Pakcik PM 2

Hi. Ini sambungan Pakcik PM. Thanks FS sebab sudi publish cerita aku. Kepada yang tak faham, aku cuba terangkan kat sini. Sorry la, aku tak tahu macam mana nak cerita tapi aku cuba. Lagipun kisah sebenarnya panjang gila, aku ringkaskan dan pastikan kisah sebenar tu sampai. Kepada pembaca, aku Ann dan non-muslim, Nazri (BF aku) memang Melayu Islam. Start ye?

Pakcik PM mengambil Nazri sebagai anak angkat sejak Nazri di bangku sekolah lagi. Mak Nazri pun mengiyakan saja dan bersangka baik ada orang mahu tolong jagakan anak lelakinya. Untuk pengetahuan semua, pakcik PM bukan saudara – mara Nazri, cuma kenalan rapat keluarga dorang. Sejak masih bersekolah, Nazri pun pindah dan tinggal dengan pakcik PM dekat rumahnya di Kampung Dulu (nama rekaan, kalau betul wujud, eecak).

Selepas kes Nazri dengan pakcik PM bertengkar lalu bertumbuk pada bulan puasa yang lepas (seminggu sebelum raya) sampai Nazri patah tangan, Nazri pun mengambil keputusan untuk balik ke rumah maknya. Awalnya dia nak tumpang tidur seminggu je sambil beraya tapi mak Nazri minta Nazri pindah terus ke rumah maknya. Yela, pakcik PM jagakan Nazri dari dia budak belasan tahun lagi, mesti mak Nazri rindu nak bermanja dengan anak lelakinya. Dari cerita adik – beradik Nazri pulak, sepanjang Nazri duduk dengan pakcik PM sampai ke dewasa ni, pakcik PM macam tak suka kalau Nazri selalu balik rumah mak dia atau sekiranya Nazri rapat dengan adik – beradik dia.

Pakcik PM seolah – olah mahu Nazri menumpukan perhatian kepada dia seorang dan Nazri juga tak dibenarkan bergaul. Kalau balik kerja mesti terus balik rumah. Bila Nazri balik lewat sikit sebab OT misalnya, pakcik PM boleh call sampai 20 lebih kali! Itu pun setiap 20 lebih kali panggilan telefon dia Nazri jawab tau! Haa!

Pakcik PM sebenarnya pandai mengubat. Aku pernah tengok depan aku dia ubatkan orang yang sakit, cari barang hilang dan dia juga tolong buatkan “minyak pelindung rumah” kepada sesiapa yang meminta. Aku tak ambik port, lagipun aku nampak semua tu pun kalau aku singgah rumah pakcik PM sementara tunggu Nazri untuk keluar dating. Tapi aku dengan Nazri rasa pelik bila Nazri berkawan dengan aku dia bolehkan Nazri keluar tapi kena tahan dengan incoming call tiap 5 minit lah. Kalau kau dating 2 jam, kau kira lah berapa kali dia call!

Dekat part 1, aku tamatkan kisah aku mengatakan pakcik PM sebenarnya dah m**i kan? Cuba teka dia dah m**i dan kena kubur tak? TAK! Seram tak? Hahaha. Masa ustaz SH tolong Nazri dan bagitau yang sebenarnya pakcik PM dah “m**i”. Aku buat research pasal saka tapi aku tak jumpa lagi “berapa lama tuan saka tu boleh “hidup” walaupun sebenarnya seseorang itu telah pun meninggal”. Aku ada baca pasal azab kematian orang – orang yang mengamalkan amalan syirik, mungkin itu azab pakcik PM.

Punca semua gangguan misteri yang menganggu aku dengan Nazri pula adalah “belaan” pakcik PM yang mengikuti Nazri ke mana saja, sehinggalah dia berubat dengan ustaz SH. Gangguan akan mula setiap lepas asar. Nazri akan sakit belakang, marah, rasa panas, cari pasal dengan aku, kerana “belaan” itu menggendongkan dirinya kat belakang Nazri. Kenapa pakcik PM masih “hidup”? Kata ustaz sebab belaan itu “menjaga” pakcik PM yang membuatkan orang tua itu “seakan – akan masih hidup”.

Sebelum Nazri pergi berubat dengan ustaz SH, kitaorang ada cuba berubat dekat beberapa tempat yang berlainan tapi sekejap je okay lepastu datang balik gangguan dia. Dekat rumah aku pun “belaan” pakcik PM datang “menjenguk”. Sebab itu aku tak berani balik rumah seminggu dan sanggup tidur dalam kereta! Aku sambung gangguan yang dialami aku dan Nazri sebelum Nazri pergi berubat dekat post ni jugak lah okay.

GANGGUAN SEBELUM NAZRI BERUBAT

Gangguan bermula selepas Nazri pindah keluar dari rumah pakcik PM. Itupun Nazri kena slow – slow angkut barang dia kalau tak pakcik PM akan mengamuk. Nazri kena ambik barang dia masa orang tua tu dalam mood bagus, sebaiknya waktu pagi sebab masa tu “belaan” dia tidur kot. Hahaha.
Lepas Nazri pindah rumah mak dia, pakcik PM ada datang menjenguk Nazri dekat situ, konon – konon nak pujuk Nazri balik ke rumah dia kat Kampung Dulu tapi Nazri tetap untuk tinggal dengan mak dia.

Aku pernah tanya dia, kalau dia rasa nak balik ke rumah pakcik PM tu balik je sebab aku faham pakcik PM dah jaga dia lama, tak kan dia tak kenang jasa kan. Yang penting jaga diri baik – baik sebab dorang bergaduh sampai tangan Nazri patah. Lagipun aku bagitau Nazri terus terang kalau dia pindah balik ke rumah pakcik PM, aku takkan pergi sana. Kalau nak dating, jumpa mana – mana je la.
Ingat lagi pakcik PM setiap masa akan call Nazri? Kitaorang pelik jugak dia dah tak call Nazri lepas Nazri tinggal dengan mak dia tapi semua tak tegur sebab ingatkan pakcik PM dah redha dengan semua ni, rupanya tak. Dia “bertapa” bersebab.

Tanda – tanda gangguan pada awalnya, aku dengan Nazri asyik gaduh je. Benda kecil macam dia tak dapat teman aku lunch pun boleh jadi isu besar beb. Lepastu badan dia sakit, lebam. Bila pergi jumpa doktor, takde apa – apa pun. Aku pula kalau lepas asar memang sakit kepala, tercium bau bangkai (aku sorang je, orang lain yang ada dekat aku di tempat yang sama tak cium pun), sakit perut (aku pernah duduk dalam tandas 2 jam tapi satu apa pun takde pastu bila keluar dari tandas rasa sakit yang teramat). Nazri pernah suruh aku pergi berubat tapi aku diam je. Bukan sebab tak percaya tapi aku yakin kuasa Tuhan lagi besar dan aku percaya takkan “evil wins”.

Mulanya kelibat “belaan” pakcik PM ni muncul kat rumah aku. Nazri hantar aku balik suatu malam ni lepas makan malam kat rumah mak dia dan dia pinjam guna tandas rumah aku. Aku terus baring dekat bilik sebab dengan tak tidurnya, memang letih sangat, badan pun lenguh gila. Tetiba Nazri meluru masuk bilik pastu tarik tangan aku suruh angkat dan dengan nada separuh menjerit dia mengarah, “Bangun cepat! Tak payah tidur rumah. Cepat!” Aku pun melenting, aku tarik tangan aku dan baring balik. Dia tarik lagi dan suruh aku cepat.

Tetiba badan aku rasa ringan sangat – sangat (tak tau nak jelaskan perasaan tu) rasa ringan sehingga hilang segala rasa penat lelah dan sakit sebelumnya dan aku menangis semahunya. Tangisan aku umpama tangisan yang meratapi pemergiaan seseorang, rasa sayu sangat. Nazri pun gigih pujuk aku suruh jangan nangis. Tetiba dia rentap tangan aku dan mengajak aku turun.

Turunnya aku dengan Nazri dekat ruang tamu rumah aku, kitaorang boleh rasa ada benda lain yang menggerunkan dekat situ. Aku dengan lagak berani berteriak “Keluar kau. Aku tak tau kau siapa tapi baik kau keluar dari rumah aku. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku”. Tiupan angin yang kencang menyapa sedangkan ruang tamu aku cuma ada kipas siling yang terpasang dengan kelajuan 2 jadi tak mungkin angin sekuat itu. Nazri membuntangkan matanya memandang ke arah siling dan dia yang tengah duduk di sofa di hadapan aku mengundurkan diri sehingga tersandar. “Cepatlah!”, jeritnya.

Whooooosh! Sekali lagi tiupan angin, kali ni kencang sehingga langsir macam terselak sedangkan sliding door elok terkunci. Bulu roma kitaorang meremang masa tu memang level Conjuring lah. Sumpah kehadiran “sesuatu yang menakutkan” dapat dirasai. Kami berpandangan seketika, aku lekas je capai mana yang patut pastu kitaorang gerak balik ke rumah mak Nazri. Tapi kitaorang tak cerita dekat sesiapa pun masa ni.

Nazri cerita balik kenapa dia tetiba bawa aku keluar dari rumah aku sebab masa dia dalam tandas tengah mencuci muka pastu belek muka kat cermin, dia ternampak bayangan pakcik PM berdiri di belakang dia. Bila dia toleh, memang betul kelibat pakcik PM tengah berdiri belakang dia dekat pintu tandas dan melambai – lambai ke arah Nazri. Pintu semuanya berkunci, bilik aku dekat tingkat atas (rumah teres dua tingkat). Bayangkan macam mana orang tua tu boleh terpacak dekat tandas yang terletak di tingkat atas rumah aku? Memang kecut la boyfriend aku!

Dan Nazri cakap dia boleh nampak kelibat yang dekat ruang tamu rumah aku masa insiden “angin kencang” tu. Rupanya satu lembaga hitam yang besar dan setinggi siling rumah aku. Masa aku suruh “lembaga” tu keluar, dia mengamuk sebab tu dapat rasa tiupan angin kencang. Nazri cakap masa tu dia “steady” lagi sebab dia nak fikir selamatkan aku juga, kalau ikut hati, lama dah cabut oi!

Setiap kali sebelum berubat pula macam – macam jelmaan yang Nazri akan nampak. Macam pocong main cak – cak kat cermin, kelibat budak duduk depan pintu bilik, dan lembaga hitam yang kitaorang rasa merupakan belaan pak cik PM yang sentiasa mengikut Nazri. Bila Nazri solat tak tinggal dan sebagainya, lembaga tu bekeliaran di luar rumah sebab tak dapat nak masuk. Anak buah Nazri pulak memang boleh nampak sebab dorang budak lagi kot. Dorang cerita dekat aku “Aunty, kalau Pak Naz tidur mesti ada benda besar hitam dan berbulu peluk dia, itu sebab bantal Pak Naz asyik jatuh je sebab Pak Naz tolak benda tu, Pak Naz tak suka benda tu peluk dia”.

Masa aku dengar cerita anak buah Nazri, aku tak tau la nak menangis ke nak marah. Yela, elok je kau peluk boyfriend aku masa tidur eh, amboi! Nazri juga kerap bermimpi. Paling kerap mimpi berulang dia m**i kemalangan. Sampai satu masa aku tak bagi dia driving sebab takut. Hmmm. Semenjak pakcik PM tak call Nazri, dia pun langsung tak jejak rumah mak Nazri. Mungkin masa itulah mulanya dia “tak larat dan hendak putus nyawa” tapi dia tak boleh nak “pergi” dulu.

Aku harap pembaca faham entry kali ini. Kalau okay, aku sambung pulak gangguan lepas berubat. Kisah ini memang panjang sebab sehingga ke hari ini pun aku dengan Nazri akan sentiasa pergi berubat dengan ustaz SH sebagai langkah berjaga – jaga. Korang kena ingat, saka itu belum ada tuan baru dan pakcik PM memang nak menurunkan benda tu dengan Nazri. Jadi selagi pakcik PM “masih hidup” dan duduk dekat Kampung Dulu, kitaorang sentiasa perlu berwaspada. Korang kalau rasa semacam jangan pandang belakang tau!

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

5 thoughts on “Pakcik PM 2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.