GADIS KECIL BERBAJU BIRU LUSUH,ORANG BAWAH POKOK ARA

Bermula cerita bagaimana aku mula melihat alam ghaib..semua bermula apabila aku mengikut kak long bekerja part time di sebuah resort terletak dalam hutan dara.

Masa tu aku baru habis menduduki SPM. Aku pindah masuk kuarters pekerja pada malam sebelum aku mula bertugas. Kuarters itu sebenarnya adalah rumah resort yang akhirnya digunakan untuk pekerja. Rumah batu sebuah yang, ada 3 bilik ,ruang tamu dan dapur memang cantik. Keadaannnya sunyi dan aman, cuma terdengar bunyi cengkerik.

Kak long aku tinggal sendiri dalam rumah ni sebab kebanyakan staff adalah orang sini dan mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Cuma kak long aku saja tinggal jauh. Kak long aku ni memang jenis kuat semangat.
Aku dengan kak long tinggal di bilik tengah. Manakala dua bilik lagi kosong.

Selepas mengemas baju-baju di bilik, aku membututi kak long di ruang dapur. Dia tengah memasak juadah malam. Ada tingkap besar menghala ke luar yang hanya dikelilingi hutan belukar. Tingkap yang berbuka membuatkan pandanganku menghala ke luar.

Entah mengapa mataku terus tertarik ke sana. Seperti ada sesuatu di sana. Aku amati dalam kesamaran malam. Di atas bukit belakang rumah itu ada tangki besar. Di situ seperti ada sosok tubuh kecil. Berbaju gaun biru lusuh. Di tangannya ada anak patung kecil.
Aku melihat gadis kecil itu dalam lingkungan umur 5 tahun. Dia mengamati aku dari jauh. Hanya kepalanya saja teranguk-angguk melihat aku.
Perlahan-lahan aku membuka pintu dapur untuk naik ke atas bukit belakang rumah. Tiba-tiba tanganku ditarik

“Mau ke mana.?” tanya kak long Dia melihat aku hairan
“Mau ke atas.. Ada budak kecil memanggil” Aku hala telunjuk ke atas. Sepantas kak long melihat ke atas jugak.
“Mana ada orang” sepantas aku menoleh kembali ke atas bukit. Kosong, Anak gadis itu sudah tiada. Aku terkesima. Mana budak tu pergi.
“Sini tiada budak kah kak long?”
“Mana ada guest kita malam ni yang berkeluarga. Kalau ada pekerja yang ada anak pun Kak ida..tapi dia tak duty malam ni.”
“Tapi budak tu kata tinggal sini.”Aku hairan. Macam mana aku dengar budak tu berkata-kata sedangkan kami cuma saling melihat.
“Sudah…. Habis makan kita ke depan kaunter, sini tiada line internet, depan saja ada wifi. Makan cepat . “Gesa kak long. Dia tenang saja.

Selepas makan kami berjalan ke cafe dan ada kaunter di situ. Satu-satunya tempat yang ada line internet. Kiri kanan hanya ada pokok-pokok. Suasana yang sepi dan gelap. Kami hanya bertemankan lampu teleponku. Kak long laju jak tanpa apa-apa cahaya. Sebelum sampai ke cafe, kena melalui sebatang pokok ara besar. Cantik pokokya. Besar dan rimbun. Dalam gelap tu aku lihat ada ramai kelibat duduk di situ sambil memerhati kami lalu. Peliknya Kak long macam tak nampak.

“Ada orang baru” Aku terdengar suara berbisik sesama sendiri. Aku berhenti untuk menyapa mereka. Mana tau staff kan atau guest. Lagi sekali tanganku ditarik kak long.
“Laju..” arahnya. Aku mengikuti langkahnya pantas. Mata mereka masih melihat aku sampai jauh. Siapa mereka…Kenapa kak long buat tak peduli dengan mereka. Dan mereka pun tak hiraukan kak long. Yang sempat aku dengar, mereka kata dah selalu nampak kak long, bosan..Haha..cuma baru nampak aku.

Sampai di cafe , sunyi..hanya ada dua tiga orang guest Eropah yang sibuk melayani gajet. Ada seorang, orang tempatan yang duduk di sebuah meja, sibuk menaip.
“Buat tesis ka Danny” Sapa kak long. Sambil dia jugak lincah membantu mengemas meja makan yang masih tersisah belum berkemas. Danny mengangkat kepala.
“Ya bah, mau hantar sama c Andy ni. Bising nanti orang putih pendek tu” Jawapnya merujuk kepada pensyarahnya mungkin sambil mengalih pandangan ke arah ku.

“Staff baru?” tanyanya..
“Mmm..adik aku baru lepas SPM, part time sini, Lana.” Perkenal kak long. Baru aku tau Danny pelajar yang mengikuti pengajian dan mengkaji pasal pokok-pokok. Dia ingin menghabiskan pengajian untuk dapatkan PHD.
“Mmmm..saya mau tanya, ada budak kecil ka menginap sini?

Tanya Danny tiba-tiba. Aku memandang kak long. Kami berbalas pandang.
“Semalam, saya lambat balik. Kerja saya belum siap. Ada budak perempuan singgah cafe. Saya tanya pergi mana. Dia jawap mau jumpa mamanya. Berani betul budak tu jalan sendiri.”
“Mana ada guest kami semalam Danny. Anak penduduk sini kali. Kena bagitau pengawal ni.”
“Tapi dia cakap tinggal di dalam tu.”  Danny tunjuk arah belakang jauh di sebuah bangunan. Kelam tiada lampu. Cuma berbalam dari jauh.

“Itu bangunan dorm, kami tak buka lagi la Danny, belum masuk high peak season. Bangunan depan jak ada orang. Itu pun belum penuh. Tak percaya tanya Joana.” Sorang gadis di kaunter mengangguk kepala.
“Pakai baju biru ka, kecil budaknya?” tiba-tiba aku bertanya. Semua mata melihat aku.
“Ya betul..dia bawak patung , bajunya lusuh tapi macam alah-alah gaun gitu”

Aku memandang kak long.
“Itulah yang aku nampak di belakang rumah tadi.” Tak semena bulu roma kami meremang.
“Dan ramai orang duduk di pokok sana masa kita lalu tadi, Staff ka atau guest.?”
Joana terus lari keluar dari bilik kaunter dan duduk rapat dengan kami. Aku lihat Danny membesarkan mata. Cuma kak long masih tenang tidak berkata apa-apa.

Esoknya, baru aku jumpa staff-staff lain. Semua duduk di meja panjang sambil menikmati sarapan. Semua kecoh pasal cerita semalam. Ada yang masih ingin berkenalan dengan aku. Mungkin Joana yang bercerita, tak pun Danny sebab dia pun ada turun sarapan. Rupanya masing-masing ada pengalaman masa baru-baru kerja sini. Tak terkecuali kak long aku. Cuma sebab kak long dah lama kerja, gangguan ke atasnya sudah tiada. Macam’ orang’ bawah pokok tu kata,’dorang’ dah bosan nampak kak long aku.Hahaaha..

Hari pertama bekerja, kak long cuma bawa aku melihat keadaan tempat berkerja. Melihat chalet di sini. Jarak dari satu chalet ke chalet lain agak jauh. Tapi tempatnya memang sunyi dan aman. Salah satu bangunan yang kak long bawak adalah bangunan dorm yang hanya dibuka bila high peak season. Sekali lagi aku melihat kelibat gadis kecil berbaju biru itu. Mukanya sedih tidak seperti semalam.

“Tolong beritahu mereka, berhenti bercerita mengenaiku” Aku seolah dapat mendengar isi hatinya. Seolah kami berhubung melalui intipati. Dari jauh aku cuma dapat mengangguk kepala. Sejak dari itu aku sudah tidak melihat dia lagi. Mungkin dia cuma ingin berkenalan dengan aku. Cuma bila dia terlalu dibualkan dia tak suka. Aku memberitahu kak long agar tak bercerita pasal dia lagi. Sejak itu cerita pasal dia sudah habis. Tiada siapa yang bercerita pasal dia lagi.

‘Orang” bawah pokok ara masih ada, malah makin membina kelompok dan keluarga mereka di situ. Cuma mereka dalam dunia mereka sendiri, tidak menganggu. Kalau ada yang terganggu , mungkin ada yang cabul atau membuat kerosakan. Pernah ada staff yang tidak boleh berjalan, dan terpacak di situ kerana mabuk. Pernah ada yang bekerja di cafe melihat ada keramaian di bawah pokok tersebut. Allahualam. Cuma bagi aku mereka ada di situ, kami masing-masing dengan urusan sendiri. Cuma bagi yang tak nampak, lalu di situ mungkin terasa bulu roma menengak.

Dari situ mulanya aku melihat makhluk halus ni. Sampai sini ceritaku. In Sya Allah aku akan sambung cerita lagi. Maaf segala kekurangan.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Cinta
Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.