah. Satu lagi cabaran untuk fly malam ni. Kena lepaskan diri dari guard. Nasib yang jaga dekat pondok guard baru. Kalau mak petir memang tak selamat lah plan malam ni. Aku paling depan pastu belakang aku yaya, aby, eya dan…… Siapa belakang sekali? Aku mengucap panjang sambil tekup muka. Aku tak nampak muka dia sebab dia agak jauh sikit dalam 5 langkah dari eya. Dia berdiri sambil tunduk kebawah. Masatu timbul rasa menyesal fly malam ni. Macam nak jerit panggil mak aku. Terus yaya tepuk bahu aku. Terperanjat aku nasib tak jerit je bila aku toleh benda tu hilang! Elek! Aku lost kejap. Mimpi ke apa kejadah aku ni. Aku terus guide kawan aku untuk tengok line clear ke tak. Bila semua okay. Guard tak nampak kita orang terus berlari mencecet semua pergi kat jalan besar. Selamat dah. Hilang rasa takut bila nampak kereta lalu lalang. Nampak kedai semua. Jam baru pukul 10. Patutlah banyak kedai buka lagi. Area bandar memang kedai banyak tutup lambat.

Lepak punya lepak. Perut dah kenyang mata pulak rasa mengantuk. Tengok jam dah pukul 3 pagi. Aduh dah lambat sangat ni nak balik. Sepanjang lepak aku tak buka pun cerita pasal apa yang aku nampak dan aku dengar. Tak nak rosakkan mood member aku. Dah lah semua penakut. Kalau semua takut siapa yang nak jadi berani? Aku pun ajak semua balik. Ingatkan dia orang nak balik jugak. Sekali mintak lepak lagi setengah jam. Adoi basah kepala aku ni. Mata dah rabak. Kepala otak dah melalut fikir apa jadi lepas ni. Aku order air coke dengan sorang mamak ni. Dia memang dah cam sangat budak asrama aku kalau fly. Takde tempat lain. Memang sini jela tempat lepak budak budak asrama kalau fly. Tapi malam tu macam takde siapa yang fly. Cuma kami berempat je. Sekali mamak ni sound aku. Banyak berani keluar malam malam semua perempuan. Sudah pukul 3 bila mau balik? Sini sudah satu minggu takde budak datang lepak sampai pagi. Yaya pun cakap takde apa lah. Kita orang ramai lah. Nak takut apa. Hantu pun takut dengan kita orang. Terbeliak mata aku dengar yaya cakap macam tu. Aku macam nak sumbat kasut saiz 6 kat mulut dia. Kang ada tajuk cerita ni kasutku dimulutmu. Aku marah yaya sebab mulut takde insuran. Dah lah malam jumaat. Aby boleh buat lawak hambar dia nyanyi jumaat malam keliwon. Kang jumaat tak keliwon kau yang makan guna straw. Mamak tadi terus bla. Si eya bersuara yang dia tak sedap hati dan sokong aku sebab yaya dengan aby mulut cabui.

Jam dah 3.49 am. Melayu punya setengah jam kan? Biasalah. Halangan pondok guard dah lepas. Lega. Kali ni kita orang jalan berdua dua. Aku dengan eya kat belakang. Yaya dengan aby dekat depan. Masa tengah lalu dekat tangga nak ke court tadi. Ada satu pokok kelapa. Tengah jalan tiba tiba dengar suara orang bersiul. Nak kata bersiul tak jugak. Nak kata swit macam nak usha awek pun tak jugak. Tapi bunyi tu kita orang semua dengar. Macam automatik semua terhenti dari berjalan. Pandang sesama sendiri sambil cari punca bunyi dari mana. Tiba tiba je daun pokok kelapa tu jatuh macam ada orang campak dari atas. Come on lah. Tak kan lah nak pandang atas pokok tu pulak. Terus semua berlari. Bayangkan aby yang badan macam beruang tu berlari punya laju dan dia yang paling depan.

Masa aku lari tu aku belakang aby. Kawan aku lagi dua orang kat belakang aku. Tak tahu kenapa masa ni aku jadi over protective kat kawan kawan aku. Aku toleh belakang nak pastikan takde yang jatuh atau tertinggal. Sekali aku nampak benda yang ada masa aku nak keluar tadi ikut kita orang berlari seolah olah dia pun kena kejar. Tapi dia berlari sambil pandang bawah. Dia perempuan. Rambut paras bahu. Baju putih seluar aku tak nak amik tahu. Kalau masatu dia pakai baju raya pun aku tak kesah dah sebab aku tahu dia memang syaiton. Konpius masa ni. Aku lari sebab dia kejar aku. Agak agak kalau aku pusing balik kejar dia, dia lari tak? Ehh takde kerja aku nak pusing kejar dia. Buatnya aku pusing konon nak kejar dia tapi dia still kejar aku? Dah aku tak boleh nak imegine lagi. Masa ni Allah je yang aku tengah berharap. Berharap keajaiban akan muncul. Tiba tiba tembok tu kita orang boleh tembus ke apa kan. Tapi jangan harap lah. Memang kena panjat jugak.

Dan kau bayangkan aby yang tadi nak panjat kena orang tolak sekarang dia dah lepas masuk kawasan asrama. Tengah panjat ni memang tak fikir orang lain memang nak selamatkan diri je. Tapi still ada dua halangan. Satu pagar utama asrama berkunci dan masa ni aku dah menangis menggeletar sambil sebut nama Allah. Tak jumpa jumpa kunci untuk buka pagar utama. Kawan aku semua dah meraung sambil maki aku suruh cepat. Time tu kau nak maki ke nak apa ke lantak lah. Lutut aku dah longgar habis dah. Akhirnya pagar berjaya buka. Sekarang kat grill tangga pulak aku kena cari kunci. Allah menyesal aku kunci semua pagar tadi. Eya amik kunci dari tangan aku dan dia yang cuba cari kunci. Dalam kelam kabut buka grill aku perasan dah takde dah benda tu. Tinggal kami je yang gelabah buka grill. Tak perasaan bila benda tu ghaib. Grill tangga dah berjaya buka. Aku tak tahu kenapa tahap bodoh aku masani tersekat kat skala 6. Tetap nak kira kawan aku padahal memang aku confirm dah cukup. Tengah kira satu dua tiga empat sekali belakang aku ada yang menyahut lima. Aku toleh belakang guys. Sempat toleh tau. Dia tengah pandang aku sambil menyeringai. Aku terus jerit naik tangga. Langkah tangga bukan dua anak tangga dah. Aku rasa kalau kaki aku boleh cecah 5 anak tangga sekaligus aku dah buat. Sampai tersungkuh yaya jatuh kat tangga kena tolak. Aku dah tak fikir apa. Nak tergolek ke apa ke. Pergi lah janji aku nak selamat. Sampai dorm semua menggigil. Menangis jangan cakap lah. Sampai satu dorm terbangun dengar kami menangis meraung. Sampai subuh baru dapat tidur. Mandi pun berkampung semua teman. Kesudahannya semua demam. Aby lah demam paling lama. Aku demam 3 hari je. Yaya dengan eya demam 4 hari. Dan itulah kali terakhir kami fly malam.

Habis dah. Okay tepuk tangan dan ucaplah padan muka kepada kami. So kat sini nak sampaikan jangan suka sangat cakap beso ye kawan kawan. Jangan suka melepak sampai pagi. Dan jangan suka pandang rendah pada kawan yang badan besar. Silap hari bulan dia lagi power dari kau. Aku syak aby ni memang ada bakat terpendam. Haha. Ku sangkakan gajah. Gajah power panjat tembok. Okay lah terima kasih sudi luangkan masa baca kisah aku. Maaf ada terlebih terkurang. Ada ayat yang mengguris hati ke. Sorry. Bye bye.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

10 thoughts on “Fly Malam Jumaat”

  1. Adeeehhhhh…
    Xleh tahan part Aby makan sampah kentot kat muke smpi jd biru…
    Kah kah kaaahhh…
    Patotnye ko balek asrama smle dik sbb dh kenyang makan angin Aby payung…
    Hahahahahaha…

    Reply
  2. Hahahha..lawak … part hantu lari sekali, bole bayangkan macam mana kita pecut sekali …
    and hantu kalau dia pkai baju raya….

    Reply

Leave a Comment