Gangguan lepas Anak ke 2 dilahir.

Assalamualaikum.. hello hello. Apa khabar semua.
Sini sambungan dari cerita saya sebelum ni “Ponti Melawat Anak Sulung”.
Ok. So mase ni jadi masa first PKP. Tahun 2020. Last year la. Isteri saya, Lya, Alhamdulillah selamat lahirkan anak ke2. Kalau dalam cerita mistik2 ni. Selalunya gangguan mase anak firstborn je kan? Itu la saya piker. Rupanya tak.
Kisahnya bergini.

Lepas Lya dapat balik kerumah parents saya. (Time ni kitorang dah pindah duduk asing dekat condominium. Tapi Lya prefer nak berpantang dekat rumah parents saya). First night tu takde pape jadi. Semua okay. Semua smooth. Datang malam kedua. Disebabkan isteri and baby tido atas katil, saya and anak sulung saya, Elle (dah 4 years old time tu) tido dalam playroom yg bersambung dengan bilik saya. Bilik playroom ni size besar and ade dua study table. Lepas tu ade kerusi bench yg melekat sepanjang dinding yg ade tingkap. Saya hampar tilam untuk saya dan Elle.

Jam dah menunjukkan pukul 12.30am. saya masih tak tido lagi tgh tgk Tik-Tok (trend PKP kan?). tgh sedap dok layan. Tiba2, tukk tukk tukk.. ketukan pada tingkap. Saya bukak earphone and perhati tingkap tu. Lepas tu dengar lagi tukk tukk tukk. Saya pon selak langsir and check. Pandangan gelap je tanah kosong yg memisah kan rumah parents saya dengan jiran. Rumah parents saya ni betul2 tengah bandar KL. Dekat dalam kawasan Taman Tasik yg femes penuh dengan manusia tak reti jaga SOP naik Basikal dengan skuter.. hehe. (pelik tempat dekat bandar ade bende2 mistik mcm ni). Lepas check takde pape, saya pon tutup balik langsir lalu terus baring balik dekat tilam dan sambung balik tengok tik-tok.

Tukk tukk tukk. Bunyi sekali lagi. Kali ni sangat clear. Macam orang ketuk pintu., tapi ni dekat tingkap. Memang sah la benda mistik sebab tingkat 2 kan. Lepas tu tetiba anak ke 2 saya yg baru lahir ni start menangis. Sementara Lya settle kan susukan anak, saya pon investigate la. Selak langsir lagi and check CCTV. Selain hantu. Takut jugak orang cuba nak pecah masuk rumah. Mase sedang check CCTV dekat app dalam phone. Tetiba sepintas kilat nampak kain terbang lalu sebelah tingkap. Saya pon macam opochot kau, terus tutup langsir. Isteri saya Lya tanya kenapa. Saya balas takde pape. Lepas tu dengar bunyi perempuan menangis.. perlahan je. Lepas tu mengilai. Mengelabah la kami suami isteri dengar cepat2 baca doa siap pasang Surah Al-Baqarah dekat Google Home.

Keesokannya mase Lya tengah diurut dengan confinement lady, dia citer la dekat akak tu. Akak tu cakap dia mase tengah tutup langsir waktu maghrib semalam, dia ternampak ade “kuntilanak” dok mengendap bertengek dekat pokok (akak confinement lady ni dari Indonesia). Bukan setakat tu lagi. Ade gorilla mata merah, orang indo panggil genderuwo. Yang ponti ni cuba nak kacau mommy dan baby. Yang hantu gorilla ntah kenapa dia ade.

Sejak malam tu, anak ke 2 asyik tak tenteram dari lepas isyak sampai la ke subuh. Lepas subuh baru la kami suami isteri dapat tido. Nasib la PKP, WFH.. dapat la curi2 tido 5 minit mase buat kerja. Rutin hantu2 ni berhari2 sampai dah muak and kitorang buat bodoh. Yang membuatkan kitorang pandang serious bila dia dah start main2 dalam bilik. Yg gorilla tu taktau mane dah la. Yg stay on ponti ni la. Dia dah berani diri kat tepi pintu la. Dekat dalam reflection cermin la. Dekat hujung katil la and then dok main tombol pintu. Yang menakutkan lagi bila Elle, anak sulung saya tetiba bangun dari tido and jalan langgar pintu almari berkali2 sambil jerit.

Ustaz pon dipanggil. Macam biasa la.. dia buat la benda2 yang patot. Ustaz cakap ponti ni dah aim kirotang masuk dalam perjalanan balik dari hospital kerumah. Dia ikut. Yang gorilla tu, saka yang berdamping dengan akak confinement. Ustaz pon interview la akak tu. Akak tu pon jujur. Dia ckp keluarga dia ada saka ni. Tapi dia tak nak terima. Sejak tu gorilla ni dok follow je mane akak tu pergi.

Yang pasal ponti ni, Alhamdulillah la skarang ni takde dah (mungkin sebab kitorang jarang balik ke rumah parents kot.). Tapi kadang-kadang bila balik melawat parents, ade je dengar ngilai tu luar rumah tapi dah tak selalu la. Sejak kes tu, sebelum tido, saya akan maca 3 surah tiga Qul, dengan Ayatul kursi dekat setiap penjuru bilik and tingkap sebelum maghrib. Itu saje cerita buat masa ni. Ade banyak lagi. Tapi kita simpan untuk kemudian hari. BYE!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Joe Ariff
Rating Pembaca
[Total: 24 Average: 4.5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.