hospital

Gangguan di Klinik Hospital

Assalamualaikum kepada semua pembaca fiksyen shasha dan terima kasih juga admin sebab siarkan kisah aku sebelum ni. Sekali lagi aku ingin berkongsikan pengalaman yang bagi aku seram lah jugak. Aku akan bahagi2kan cerita ni kepada beberapa part untuk memudahkan korang faham ya. Oh ya pengalaman kali ni aku kena di tempat kerja memandangkan aku kerja di sebuah hospital jadi hantu2 ni memang selalu ada cuma tengok kalau nasib kau baik dapatlah tengok ‘dia’ .

Cerita 1
Haritu aku ditugaskan jaga klinik pagi disebabkan doctor aku ada setkan appointment untuk patient dia pada jam 730am, aku sampai tempat kerja jam 705am (waktu kerja sebenar jam 830am). Ok aku terangkan sikit pasal keadaan hospital dan klinik ni ya supaya korang dapat bayangkan. Hospital ni 7 tingkat dan klinik pakar semua terletak di tingkat 5, dekat tingkat 5 tu semua sekali ada 17 buah klinik pakar dan klinik aku ni terletak di bahagian left wing dan yang paling hujung sekali. Keadaan di tingkat 5 tu memang sunyi dan malap memandangkan aku satu satunya klinik yang bukak pagi. Ok so pagi tu aku sampai je terus aku kemas klinik dan bilik doctor, tengah syok mengemas barang atas meja doctor aku terdengar bunyi tapak kasut mcm orang2 korporat gitu. Dalam hati berkata awal pulak doctor aku ni masuk, selalunya dia akan masuk klinik bila aku telefon cakap patient dah sampai je. Tunggu punya tunggu takde siapa pun masuk, aku jengah ke luar tengok memang takde siapa masatu memang dah rasa lain tapi aku buat tak tahu aje.

Dah siap setting klinik semua aku duduk kejap sementara tunggu patient dating, tengah duk sengih sorang2 sambil tengok phone aku dengar kerusi di luar klinik tu mcm ada orang duduk (ala kerusi besi yang selalu kat hospital tu kalau org dudukan bunyi mcm berkeriut sikit) aku fikirkan patient dah dtg bila aku bangun tengok sekali lagi takde siapa diluar tu.

Aku masuk semula ke klinik dan masa aku nak masuk tu aku rasa mcm berlanggar dengan seseorang yang halimunan. Aku terkejut tergamam terpaku semua ada sebab masa berlanggar tu aku memang rasa mcm bahu dengan bahu berselisih weh. Aku terdiam kejap ada dalam 20 saat aku kaku berdiri kat situ je tak lama pastu patient aku pun sampai siap tegur ‘’aik dik nyanyi lagu negaraku ke tegak betul diri’’.

Masatu aku memang blur terus, dlam otak fikir apa yang aku langgar tadi tu, aku langgar dia ke dia yang langgar aku ek . Sampai lah dah selesai semua settlekan patient aku tu, klinik2 lain pun dah mula bukak aku pun cerita kat sorang akak ni, rupanya staff dulu pun pernah kena kacau jugak lagi extreme katanya. Oh ya lupa nak bagitahu klinik aku ni berkongsi dengan breastfeeding room tau, staff yang dulu penah kena kacau tu kata dekat bf room tu ada benda tu tapi tak tahu lah betul ke tidak. Lepas kejadian ni ada je kena ganggu lagi tapi aku buat tak tahu je.

Cerita 2
Cerita kedua ni pulak aku ditugaskan untuk jaga klinik malam, okay klinik malam ni hanya satu klinik je yang beroperasi waktu bekerja pulak 8pm hingga 11pm. So korang bayangkan lah di tingkat 5 tu Cuma ada satu klinik je yang bukak, staff yang bertugas pulak Cuma 2 orang aku dan rakan sekerja yg tugasnya hanya registerkan pesakit saje yg uruskan hal klinik semua aku.

Okay malam tu macam biasalah lepas bukak klinik aku akan kemas sikit sikit apa yang patut, sementara tunggu patient dengan doc datang aku dengan ain (partner aku malam tu) duduklah membawang tengah kami gelak2 tu tiba2 dengar orang berdehem. Kitorang saling berpandangan sebab bunyi berdehem tu berlanjutan 3 4 kali, Ain ajak aku pergi tengok di register counter takut takut ada patient yang tak tahu kena register di klinik terus takperlu tunggu kat depan.

Register counter ni bukak siang je kalau ada klinik malam pesakit boleh terus direct ke klinik je untuk register dan register counter ni dekat depan macam aku bagitahu klinik aku ni wing belah kiri dan klinik paling hujung so kalau ada patient duk kat depan memang kami tak nampaklah. Bila kami sampai depan tak ada orang pun kat depan tu. Dan pada masa yang sama Ain nampak lembaga hitam tangah renung dia dari dalam salah sebuah klinik kat depan tu, dia punya terkejut istighfar panjang budak tu gigil tangan dia, muka jangan cakaplah dah takde darah dah aku tengok. Aku terus tarik Ain ke klinik dan kemas barang, tutup klinik dan kami turun ke lobby. Sampai kat lobby aku telefon doctor cakap patient cancel appointment dan aku klentong kat patient pulak yang doctor ada emergency case tak dapat datang haha.

Masa dekat lobby tu aku suruh Ain minum air dan Ain pun ceritalah kat aku apa yang dia nampak, tapi dah sampai bwah tu pun kitorang diganggu, lepas Ain dah reda sikit dia boleh pulak nak pergi toilet so aku pun teman lah. Bersebelahan dengan toilet tu ada office, bila kitorang keluar je dari pintu toilet, aku tertangkap satu bunyi suara perempuan mcm sedang berborak rancak tapi tak dapat tangkap apa yang dibualkan. Aku dengan Ain apa lagi pecutlah sebab tahu office tu siang je ada orang. Oh ya toilet dengan office ni pun kat tingkat satu which is area lobby tu jugak. Malam tu memang kecut perut dia lain mcam walaupun dah banyak kali kena kacau, mungkin sebab yang jadi partner aku si Ain tu pun sejenis penakut jadinya dengan aku aku jadi penakut.

Dua cerita je lah dulu untuk entri kalini, ada masa aku cerita lagi sebab banyak lagi kalau nak diceritakan semua pengalaman kerja kat hospital ni yang dekat ward lain kat surau lain yang bawak familynya lain haha. Maaf kalau penulisan aku tak berapa baik tau dan maaf kalau tak seram just nak share pengalaman aku je. Babaii

suri
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

12 comments

  1. Tak tak aku pelik asal nama aku naik kee lupa nak letak disclaimer HAHA, situasi kau sama sebujik dengan tempat aku kerja sooo aku nk cr writer ni kakaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.