pengalaman rumah sewa

Assalamualaikum semua pembaca FS. Harini aku nk share pengalaman aku dengan kawan-kawan aku ketika sewa rumah di sebuah negeri di Johor.

Ok masatu dah habis study, so kitorang plan nak kerja kat Johor memandangkan ada kawan aku pnya atok nenek tnggl kat situ .Kawan aku dah try survey beberapa rumah sewa untuk kami sepanjang bekerja kat sana so cari punya cari terjumpalah satu rumah sewa. Sewa bolehlah untuk kitorang budak budak bujang ni hahaha.

Dipendekkan cerita, kitorang pun pindahla rumah tu. Oh lupa pulak nak kenalkan kawan kawan aku. Kitorang pegi 4orang je (2 lelaki 2 perempuan) sebab aku ni bukan ramai kawan sangat. Yang lelaki sewa hostel. Ok aku skip la macam panjang plk. Malam pertama tu tak de apa apa gangguan tu start dalam 3 minggu macamtu.Aku kerja jadi cashier kat pasaraya. Kawan aku yang nama Dayah ni pulak kerja kt stesyen minyak. Antara aku dengan Dayah,aku dulu yang awal habis kerja, aku habis kerja pukul 10 macamtu. Dayah pulak habis kerja 11:30. So, aku ada masa dalam sejam setengah sementara nak tunggu Dayah ni balik.

Da sampai rumah tu, aku terus mandi solat isyak apa semua tu lepastu aku terus makan.Tengah sedap-sedap makan tu, tetiba lak aku rasa cam x sedap hati. Tapi aku abaikan ajelah sebab aku ni kalau tengah tengah malam duduk rumah sorang sorang memang macam macam aku fikir. Keesokan harinya Dayah cerita kt aku malam semalam ada sorang makcik tegur dia tanya tinggal kt mana apa semua kan. Bila Dayah ckp dia tinggal kat rumah sewa hujung blok tu terus muka makcik tu lain. Siap tanya pulak tu sepanjang kt situ ada gangguan ke apa tapi kitorang memang x de lagi gangguan kt rumah tu. Dayah tanya la makcik tu kenapa rumah tu berhantu ke apa tapi makcik tu kata x de apa apa macam nak mengelak. Aku lak yang x puas hati ngan jawapan makcik tu lalu aku ajak Dayah jumpa makcik tu sebab aku sure sangat makcik tu mesti tau apa apa.

At the last kitorang decide nak jumpa makcik tu time weekend sebab yela masing masing busy kerja x de masa nak jumpa. Nasib gak makcik tu ada bagitau rumah dia selang 3 ke 4 buah rumah dari rumah sewa tu. Makcik tu bukak bukak je pintu macam terkejut tengok kitorang expecially Dayah la sebab tetiber je datang kan. Setelah berjuta kali aku paksa makcik tu bagitau (maybe kedengaran agak rude aku mendesak makcik tu tapi disebabkan nak tau sangat terpaksa la) baru makcik tu bgatau. Ouh yea nama makcik tu Cik Jenab (bukan nama sebenar) dia bgtau sebenarnya rumah tu jarang berpenghuni. Kalau ada orang duduk pun mesti x lama dalam sebulan gitu je boleh tahan.

Cik Jenab tu kata dia tak taula rumah tu berhantu sebab apa tapi menerusi dari radio karat (mulut ke mulut the makcik bawang) kata rumah tu sebenarnya terambik sedikit tanah kat belakang.Tanah kat belakang tu pulak rumah ‘benda’ tu. So benda tu marah la kot kan. Pastu Cik Jenab tu kata macam macam gangguan orang kt area situ kena antaranya bunyi ada orang sapu sampah tengah malamlah, bunyi berdehem la, bunyi bnda jatuh kt bumbung la, and banyak lagi. Aku dengar pun dah seram.

Pastu dah habis sembang tu, aku pun mintak diri nak balik. Maybe kitaorg ni ketakutan sangat ke apa ke [email protected] pastu si Dayah kena kacau. Untuk pengetahuan korang Dayah ni memang suka gosok gigi kt singki. Dia kata lebih terbuka. Dia citer masa tengah gosok gigi tu ada orang cuit pinggang dia. Dayah ingat kan aku (sebab aku ni suka sakat orang hahah) bila dia toleh x de sesiapa pun. Dia ingat maybe perasaan ke apa dia pun sambung gosok gigi kena cuit lagi buat kali ke 2. Lepas je kena cuit tu dia terus rasa merinding bulu roma lalu terus segera habiskan sesi gosok gigi dia tu dan terus ajak aku masuk tido. Keesokannya, baru dia cerita.

Alhamdulilah sepanjang setahun duduk kt rumah sewa tu x de la gangguan yang extraordiary. Haih mintak jauhla. Aku ngan Dayah sekarang pun dah balik ke KL semula. Terima kasih pada yg baca cerita ni. Sorry if x seram.

Semoga kita sentiasa dilindungi. Aamiiiin

Hantar kisah anda di sini : fiksyenshasha.com/submit

6 thoughts on “pengalaman rumah sewa”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.