Gadis atau Nenek

Ok para pembaca semua. Aku ni sebenarnye takdelah berani sangat dengan benda-benda halus ni. Tapi kalau keadaan memang mendesak kadang aku boleh jadi extra berani and usually yang paling penakut at the end jadi yang paling gagah.
Kisah yang aku nak cerita ni berkenaan sekolah menengah aku. Sekolah yang kebanyakannya anak polis dan askar di sungai besi kuala lumpur. Kisah ni berkenaan penunggu atau jelmaan pelajar di sekolah menegah tersebut. Masa aku form 1, aku ni jenis yang kena buli and mostly berkawan dengan budak-budak nerd. Tapi ape yang pelajar lain tak tahu ialah tabiat kiteorang berempat(group nerd aku) selepas waktu sekolah iaitu sesi petang. Benda ni bermula selepas kiteorang dengan sengajanya main “spirit of the coin” kat dalam kawasan sekolah. Sekolah aku ni berkedudukan atas bukit and blok kelas aku ni paling hujung. Aku budak kelas ke tiga (1 jati). Kelas jati ni paling atas and hujung sekali dalam blok tuh. Bersebelahan dengan tandas. So masa kiteorang main puja-puja tu takde benda pon jadi sebenarnya. Tapi selepas beberapa hari baru benda tu jadi.
Kami berempat ni jenis yang penakut tapi acah-acah berani. Selepas permainan tu tamat, one of us telah mencabar benda itu menjelma. Masa tu tiga kawan aku semua berani semacam, aku jer yang tengah takut cakap “woi korang!!jangan lah celupar sangat, takot doh”. So selepas kami pulang, aku pon mula menjauhkan diri dari kumpulan tersebut sebab aku rasa macam berdosa sangat apa yang kiteorang buat.
Kisahnya one day seorang classmate aku ada tertinggal barang ketika hendak pulang dari sekolah(sesi petang tamat pukul 6:45). Memandangkan hari sudah senja dan rata-rata rakan yang lain dijemput parents mereka jadi kawan aku sorang ni minta tolong kat aku sebab aku ni rumah 5 minit jer dari sekolah. Awalnya aku menolak tapi sebab kesian lah aku pegi jugak. Jadi kami pon berpatah balik. Sekolah aku ni takdelah besar sangat tapi sebab kawasan yang berbukit menyebabkan blok aku tu paling jauh nak pegi. Setibanya aku kat depan blok kelas aku, pagar tangga sudah ditutup oleh guru disiplin tapi kami meminta izin untuk naik keatas. Guru tersebut membenarkan aku berdua naik tapi kunci kami kena pegang and pulangkan kat dia masa balik.
Masa naik blok kelas aku tu, tiba-tiba aku berimaginasi pasal pontianak di kelas-kelas sedang berdiri di hadapan white board(permainan minda pon bermula). Sampai saja di kelas, kawan aku terus ambik barang dia and kitaorang pon nak segera turunlah sebab masing-masing takut. Keluar sahaja kelas, aku rasa macam diekori. Aku ingat perasaan sahaja tapi ada bunyi tapak kaki. “Mungkin salah dengar” kata aku dalam hati tapi kawan aku tadi pon bertanya ” weyh!! Kau dengar tak??”. Kami pon dah start panik and aku ambil keputusan untuk menoleh kebelakang, tiada apa-apa. Pusing sahaja kedepan aku melihat kawan aku tadi dah kat blok seberang berlari lintang-pukang tinggalkan aku. Memang ‘what the F’ lah mase tu dia tinggalkan aku. Aku pon ape lagi, kejar lah berlari membawa badan yang chubby mase tuh takut punya pasal. Belum sempat aku sampai tangga untuk turun kebawah, aku terus ‘blank’. Macam hilang arah and rasa macam kat alam lain. Kat alam tu sama jer lokasi sekolah aku tapi penghuni yang lain aku nampak. Aku nampak kelibat pelajar perempuan berdarah menunjuk ke arah kelas aku supaya aku pergi ke sana. Aku pon macam takde akal ikut jer kelibat tu pergi. Bukan kelas yang dia tunjuk tetapi tandas disebelah kelas aku yang dia tunjuk. Dia kata pada aku “kau nak tengok aku kan” dengan nada yang perlahan tetapi cukup menyeramkan tapi muka dia seperti sedih dan didalam kesakitan. Kemudian alam itu seperti sebuah paparan kisah yang berlaku pada kelibat pelajar perempuan tersebut dimana dia menunjukkan bahawa dia telah m**i akibat kemurungan tetapi ada rahsia yang dia simpan yang hendak dia tunjukkan pada aku. Rupanya keadaan yang berdarah itu sebab dia merupakan pelajar yang bermasalah sosial dan telah mengandung ketika di bangku sekolah aku dahulu. Dia telah menggugurkan kandungan dia di dalam tandas sebelah kelas aku. Kemudian ditanamnya janin tersebut di tingkat bawah berdepan dengan bengkel kemahiran hidup yang sama blok dengan kelas aku. Dia ingin aku membantu dia semadikan janin tersebut seeloknya tapi aku tak nak. Sebab kadang aku berasa tersangat takut and dia lepaskan aku dalam jerat memori dia.
Sedar jer aku dah kat tingkat dua betul-betuk ditanggan sedang melihat kawan aku yang tinggalkan aku tadi pandang tepat kat aku macam nampak something. Kemudian dia lari tinggalkan aku(again) dan memanggil cikgu yang bertugas mengunci pagar tangga tadi. Keadaan masa tu aku sangat letih dan rasa macam berat dibahu. Setibanya guru tersebut, dia pon terbeliak melihat aku dan menyuruh aku supaya ingat tuhan dan mengucap(cikgu tu cina). Aku rasa tiada yang pelik pada diri aku, yang peliknya renungan diaorang tu yang menyakinkan bahawa ada benda disekitar aku yang aku tak nampak. Masa cikgu tu ambil tangan aku dan tarik aku supaya turun, dia tidak pandang langsung kat aku. Tapi yang buat aku seram apa yang dia cakap masa tarik aku ” saya ambil ini budak arrr..dia kecik lagi maa.jangan kacau dia”. Terus berdiri bulu roma aku. Lepas jer turun kawan aku tu suruh aku mengucap and baca lah surah-surah yang aku hafal. Masa tuh dah gelap sebab dah pukul 7 suku macam tuh. Aku dibiarkan tertanya apakah yang aku lihat dalam alam tu betul and siapakah pelajar tersebut. Aku pon mula bertanya pada guru- guru sekolah berkenaan kes pelajar keguguran atau kemungkinan mereka tahu pasal kelibat yang aku nampak itu. Masa aku cerita pada kawan aku yang tinggalkan aku tu, aku ceritalah berkenaan raut wajah gadis muda yang berdarah tu. rakan aku terus menerpa “Muda?? Kau biar betul”.. aku pon berasa hairan. Lalu dia pon bercerita kenapa dia lari tinggalkan aku. Dia kata yang masa aku toleh belakang tempoh hari tuh, ada kelibat wanita tua dibelakang aku punca dia lari. And masa yang dia dengar aku kejar dia, dia toleh dan melihat wanita tua yang kejar dia tapi suara aku. And masa kat tangga dia kata wanita tua tu berhenti and tak lama lepas tu barulah aku muncul. Apa yang aku dapat simpulkan masa tu mungkin aku didampingi dan menyerupai wanita tersebut. So aku decide nak jumpa cikgu yang jaga tangga tempoh hari dan bertanya apa yang dia nampak. Masa aku jumpa cikgu tersebut dan bertanya apa yang dia nampak. Dia kata ” you budak baik tapi you lemah semangat. Benda itu suka sama you”. Aku pon peliklah dah pesal aku tanya lain dia jawap lain. Pastu cikgu aku kata “itu nenek memang duduk sini”. “What the F!!! Nenek??” Persoalan aku dalam hati. Aku pon ucaplah terima kasih and terus pergi dari situ. Kadang aku tertanya kenapa nenek sedangkan yang aku nampak gadis muda. So aku pon decide pergi ke lokasi tempat yang kononnya ada janin tertanam kat bawah tu and aku tengok macam ada kemungkinan yang besar yang itu semua tipu helah sebab tempat tu ade macam hiasan batu yang dah lama ada sejak pertubuhan sekolah tuh. So aku pon beranggapan yang perkara dah selesai and nothing to afraid of. Aku pon mula menjadi pelajar yang normal and dua tahun kemudian di tingkatan tiga. Aku sudah berpindah di blok lain dan keadaan pada awalnya normal tapi muncul perkara misteri. Sesi persekolahan tingkatan tiga ialah pada pagi hari dan selepas tamat sekolah aku dan rakan-rakan lain telah membuat keputusan untuk stay di kelas sampai petang (menyesal aku). Pada petang tersebut selepas asar, aku dan rakan-rakan menunaikan solat di surau bawah dan kemudian membuat keputusan untuk main kejar-kejar dalam kelas. Tiba-tiba hari hujan and keadaan jadi sedikit kelam jadi kelas aku ni dah start gelap. Masa tu aku bawak telephone ke sekolah dan ketika main kejar-kejar. Aku merakam setiap detik permainan itu sehingga pada aku dikejar. Dalam video tu memang boleh dengar jeritan aku yang agak kuat macam kena kejar anjing jer gaya. Didalam keadaan yang riuh dikejar oleh rakan aku tersebut. Mata aku fokus pada skrin telephone yang memaparkan apa yang aku rakam sebelum aku terdengar suara sayu mengilai. Dalam video tu pon ada dengar. Ketika aku dengar suara tu. aku ingat lagi yang aku berlari ke arah tingkap sebelum tersadung dan jatuh. Apa yang memeranjatkan aku dan rakan-rakan ialah selepas tamat sahaja permainan tersebut. Aku lihat semula video itu dan ade babak-babak sebelum aku jatuh tu ada kelibat betul-betul kat hadapan aku di luar tingkap. Selepas berjaya paused video tu kat timing yang betul, ternyata susuk tubuh wanita tua yang bongkok yang aku rakam dalam video tersebut sebelum aku jatuh. Beralaskan kain batik dikepala dan berupa seperti warga tua yang berkedut seribu. Yang menyeram kan lagi. Aku ingat kat luar tingkap. Tapi sebenarnya didalam kelas betul-betul kat depan aku sebelum aku jatuh. Padahal pada masa tu semua tak nampak apa-apa kecuali dengar bunyi sahaja. Jadi aku pon menyerahkan video itu pada guru sesi petang tersebut dan dia tercengang sebab dia kata itulah wanita itu.. memang jaw-drop moment masa tuh. And aku serahkan pada pengetua dan ustazah aku video tersebut and kenalah marah sebab melalak dalam video tu and kacau sesi petang persekolahan. Misteri nenek tu sampai sekarang tak dirungkai and aku pon dah kat universiti. Kbye

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

17 comments

  1. Moralnyer…jgn gatal2 nk main benda yg sah2 la kurafat
    Agaknya nenek tu makhluk Allah (jin or seangkatannya) yg mmg stay area situ
    Bezanya sblm tu dia x munculkan diri..lepas korang main puja2 tu lew kot br dia muncul….

  2. mmg student kat skolah menengah suka main benda alah ni kot.. bezanya jadi ngan x jadi je..
    aku dulu main ngan kawan2 setan kat skolah benda ni..siap ltk d***h setitik lagi kat coin..alhamdulillah x jadi.. spirit pun segan kot nak layan kami masa tu.. hahaha

      1. hahaha kak yulie oiii seb baik bukan d***h den..
        den da baca 3 qul dengan bismillah 21 kali mungkin sebb tu x jadi kot ..
        ada plak kolestrol hahahaha.. adeehh hahaha

        1. Ate makan singkong (ubi) ngan keju, mmg kolestrol come to mama leerrr…
          Haahahahha…

          Ape kejadah nk pggl antu bace doa beria…
          Seganler deme nk kuor…

    1. sebab Hantu yang ada kat situ tak power. Yang Hantu budak tu power, pandai sihir. tu yang leh jadi Nenek + Budak mengandung! Haha

  3. Okay mata aku berpinar baca dan kejap kejap kena cari balik ayat yang aku ketinggalan. Oh ya benda ni aku pun pernah terjebak dulu mmg nostalgia betul kalau diingatkan hati xcukup kental tapi kemain lg gigih nak mencubanya.

  4. spirit of the coin… aku pernah jga main benda alah ni.
    msa skolah menengah… ada sorang kawan yg ajar main dlu. last2 ada student ni report ngan cikgu.. aku pulak ketua main benda alah ni.. #akujugayangkena
    kena hukum la gamaknya.. 😀

  5. rajin hangpa smua dok berlawan komen tau
    i is jadi xghairah baca cerita, laju je nk scroll tgk komen2 hangpa
    hik3

    hi kak Yulie, selamat berkenalan since tgk u ada dimana2..hihih

  6. nasib baik setakat tu je.. dibuatnya mmg dia tak nak blk (butang home) masa main spirit coin tu tanpa sedar deols masih merayau2, mcmne?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.