Minta Kepala

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk warga fiksyen shasha. Masih ingat ke dengan aku? Entry aku yang lepas tajuk tapak pembinaan oil n gas dan kaki sakat. Ramai yang sangka aku ni lelaki. Maaf lah sebab tak bagitahu jantina aku. Saja nak buat org tertipu. Hihi. Buat yang sakit hati dengan penulisan aku tu. Tahniah untuk diri aku sebab berjaya buat orang sakit hati. Yang tak sakit hati jap lagi aku try lagi. Jangan lah berkerut sangat. Santai santai jela. Nak serius pergi lah masuk askar. Askar jepun ke. Penat jugak nak serius je. Okay lah kita straight to the point. Ni kisah yang terjadi dalam keluarga aku sendiri.

Cerita ni terjadi kat akak aku yang ketiga. Untuk pengetahuan semua. Adik beradik aku semuanya ada 7 org. 5 perempuan dan 2 lelaki. Semua adik beradik perempuan aku ada sejarah dirasuk temasuk lah aku tapi yang paling teruk sekali ketiga akak akak aku. Kak long, kak ngah dan kak cik. Ketiga tiga akak aku masa remaja dulu tersangat lah rajin kena rasuk. Pernah dulu kak cik aku dirasuk lepastu berjangkit pulak kat kak ngah aku dan terus kena kat kak long aku. Dah macam party rumah aku pukul 1 pagi. Yang jeritnya lain. Yang gelak mengilainya lain. Aku dah lali sampaikan hilang rasa takut. Macam macam cerita pasal dirasuk tapi ada satu cerita yang paling menarik bagi aku untuk aku kongsi dengan korang semua. Tentang kak cik aku. Masa ni dia dah berkahwin dan ada seorang anak.

Semua tengah nyenyak tidur kat bilik. Tiba tiba fon aku bunyi. Aku tengok jam kat dinding. 1.31 am dalam hati aku nak apa lah abang ipar aku ni call malam malam buta orang dah tidur. Aku pun angkat dengan rasa malas. Abang ipar aku tanya ayah ada tak sebab dia call ayah banyak kali tapi tak berangkat. Aku bagitahu lah semua dah tidur dan tanya tujuan dia call aku malam malam. Dia cakap kak cik kena rasuk. Aku terus bangun kejut ayah aku bagitahu apa yang jadi.

Kami sekeluarga terus ke rumah kak cik. Jarak rumah aku ke rumah kak cik cuma 15 minit. Bila kami sampai kak cik dah tak tentu arah. Mengamuk menjerit. Ayah terus call ustaz yang selalu rawat akak akak aku bila dirasuk. Dalam 20 minit ustaz tu sampai kat rumah kak cik. Sesi rawatan pun bermula. Lepas ustaz baca baca dia pun cakap dengan jin yang rasuk kak cik. Ustaz tanya siapa nama dia. Dia cakap nama dia suraya. Dia mati dirogol dan dibunuh bawah jambatan. Kepala dia dipenggal dan dicampak ke sungai. Ustaz tanya lagi kenapa dia datang ganggu akak aku lepastu benda tu cakap ada orang yang seru dia sambil tunjuk kat abang ipar aku.

Ustaz tanya abang aku betul ke yang dia ada seru. Abang ipar aku cakap dia cuma bercerita dengan kak cik sebab malam tu dua duanya tak boleh tidur. Kak cik dah larang sebab dia tak sedap hati then abang ipar aku terus hentikan niat untuk cerita. Tak tahu pulak tetiba benda jadi macam ni. Ustaz suruh benda tu keluar tapi jin tu tak nak. Tiba tiba kak cik aku bersuara. Aku nak kepala dia sambil nangis teresak esak macam orang mati laki. Sedih beno lah dengonya. Nak je aku hulur tisu. Dah lah degil. Aku jentik telinga baru tahu. Tapi lupa pulak hantu ni takde kepala. Ustaz cakap tak boleh kalau kau amik kepala dia, dia nak pakai kepala apa. Hantu tu diam tunduk kebawah. Lepastu dia gelak guys. Dia cakap apa nak tahu? Dia cakap dia nak kepala aku sambil gelak jahat weh. Kau dah lah hantu pastu suka suka nak amik kepala aku. Hantu punya hantu. Aku bagi kau kepala kelapa nak? Geram pulak aku masatu. Tak pasal pasal aku yang kena.

Kenapa tak mintak kepala abang ipar aku je. Dia yang panggil kau kan. Aku diam je masa dia cakap dia nak kepala aku. Agaknya dia tengok aku tak menyahut dia boleh cakap kau takut ke aku mintak kepala kau. Tak cakap banyak weh aku punya geram aku sengseng lengan aku. Aku terus duduk belakang ayah aku. Meremang jugak lah aku masa dia cakap macam tu haha. Ustaz cakap jangan takut dan jangan kosongkan fikiran aku. Gila nak kosongkan fikiran aku? Aku dah terfikir macam macam kepala apa aku nak guna kalau dia amik kepala aku. Ehh tak lah saje je. Mestilah aku takut. Aku berzikir dan tak henti baca ayat kursi.

Beberapa jam lepastu semuanya settle. Kak cik dah pulih dan ustaz dah bagi dia minum air. Dengan aku sekali kena minum air tu. Ustaz cakap takut aku terbawa bawa apa yang syaiton tu cakap tadi. Memang syaitonirojim. Saje nak takutkan orang. Masa ustaz nak buang benda alah yang bermasalah tu dia pesan. Jangan seru dia lagi kalau tak dia nak kepala. Aku syak hantu ni desperate sangat. Aku cadang kalau dia datang lagi aku nak bagi kepala ayam sebab time aku basuh ayam selalu ada je kepala ayam tu. Kesian pulak dibuang buang. Kalau bagi dia ada jugak dia kepala baru daripada asik mintak kepala orang je. Dia ingat senang ke nak tukar tukar kepala?

Apa yang aku cerita ni semuanya cerita betul cuma aku olah. Takde lah bosan sangat. Aku nak masuk cerita kedua pulak ni sebab aku malas nak sambung sambung cerita. Cerita kedua ni pasal gangguan dalam rumah kak cik aku jugak. Dalam 2017.

Cerita dia macam ni. Masatu aku kat luar tengah jalan jalan dengan kawan aku. Biarlah muda remaja kena gunakan sebaik mungkin.Tengah jalan jalan akak aku call. Aku tengok nombor dia naik aku memang malas nak angkat sebab kalau dia dah call aku satu jam tu tak cukup sampai naik panas telinga aku. Aku biarkan dia call sampai lah panggilan ketiga. Aku pelik pulak selalunya dia call aku sekali je. Kalau aku tak angkat dia terus give up. Aku angkat dia call. Aku dengar suara dia gelabah sikit. Aku tanya kenapa ada masalah ke. Dia pun cakap dia kat rumah dengan anak dia dalam bilik tetiba lampu bilik dia terpadam sendiri. Nak cakap blackout lampu ruang tamu hidup. Aku assume mentol dia rosak ke terbakar ke kan. Dia seboleh boleh cakap tak dan mintak aku datang rumah dia sekarang.

Masatu terdetik jugak lah rasa menyesal angkat call dia sebab jap lagi movie aku start. Aku bagitahu kawan aku dia cakap takpe pergi je sebab family lagi penting. Movie ni esok lusa boleh repeat. Terharu pulak dapat member memahami ni. Aku pun terus gerak rumah akak aku. Sampai sampai je aku terus masuk dalam bilik. Konon konon detective jugak aku ni. Tapi apa pun tak boleh. Akak aku tarik aku duduk sofa. Dia pun cerita lah. Suami dia ada belikan anak dia gelang biji yang warna warni tu tapi gelang tu putus masa anak dia nak pakai. Jadi akak aku pun kutip dan buang terus kat tong sampah luar rumah. Lepas dia buang dia masuk bilik dengan anak dia untuk susun baju yang dia baru siap lipat. Masa susun tu tetiba lampu bilik dia kelap kelip dulu sebelum terpadam. Dia mula mula tak fikir bukan bukan jugak tapi tetiba masa nak keluar bilik tu gelang manik yang dia dah buang dibaling dari luar rumah masuk ke dalam rumah. Akak aku nampak sebab manik tu betul betul melantun depan mata dia. Tu yang dia terus call aku. Aku mula mula tak percaya and aku terus buat keputusan nak bermalam kat rumah dia. Malam tu aku cadang buat bacaan yasin kat bilik yang lampu terpadam tu. Oh lupa masatu suami akak aku takde kat rumah sebab outstation.

Aku dengan akak aku duduk kat tengah tengah sambil baca yasin. Aku buka torchlight kat fon je masatu. Gabung fon aku dengan akak aku. Masa kitorang dah dekat pertengahan surah yasin tu lampu bilik tu hidup! Dan terus kelip kelip sampailah habis kitorang baca. Masatu jantung aku takya cakap lah. Kalau boleh dengar dah boleh jadi irama kompang aku rasa. Aku berharap sangat yang masatu akak aku kuat semangat dan lawan rasa takut. Aku risau dia yang kena malam tu. Tepat kitorang habis baca yasin mentol bilik tu meletup. Dah macam dalam cerita hantu kat wayangkan?

Aku terus tarik tangan akak aku lari keluar bilik terus ke ruang tamu. Sampaikan anak sedara aku yang akak aku tidurkan terbangun sebab dengar kitorang menjerit. Aku nak call abang ipar aku tapi fon aku kat dalam bilik. Aku tak sempat nak amik sebab terlalu takut. Fon akak aku pun tertinggal dalam bilik tu. Kebetulan fon akak aku bunyi masatu. Memang takde siapa berani masuk dalam. Last last aku cadang pinjam fon jiran je.

Akak aku call abang ipar aku cerita semua yang jadi. Rupanya abang ipar aku yang call tadi sebab dia cakap tak sedap hati. Abang ipar aku cakap dia akan sampai esok pagi. Hampa jugak lah aku dengan akak aku. Abang ipar aku bukan sengaja nak balik lambat. Dia dari terengganu. Memang 10-12 jam baru sampai. Malam tu kitorang tidur ramai ramai kat ruang tamu sambil akak aku buka bacaan kat laptop sampai ke pagi. Malam tu alhamdulilah takde gangguan walaupun aku banyak kali tersedar sebab takut. Mujur senang tidur balik.

Esoknya masa aku dengan akak aku tengah masak. Tepat aku buka peti ais, manik tu dibaling kat arah peti. macam ada orang baling. Melompat aku depan peti tu. Seminggu aku duduk rumah akak aku. Hari hari gangguan yang sama kitorang dapat. Setiap kali manik dibaling kitorang akan kutip dan simpan kat celah al quran. Yang aku pelik baru letak tak sampai berapa minit manik tu hilang! Macam tu je berulang benda tu. Sampaikan takut dah berubah jadi geram. Macam macam dibaling dalam rumah tu. Biji manik. Batu kecik jalan raya. Semua dilempar. Setiap kali leka mesti akan ada beras bawah sofa atau celah celah mana yang terpencil. Beras tu diletak bentuk gunung. Sangat banyak. Bila kutip akan ada kat tempat lain pulak.

Akak aku saje beli ikan puyu dua ekor dan letak atas meja makan. Setiap sekor satu akuarium. Tak sampai setengah jam. Tiba tiba aku dengar akak aku jerit cakap ikan dia dah terkeluar dari akuarium dan akuarium dah terbalik jatuh kat lantai. Masalahnya takde bunyi jatuh atau apa. Tak alih alih dah tumpah. Nak cakap terjatuh. Jauh jarak meja kalau nak jatuh kat lantai sebab akak aku letak kat tengah tengah. Ada sampai akak aku buka ruqyah kat laptop tiba tiba volume kecik sendiri. Mencabar betul benda ni.

Aku ketuk kepala baru tahu. Sampaikan aku marah benda tu macam aku marah anak sedara aku. Terjerit jerit aku marah bila dia start main baling baling. Confius aku. Aku rasa toyol yang ganggu. Tapi toyol tu takde mak ke sampai aku yang marah macam mak toyol. Pernah aku geram sangat aku cakap kau ni degil lah. Nak main main dengan aku ke? Penat aku sapu hari hari 5 kali sebab kau baling batu jalan. Aku sepak muka kau kang. Akak aku gelak sebab dia cakap macam marah anak main pasir. Macam mana aku tak marah. Baru sapu nanti dia baling lagi sampaikan aku bosan aku biar dia baling puas puas baru aku sapu.

Dekat dua minggu gangguan tu tak hilang. Aku bagitahu akak aku suruh panggil ustaz datang. Ustaz datang dan pagarkan rumah. Alhamdulilah hilang gangguan tu. Ustaz ada suruh sembur satu air ni keliling rumah. Aku tak ingat apa nama air tu. Tapi bila spray air tu menusuk ke hidung dia punya aroma sampai ke tekak rasa kelat. Baru terhidu belum minum lagi. Aku kalau jumpa toyol tu aku sumbat air tu dalam mulut dia. Biar dia menyesal ganggu hidup orang. Geram aku tak habis sampai sekarang sebab rasa dipermainkan dengan toyol. Setakat ni takde dah gangguan lepas rumah dipagar.

Okay lah sampai sini jela entry aku kalini eh. Harap enjoy.Sekian terima kasih.

LimauKasturi
Minta Kepala
10 (100%) 2 votes

20 comments

  1. Anak jin agaknya. Biasalah penyesat anak cucu Nabi Adam. Aku tiba2 membayangkan bagaimana ‘dia’ tergelak2 saat ‘dia’ permainkan manusia.

  2. you’re funny storyteller. Abang aku ade citer pasal ‘die’ boleh dengar kalau kite sembang pasal die. rupanya betol baca kesah ko ni. huhu.

  3. Story yg sempoi… tahniah..huhu

    Yang hawau2 ni komen macam nakharaom pasaipa…dejey hang…hilang pelaq sat gi…mampuih ampa

    1. Semoga pengkomen2 sumbang tu tidak lah sampai terpaksa mencari org2 yg dia berdosa utk minta maaf/ampun spt mana kisah ‘Diganggu Roh si Penipu’. Ingatlah, dosa sesama manusia hanya manusia boleh ampun/maafkan, so elakkan diri kita berdosa dgn seseorg lebih2 lagi yg kita xkenal dlm alam alam siber ni. Wallahualam

    2. Sy rse org yg sama komen kat penulis elle tu.mybe org tu mental,i think.mental sbb tugas dia buatkan org dlm ni marah.kalo mental dia sihat,xdela komen mcm tu.nampak sgt mental otak org tu bermasalah..org gila xkan ngaku diri dia gila.sama jgk yg komen mcm tu.maybe dia org yg sama

  4. Saya memohon admin ambil tindakan untuk delete komen2 berunsur luch dan kebencian… semak kepala… pls admin sila pantau ya…

  5. makin mengarut komen2 kat FS ni skrg. rasanya lebih baik kalau admin disable je terus komen. biar semua tak dpt komen. nak block, filter pun they will always come back somehow. mengganggu pembacaan bila ada komen2 lucah, maki hamun, racist dan lain2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.