Gangguan Di Universiti

Salam FS reader and writer. Bercampur baur perasaan bila baca pengalaman yang di kongsikan… Seram.. Ngeri… Mendebarkan…Kadang-kadang bulu roma pun tegak bila tengah membaca… Aku nak share kisah yang dialami oleh aku sendiri… Harap semua readers boleh hadam dengan ape yang bakal aku cerita ni..

Aku bukanlah seorang yang mempunyai deria keenam. Jujur aku cakap kalau boleh aku tak nak pun nampak ‘benda-benda’ yang tak sepatutnya aku nampak. Cerita ni bermula masa aku belajar di Universiti yang dikelilingi ladang luas. Kediaman Siswi ada banyak blok dari A sampai K. Aku di tempatkan di blok J. Bilik yang ada 2 katil double dacker bermakna aku ada 3 rakan sebilik.

Aku kenalkan rakan sebilik aku dulu… Katil bawah yang pertama milik Ina, atas katil Ina adalah katil aku. Katil bawah yang kedua milik Manis dan atas katil Manis milik Ira. Cuti panjang dah 3 hari berakhir. Tapi cuma aku, Ira dan Manis je yang balik ke bilik kami. Ina masih lagi belum kelihatan. Aku ada tanya Manis, kenapa Ina belum balik. Manis jawap dia tak tahu. Ira pun turut menggeleng.

Malam tu aku pun cuba nak lelapkan mata yang segar semacam ni. Aku tengok jam di handphone, dah pukul 2:30 pagi. Lampu bilik dah lama dipadamkan. Aku pejam mata dengan harapan akan terlelaplah nanti. Tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi tapak kaki berjalan mengelilingi bilik kami. Aku diam tak bergerak, perasaan takut terus menyelubungi aku. Mata aku pejam rapat. Dalam hati aku berbisik biarlah aku tak nampak apa-apa.

Dalam 5 minit keadaan menjadi sunyi seperti biasa. Bunyi tapak kaki tu hilang. Perlahan aku buka mata dan lihat sekeliling bilik. Gelap dan tiada sesiapa. Dua roomateku masih nyenyak tidur di katil masing. Aku nekad untuk tidur di katil Ina. Aku turun dari katil aku dan terus baring berselimut di katil Ina. Jujur, aku tak pernah tidur dikatil orang lain sebelum ni. Elok je aku letakkan kepala dibantal Ina aku terus rasa mengantuk.

Sedang aku memusingkan badan untuk mengiring ke kanan, aku terpandang sesuatu yang sedang duduk di birai katil berdekatan dengan dengan kaki aku. Aku terus pejam mata rapat-rapat. Tiba-tiba aku terasa hembusan hangat betul-betul dekat sebelah telinga aku. Bulu roma tegak serta-merta.. jantung bergedup kencang. Aku cuba membaca ayat-ayat suci didalam hati tapi semuanya berterabur. Kemudian aku terasa bagai ada tenaga yang menolak aku agar turun dari katil itu.

Aku bingkas bangun dari katil Ina tanpa menoleh ke belakang dan berjalan ke katil Manis. Aku minta izin Manis untuk tumpang tidur dikatilnya. Manis beralih sedikit untuk memberi ruang kepada aku baring di sebelahnya. Aku meletakkan kepala aku dibantal sambil mataku berkelip, nak tahu ape yang aku nampak?

Aku dapati diri aku masih baring di katil Ina. (ah sudah.. tadikan aku dah baring kat katil Manis.) Aku bangun lagi sekali dan berjalan ke katil manis dan baring di sebelahnya. Pap!. Perkara yang sama berulang.. apabila aku buka mata, diri aku masih di katil Ina. Aku tak tahu apa yang berlaku ke atas diri aku. Aku tetap bangun dan berjalan ke katil Manis, tapi kali ni aku tak baring. Aku Cuma duduk di sebelah manis sambil aku beranikan diri menghadap katil Ina.
Kosong, tak ada sesiapa di situ.

Aku dikejutkan dengan azan subuh. Aku, Manis dan Ira bersiap-siap untuk ke kelas. Apa yang berlaku pada aku malam tu aku tak ceritakan pada sesiapa pun.

Lepas habis kelas, aku balik bilik macam biasa aku nampak Ina, Ira dan Manis duduk dalam bulatan di tengah-tengah bilik. Macam sedang berbual. Aku pun join sekali. Ina beritahu aku kenapa dia tak balik 3 hari ni. Dia cakap dia sedang berubat. Ada ‘benda’ suka dengan dia, nak menumpang dia. Ina beritahu ‘benda’ tu selalu kacau dia tidur, duduk kat hujung kaki dia, tarik selimut dia. Jadi aku dah dapat relatekan dengan apa yang berlaku ke atas aku semalam.
Aku terus tanya Ina dapat ke buang ‘benda’ tu? Ina pesan kat kami semua jangan takut, ‘benda’ tu dah tak ada. Ira dan Manis menghela nafas lega. Tapi aku masih lagi teringat kejadian malam tu.

Masih segar diigatan tentang kejadian malam itu.. Apakah benda yang selalu kacau Ina tidur itu juga adalah benda yang sama menganggu aku malam itu.. Cukup sampai disini saja penceritaan ku untuk kisah ini…

Sekian.
-Finaz-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Finaz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.